Selasa, November 22, 2016

Borong Sticker Books

Assalamu'alaikum, 
Hampir seminggu tak bersiaran. Rindu pulak dekat blog ini. Hari ini saya nak tunjuk buku sticker yang saya borong di Mr. DIY.

Tattadaaaaaaaa! ☺

Ada 6 buah semuanya. Pelekatnya cantik-cantik. Warna pun meriah. Tak pudar. Setiap buku pelekat ada tema tersendiri. Saya beli Cuddly Bear (2), It's Party Time (1). Owls (1), Sea Animals (1) dan Jungle Animals (1). Sesuai sangat jadikan hiasan (embellishments) untuk buat kad 😉 Oh, yang Sea Animals dan Jungle Animals tu pula untuk dijadikan bahan mengajar tahun hadapan. 

Jom tengok isi kandungannya. Setiap buku sticker akan ada beberapa halaman pelekat dengan pelbagai bentuk dan saiz. Satu buku tu ada lebih kurang 150 - 300 ++ pelekat, bergantung pada temanya.



Contoh stickers dari buku Owls :)

Yang ini pula, stickers 'bebear chomel' dan stickers untuk birthdays + parties.

Harga? Hanya RM3.30/buku. Murah kan?!
Insya Allah, nanti bila dah jadi kad, saya kongsi hasilnya di sini ye.


Psst!! Maaf masih belum sempat balas komen, blogwalking dan buat kunjungan balas. Will do soon.

27 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cute-cute! Memang akan tergoda terpersona 😊

      Padam
  2. waahhhh!!!nak gi Mr.DIY sekarang jugak

    BalasPadam
  3. Wow cute miut... bak sekeping..heheheh :D

    BalasPadam
  4. Kak Farrah suka beli pelakat ya.. Untuk kreativiti kak farrah nanti :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka sangat2, Reen. Guna untuk buat kad, scrapbook dan bahan mengajar si cilik 😊

      Padam
  5. suka pegi DIY sbb barang2 di jual murah sgt

    BalasPadam
  6. kalau masuk DIY..tak melepak dlm tu berjam2 tak sah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh, memang tak sah! Kalau setakat nak masuk dalam sepuluh minit memang tak dan 😆

      Padam
  7. ishh murah sgt u kalau RM3.50 je..berbaloi2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sampai 3.50 pun,...3.30 je. Kalau ikut tamak saya nak beli semua hahaha

      Padam
  8. Balasan
    1. Selalu gi yang kat Tesco Mutiara Damansara, E-Curve Mutiara Damansara & Tesco Kepong 😊

      Padam
  9. klau saya beli.. saya xda idea nk apa smua ni

    BalasPadam
  10. Anak2 dara aida minat buku stiker ni.
    Heaven la diorang kali dpt koleksi farrah tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haahlah,..anak dara berdua tu minat buat kraf juga kan 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.