Memaparkan catatan dengan label Happiness is.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Happiness is.... Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 14, 2021

Kegembiraan ialah ... MAKANAN

Santai hujung minggu. Perkongsian ilustrasi Happiness Is untuk menceriakan hari. Kali ini berkisar tentang makanan.


Happiness is knowing that there's new food somewhere that you haven't tried.

A foodie, orang yang kaki makan, suka explore pelbagai makanan, memang akan boleh relate dengan perasaan ini. 

Thinking of food ... new food ... new food.

Dahulu, kalau dengar ada makanan viral atau hidangan yang sedap dekat suatu tempat, bolehlah kita main terjah je. Sekarang ini, terpaksa bertahan. Masuk dalam senarai dahulu ya, kawan-kawan. Keadaan dah betul-betul pulih, baru boleh kembali berkembara cari makanan. 

Setakat ini, ada tak makanan tertentu yang dah masuk senarai food to hunt?

Isnin, Disember 22, 2014

Ini dah dikira 'tsundoku'!

Semalam saya kemas rak buku. Hehehe bilamana mata dah sakit tengok buku dan majalah senget sana, terbungkang sini, maknanya tindakan segera amat diperlukan! Sambil mengemas, bersihkan rak, saya terjumpa novel yang saya beli tapi tak baca lagi. Then, I found another one

...and another one,

...satu lagi,

...dan satu lagi.

Akhirnya,...

My unread novels :(

Buku terakhir yang saya sentuh dan baca - Laura's Handmade Life. Sadly, tak habis pun. Status - abandoned.

OK,...

Khamis, November 20, 2014

Takkan Gembira kalau Asyik Fikir Orang

Tengah hari tadi sempat main 'pin-mengepin' dekat Pinterest. Jumpa poster ni.

Credit

Perhatikan nombor 1, 3, 6 dan 10. Memang kalau diikutkan, 'gembira' tu sangat subjektif. Yang penting, gembira tu sebenarnya datang dari dalam diri. Apa yang menggembirakan kita, mungkin tidak bagi orang. Perkara kecil yang boleh datangkan kegirangan pada orang lain, mungkin tidak cukup bagi kita. 

Tetapi, apapun skala dan takrif kegembiraan kita, kalau nak lebih happy, content dan berlapang dada, kita kena berhenti fikir tentang orang lain

(1) Jangan pedulikan apa yang orang fikirkan tentang kita. Baik/buruk, betul/salah, kita tidak akan ubah persepsi mereka. Asyik layan 'apa orang kata' pun tidak menjamin yang kita akan jadi lebih baik.

(3) Jangan sama sekali bandingkan permulaan kisah kita dengan pertengahan kisah orang lain (Erk,..macam direct translation pulak!) Dah nama pun 'permulaan'. Manakan sama dengan pertengahan cerita. Kalau nak bandingkan juga, carilah perbandingan yang setara ;)

(6) As I mentioned earlier, kebahagian kita tak terletak dalam tangan orang!

(10) Belajar jadi diri sendiri. Letih sebenarnya kalau kita cuba nak jadi orang lain ;)


Tak ada sebab untuk tak gembira!