Isnin, September 29, 2014

Resepi Mudah - Sengkuang dan Cendawan Masak Tumis

First time saya cuba resepi sengkuang dan cendawan shitake masak tumis. Selama ni tak terfikir langsung untuk pelbagaikan menu harian guna sengkuang :)

Sengkuang & Cendawan Shitake Tumis


Resepi Sengkuang dan Cendawan Shitake Masak Tumis

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji sengkuang bersaiz sederhana (hiris memanjang)
  • 1/2 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • 50g cendawan shitake (hiris nipis)
  • 3 siung bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar daun sup
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Letak sedikit air. Masukkan sos tiram.
  3. Kemudian, masukkan sengkuang dan lobak merah.
  4. Masukkan cendawan shitake. Kacau hingga semuanya sekata.
  5. Biarkan seketika di atas dapur. Jangan terlalu lama, nanti overcooked pula.
  6. Tabur daun sup. Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba! Kalau ada lebih lauk ni jangan buang tau. Nanti saya beritahu nak buat apa :)

Nota Senyum: Tolong abaikan rupa daun bawang yang 'tercedera' tu. Saya guna pisau tumpul hihihi

17 ulasan:

  1. I like mushrooms.
    Tapi, dengan sengkuang?
    Ermmm...x minat sgt kalau sengkuang eventhough rasanye rangup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Klu cenggitu, sengkuang tu Shikin tukarkan dengan ketulan kecil ayam yang direbus terlebih dahulu :)

      Padam
  2. sengkuang makan begitu saja pun sodapp..! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Idah! Saya sambil hiris sengkuang, masuk mulut. Hiris lagi, masuk mulut :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang sedap, mimin. Ratah macam tu je pun sedapppp!

      Padam
  4. sedap sayur buat macma ni. tapi, nak tukar sengkuang tu jugak. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan..silakan...ikut citarasa, ros. asalkan sedap yummyyummm!

      Padam
  5. sengkuang selalu jumpa dalam rojak je. hehe. mesti best kan rasa rangup2 gitu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak henti mengunyah dibuatnya, budak. Bagi yang suka makanlah. Adik akak tak suka. Dia pandang sebelah mata je :)

      Padam
  6. resipi sihat nih...nk coba nanti...suka mkn segkuang!!!..cicah sambal nyummeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka cicah dengan kuah rojak,...makan tak ingat! Lepas tu gatal2 hidung sebab allergic.

      Padam
  7. Rupa-rupanya boleh dikitar semula dayur ini..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.