Inilah stok baru saya untuk 2015! Senyum lebar sampai ke telinga. Sepanjang bulan Disember tahun lepas memang kerja saya shopping barang kraf je sebab POPULAR ada sale hujung tahun (Ada tulis mengenainya di sini). Yang di bawah ni, borongan terakhir saya untuk 2014. Petang tadi baru berpeluang kemas dan belek apa yang saya dah beli.
Dah boleh masuk inventori :) |
Ada stickers, buku fonts, glue tape refills, designed papers, chipboard embellishments, ribbons dan paper embosser. Haaa, mata bulat gerak-gerak dan paper cut-outs pelbagai bentuk tu pula untuk buat alat bantu mengajar. Yang berbaloinya semua barang di atas dapat potongan 10 - 30% :)
Bulan ni saya ada beberapa tempahan projek kraf kertas seperti buku skrap, buku tetamu dan greeting cards. Masa untuk kerah idea bermula :) Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan mana-mana projek kraf yang mudah untuk kalian cuba buat.
Want to get crafty? Cuba intai tutorial-tutorial di bawah:
- Memo Pad Mini daripada Kertas Terpakai
- Fridge Magnet with Sticky Notes
- Photo Fridge Magnet
- Kad Mini @ Gift Tag Menggunakan Lebihan Kertas
Psst! Saya belum sempat nak blogwalking & balas komen. Kita jumpa nanti ye...