Jumaat, Julai 01, 2016

Kad Raya 1437 - Amanina Ahmad

Kelmarin, masuk je kelas, atas meja saya ada lambakan posto. Beberapa kad hari raya daripada teman-teman blogger sampai serentak! Gumbira! Gumbira! Salah satu daripadanya adalah daripada Nina Ahmad, adik bloggger cantik manis dari Penang ni.

Sebelum ni memang dah expect akan dapat kad daripada Nina sebab Nina dah tag saya di IG. Nina ada anjurkan GA Kad Raya barui-baru ini. Tak ada rezeki saya terpilih sebagai pemenang. Tetapi, ada rezeki juga terima kad raya tanda ingatan daripadanya.

Kad raya daripada Nina.

Kad Raya 1437 - Yana Yani

Assalamu'alaikum,

Barulah hari ini berpeluang nak buat entri mengenai kad raya. Alhamdulillah, tahun ni dapat banyaklah juga kad raya, tanda ingatan daripada teman-teman. Seronok memikirkan budaya kirim dan balas kad raya ni masih berjaya dilestarikan :)

Kad pertama untuk tahun ni sampai ke teratak saya pada awal Ramadan. Teruja sangat! Datangnya daripada adinda Yana Yani (YY). Terharunya!

Apa yang istimewa mengenai kad raya Yana Yani ialah kadnya bertema. Bukan sebarang tema tau! Yana Yani mengangkat isu keprihatinan terhadap Syria dan Kempen Ramadan Al-Khair 4. Sambil-sambil hantar ucapan hari raya, Yana Yani bangkitkan kesedaran kita untuk 'ambil kisah' tentang saudara-saudara kita di sana.