Isnin, September 08, 2014

Aku JODI, Jomblo Ditinggal Mati


Dan aku begini karena kekasih hatiku telah pergi
Dan takkan kembali, Ia telah mati kenalkan namaku
Aku jodi jomblo ditinggal mati
Jadi pacar ku tak rugi
Aku jodi, jomblo ditinggal mati
Pokonya buy one gets one free
Aku jodi, jomblo ditinggal mati
Yang pasti ku setia sampai mati


Dari semalam, bawa ke hari ini. Saya tak henti-henti humming dan nyanyi lagu Wali. Kalau tak hum pun, dalam kepala macam ada CD player yang dok ulang, ulang dan ulang. Bott sampai naik pelik (annoyed pun ada kot!) Lagu apa tu? Jodi? Jomblo?

Alkisahnya, ada kenalan saya dari Indonesia yang minta bantuan saya untuk 'transposed' kan kord gitar lagu JODI dendangan Wali Band ni kepada chords yang lebih mudah. Jadi, petang semalam saya 'berkubang'lah dengan Si Kapok cuba nak tunaikan permintaannya.

Lagu ni saya tak pernah dengar. Saya hanya familiar dengan lagu Wali yang popular di Malaysia,..yang slow macam Langit Bumi dan Doa Untukmu Sayang,..yang selalu jadi soundtrack/lagu background drama-drama TV. So, bila diminta untuk buatkan chords mudah lagu JODI, saya macam pening-pening lalat sedikit.

'Apa? JODI?'

'Iya, teh. Kependekan untuk 'Jomblo Ditinggal Mati' 
Biasalah, di sana mereka cenderung untuk gabung-gabung perkataan [Contoh: ultah - ulang tahun, fotbar - foto bareng (ambil gambar sama-sama), curhat - curahan hati] even dalam lagu - PUSPA - Putuskan Saja Pacarmu, Tomat - Tobat Maksiat.

Oohhhh! (Kononnya paham.)  
Huh?! JOMBLO?

Malas nak bersoal jawab lebih-lebih, saya pun cari lagu tu dan cuba dengar. Hehehe lagu rancak. Kelakar & catchy. Lagunya kiut-kiut gitu! Saya ended up main lagu ni sepanjang petang. 'Jomblo' rupa-rupanya panggilan untuk orang yang tak ada pasangan ;) 

Hmmm, nampak gayanya kena betulkan allignment otak. Kikis lagu JODI keluar. Walaupun saya off hari ni, ada job editing nak kena buat.


HAVE A MAGNIFICENT MONDAY!


9 ulasan:

  1. haha. tajuk lagu rupanya. ingat kan apa tadi. kat malaysia tak main lagi kan lagu tu? hehe. mesti terngiang2 je kat kepala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni lagu lama rasanya. memang tak masuk Msia kot...akak sepanjang hari Jodi & Jomblo :)

      Padam
  2. Takmo dengar lagu ni..
    Tak suka :)
    Sebab perkataan2 pelik tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha memang! Itu yang kena sental keluar dr kepala sebelum bawak mudarat ;)

      Padam
  3. ngomong apa sih..ngak bisa faham hehehe

    BalasPadam
  4. Job editing apa yang kak Farrah buat?
    Wow power main guitar.
    terkedu...saya pun tak reti haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong edit artikel/manuskrip kawan-kawan.
      Jangan sebut power main gitar, dik...Man Kidal kalau tengok akak main, dia katok tangan akak punya!

      Padam
  5. Lagu lama sbb tu xpernah tengok lirik nya

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.