Memaparkan catatan dengan label Menarik kot?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menarik kot?. Papar semua catatan

Khamis, Januari 06, 2022

Seperti Berewok Pulang ke Dagu

Assalamualaikum.

Dari hujung minggu lepas kecoh pasal janggut! Janggut rebonding, janggut tanglung, janggut kena iron, janggut ikut sunnah, janggut Maharaja Cina … .

Tak sangka isu cambang bauk boleh jadi tular satu Malaysia. Apabila sudah tular, perkara tersebut tidak akan berakhir di situ sahaja. Mulalah sesak media sosial dengan pelbagai hantaran, ciapan dan perkongsian berkaitan janggut.

Tidak cukup itu, iklan produk untuk janggut muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pomade untuk janggut … krim untuk lebatkan janggut …. Yalah, kenalah ambil peluang sementara isu janggut masih relevan dan hangat diperkatakan. 😂

Tetapi, dalam banyak-banyak itu saya rasa hantaran infografik DBP paling mencuri perhatian saya. Pihak DBP memanfaatkan isu janggut yang kini sohor di media-media sosial untuk membawa perhatian umum kepada peribahasa lama - seperti janggut pulang ke dagu.


Jumaat, April 02, 2021

Tidak Ada New York Hari Ini

Sebenarnya, sudah lama saya ingin kongsi mengenai Tidak Ada New York Hari Ini, cuma baru sekarang berkesempatan untuk tulis entri. 

Ada siapa-siapa di sini peminat filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) terutama sekali sekuelnya, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)? Jom layan puisi-puisi yang dideklamasikan oleh Rangga dengan pengalaman yang berbeza - puisi yang dipersembahkan dalam paparan video ilustrasi. 

Bagi peminat filem ini, kalian pasti tahu yang Tidak Ada New York Hari Ini ialah kumpulan puisi (karya M. Aan Mansyur) yang ditulis oleh  watak Rangga (Nicholas Saputra).


Rabu, Disember 23, 2020

Countdown 2021 - Balang Kegembiraan

Balang kegembiraan? Sebenarnya ini memang aktiviti saya saban tahun sejak 2018 lagi. Pada permulaan tahun, saya akan sediakan satu balang atau bekas bertutup dan jadikan sebagai 'Happiness Jar'. Selain itu, sediakan juga kertas catatan kecil dan pen untuk memudahkan kita mencoret. 

Sebuah balang kegembiraan yang dibuat pada bulan Januari adalah untuk  catat semua memori manis, kenangan bermakna atau perkara baik yang dialami sepanjang 12 bulan berikutnya. Saya peroleh inspirasi balang kegembiraan ini melalui Pinterest. Boleh baca entri 'Happiness Jardi sini

Apa yang penting dan lebih menyeronokkan ialah penglibatan seluruh ahli keluarga atau isi rumah. Sesuatu yang indah berlaku dalam hari kalian; sesuatu yang kalian rasa berbaloi untuk dikenang atau disyukuri ... catatkan momen tersebut dan masukkan ke dalam balang kegembiraan.

Nanti, malam tahun baharu duduk ramai-ramai dan buka balik setiap catatan satu per satu. Kadang-kadang kita terlalu sibuk sehingga lupa hendak hargai detik-detik gembira yang pernah kita lalui. Inilah masanya untuk kenang balik semua itu bersama-sama.

Jumaat, November 20, 2020

Apa Itu Puisi Padam | Blackout Poetry

Pernah dengar puisi padam? Blackout poetry? Well, puisi padam atau blackout poetry ini satu seni puisi yang terhasil daripada tindakan kita memilih perkataan-perkataan tertentu daripada satu halaman buku dan menyisih atau memadamkan perkataan yang selebihnya. Perkataan-perkataan yang tinggal (tidak dipadamkan) akan membentuk sebuah puisi.


Contoh seperti di bawah:


A flawless sky
sunk in the sand
a mind clouded with 
shooting flames.

Rabu, April 08, 2020

Paddington Bear tapi Dog

Tengah layan bosan scroll instgram, tiba-tiba lalulah makhluk comel ini menyapa pandangan mata. Alahai, apahal comel sangat ini! Teruja pula apabila lihat anjing ini dipakaikan persalinan seperti si Paddington Bear. Terus sengih-sengih saya seorang diri.




Dahulu saya tidaklah minat sangat Paddington Bear ni. Tak tengok pun kartunnya. Cuma zaman di kampus, kalau jumpa fail keras yang ada gambar Paddington Bear saya akan beli untuk simpan nota. Suka tengok karakter beruang ni dengan topi merah dan kot labuh berwarna biru. Sangatlah comel!

Sabtu, Disember 30, 2017

Countdown 2018 - Book Challenge

Saya memang suka membaca. Beberapa tahun lepas, saya ada cuba Book Challenge a.ka. Reading Challenge (Cabaran Membaca). Tetapi tidak kesampaian. Rasanya pada masa itu terlalu bercita-cita tinggi. 52 buku - 1 buku setiap minggu mengikut syarat cabaran/kriteria buku yang telah ditetapkan. Contohnya - Buku yang ditulis oleh penulis kegemaran, buku yang ditulis oleh penulis wanita, buku yang ada tema musim salji dan macam-macam lagi. Saya buat Reading Challenge by POPSUGAR. Baca mengenainya di sini. Mula-mula je semangat berkobar-kobar tetapi selepas itu sibuk dan kalau baca buku pun, saya tak pilih buku yang boleh buat saya lengkapkan senarai cabaran tersebut.

Tahun ini, saya cuba buat Reading Challenge Goodreads. Suprisingly, dalam saya sibuk ke sana ke mari, banyak jugalah baca buku. Tetapi malangnya saya tidak kemas kini langsung buku-buku yang saya baca di Goodreads. Saya sendiri tidak ingat berapa sasaran buku yang saya letak dan saya lupa langsung untuk buka Goodreads lepas tu.

Jadi, untuk 2018, saya bercadang cuba melengkapkan Reading Challenge dengan jayanya. Tahun ini saya pilih 2018 Reading Challenge by POPSUGAR juga sebab nampak menarik!🙂 Antaranya buku tentang time travel, buku yang ditulis oleh dua pengarang, buku yang saya pinjam daripada orang lain atau yang dihadiahkan kepada saya dan buku yang watak utamanya ialah pasangan kembar. 

Khamis, Disember 28, 2017

Countdown 2018 - 52 Weeks Money Challenge

Money challenge. Ini salah satu idea untuk azam tahun baru yang saya bincangkan dalam artikel saya di THREAD by ZALORA - 6 Interesting Ideas for Your 2018 Resolutions. Satu lagi cabaran dari aspek kewangan untuk disahut. 



52-week Money Challenge ni bakal jadi tabungan 'tidak boleh usik langsung'. Kira macam aset bekulah yang hanya akan sampai tempoh matang pada 1 Januari 2019 heheheh. 52 minggu. Setiap minggu, tanpa gagal kita perlu masukkan sejumlah wang ke dalam tabung money challenge kita mengikut amaun yang ditetapkan. By the end of 2018, kita akan dapat depositkan RM1, 378 dalam akaun.



Rabu, Disember 27, 2017

Countdown 2018 - Happiness Jar

I came across this on Pinterest. Dari tahun lepas sebenarnya saya berniat nak buat tetapi lupa. Apabila ingat semula, masa tu dah masuk bulan Mac ke bulan April! Dah masuk suku tahun, tak seronok dah. Jadi, untuk 2018, awal-awal lagi saya siapkan satu bekas khas untuk projek ini.


Saya tertarik sangat dengan idea ini. Masuk je tahun baru, kita sediakan botol khas atau jar dan kertas memo untuk menulis. Tidak perlu botol atau jar yang fancy. Pakai botol Nescafe ke, balang kuih raya ke, guna kotak ke atau apa-apa bekas asalkan muat untuk letak lipatan-lipatan kertas. 

Isnin, Disember 25, 2017

Countdown 2018 - Tetapkan Azam dan Target Tahun Baru

Assalamu'alaikum,
Selamat menghabiskan cuti hujung minggu yang panjang. Hari ini dah 25 Disember 2017. Tinggal beberapa hari je lagi sebelum kita mula tulis tarikh dengan tahunnya 2018.

Kredit

Semangat nak mulakan tahun baru! Beberapa hari ini, insya Allah saya akan buat entri Countdown 2018. Entri-entri Countdown 2018 saya akan berkisar tentang persiapan menuju tahun baru + apa yang boleh kita lakukan agar setiap bab 2018 lebih bermakna dan bermanfaat buat kita semua.

Perkara pertama tentulah azam tahun baru kan? Waktu hujung tahun beginilah kita mula menilai semula perjalanan 2017, apa yang berjaya dicapai, apa yang gagal dilaksanakan....Waktu ini jugalah kita teruja buat senarai azam untuk 2018. Ada sesetengah orang tidak suka pasang azam kerana tidak mahu terikat dengan target atau sasaran tertentu. Bagi saya terpulang pada individu. Tidak ada salahnya buat senarai itu ini apabila memasuki tahun baru. Sekurang-kurangnya kita akan punya motivasi untuk majukan diri demi mencapai apa yang dihajati.

Isnin, November 06, 2017

Kenapa Mesti Black Coffee?

Siapa penggemar kopi? Any coffee lover out there? Kalian suka minum kopi yang bagaimana? Kopi susu? Kopi pekat? Coffee ice blended? Hari ini saya nak cerita tentang kebaikan minum kopi O. Black coffee. Yang betul-betul kosong tanpa gula, susu atau krim tau! Bukan yang dilimpahi kemewahan manis lemak susu, gula, krim segala! Memang kopi semata-mata.

Kopi O pekat atau black coffee sebenarnya ada banyak manfaat kesihatan. Antara kita tahu dengan tidak je. Pertama, black coffee yang tidak ditambah gula atau susu mengandungi nilai kalori hampir 0. Sesuai sangat dijadikan minuman untuk yang ingin berdiet dan mengurangkan berat badan. Sekali lagi diingatkan ye, kopi kosong. Once kita dah letak gula, susu atau krimer, nilai kalori kopi kalian akan mencanak naik.

Selain itu, kandungan kafein dalam kopi dapat membantu tingkatkan metabolisme badan. Jadi, bagi sesiapa yang nak bersenam atau workout, disarankan minum secawan kopi beberapa minit sebelum sesi workout supaya kadar metabolisme badan dapat ditingkatkan. Lebih tinggi metabolisme, lebih banyak lemak terbakar, lebih tinggi amaun kalori yang berjaya 'dibunuh'.

Khamis, Mac 31, 2016

Beraktiviti dengan Anak-anak dalam Rumah

Dengan keadaan cuaca yang panas membahang sekarang ni, kita semua digalakkan untuk buat aktiviti indoor. Tak sesuai dedahkan diri di luar. Boleh dehydrate, boleh 'tangkap' macam-macam penyakit. Jadi, eloklah duduk diam-diam di rumah. Saya sekarang kalau keluar buat urusan, penatnya sampai dua tiga hari huhuhu

Dah duduk memerap di rumah bosan juga kan? Especially the kids yang aktif nak buat itu ini. Mesti mati akal mata blink blink tak tahu nak buat apa. Di bawah ini, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh kalian lakukan bersama si cilik - si cilik mestika hati. Apa yang penting, dapat luangkan masa berkualiti bersama-sama. Klik sahaja pada pautan atau gambar di bawah ye.

Kids will definitely love finger printing activity. Ajak mereka hasilkan sesuatu dengan finger prints. Tetapi, ink pad yang digunakan tu mestilah kids-friendly. Tak bahaya pada anak-anak. Semestinya ibu atau bapa kena ada untuk pantau aktiviti ini. Bimbang seandainya ada yang buat finger printing dalam mulut atau di dinding rumah :)

Khamis, Januari 21, 2016

Jom Sign Nama Kita Sendiri

Assalamu'alaikum.
Siapa yang suka sign language? Ini adalah antara ilmu yang ingin saya kuasai tetapi masih belum mampu belajar sepenuhnya. Setakat basic sentences and expressions lepaslah. Tetapi, apabila 'si penutur' gerakkan jari laju-laju dan mula mengeja nama orang atau tempat,...saya akan kelip-kelip mata terkial sendiri. ABC sign language saya berterabur!

Saya ada beberapa orang teman yang merupakan golongan tunakerna. Kelainan upaya dari segi pendengaran. Melalui merekalah saya belajar berbahasa isyarat sedikit sebanyak. Berminat tak? Haaa,..sebelum apa-apa,..mari belajar huruf dalam bahasa isyarat. 

Isnin, Julai 27, 2015

'Worst Day Ever?' Poem yang VIRAL

Pernah baca poem ni? Poem ni jadi viral sebab keunikan dan mesej tersembunyi yang cuba diketengahkan. Kita boleh pilih untuk perceive poem ni dari sudut negatif atau positif.

Cuba baca :)

Worst Day Ever?
by Chanie Gorkin

Today was the absolute worst day ever
And don't try to convince me that
There's something good in every day
Because, when you take a closer look,
This world is a pretty evil place.
Even if
Some goodness does shine through once in a while
Satisfaction and happiness don't last.
And it's not true that
It's all in the mind and heart
Because

Rabu, Julai 01, 2015

Pangram - Cuba Hasilkan Satu

Pangram? Pernah dengar? Tak?

OK. Perhatikan ayat di bawah:

The quick brown fox jumps over the lazy dog. 

Any idea? Rasa-rasanya dapat tak figure out apa itu pangram?

Pangram merupakan istilah bahasa yang berasal dari Greek, pan (setiap) dan gramma (huruf). Pangram ialah ayat yang mengandungi setiap huruf dalam sistem abjad sekurang-kurangnya sekali.

Khamis, Mei 28, 2015

Rasa Nak Tepuk Je Perut Dia!

Nampak tak? Nampak tak kucing bulat yang tengah terbongkang tidur tu? Geramnya tengok!!!! Rasa macam nak tepuk perut dia kasi bangun! Boleh pulak sedap bobok atas paha orang dengan kaki terjuntai. Kaki depan terkuak! Over kan?! Orang imsomnia kalau tengok gambar kucing ni mesti rasa menyesal hidup ;)

Sumber Imej: Facebook Zul Erwan Veterinary Clinic

Sabtu, Mei 23, 2015

Mashup Akim & The Magistrate Stacy - Mewangi My Lifetime

Siapa suka lagu Mewangi? Potret? Haaaa, mari merapat! Bayangkan dua lagu ni kita mashup dengan lagu lain yang tak kurang hebatnya. Bagi yang kurang jelas, mashup songs/music ni adalah apabila kita ambil bahagian-bahagian tertentu dari dua/beberapa lagu yang berbeza dan gabungkan menjadi satu gubahan baru.

Minggu ni saya sibuk gali idea, cari lagu-lagu yang sesuai untuk di mash up-kan. (Please excuse my language hihihihi). Ada projek sedikit. So, I came across #MashUpHotFM - Akim & The Magistrate dan Stacy. They sang a few songs tetapi yang paling memancing perhatian saya ialah Mewangi My Lifetime. Besssstttttt! A good combo! Kena sangat susunan muziknya. 

Selain itu, mash up Potret Someone Like You pun syiokkkk!


Credit


Jom tonton video kolaborasi Stacy dan Akim & The Magistrate untuk slot #MashUpHotFM.  Klik pada pautan di bawah ye.


Dah dengar? Suka tak?


Psst! Tak sabarnya nak balik. Panas terik kat luar ni.


Ahad, Mei 17, 2015

Books and Idioms

Tengah prepare bahan mengajar untuk minggu hadapan. Jumpa bahan grafik ni :)
Jom kita belajar idioms yang menggunakan perkataan 'book'. Credit goes to  macmillan education.




Selain daripada 'don't judge a book by its cover', idiom mana kat atas yang biasa kalian gunakan?
Definitely, I wish I could be in your good book ;)

Enjoy the rest of your weekend!



Sabtu, April 18, 2015

Cenonet je!

Baru-baru ni, ada baca entri di blog Izzeyda mengenai belon tepung. Tak pernah tahu pun wujudnya belon tepung sebelum ini. Suka je tengok Eyda dan anak-anak bentuk belon tepung tu jadi bintang. Petang semalam, semasa slot home tuition, saya minta murid saya tolong hulurkan pemadam. With a cheeky smile, dihulurkan kepada saya seketul objek rubbery berwarna merah jambu. Beria-ia saya menenyeh objek merah jambu ke buku sebelum saya sedar yang objek berkenaan bukannya getah pemadam. Rupa-rupanya belon tepung! 

Laaaa cenonet je! Berkali-kali saya belek belon tepung tu. Kecil bebenor saiznya! Besar sikit daripada saiz ibu jari saya je. Begini bentuk dan rupanya, jangankan anak-anak Eyda, saya main dua tiga minit pun boleh bersepai tepungnya ;)

Nampak tak,.. getah pemadam saya lagi besar daripada belon tepung tu!


Khamis, April 16, 2015

Yang Menarik Aja

Something interesting untuk dikongsikan pada penghujung hari. Jom intai pautan-pautan di bawah.

Motif Corak Paisley

Ingin tahu asal usul motif corak paisley?

Corak Paisley

Plimpplampplettere

Apa itu Plimpplampplettere? Sebut betul-betul plimp - plamp - plet - tere. Pandaiiiiii! Saya tidak pernah berjaya lakukannya. Nak tahu klik di sini.



Spoonerism

Pernah dengar tentang Spoonerism? Mungkin anda salah seorang yang sudah terbiasa dengan spoonerism :) It's fun but to certain extend you might offend others. Bacaan lanjut di sini.


Ahad, Januari 25, 2015

Plimpplampplettere

Hari ni seharian di luar. Dah malam baru bersua muka kembali dengan laptop :) Petang tadi saya sempat ke tasik berhampiran rumah. Jalan-jalan ambil angin petang. Apa yang seronoknya. Terserempak dengan sekumpulan anak remaja yang tengah stone-skipping or stone skimming. Apa itu stone skimming?

Skimming stone ni sebenarnya merupakan perbuatan melemparkan seketul batu (normally yang leper/rata) dengan teknik tertentu ke atas permukaan air. The fun part is,.. kita bilang berapa kali batu tu boleh bounce atas air sebelum tenggelam. Macam gambar di bawah ni...


Plimpplampplettere juga membawa maksud yang sama. Dipercayai dari Belanda tetapi sama ada plimpplampplettere wujud dan sah dalam kamus Belanda saya kurang pasti. Pernah terbaca ada istilah lain yang biasa digunakan untuk perbuatan ni. Saya rasa perkataan ni lebih kepada onomatopoeia - perkataan yang terhasil mengikut bunyi sesuatu objek/perbuatan.