Isnin, Februari 29, 2016

Bissextus

Assalamu'alaikum.

29 Februari 2016



Hari ini bissextus. Hari tambahan untuk kita dalam 2016. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat yang lahir pada tanggal empat tahun sekali. Sejak kecil, once saya dah tahu wujudnya hari extra pada bulan Februari, saya 'kasihan' pada mereka tak dapat celebrate birthday tiap-tiap tahun. Siap tanya Cekebon, "...habis tu, bila sebenarnya orang yang lahir 29 Februari ni boleh sambut birthday dia? 28 Feb ke 1 Mac? Umur kira macam mana?"  Then, saya rasa pelik + creepy (over kan?!) bila mengenangkan boleh pula hari/tarikh 29 Feb tu kejap ada kejap takde! 

Ahad, Februari 28, 2016

Sampul Surat | Envelopes

Search keywords semalam. Ada yang cari tentang cara nak buat sampul surat menarik.


Oleh itu, hari ini kita santai-santai intai entri lama saya tentang sampul surat ye. Di blog ni, saya pernah kongsi dua cara untuk buat sampul surat. Satu daripada bentuk hati dan satu lagi sampul surat lipat-lipat tanpa gam. Kedua-duanya mudah untuk dibuat, tidak kiralah sama ada menggunakan kertas kosong ataupun kertas warna/bercorak. Selain itu, ada juga tutorial membuat sampul surat menggunakan lembaran muka surat buku lama & terpakai. Seandainya mahu dijadikan aktiviti bersama anak-anak pun boleh. Buat kraf comel-comel. Kuatkan daya motor halus mereka :)