Isnin, Ogos 31, 2015

баярлалаа, Dorsett Pink

Sebenarnya saya terima parcel daripada Intan (dorsett pink) pada 25 Ogos. Tetapi, sebab hari tu banyak sangat urusan di luar, sampai rumah tak nampak apa-apa dah. Ingat bantal ingat tilam je. Esoknya, masuk 'opis' baru nampak bungkusan atas meja. Punyalah excited apabila lihat nama si pengirim. Buka-buka je, saya dapat ini,...

Ahli baru koleksi setem saya ;)

Tiga Satu Lapan - Brownies Merdeka untuk Birthday Girl


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-58!

Moga kebebasan,..
kemakmuran,..
keharmonian,..
dan kesejahteraan yang kita miliki,..
akan kekal jadi milik kita.


#sehatisejiwa


Buat yang lahir pada tarikh bersejarah ini, Happy 'Sehati Sejiwa' Birthday, Merdeka Babies!!!


Jumaat, Ogos 28, 2015

MIKESH - Untuk bantu karangan anak-anak.

Belakangan ini saya agak sibuk. Anak-anak Tahun 6 akan berdepan dengan UPSR. Sibuk buat ulang kaji. Pada masa yang sama, saya dapat job edit manuskrip yang baru. Sibuk membaca, betulkan itu ini. Jadi, blog memang agak terabai. Komen tak terbalas. Blogwalking pun mana sempat je.

Hari ini saya nak kongsi tentang MIKESH. MIKESH ialah watak yang saya wujudkan di kelas tuisyen saya. Tujuan utama - idea umum untuk isi karangan fakta. Maknanya, apabila anak-anak ingat MIKESH, mereka dah ada beberapa isi yang boleh digunakan untuk karangan.

Jom kenal MIKESH :)