Memaparkan catatan dengan label Giveaway & Segmen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Giveaway & Segmen. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 11, 2022

Terima Kasih Daun Keladi, Cik Nur

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Ini entri penghargaan istimewa buat Cik Nur. Siapa lagi kalau bukan pemilik blog Dapur Cik-Nur. Sekitar bulan Jun yang lalu, Cik Nur ada buat teka-teka di blognya. Melalui entri Teka Harga, Cik Nur mahu kita teka berapa harga nasi bungkus yang telah dibeli.

Saya pun gatal-gatallah mencongak dan mengagak harga nasi bungkus tersebut. RM6. Tak sangka mengena! Entri bulan 6, harga nasi bungkus RM6 dan hari lahir Cik Nur yang juga jatuh dalam bulan 6 ... makanya, pembaca-pembaca yang berjaya meneka dengan betul dapat hadiah! Alhamdulillah, ada rezeki saya dan beberapa rakan blogger yang lain.

Tidak silap saya selepas raya haji hadiah ini sampai. Tetapi, disebabkan dalam dua tiga minggu juga saya tiada di rumah, hadiah ini duduk diam-diam di bawah jagaan jiran sebelah. Selepas itu, boleh pula saya terlupa. Saya ingat semua bungkusan yang saya terima merupakan pembelian atas talian saya. Tidak teringat langsung yang saya akan terima hadiah daripada Cik Nur. Jadi, ambil own sweet time buka satu per satu parcel apabila ada masa.

Kelmarin, sewaktu buka bungkusan, gelabah sekejap. 'Eh, bila aku beli kain batik? Ke salah buka parcel orang lain?' Setelah tengok butiran pengirim, barulah sel-sel otak berhubung. Terus sengih sampai telinga.

Kiriman hadiah daripada Cik Nur

Inilah hadiah yang saya terima!

Batik Andika, Raifili


Sepasang kain batik merah jambu keluaran Raifili. Maaf, sempat guna meja hitam ni je untuk hampar kain dan ambil gambar. Meja lain penuh. Saya belum habis mengemas lagi. 😅

Domo Arigato, Cik Nur!

Terima kasih banyak-banyak, Cik Nur atas pemberian ini. Teruja saya dapat hadiah kain batik cantik. Saya suka sangat rekaan kain batik Raifili ini. Bertambah sehelai lagi koleksi kain batik moden saya. Dah terbayang-bayang di kepala nanti nak mix and match dengan baju apa. 😁

Doa saya, semoga Cik Nur dan keluarga dikurniakan ganjaran rezeki berlipat ganda yang tidak akan pernah putus, dianugerahkan dengan kesihatan yang baik, umur dan kehidupan yang penuh barakah.

Jom! Alang-alang dah cerita tentang hadiah kiriman Cik Nur, marilah kita blogwalking ke blog Cik Nur sama-sama!

Jumaat, November 26, 2021

Senyum Lebar Terima Hadiah Mummy Ayu’s Birthday Giveaway

Assalamualaikum. Makin hari makin tenggelam timbul saya di blog ini. Ada ni haaa… baru hendak panas enjin balik. 

Okey, jom buka cerita best! Sebelum basi, baiklah tulis dan simpan memori di sini. Petang Jumaat lepas sebelum saya bertolak balik kampung, ada adik Ninja datang hantar barang. Tertanya-tanya juga sebab saya tidak beli apa-apa sepanjang minggu dan tidak jangka untuk terima sebarang bungkusan.

Sebaik sahaja tengok butiran bungkusan dari mana, sel-sel otak terus berhubung dan buat saya senyum lebar. Yeayyy! Hadiah giveaway daripada Mummy Ayu! Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Mummy Ayu’s Birthday Giveaway yang diadakan sekitar awal bulan dahulu. 

Ini memang sesuatu yang saya tunggu-tunggu. Sebab apa? Hadiahnya benda yang saya suka - Planner! Tahu sahajalah, saya kalau bab-bab planner, jurnal, buku catatan, buku nota ni memang tidak akan pernah cukup. 

🥰

Selasa, November 02, 2021

Hadiah Menang Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, selain bertuah menang GA anjuran Kak Sheila (Blog Sheila Inspire) baru-baru ini, saya turut terpilih sebagai salah seorang pemenang Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com. Giveaway tersebut tamat pada 10 Oktober dan 3 pemenang terpilih diumumkan pada 15 Oktober 2021.

Ada rezeki terkena nama saya dalam putaran rawak wheelofnames tu.

Setiap pemenang boleh pilih mana-mana dua buku yang dijual di kedai Shopee milik Fariha. Pautannya di sini. Berpinar juga mata saya hendak memilih. Ada pelbagai judul novel baharu dan terpakai (preloved). Lama jugalah 'menelaah' depan skrin sebab dah rambang mata. 


Hadiah saya selamat sampai!

Sabtu, Oktober 30, 2021

Kardigan Helene Sabella daripada Kak Sheila Adziz

Assalamualaikum. Selamat Hari Sabtu!

Ini entri penghargaan tertangguh. Bulan lepas, giveaway anjuran Kak Sheila (Sheila Inspire) merupakan antara giveaway yang saya sertai.

Alhamdulillah, setelah diumumkan senarai pemenang, saya antara yang terpilih. Terima kasih Kak Shiela sebab maklumkan pada saya. Waktu tu memang agak sibuk,  tak sempat berblogging atau blogwalking sangat. Jadi tak keep track pun giveaway mana yang sudah tamat, mana yang sudah umum keputusan.

Menang apa? Saya menang Helene Cardigan, produk Sabella yang popular dengan tagline ‘benda tak payah gosok, buat apa nak gosok’ tu. 😊

Selepas selesai beri butiran kepada Kak Shiela, saya lupa terus tentang hadiah tersebut. Sehinggalah pada 14 Oktober, tiba-tiba terima notifikasi daripada pihak DHL yang maklumkan akan hantar bungkusan pada saya.

Sabtu, Mei 29, 2021

Tangkap 20 Juta Pageviews Amie's Little Kitchen

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu.

Saya ingin kongsi kegembiraan saya dapat 'duit raya' ni. Kisahnya, pada petang Rabu (Hari Wesak) saya cuba luangkan masa untuk blogwalking. Masuk blog Kak Amie (Amie's Little Kitchen) dan antara entri terkini Kak Amie ialah Jom Tangkap Pageviews ke 20 00 000. Menarik ni! Kebetulan, ketika itu paparan pageviews memang dah hampir sangat ke angka 20 juta. Adalah tinggal 1 k sahaja lagi.

Saya pun terujalah hendak 'memukat' paparan pageviews 20 juta tu. Selama ini, biasa baca blogger NA yang bernasib baik dapat capture nombor cantik di blog yang anjurkan cabaran sama. Sempat lagi cerita dekat Bott 'misi' saya kendatipun kebarangkalian untuk berjaya sangat tipis. Kami berdua sempat gelak besar lagi sebab rekod saya dalam bab-bab cuba nasib, cabutan bertuah atau apa-apa yang seangkatan dengannya memang jarang bertuah.

Baru hendak baca entri Kak Amie yang lain, Cekebon telefon. Sambung sesi borak kami yang tertangguh tadi dalam kurang lebih dua puluh minit. Selesai berbual dengan Cekebon, sempat saya tekan butang refresh sebelum saya terlelap. Hahaha! Dalam entri saya pergi klinik semalam, saya ada cerita saya dapat ubat baharu, kan? Uishhh! Memang ubat tu bukan calang-calang kesan mengantuknya pada saya. Pantang lepa je saya Zzz Zzz Zzz. Tak mampu buat apa dah! 😅

Rabu, Mei 19, 2021

Menang Contest #Luckyblog by AO

Assalamualaikum. Selamat pagi, semua. Salam Syawal ke-7. Masih makan-makan raya lagi ke? Saya dah mula sibuk dengan kelas tuisyen online. Jadi, memang kebanyakan masa duduk depan komputer menghadap muka dan telatah comel anak-anak murid cilik saya. 😊 Selamat kembali bekerja. Selamat kembali meneruskan rutin biasa dan untuk anak-anak, selamat ber-PdPR.

Semalam semasa nak approve komen-komen di blog, saya baru perasan ada komen daripada Alien Oren (AO). AO maklumkan yang saya salah seorang pemenang untuk contest #luckyblog yang dianjurkannya.

Lihat entri pengumuman dan senarai pemenang di sini. 👇🏻


Khamis, April 22, 2021

Terima Kasih, Shida Radzuan

Assalamualaikum w.b.t.

Menulis entri ini dengan senyuman lebar hingga ke telinga. Gembira sebab dapat hadiah. Hadiah apa? Haa ... baru-baru ini saya ada sertai Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog. Alhamdulillah, apabila Shida umumkan pemenang giveaway, saya merupakan salah seorang daripada 7 pemenang hadiah cabutan bertuah. 

Rezeki Ramadan kali ini, saya dapat sebiji bantal kusyen Leyna dan sekeping kad raya SRB. ♪♩ Riang hatiku badan bertuah! ♪ ♪  Eh, ternyanyi pula!

Jumaat, April 09, 2021

Terima Kasih, Dik Atiqah Najihah

Assalamualaikum. Kali ini cerita tentang balang bibir merah yang baru saya terima semalam. Bulan lepas saya ada sertai Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah. Alhamdulillah,  saya memulakan April dengan senyum sengih kerang busuk apabila dapat tahu yang saya terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk giveaway ini.

Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang ialah satu jar Mouthgasm Crunchy sama ada perasa Mocha atau Macchiato

Sebenarnya hadiah telah sampai kelmarin lagi. Atiqah sudah beri siap-siap tracking numbernya tetapi dek kerana sibuk sedikit dua tiga hari ni, saya betul-betul terlupa tentang Mouthgasm Crunchy saya. Kebetulan pula petang semalam memang tiada di rumah. Semalam baru terdetik untuk periksa. Biru muka sekejap sebab status delivered tetapi tiada sebarang bungkusan pun yang ditinggalkan.

Baru sahaja hendak telefon J&T untuk tanya di mana kakitangan mereka tinggalkan parcel saya, jiran sebelah rumah dah laung laung nama saya ajak ngedate dekat tepi pagar. Itu tandanya ada surat atau bungkusan saya yang sesat sampai ke rumahnya. 

Alhamdulillah. Si balang bibir merah selamat sampai ke pangkuan saya. 😍

Isnin, Mac 01, 2021

Hadiah My First Giveaway By Blog Sal

Assalamualaikum.

Bulan Januari yang lalu saya sertai My First Giveaway by Blog Sal. Alhamdulillah, ada rezeki terpilih sebagai salah seorang daripada 15 pemenang. Berbunga-bunga hati ini teruja.

Sebenarnya, sudah lama juga kiriman hadiah Sal ni sampai. Cuma, disebabkan saya guna alamat surat-menyurat lama, jadi kena tunggu hujung minggu baru dapat kutip semua bungkusan dan posto milik saya. Lambat sedikitlah sampai ke tangan saya.

Jom tengok kiriman hadiah daripada Sal. Saya dapat sekeping alas tetikus, dua utas rantai kunci dan dua keping fridge magnet.

Khamis, Oktober 04, 2018

Tertunggak - Terima Kasih, Anies!

Entri ini entri penghargaan tertunggak khusus buat Anies. Saya, tangguh dan tunda memang macam dah sinonim dah sekarang ini. Heheheh ini baru semak balik entri-entri yang terperam dalam draf. Mula nak terbitkan satu demi satu.

OK, nak cerita tentang hadiah yang saya terima daripada Anies. Sehelai tudung Aidijuma Gold Label ini merupakan hadiah kemenangan saya menyertai giveaway anjuran Anies pada awal tahun lalu. Hadiah ini dah lama saya dapat, dah pakai banyak kali dah tetapi seperti yang saya jelaskan tadi, entri terima kasihnya yang tertunda. Huhuhu nampak tak berapa lama entri ini terperam?! Nasib baik sempat publish sebelum 2019! 😄

Aidijuma Gold Label
Cantik kan? I like it very very much!  Personally, saya memang suka pakai tudung berwarna gelap terutamanya hitam. Tudung cerah atau pastel tak sesuai dengan saya. So, bertambahlah koleksi tudung saya! Alhamdulillah. Tudung ni jadi salah satu persalinan semasa Syawal. Kena dengan tema baju raya  pulak tu. Tetapi, gambar menggayakan tudung ni tak dan ambil.

Selasa, Julai 26, 2016

RM150 Hadiah Raya daripada LAZADA

Sebut sahaja LAZADA, mesti dah terfikir tentang shopping kan? ;) Tetapi, kalian familiar tak dengan program affiliate oleh LAZADA? Ada tak yang sertai? Saya dah hampir setahun rasanya joined LAZADA Affiliate ni. Dah merasa dapat payout. Asal rajin push banners dan apa yang kita promote tu kena dengan target audience, adalah komisen apabila orang beli barang melalui link(s) kita.

Berbalik pada topik. Bulan Ramadhan yang lalu, LAZADA Affiliate ada anjurkan beberapa peraduan. Tak silap saya ada 5 contests termasuklah Ramadhan Blogger Contest - 10 Barang Yang Saya Mahu Pada Ramadhan Ini. Saya jarang masuk GA atau peraduan-peraduan sebenarnya. Tetapi, masa baca e-mel LAZADA rasa macam, 'Eh, menariknya! Nak cubalah.' Siap ajak Bott sekali main pilih-pilih, apa 10 barang yang kita nak untuk Ramadhan. 

Khamis, Januari 07, 2016

Hadiah Segmen Apakah Saya dah sampai! :)

Saya sertai segmen anjuran Sis Fida ni hujung November lepas. Kena teka gambar haiwan apa yang dilukis pada batang pokok. Alhamdulillah, rasanya semua yang joined teka-teka ni dapat hadiah. Kalau diikutkan saya terima kiriman hadiah Sis Fida pada tahun baru (baru tahu perkhidmatan pos beroperasi hari ni), tetapi jiran yang terima parcel bagi pihak saya. Nak dijadikan cerita, jiran saya tu pula emergency kena balik kampung. Makanya, lambatlah parcel Sis Fida sampai ke tangan saya.

 

Khamis, Disember 03, 2015

Hoot! Hoot! Obrigado, Ros!

Apasal pulak dah macam burung hantu ni? Dapat agak tak?

Inilah hadiah burung hantu saya!
Tali tu sebenarnya cantik je lilit kotak. Saya engsot-engsotkan sedikit nak bagi nampak perkataan Congrats.

Rabu, Julai 15, 2015

Menang Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang

Baru-baru ini dapat pos ekspres daripada Sis Sheila. Rupa-rupanya saya menang salah satu hadiah Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang. Saya pun dah lama tak jengah Sis Sheila jadi tak perasan bila keputusan GA keluar. 

Yang bestnya, Sis Sheila memang dah siap-siap minta address dan details semua peserta GA. Jadi,...supppppppppp! Tahu-tahu hadiah sampai ke tangan! Sukanya! Nak tengok apa saya dapat?

Selasa, Julai 07, 2015

Domo Arigato, Dylla Rezan

Sekitar Mac yang lepas, saya ada joined Segmen Blogwalking Bersama Dylla Rezan. Alhamdulillah, ada rezeki menang rantai kunci daripada si cantik manis ni. Tetapi, dek kerana kesibukan belajar dan tuntutan rutin harian, Dylla dah informed awal-awal yang hadiah akan dipos lambat. Tak de hal, dik! Akak yang tak buat apa-apa ni pun tiap-tiap hari busy, apatah lagi Dylla yang tengah buru title 'Dr.'. Hahahah over tak perbandingan akak?

Anyway, inilah hadiahnya. Siap ada kad raya minta maaf lagi. So sweetttttttt!

Isnin, Jun 15, 2015

Menang Giveaway By Kameq Deanna

Assalamu'alaikum, 
Selamat memulakan minggu baru!

Last week, saya dapat beberapa kiriman bungkusan dan surat.  Jenuh juga Cekebon dan jiran sebelah rumah jadi 'proxy' untuk tandatangan dan terima parcel-parcel saya. Salah satu kiriman adalah daripada Sis D. Bulan lepas, Sis D anjurkan GA dan saya terpilih sebagai salah seorang pemenangnya. Yeayyyyyy!

Screenshot from Blog Kameq Deanna

Jumaat, Februari 06, 2015

Terima Kasih, Iqa! Ole-ole Oman Selamat Diterima.

Earlier - 31 Januari 2015

Alhamdulillah, semalam pagi-pagi lagi Dik Nana informed yang saya salah seorang pemenang GA anjuran Iqa. Thanks so much, Nana sebab beritahu akak! Punyalah excited! Kiranya ini GA pertama yang saya menang untuk 2015 :) 

Saya ni dahlah jarang masuk GA, kalau masuk pun GA yang senang-senang je syaratnya. (Akak tak larat kalau rules yang complicated, dik! Juling mata nak follow itu ini, klik sana sini.) Selalunya support GA & segmen kawan-kawan blogger, sekadar nak meriahkan suasana.

No. 14 :)
Suka! Suka! Suka! Merasa dapat ole-ole Oman. Iqa ni kiranya junior saya. Jap,... super super super more-than-a-decade-super-junior saya di Garden of Knowledge and Virtue. Apa tu? UIA lah. Tapi akak senior ganyut ni fakulti lain. Thanks, Iqa sebab jemput akak sertai GA ni. Thanking you in advance as well for the ole-ole.


Today - 6 February 2015
Dapat satu lagi bungkusan minggu ni. Buka-buka,...


Oh, ni hadiah saya menang GA Travelog Oman IIUM by Blog Iqa. Apa lagi, senyum sampai telingalah! Nak tahu saya dapat apa?




Taddaaaaaa!

Ole-ole dari Oman

Alhamdulillah, saya dapat sehelai T-shirt I LOVE OMAN. Hihihi macam tahu-tahu je akak suka kumpul T-shirt edisi I LOVE begini. Lagi-lagi yang kainnya 100% cotton. Terima kasih banyak-banyak ye, Iqa. Tahniah juga buat Iqa kerana berjaya anjurkan GA dengan jayanya. Sesiapa yang nak kenal-kenal dengan siswi IIUM ni, silalah bertandang ke Blog Iqa ye :)



Ahad, Disember 28, 2014

Merci Beaucoup, Shikin!

Alhamdulillah, hadiah Simple GA: Vietnam Shawl yang dianjurkan oleh Shikin sudah selamat sampai ke tangan saya. Actually, dapat semalam lagi tetapi somehow Encik Posmen salah peti surat, termasuk dalam surat-surat jiran sebelah pula :)

Tattadaaaaa!
My Vietnam Shawl :)
Thanks so much, Shikin! Akak suka sangat shawl ni. Mula-mula masa tengok kat banner GA tu ingat shawl plain. Rupanya ada pattern & stripes. Berkenan betul dengan kombinasi warnanya! Totemo suki des! Setiap kali pandang atau pakai shawl ni, mesti akan ingat berbakul-bakul pada Shikin.

Terima kasih daun keladi, 
Akak doakan Shikin sentiasa murah rezeki.

Oh, Shikin sekarang sedang adakan another Simple GA. Ada beberapa 'Friendship Fridge Magnet' yang ditawarkan sebagai hadiah. Saya dah pernah dapat sekeping. Shikin yang designed sendiri tau fridge magnet ni. Itu yang jadikannya lebih istimewa :)

Shikin's Friendship Fridge Magnet





Rabu, Disember 24, 2014

Danke, Aisya =)

"Long, surat GA!" Cekengah balik kerja hulur sampul surat pada saya sambil sengih. Pandai-pandai je dia! Bila tengok setem, "Eh, daripada Aisya?" Baru teringat yang saya ada menang Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA anjuran Dik Aisya kita ni sekitar bulan Oktober yang lalu. Belakangan ni pun ada baca entri rakan-rakan blogger yang terima hadiah GA daripada Aisya. Tak terlintas langsung di fikiran yang saya pun akan terima hadiah yang sama. Hehehe nampak tak? This thing happens...when you are getting older ;)

Excited & gembira bukan kepalang!

Setem baru untuk koleksi saya!

Inilah key-chain Eiffel Tower yang saya menang. Terus gantung di board. Mencelah antara poskad yang Aisya hantar dan poskad kiriman Sis JM.
Eiffel Tower Key-Chain
 
Terima kasih banyak-banyak, Aisya. Susah payah anjur GA dan hantar gifts dari jauh. Jaga diri baik-baik. Moga Allah sentiasa memudahkan setiap urusan kalian berdua di sana :)

Danke
Domo Arigato
Merci



Sabtu, Disember 20, 2014

♪ ♫ Riang Hatiku Badan Bertuah ♪ ♫

Apahal pula tiba-tiba nyanyi lagu Allahyarham Sudirman ni? Saya sedang gumbira, teruja, happpppyyyyy! Alhamdulillah, ada rezeki menang GA =) Alah, Simple GA: Vietnam Shawl yang Dr Shikin anjurkan semalam. Tengah senyum lebar sampai telinga ni!

Lucky #7 =)

Saya pun tak alert sebenarnya yang Shikin dah umum keputusan GA. Balik jalan petang tadi, buka-buka blog, was congratulated by Zarulfarhana. Domo arigato, dik! Heee,..merasalah saya ada shawl dari Vietnam. Semalam, masa buat entri GA ni punyalah bersungguh-sungguh scrutinize gambar shawl yang dibulatkan oleh Shikin. Berkenan dengan ton warnanya. Tak sangka jadi milik saya :) Thanks so much, Shikin! Moga Shikin akan dikurniakan rezeki yang berlipat ganda dan nikmat yang tidak pernah putus daripada-Nya.