Selasa, Januari 24, 2017

Movie Night Party Theme (Part 1)

Dah lama tak buat entri on party planning. Asyik tunda tunda tunda sahaja. Kali ini saya nak kongsi satu lagi tema parti atau keraian yang boleh dibuat untuk majlis-majlis kalian - MOVIE NIGHT!

MOVIE NIGHT party theme ni sebenarnya untuk sambutan hari lahir adik lelaki saya sekitar hujung November tahun lalu. Pada asalnya, tiada sebarang perancangan nak buat apa-apa sambutan sebab sepatutnya adik saya tidak berada di Malaysia pada waktu itu. Saya pun relaks jelah tak prepare apa-apa. Last-last, atas sebab tertentu, dia tak jadi ke luar negara. So, kami decided untuk keluar makan tengah hari bersama-sama pada hujung minggu, a few days before his birthday.

Dengan masa yang suntuk, saya memang tak terfikir langsung nak buat parti bertema. Kebetulan, saya tengah sibuk berpindah-randah. Jadi, dah set dalam mind, tak pelah kita makan-makan je on the 19th. Next year, birthday Uje kita buat extra grand. Extra special.

Tapi, saya tak sampai hati. Selalunya apabila birthday saya dan Cekengah, si bongsu kami ni beria-ia usahakan itu ini. Pada malam 18hb, saya pandang keliling bilik kraf, tengok-tengok apa yang saya ada. Apa tema parti yang saya boleh usahakan dalam tempoh kurang dari 16 jam, tanpa perlu keluar ke kedai cari barang.

Inilah hasilnya ... MOVIE NIGHT!

Isnin, Januari 23, 2017

Yee Mee Goreng Extra Broccoli

Hidangan sarapan pagi tadi. Sebenarnya lebih kepada brunch sebab dah nak tengah hari baru suapan pertama masuk mulut! Sebelum ini saya pernah sediakan Yee Mee Goreng Mudah. Boleh intai resepinya di sini.

Kali ini, satu lagi variasi untuk yee mee goreng - Yee Mee Goreng with Extra Broccoli. Entah kenapa, buka peti ais pagi tadi, nampak broccoli kat tempat sayur, terus teringin! Mula-mula ingat nak buat brokoli goreng je untuk kunyah-kunyah, tapi tengah laparrrr. Mana cukup nak tampung kapasiti peyot. Jadi, kita sediakan Yee Mee Goreng.

Yee Mee Goreng Brokoli

Sabtu, Januari 21, 2017

Chords Sambutlah Kasih - Lovehunters

Dalam inbox ada a few requests minta chords lagu Kudien. Saya terpinga-pinga. Kudien mana ni? Saya dah lama tak sempat tengok TV. Tak update sangatlah tentang rancangan-rancangan cari bakat baru. Tanya kat Bott, Kudien ni siapa? Budak Mentor Milenia ke? Selamba dan bersahaja Bott jawab,"Bukan, itu Qody!" Nampak tak makcik seorang ni? Konon tak ikut perkembangan rancangan nyanyi-nyanyi reality shows,...tahu je tuh! 😆😆😆

Selepas beberapa carian di Google, barulah tahu Kudien ni peserta rancangan 3 Juara. Suara memang rock habislah. Semasa konsert Pentas Epik Final 3 Juara yang berlangsung baru-baru ini, Kudien bawakan sebuah lagu daripada kumpulan Lovehunters. Lagu tu memang best. Persembahan Kudien pun best!

So, demi menunaikan permintaan, inilah kord gitar Sambutlah Kasih - Lovehunters. Kebetulan memang kord lagu ni ada dalam simpanan sebab dulu pernah belajar main lagu ni. Selamat berdendang!