Memaparkan catatan dengan label Aktiviti untuk Anak-anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti untuk Anak-anak. Papar semua catatan

Rabu, April 13, 2022

5 Idea Kad Raya DIY

Assalamualaikum. Sudah mula fikir tentang kad raya? Saya ingin kongsikan 5 idea kad raya DIY yang menarik untuk dicuba. Apa kata tahun ini kita hidupkan semula tradisi pemberian kad raya macam dulu-dulu dengan kad raya DIY hasil tangan kita sendiri. Tidak perlu dapatkan bahan atau material yang mahal-mahal, hanya dengan bahan yang minimum kita boleh hasilkan kad hari raya yang cantik dan bermakna.


5 Idea Kad Raya DIY Kreatif

Di bawah ini, saya kongsikan idea-idea kad raya mudah menggunakan beberapa bahan yang senang diperoleh.


1. Balang Kuih Raya

Ini kad hari raya yang saya buat pada tahun 2019. Guna kertas kraf yang tebalnya 230gsm, kemudian cetak gambar balang kuih raya. Disebabkan saya malas hendak fikirkan kuih raya apa yang patut 'diisi' di dalam balang berkenaan, saya letak Fakta Nutrisi Lebaran. Tidak perlu pening kepala hendak lukis kuih tart atau biskut makmur. 😂

Kad raya - Fakta Nutrisi Lebaran

Nampak tak, nilai peratus harian saya melampau betul peratusannya. 😅 Sepatutnya apabila dijumlahkan dapat 100%, tapi saya buat ikut kepala sendiri sebab saya rasa 100% tu tak cukup banyak untuk gambarkan kegirangan hari raya. Jika berminat hendak buat kad raya bentuk balang kuih ini, boleh intai entri saya di sini ya.


2. Kelarai (Anyaman Mudah)

Salam Syawal, Salam Lebaran

Ahad, Mac 13, 2022

Old MacDonald Had A Farm - Easy Guitar Chords

Hari ini saya kongsi kord gitar lagu kanak-kanak dan nursery rhyme yang popular - Old MacDonald Had A Farm. Salah satu lagu yang sesuai untuk aktiviti sing-along with the kids. Dahulu, saya suka buat aktiviti Bahasa Inggeris menggunakan lagu ini ketika ada sesi mengajar anak-anak kecil. Percayalah, sangat menyeronokkan sebab kita boleh lihat reaksi mereka yang teruja membuat bunyi haiwan.


Old MacDonald Had A Farm (Easy Guitar Chords)

Old MacDonald Had A Farm Chords

Jumaat, Mei 07, 2021

Twinkle Twinkle Little Star (Easy Guitar Chords)

Untuk kelas Bahasa Inggeris online saya bersama si cilik minggu ini, saya memilih membuat aktiviti menggunakan lagu Twinkle Twinkle Little Star. Meskipun bulan puasa ini mereka kelihatan agak penat, tetapi apabila bab nyanyi, semangatnya tetap sama. 😁

Kord Gitar From FAMF Tower



Twinkle Twinkle Little Star (Easy Guitar Chords)


C                  C          F      C
Twinkle twinkle little star
F                 C         G           C
How I wonder what you are
C            F           C             G
Up above the world so high
C            F            C          G
Like a diamond in the sky



C                  C          F      C
 Twinkle twinkle little star
F                 C         G           C
 How I wonder what you are

Khamis, Mac 18, 2021

Nursery Rhymes - Five Little Monkeys Jumping On The Bed

Hari ini kita nyanyi sama-sama ya! Five Little Monkeys Jumping On The Bed ini nursery ryhmes pilihan untuk aktiviti saya bersama ‘The Cenonets’ (Baca: anak-anak murid tuisyen saya 😊) minggu ini. Kelas saya masih dijalankan sepenuhnya secara online. Sekolah pondok saya memang dah lama tidak beroperasi. Alhamdulillah, saya dan ‘The Cenonets’ sudah semakin betah dengan cara ini. Malah ada juga ‘The Cenonets’ baharu dari lokasi dan negeri lain yang sertai kelas saya. 

Minggu ini untuk pronunciation class kita akan nyanyi lagu ini. Sebenarnya ada banyak chords lagu kanak-kanak dan nursery rhymes dalam simpanan saya. Tetapi, tak sempat nak dijadikan entri. Kekakangan masa buat semuanya tergendala. Alang-alang ada kesempatan ni, saya kongsi kord gitar mudah Five Little Monkeys Jumping On The Bed

Chord G7 boleh rujuk rajah yang di bawah ini. Credit goes to Justinguitar.  


Saranan aktiviti sebutan (pronunciations) untuk lagu ini. Fokus pada sebutan:

Rabu, Disember 23, 2020

Countdown 2021 - Balang Kegembiraan

Balang kegembiraan? Sebenarnya ini memang aktiviti saya saban tahun sejak 2018 lagi. Pada permulaan tahun, saya akan sediakan satu balang atau bekas bertutup dan jadikan sebagai 'Happiness Jar'. Selain itu, sediakan juga kertas catatan kecil dan pen untuk memudahkan kita mencoret. 

Sebuah balang kegembiraan yang dibuat pada bulan Januari adalah untuk  catat semua memori manis, kenangan bermakna atau perkara baik yang dialami sepanjang 12 bulan berikutnya. Saya peroleh inspirasi balang kegembiraan ini melalui Pinterest. Boleh baca entri 'Happiness Jardi sini

Apa yang penting dan lebih menyeronokkan ialah penglibatan seluruh ahli keluarga atau isi rumah. Sesuatu yang indah berlaku dalam hari kalian; sesuatu yang kalian rasa berbaloi untuk dikenang atau disyukuri ... catatkan momen tersebut dan masukkan ke dalam balang kegembiraan.

Nanti, malam tahun baharu duduk ramai-ramai dan buka balik setiap catatan satu per satu. Kadang-kadang kita terlalu sibuk sehingga lupa hendak hargai detik-detik gembira yang pernah kita lalui. Inilah masanya untuk kenang balik semua itu bersama-sama.

Ahad, September 27, 2020

Buat Buku Nota Mini

Ini projek spontan selepas saya mengemas bilik kraf. Seperti biasa, saya akan jumpa banyak kertas. Disebabkan kebanyakan kertas-kertas ini telah digunakan sama ada sebahagian atau separuh, saya malas nak sort ke dalam fail-fail. Apa saya buat? Saya buat buku nota mini.

Ini bahan-bahan yang diperlukan:


Kertas bercorak atau kertas warna sebagai kulit (cover), kertas putih/kosong untuk bahagian dalam, pisau atau paper cutter, stapler, corner rounder dan seketul getah pemadam.

Mula-mula, potong kertas dan pastikan saiz setiap helaian sama. Seterusnya, lipat kertas-kertas putih kepada dua bahagian untuk buat bahagian dalam buku. Kemudian, letaklah kertas bercorak sebagai kulit di bahagian luar. Berapa banyak kertas nak guna bergantung kepada ketebalan yang kalian inginkan. 

Setelah itu, proses binding buku. Saya tidak jahit buku nota ini untuk bind. Kalau buat buku jurnal sendiri, rajin jugalah saya jahit. Itu pun guna simple stitch sahaja. 

Nak cepat siap, untuk buku-buku ini kita guna stapler sahaja. Jangan bimbang jika kalian tiada stapler jenis panjang. Guna stapler biasa sahaja pun boleh. Di sinilah peranan getah pemadam.

Caranya mudah sahaja. Buka lipatan buku dengan kulit buku menghadap ke arah kita (bukan isi buku ye). Pada bahagian yang kita dah lipat, pilih tempat yang sesuai untuk kita stapler. Ikutlah nak stapler sekali je ke ... dua atau tiga. Bergantung juga pada saiz buku nota yang dibuat.

Jumaat, Disember 22, 2017

Cara Buat Huruf Blok 4 x 7

Pernah dengar tentang huruf blok? Biasanya orang panggil huruf tiga lima (3 X 5). Ada yang terimbau kenangan buat huruf blok waktu sekolah dulu-dulu? Saya semasa di sekolah menengah pelajar art stream dan memang ambil subjek Pendidikan Seni. Bukan pandai sangat pun bab-bab seni ni. Tetapi nak cukupkan 9 subjek untuk SPM punya pasal heheheh. Jadi, familiar jugalah dengan huruf blok. Terutama sekali kalau buat tugasan poster. Mahu tidak mahu kena tahu cara-cara buat huruf blok. Senang untuk reka letak tulisan pada poster.

Sebelum ini, saya pernah tulis entri berkenaan huruf 3 X 5 dan cara-cara nak membuatnya. Sebenarnya 3 dan 5 merujuk kepada bilangan kotak yang kita gunakan untuk buat huruf. Dengan adanya kotak-kotak ini, lebih seragamlah huruf blok yang dihasilkan. Jemput baca mengenainya di sini - Cara Buat Huruf Blok 3 x 5

Selain ukuran 3 X 5, kita turut boleh membuat huruf blok dengan ukuran 4 X 7. Di bawah ini saya sertakan gambar sebagai panduan. Setiap huruf menggunakan 4 kotak melintang atau mendatar dan 7 kotak menegak kecuali huruf M dan W.

Isnin, Oktober 30, 2017

Tutorial Kraf Kertas - Hiasan Bunga Comel daripada Water Colour

Hari ini saya ingin kongsi tutorial cara-cara buat hiasan kraf (embellishment) bunga comel daripada water colour. Senang je nak buat. Tidak perlu ada kemahiran melukis atau mewarna sebab pada dasarnya bunga yang kita hendak buat ni, kelopaknya bulat-bulat. Sebenarnya, saya ada tengok satu video kraf, tak ingat di mana dan bila. Crafter tu lukis kelopak-kelopak bunga mawar cantik sangat! Bunga-bunga diwarnakan dengan teliti siap guna tona warna yang berbeza.

Dapat inspirasi dari video tersebut, saya buatlah bunga-bunga comel ini. Tetapi apa yang saya hasilkan sudah saya improvised kepada versi simple. Insya-Allah kalis gagal punya projek. Jika hendak dijadikan aktiviti dengan anak-anak pun tak ada masalah.

Inilah bunga-bunga comel yang saya maksudkan. Bunga-bunga ini sesuai dijadikan hiasan untuk kad atau scrapbook. Hiasan untuk backdrop photo booth pun cantik. Sweet sweet gitu!

Ahad, Februari 12, 2017

Thumbprint Animals - Aktiviti untuk Anak-anak

Bulan lepas, saya buat aktiviti thumbprint animals dengan si cilik tahun satu. Tajuk awal untuk English lessons mereka berkaitan dengan bunyi termasuklah bunyi-bunyi haiwan. Jadi, sambil-sambil belajar bunyi haiwan, kita lukis haiwan dengan cap jari.

Untuk aktiviti ini, perlu sediakan:

  • Ink/Dakwat untuk buat thumb/finger prints - boleh cari di kedai buku dan alat tulis seperti POPULAR atau kedai yang menjual peralatan kraf.
  • Wet tissue - untuk bersihkan jari apabila nak tukar-tukar warna ink dan sebagai langkah berjaga-jaga supaya tak bertepek di tempat yang tidak sepatutnya 😃


Salah satu daripada hasil si cilik saya.

Selasa, Disember 13, 2016

Buku Sticker Bertema | Aktiviti untuk Anak-anak

Assalamu'alaikum, 
Sebelum ini saya ada tulis mengenai buku pelekat yang saya beli di Mr. DIY untuk projek kraf dan bahan aktiviti si cilik. Baca mengenainya di sini.


Buku sticker yang diborong ;)

Dua daripadanya yang bertemakan haiwan liar dan haiwan laut akan saya gunakan sebagai material pembelajaran Bahasa Inggeris anak didik saya. Aktiviti ini sesuai untuk anak-anak prasekolah, Tahun 2 dan Tahun 3.

Selasa, November 22, 2016

Borong Sticker Books

Assalamu'alaikum, 
Hampir seminggu tak bersiaran. Rindu pulak dekat blog ini. Hari ini saya nak tunjuk buku sticker yang saya borong di Mr. DIY.

Tattadaaaaaaaa! ☺

Ada 6 buah semuanya. Pelekatnya cantik-cantik. Warna pun meriah. Tak pudar. Setiap buku pelekat ada tema tersendiri. Saya beli Cuddly Bear (2), It's Party Time (1). Owls (1), Sea Animals (1) dan Jungle Animals (1). Sesuai sangat jadikan hiasan (embellishments) untuk buat kad 😉 Oh, yang Sea Animals dan Jungle Animals tu pula untuk dijadikan bahan mengajar tahun hadapan. 

Selasa, Oktober 18, 2016

Ajar Anak Penjodoh Bilangan Guna Katalog

Ikut pengalaman saya, penjodoh bilangan merupakan antara topik Bahasa Malaysia yang sukar dikuasai oleh si cilik. Satu, sebab skop penjodoh bilangan itu sendiri luas:- (i) lain barang, lain penjodoh bilangannya (ii) satu barang boleh ada beberapa penjodoh bilangan bergantung kepada keadaan. Contohnya: pisang - sebiji pisang, sesisir/sesikat pisang, setandan pisang, sepotong pisang dan secubit pisang.

Dua - si cilik kurang didedahkan secara praktikal. (i) kebiasaannya di sekolah mereka akan hafal penjodoh bilangan sekadar yang termampu (ii) kita sendiri di rumah jarang menggunakan penjodoh bilangan dalam pertuturan sehari-hari.

Untuk kelas bersama murid-murid sekolah rendah, saya gunakan approach yang lebih santai (dan Alhamdulillah berkesan untuk mereka). Saya ajak si cilik pergi shopping! Bukan shopping betul-betul. Shopping dalam kelas juga :)

Apa yang diperlukan:

Jumaat, Ogos 26, 2016

Cara Buat Huruf Blok 3 X 5

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Pernah dengar tentang huruf blok? Saya ada dua tiga orang pelajar sekolah menengah yang ambil kelas lukisan dengan saya. Minggu ni dan minggu lepas kami banyak buat sesi berlatih membuat  huruf-huruf blok. Huruf-huruf blok ini antara asas yang penting bagi memudahkan mereka untuk buat poster, signage, kad dan macam-macam lagi. Dalam erti kata lain, senanglah hendak siapkan tugasan seni visual yang diberikan oleh guru.

Ada banyak cara dan jenis huruf blok yang boleh kita hasilkan. Antaranya, huruf blok tiga lima (3 X 5), huruf blok (4 X 7) dan huruf blok 3D. Nanti jika ada kesempatan, saya kongsikan satu persatu di sini. 


Hari ini saya ingin kongsi dan tunjukkan cara membuat huruf blok tiga lima (3 X 5). Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan 'tiga lima' ialah bilangan kotak melintang (mendatar) dan kotak menegak yang digunakan dalam menghasilkan huruf blok yang seragam. Perhatikan gambar di bawah, setiap huruf dilakar di atas 3 kotak melintang dan 5 kotak menegak (kecuali huruf M dan W yang guna 5 X 5).

Jumaat, Julai 29, 2016

Nak Paksa Anak Pandai Karangan

Sepanjang lebih sedekad saya buka kelas bantuan belajar, subjek bahasa merupakan kelemahan utama pelajar-pelajar. Satu, dek kerana sikap sendiri yang menganggap bahasa itu mudah. Ambil lewa jelah. "Kita kan tiap-tiap hari cakap BM, tak kanlah tak boleh score!" Itu baru 'omelan yakin' si anak. Jangan terkejut jika ada parents yang share the same view! Ada ibu bapa yang hantar anak kepada saya memilih untuk tidak mengambil subjek bahasa. "BI dengan BM tu dia boleh belajar di rumah!" Sedangkan apabila saya melihat keputusan peperiksaan si anak, setara lemahnya dengan subjek Sains dan Matematik. Malah, BM yang 'boleh belajar di rumah' itu pun grednya bukan B, bukan C, tetapi GAGAL.

Dua, anak-anak ini tiada budaya membaca. Generasi gajetlah katakan. Kurang membaca, maka kuranglah kemahiran nak menghasilkan ayat. Penulisan atau Essay dah ibarat satu beban buat mereka. 

Hari ini saya nak kongsi pengalaman saya mengatasi masalah ini. Berkesan untuk semua peringkat baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Memandangkan kita tidak boleh paksa mereka membaca (walaupun ada Program Nilam di sekolah), kita paksa mereka baca contoh karangan supaya boleh hasilkan karangan yang baik.

Khamis, Jun 02, 2016

Kayu Sakti Betulkan Alignment Tulisan Si Cilik

Pernah tengok tulisan si cilik begini?

It's actually four yellow buttons. S dia dah tertelan ;)

Sakit mata kan? Sesak nafas dibuatnya. Ini antara senario biasa dalam Kelas Membaca dan Menulis saya. Belum campur yang tulis senget, tulisan naik ke langit, cangkuk naik atas baris,...Masalah tulisan di atas ialah tiada jarak yang betul antara perkataan-perkataan yang ditulis. Dia main lajak sampai habis. Rasanya kalau letak pencungkil gigi antara perkataan pun tak lepas tu sebab rapat sangat! [Jeling SS kat sini jap!] Berbuih dah mulut cikgu pesan, jarak guna jari...jarak guna jari...tapi dia main redah jugak!

Khamis, Mac 31, 2016

Beraktiviti dengan Anak-anak dalam Rumah

Dengan keadaan cuaca yang panas membahang sekarang ni, kita semua digalakkan untuk buat aktiviti indoor. Tak sesuai dedahkan diri di luar. Boleh dehydrate, boleh 'tangkap' macam-macam penyakit. Jadi, eloklah duduk diam-diam di rumah. Saya sekarang kalau keluar buat urusan, penatnya sampai dua tiga hari huhuhu

Dah duduk memerap di rumah bosan juga kan? Especially the kids yang aktif nak buat itu ini. Mesti mati akal mata blink blink tak tahu nak buat apa. Di bawah ini, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh kalian lakukan bersama si cilik - si cilik mestika hati. Apa yang penting, dapat luangkan masa berkualiti bersama-sama. Klik sahaja pada pautan atau gambar di bawah ye.

Kids will definitely love finger printing activity. Ajak mereka hasilkan sesuatu dengan finger prints. Tetapi, ink pad yang digunakan tu mestilah kids-friendly. Tak bahaya pada anak-anak. Semestinya ibu atau bapa kena ada untuk pantau aktiviti ini. Bimbang seandainya ada yang buat finger printing dalam mulut atau di dinding rumah :)

Jumaat, Ogos 28, 2015

MIKESH - Untuk bantu karangan anak-anak.

Belakangan ini saya agak sibuk. Anak-anak Tahun 6 akan berdepan dengan UPSR. Sibuk buat ulang kaji. Pada masa yang sama, saya dapat job edit manuskrip yang baru. Sibuk membaca, betulkan itu ini. Jadi, blog memang agak terabai. Komen tak terbalas. Blogwalking pun mana sempat je.

Hari ini saya nak kongsi tentang MIKESH. MIKESH ialah watak yang saya wujudkan di kelas tuisyen saya. Tujuan utama - idea umum untuk isi karangan fakta. Maknanya, apabila anak-anak ingat MIKESH, mereka dah ada beberapa isi yang boleh digunakan untuk karangan.

Jom kenal MIKESH :)

Rabu, Ogos 26, 2015

DIY Mudah - Mini Puzzle daripada Batang Aiskrim

Hari ini, saya ingin tunjukkan cara nak membuat Mini Puzzle daripada batang aiskrim. Mini puzzle sesuai dijadikan bahan aktiviti untuk anak-anak sama ada sebagai bahan pembelajaran tambahan ataupun sekadar aktiviti santai (galakkan perkembangan minda) di rumah.

Apa yang diperlukan:
  • Batang Aiskrim (Saya ada anak-anak cilik yang rajin kumpul batang aiskrim untuk saya + pek yang saya beli di Mr. DIY) 
  • Acrylic Paint
  • Berus Lukisan
  • Pensel, getah pemadam
  • Cellotape

Khamis, Mei 07, 2015

DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - KIip Kertas Penanda Buku

Assalamu'alaikum!
Hujung bulan lepas saya dah tunjuk DIY mudah yang boleh kita buat dengan hanya menggunakan lebihan kertas warna/corak dan klip kertas.  

Ini klip kertas dwifungsi yang saya maksudkan :)

Rabu, April 29, 2015