Isnin, Julai 31, 2017

Buat Kad Guna Deep Border Punch

Saya memang suka beli border punch untuk projek kraf saya. Adalah beberapa pieces dalam koleksi dan salah satunya deep border punch. Deep border punch ni corak tebukannya lebih intricate dan lebih besar jika dibandingkan dengan border punch biasa. Saya pernah tulis tentang deep border punch di sini.

Deep border punch. Cantik kan?! 😃

Khamis, Julai 27, 2017

Mulakan Gaya Hidup Hijau

Pernah dengar tentang gaya hidup hijau atau green lifestyle? Jangan salah faham. Ini tidak bermaksud yang kita kena pakai semua hijau atau beli, makan dan gunakan barang-barang hijau ye. Gaya hidup hijau ini bukanlah sesuatu yang baru buat kita. Kita sebenarnya sudah lama didedahkan dengan konsep gaya hidup mesra alam sekitar ini. Cuma antara kita hendak laksanakannya dalam kehidupan seharian atau tidak.

Untuk memulakan gaya hidup hijau tidaklah sesukar mana jika kena caranya. Apa yang penting kita kena faham konsep asasnya bagaimana. Apa itu green lifestyle? Apa kelebihannya? Apa manfaatnya buat kita, masyarakat dan alam sekitar? Kemudian, disusuli dengan langkah-langkah perubahan ke arah mengamalkan gaya hidup hijau. Itulah yang saya bincangkan dalam artikel terbaru saya di ZCOOP (Zalora). Jangan risau, it's not complicated at all. Kita mulakan dengan langkah kecil, small baby steps dan lakukan secara berperingkat.

Ingin tahu lebih lanjut, jemput baca perkongsian saya. Klik gambar di bawah ye.


Isnin, Julai 24, 2017

Kad Lipat- lipat - The Final Look

Sebelum ini saya pernah cerita tentang kad lipat-lipat yang saya buat (boleh baca di sini), tetapi tidak berkesempatan hendak tunjuk rupa hasil sepenuhnya. Masa tu belum betul-betul siap. Apa yang berlipat-lipat? Apa istimewanya kita lipat-lipat? Haaa, mari saya cerita sikit!

Pada dasarnya, kad lipat-lipat ini dibuat menggunakan kertas kraf bersaiz besar (12 x 12) yang dilipat kepada beberapa bahagian (dan ada bahagian yang saya potong kerana tak mahu jadi terlalu tebal apabila dilipat). Ada banyak ruang untuk kad ini. Depaan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan,.. jadi boleh letak banyak gambar, hiasan atau sentimen buat si penerima. Banyak ruang untuk menulis. Mana tahu ada nak tulis surat cinta ke, buat puisi berbunga-bunga ke,...😉


So, here is the final look.

Ini bahagian hadapan kad. Kad hari lahir dengan tema biru - polka-dots and small sweet flowers. Untuk bahagian hadapan, saya tampal dengan kad polka dots berwarna biru putih. Kemudian, saya tambah chipboard embellishment - Happy Birthday. Bahagian sentimen 'just for you' itu saya buat dengan menggunakan clear stamps, assembled atas cebisan kertas kuning dan hijau. Kemasan tepi yang bercorak lengkung lengkung tu dibuat pakai patterned scissors.