Isnin, September 01, 2014

Lama betul tak baca buku yang boleh pegang!

Saya memang suka baca buku. Bila ada masa terluang (dan tak de mood nak buat hobi-hobi saya yang lain hehehe,..), saya memang akan membaca. Tetapi dah berbulan-bulan dah saya tak baca buku yang tangible! Selalunya saya baca buku berformat epub melalui iPad je. Guna applikasi iBooks. In a way, memang sangat convenient terutama sekali jika saya berada di luar. Dalam iPad saya memang dah disumbat dengan banyakkkkk buku, termasuklah novel, buku resepi, majalah kraf dan koleksi Chicken Soup for The Soul saya. Bott tengok pun geleng kepala. 'Sampai ratus-ratus! Larat ke awak baca semua?'

OK apa?! Rasa-rasa tak berkenan dengan cerita yang ini, boleh tukar cerita yang lain. Ratus-ratus pun, beratnya tetap berat sebuah iPad. Bukannya kena pikul pakai bahu :) Janji masa yang ada saya gunakan baik-baik,.. dok senyap-senyap dalam dunia saya sendiri. Hurmm, satu lagi kelebihan baca buku melalui iPad ni, kalau tak tahu makna perkataan, kita boleh terus cari maknanya time tu juga. Even boleh highlight dan buat catatan. Jadi, takdelah tergenjat-genjat bacaan kita.


Hari ni tukar angin. Saya pandang rak buku terus terlintas nak baca buku old school style! Oleh itu, inilah aktiviti santai petang saya hari ni. Saya pilih 'Laura's Handmade Life' yang saya beli masa sale di Aeon Big, Mid Valley. RM5 je! (Baca mengenainya di sini.) Dah lama tak baca buku yang boleh pegang dan selak, feeling semacam lah pulak. Siap pakai penanda buku lagi!


Nota Senyum: Yang enter-frame kat tepi buku tu, stok untuk kunyah-kunyah. Tak taulah kuih apa, dari Sibu. Kawan Cekebon yang beri. Saya tolong makan je.


Kegilaan Gelang Getah

Pernah dengar 'Rainbow Loom'? Ermm, kalau tak, pernah tak tengok budak-budak sekarang pakai gelang ni?

Sekarang ni musim si cilik datang kelas & tayang gelang baru yang dibuat oleh mereka.

'Rainbow Loom' dah lama dah popular di luar negara tetapi baru belakangan ini jadi 'trend' dalam masyarakat kita terutamanya kanak-kanak dan remaja. Cantik sebagai aksesori yang boleh digayakan, aktiviti menghasilkan gelang ini menjadi kegilaan kerana pilihan warnanya yang menarik dan mudah untuk dibuat. Ala, macam kita masukkan getah anjang-panjang untuk 'main getah' tu. (Kalau anda tak ada idea apa yang saya cakapkan, senyum jer,..sebab anda jauh lagi muda!)

Bagi yang dah terjebak dengan 'Rainbow Loom' ni, pelbagai rekabentuk gelang yang boleh dihasilkan. Tidak terhad kepada bentuk simple seperti di atas. Boleh buat bentuk bunga,..bentuk bintang,.. Sesuai untuk dijadikan aktiviti bersama anak-anak pada masa senggang/ di dalam kelas seni untuk develop kreativiti mereka.

Oh, hati-hati,..terdapat banyak produk tiruan di luar sana. Memang harganya lebih murah tetapi tidak sesuai untuk si cilik anda kerana materialnya berkemungkinan besar tidak bebas toksik.