Ahad, Mei 03, 2015

Turn right at Jalan Setapang

Baru sahaja kelmarin buat aksi kucing malas bersantai sebab kerja-kerja saya dah selesai. Semalam, atas urusan mengejut, saya dan Bott terpaksa ke Bandaraya Bersejarah Tapak Warisan Dunia. Bimbang terjebak dengan kesesakan lalu lintas, kami grabbed barang apa yang sempat dan terus mulakan perjalanan. 

Alhamdulillah, perjalanan smooth. Cuma sesak sedikit dari tol Seremban ke Port Dickson sebab ada kemalangan. Masuk je bandar Melaka, mata kami berdua berkelip di luar kebiasaan. Kes tak tahu jalan. Last time kami berkunjung ke tempat yang hendak dituju rasanya lebih sedasawarsa yang lalu.

Mujurlah ada Waze. Dengan confident ikut arahan mat saleh suruh belok kiri belok kanan. Jika tiada aral, akan sampai ke destinasi yg dituju dalam masa setengah jam. Tengah kalut ikut arahan dan cari jalan, baru perasan yang bateri handphone dah nyawa-nyawa ikan. Dalam hati puas berdoa, harap-harap sempatlah bateri ni.

Dah nama pun nyawa-nyawa ikan,..

Jumaat, Mei 01, 2015

Selesai!

Credit
Selamat sampai rumah. Saya dapat selesaikan kerja-kerja saya sebelum malam. Kiranya To Do List untuk hari ni semuanya dah ticked. Mood sekarang lebih kurang macam kucing kat atas tu. Nak landing pejamkan mata dan tak mahu fikir apa-apa. Kita rehat yea,...


Pergi ke hulu membeli bonsai,
Lega hatiku urusan selesai!
:)

Psst! Cuba komen pakai pantun dua kerat hihihihi