Hujung tahun lepas saya ada joined Yindia Segmen untuk Bloggers & Instagrammers anjuran adinda Dylla Rezan. Segmen ini diadakan setelah Dylla pulang dari trip kembaranya ke India. Alhamdulillah, ada rezeki terpilih sebagai salah seorang pemenang. Hadiah ini pun saya terima sekitar bulan Februari, tak silap. Lebih kurang sama masa dengan ole-ole London Anies. Cuma lambat update di blog ;)
Ini yang saya terima. Sebuah bekas cantik berwarna hijau, rantai kunci dan sekeping poskad Taj Mahal. Terima kasih banyak-banyak, Dylla for the gifts. Merasa dapat sayup-sayup angin India. 😆Suka sangat! Bertambah koleksi poskad, bertambah koleksi rantai kunci dan bekas hijau tu pula,... dah terletak cantik depan meja cermin jadi bekas kerongsang :)