Khamis, Mac 09, 2017

Bila Cekengah Craving ...

*This is a scheduled entry. I'm away until the end of March.

Saya memang suka sangat dengan Marmite. Dari kecil suka makan Marmite atau Bouvril dengan bubur. Dap dap dap!!! Selain makan dengan bubur, kadang-kadang bila tekak teringin nak makan something different, saya buatlah spageti atau makaroni Marmite.

Nak dijadikan cerita, Cekengah bawa balik Bagel Crisps Marmite ni. Dia kalau tetiba datang fenomena craving, semua benda dia nampak dia akan beli. Dah makan itu ini, rasa guilty,..balik semuanya dia beri pada saya. Huhuhuh! Score!!!! Akakla yang untung!

Macam rupa keropok segera pun ada ;)

Isnin, Mac 06, 2017

Movie Night Party Theme (Part 2)

*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.

Entry on party planning. Bahagian 1 di sini.

OK. Kita sambung tentang Movie Night Party Theme. Jika di Bahagian 1, dah cerita mengenai clapper board, bottled water dan candy packs, Bahagian 2 kita akan sambung dengan Popcorn Packs dan Photo Booth Props.

Popcorn Packs

Mana lengkap Movie Night tanpa popcorn kan? Disebabkan perancangan parti ini dibuat last minute (seperti yang diceritakan di Bahagian 1), saya tak sempat nak cari packaging yang sesuai untuk buat popcorn treat. Ada muffin cups, kecil sangat. Itu yang saya jadikan sebagai packaging candy packs.

So, for popcorn, saya hanya guna brown bags. Alaa,..beg kertas biasa yang orang guna untuk bungkus goreng-gorengan tuh! Satu pek hanya sekitar RM3 - RM4. Saya memang sentiasa ada stok brown bags ni di rumah. Selain daripada guna untuk pack food, boleh jadi item berguna waktu terdesak begini. 

Selasa, Februari 28, 2017

Resepi Air Fryer - Sayur Campur Honey BBQ

*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.
 
Siapa yang suka hidangan sayur campur? Sebelum ini, saya pernah kongsi resepinya di sini. Hari ini, satu variasi sayur campur untuk kalian - Sayur Campur Honey BBQ. Rasanya manis-manis gitu! Untuk pilihan sayur-sayuran, ikutlah citarasa kalian hendak letak/guna apa. Resepi kali ini, saya hanya guna brokoli, lobak merah dan lada benggala hijau. Boleh juga dimasukkan kubis bunga, kacang peas, kacang buncis dan jagung kecil. Dah nama pun sayur campur kan,...campurkan aja ikut selera! 😀



Apa yang berbeza ialah penyediaan kuahnya. Jika sayur campur biasa kita gunakan sos tiram, sayur campur yang ini kita gunakan sos BBQ dan madu. Apa yang diperlukan:- Lobak merah, brokoli, lada benggala yang telah dibasuh, dibersihkan dan dipotong, 3 ulas bawang putih dihiris halus,  2 - 3 sudu besar, sos BBQ dan 1 sudu besar madu.

Saya masak sayur ni guna airfryer. Jadi, apa yang saya buat ialah campurkan kedua-dua sos BBQ dan madu hingga sekata. Setelah itu, gaulkan pada sayur-sayur yang telah dipotong tadi. Saya masukkan sayur-sayuran di dalam aluminium foil (kerajang aluminium) dan bungkus (macam nak bakar ikan tu) supaya tidak menjadi kering sesudah dimasak. Masak di dalam airfyer pada suhu 180-200 darjah celcius selama 15 - 20 minit. Siap!

Alternatively, jika hendak memasak menggunakan kaedah biasa, panaskan satu sudu besar minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu sehingga naik bau. Sesudah itu, masukkan sayur-sayuran diikuti dengan sos BBQ dan madu. Letakkan sedikit air jika sos terlalu pekat dan inginkan lebih kuah. Biarkan seketika di atas dapur sehingga sayur lembut.

Selamat Mencuba!

Psstt! Jika tiada sos BBQ, boleh juga gantikan dengan sos lada hitam. Nak lagi senang? Dapatkan je  Honey BBQ Sauce yang ready-made di pasaran. 🙂