Ahad, Januari 31, 2016

Kek Lemon 90 saat

Susulan kepada entri Selera Sitrus beberapa hari lepas. Inilah resepi mudah-super-duper-simple kek lemon 90 saat saya. Rasa-rasa craving inginkan sesuatu yang manis dan segar, boleh cuba buat kek ni. Tak perlu kepakaran. Kalian hanya perlu sukatan bahan yang betul dan of course, sebuah microwave. Kalau pakai, dapur arang ke, pemanggang ajaib ke,..tak jadi ye. OK, jom tengok resepinya.


Kek lemon dalam mug Cekebon :)

Resepi Kek Lemon 90 Saat

Saiz hidangan: 1 mug/1 pax
Mug kat atas tu jenis yang besar gabak. Cekebon takut kek lemonnya melimpah keluar. Tetapi, kalau guna mug saiz biasa, cantik je kejadiannya 3/4 penuh mug.

Khamis, Januari 28, 2016

Selendang Pelengkap Gaya

Satu keunikan dan kelebihan Malaysia ialah rakyatnya yang berbilang kaum, bangsa dan anutan agama. Kepelbagaian ini secara tidak langsung membolehkan kita belajar untuk hidup menghormati satu sama lain, side-by-side, bebas mengamalkan cara hidup, budaya dan ritual agama masing-masing dengan penuh tolenrasi dan aman. Betul tak?

Okay, kita luaskan topik sedikit. Dek kerana wujudnya variasi ini, maka budaya harmoni sudah lama sebati dalam diri kita. Kita mudah untuk mendapatkan pelbagai pakaian tradisional yang mempamerkan ciri-ciri kaum dan adat masing-masing. Malah, pemakaian pakaian tradisional ini tidak terikat kepada satu-satu kaum sahaja. Gadis berbangsa Cina atau India memakai sepersalinan baju kurung bukan sesuatu yang aneh. Jejaka Melayu yang mengenakan kurta juga bukan sesuatu yang pelik pada pandangan mata.

Tidak dinafikan, pakaian tradisional Melayu dan busana Muslimah merupakan antara yang paling popular. Kedua-duanya mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran. Haaa,..hari ini kita angkat bicara soal selendang. Tudung wanita adalah antara produk bagi kedua-dua kategori di atas yang sering menjadi pilihan utama dalam kalangan wanita Malaysia. Tudung adalah antara persalinan penting yang perlu dipadankan sebagai pelengkap gaya selain daripada beg tangan, kasut dan aksesori lain.