“Anak aku dah nangis! Satu k atau dua?”
“Kebanyakan atau kebanyakkan?”
“Keesokan atau keesokkan?”
Semalam, pagi-pagi lagi saya terima panggilan video daripada seorang teman.
“Anak aku dah nangis! Satu k atau dua?”
“Kebanyakan atau kebanyakkan?”
“Keesokan atau keesokkan?”
Semalam, pagi-pagi lagi saya terima panggilan video daripada seorang teman.
Koleksi gambar lama. Pudina dari taman herba mini saya :) |
Ada atau tidak antara kalian yang suka buat tinjauan atau kaji selidik berbayar (paid surveys) dalam talian? Pernah dengar Mobrog? Haa... bagi yang kurang jelas, Mobrog ini juga merupakan salah satu platform kaji selidik yang akan bayar kita untuk kaji selidik yang kita sertai.
Mobrog antara yang mula-mula saya sertai dan rajin buat sehingga ke hari ini. Dahulu, semasa saya banyak terlibat tugasan di luar, kena jumpa orang, tunggu orang ... sambil-sambil tunggu orang tu memang rajin buat kaji selidik untuk isi masa. Sekarang tak seaktif dahulu. Dah malas menjawab soalan.
Tetapi, dari semasa ke semasa apabila ada kesempatan, saya memang akan buat kaji selidik Mobrog. Mengapa?
Kita akan dapat jemputan untuk buat kaji selidik melalui e-mel atau terima notifikasi melalui aplikasi. Setiap kali ada kaji selidik baharu yang berpadanan dengan profil kita, Mobrog akan maklumkan. Jadi, kita tidak perlu susah payah cari kaji selidik mana yang hendak dibuat. Macam sesetengah platform kaji selidik, kita kena log masuk, jawab soalan saringan dan jika layak baru boleh teruskan dengan kaji selidik. Untuk saya yang malas ni, tu dah dikira usaha yang melecehkan. 😁
Ikut pengalaman saya menggunakan Mobrog setakat ini, apabila kita sudah lengkapkan profil seperti yang diminta, memang kaji selidik yang disarankan sesuai buat kita. Antara rajin dengan tidak sahaja untuk lengkapkan. Tidak adalah kena tendang separuh jalan kecuali kalau kita lambat buat dan kouta kaji selidik sudah penuh.
Lihat juga: Peluang Jana Pendapatan Sampingan dengan Tinjauan Berbayar (Paid Surveys)
Hanya USD6.25 diperlukan untuk membolehkan kita tebus ganjaran yang akan dibayar melalui Paypal, Skrill atau EcoMaster. Tidak ambil masa yang lama pun untuk kumpul. Satu kaji selidik bernilai antara USD0.19 - USD1.89 ... lebih kurang begitulah. Saya selalu akan buat kaji selidik yang 1 dolar ke atas sahaja. Buat dalam 4 ke 5 kaji selidik, sudah boleh tebus.
Ini paling saya suka! Sesudah tebus ganjaran, kita tidak perlu tunggu lama untuk amaun dikreditkan ke dalam akaun Paypal kita. Asalkan hari kita tebus tu hari bekerja, beberapa minit selepas tebus duit akan masuk. Tak percaya? Tengok notifikasi e-mel saya di bawah. Untuk bulan lepas, saya tebus tiga kali.
Pertama:
Kedua:
Ketiga:
Best, kan? Kalau berminat hendak buat surveys Mobrog ni, daftarlah segera di sini.
Assalamualaikum. Salam Hari Jumaat. Hari ini, 3 Disember merupakan sambutan Hari OKU Sedunia. Sebagai ahli masyarakat, kita perlu buka mata, iktiraf keistimewaan golongan ini dan beri mereka peluang seadilnya untuk membuktikan diri. Ada banyak kategori orang kelainan upaya - OKU fizikal, mental, penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Setiap seorang punya hak yang sama dengan kita yang biasa ini cuma kitalah kena sentiasa beri sokongan dan tahu cara yang betul untuk berinteraksi dengan mereka.
Mudah-mudahan, dengan ada sambutan sebegini saban tahun, kita akan lebih peka dan prihatin terhadap keadaan mereka. Dapat beri pendedahan dan didikan yang baik kepada ahli keluarga terutama anak-anak agar tidak mengabaikan golongan OKU atau merendah-rendahkan keterbatasan mereka. Perlu jadi lebih empati.
Photo by Eren Li from Pexels |
Petang semalam, sewaktu semak senarai transaksi akaun bank (hujung bulan kenalah kaji mana duit pergi hahaha) baru saya perasan ada satu transaksi yang melibatkan pembayaran Wang Tak Dituntut (WTD). Awal bulan sepuluh yang lalu, saya memang ada buat permohonan tuntutan untuk wang tak dituntut. Sudah masuk rupanya duit tu.
Dahulu, semasa orang kecoh-kecoh pergi Jabatan Akauntan Negara untuk semak andai ada WTD, saya tak ambil peduli. Tak sanggup hendak bersesak-sesak untuk sesuatu yang belum tentu ada.
Kacang kuda mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin dan mineral, kacang kuda selalu jadi pilihan sebagai sumber berkhasiat dalam pelbagai jenis diet. Antaranya, diet rendah glisemik, diet suku-suku separuh dan clean eating. Tetapi, bagi pengamal diet rendah karbohidrat, tidak bolehlah ya.
Sandwic Kacang Kuda |
Isnin lalu saya ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan konsultasi doktor. Minggu sebelumnya semasa saya periksa rekod aktiviti fizikal dan kecergasan saya melalui aplikasi Garmin, saya perasan resting heart rate saya di bawah 60. Malah, pada hari Isnin dan Rabu, bacaannya jatuh hingga ke 50. Sebagai panduan, resting heart rate (bacaan degupan jantung ketika berehat/tidak melakukan apa-apa aktiviti) orang dewasa biasa yang normal ialah dalam julat 60 - 100 beats/minute.
Bacaan boleh jadi lebih rendah daripada 60 dan dianggap normal hanya bagi sesetengah individu seperti atlet. Dalam kes saya yang walau hidup di planet mana sekalipun tidak akan jadi atlet 🤣, perkara ni agak membimbangkanlah. Saya perasan juga ada ketika saya rasa dizzy tetapi saya ingat sebab cuaca panas.
Perhatian: Bacaan degupan jantung pada jam pintar atau fitness tracker hanya boleh dianggap sebagai bacaan kasar. Tidak konklusif untuk membuat sebarang diagnosis/ keputusan tentang tahap kesihatan individu. Dalam situasi saya, saya telah menggunakan Garmin saya lebih dari tiga tahun jadi sedikit sebanyak saya sudah arif dan faham cara device ini berfungsi.
Saya ini penghidap hipertiroid. Ada asma pula tu. Memandangkan tarikh pemeriksaan terdekat untuk tiroid dan asma saya awal bulan 7 nanti, saya rasa saya kena pergi ke klinik lebih awal untuk dapatkan pandangan doktor.
Antara perkara yang sangat ditunggu-tunggu pada bulan Ramadan nanti ialah aktiviti solat sunat tarawih. Rindu betul suasana sebelum Covid-19 melanda, kita boleh ramai-ramai bersolat di surau dan masjid. Alhamdulillah, mujur tahun ini ada kelonggaran untuk menunaikan ibadah tarawih mengikut SOP yang ditetapkan.
Sebut pasal tarawih, jika dilihat terdapat kekeliruan dalam memastikan ejaan sebenar perkataan ini. Terawih ke tarawih? Maklum sahajalah perkataan ini merupakan perkataan bahasa Arab. Kita mungkin cenderung untuk mengeja ikut perkataan asal.
Ejaan yang betul ialah tarawih. 😊
Mi atau mee? Mihun atau bihun? Bagaimana pula dengan kuetiau? Kuetiau, kuetiaw atau kwayteow?
Kita memang tidak akan dapat lari dari masalah kekeliruan ejaan sebegini. Saya sendiri kadangkala, setiap kali hendak menulis, pasti kena semak kamus kerana berbelah bahagi, tidak pasti mana satu ejaan yang betul.
Maklumlah, kita sudah terbiasa dengan bahasa pertuturan harian yang lebih kepada bahasa pasar dan dialek setempat. Jadi, kita cenderung untuk mengeja sesuatu perkataan sebagaimana kita menyebut perkataan itu.
Baru-baru ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui hebahan di media sosial berkongsi ejaan sebenar bagi perkataan mi dan kuetiau. Bagi saya, dua makanan inilah antara makanan yang kerap disalah eja.
Minggu lepas saya ke pejabat pos untuk urusan pengeposan barang. Alang-alang sudah keluar tu, saya ajak Bott singgah ke Mr. DIY. Saya hendak beli bopp tape buat bungkus barang pelanggan. Bopp tape saya dah habis. Tiada stok dalam simpanan pula tu.
Alhamdulillah, mujurlah jenama Ginnva yang biasa saya gunakan ada di Mr. DIY. Tengah pilih-pilih, ternampak pula hand-tearing bopp tape keluaran Ginnva juga. Saiznya lebih kecil. Menarik! Selama ini, saya tidak pernah jumpa bopp tape yang senang untuk kita carik guna tangan. Yalah, bopp tape ni kan kita selalu guna untuk shipping, seal kotak dan bungkus barang, jadi tekstur pita ini lebih kuat berbanding cello tape. Setahu saya cello tape jenama Sellotape tu je yang mudah dikoyak pakai tangan dan cantik kesan carikannya. Jenama lain agak sukar juga.
Jadi, atas dasar ingin tahu, saya pun belilah dua gulung kecil. Sekiranya produk ini tidak seperti yang digambarkan pun, saya tetap boleh gunakan kerana saya miliki tape dispenser. Harga bopp tape yang besar dalam tiga ringgit lebih manakala yang kecil tu seringgit lebih.
Terjemahan:
Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Isra’, ayat 1
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
👉 Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah, pahala mereka digandakan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau sangat harum.
👉 Itulah bau kubur Mashitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.