Ahad, April 03, 2016

Light It Up Blue!

Assalamu'alaikum,

Saya sebenarnya tengah AWAY ni, tetapi kebetulan di sini ada WIFI dan saya tengah menunggu seseorang, jadi cepat-cepat terbitkan entri ini. Apa yang penting sangat?

Haa,..semalam pagi-pagi lagi reminder phone dah bagi notification. #liub Ya Allah! Saya terlalu sibuk dengan macam-macam perkara, saya terlupa terus tentang perkara yang satu ini. Apa itu #liub? Hashtag ini sebenarnya merupakan singkatan untuk Light It Up Blue.

Resepi Gulai Rebung Rendah Lemak

Siapa suka makan gulai rebung? Hari ini saya nak kongsi resepi gulai rebung rendah lemak. Kenapa rendah lemak? Sebab kita guna Trim Coconut Milk Ayam Brand.

Lemaknya sudah 'dilangsingkan'.

Khamis, Mac 31, 2016

Beraktiviti dengan Anak-anak dalam Rumah

Dengan keadaan cuaca yang panas membahang sekarang ni, kita semua digalakkan untuk buat aktiviti indoor. Tak sesuai dedahkan diri di luar. Boleh dehydrate, boleh 'tangkap' macam-macam penyakit. Jadi, eloklah duduk diam-diam di rumah. Saya sekarang kalau keluar buat urusan, penatnya sampai dua tiga hari huhuhu

Dah duduk memerap di rumah bosan juga kan? Especially the kids yang aktif nak buat itu ini. Mesti mati akal mata blink blink tak tahu nak buat apa. Di bawah ini, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh kalian lakukan bersama si cilik - si cilik mestika hati. Apa yang penting, dapat luangkan masa berkualiti bersama-sama. Klik sahaja pada pautan atau gambar di bawah ye.

Kids will definitely love finger printing activity. Ajak mereka hasilkan sesuatu dengan finger prints. Tetapi, ink pad yang digunakan tu mestilah kids-friendly. Tak bahaya pada anak-anak. Semestinya ibu atau bapa kena ada untuk pantau aktiviti ini. Bimbang seandainya ada yang buat finger printing dalam mulut atau di dinding rumah :)