728 x 90

Isnin, 9 Oktober 2017

Hiasan Kraf - Here & Now | Rosie's Studio

Tattadaaaaa! Stok barang baru untuk buat kraf. Masih fresh dalam plastic packaging lagi. Semua crafts embellishments (hiasan kraf) di bawah keluaran Rosie's Studio - Here & Now. Secara peribadi, saya suka beli ikut set/range begini. Kenapa? Haaa,  ini satu tips untuk beli hiasan kraf. Jika boleh (dari segi kemampuan + availability of stock), belilah hiasan kraf dalam set atau bertema seperti yang saya beli ini. Tujuannya supaya memudahkan kerja kita nanti. Apabila hiasan kraf didatangkan dalam bentuk set/bertema, setiap hiasan saling padan antara satu sama lain. Mudah nak mix and match apabila buat projek kraf. Warna dan konsep dah memang sedia padan. So, tidaklah pusing kepala nak pilih hiasan yang bersesuaian.




Untuk range Rosie's Studio - Here &amp Now, ada 4 item yang saya beli:

1. Die-cut Embellishments (180 pieces)
2. Decorative Brads (21 pieces)
3. Designer Paper
4. Foil Chipboard Alphabets

Kalau diikutkan, saya sebenarnya dah tak boleh beli embellishments atau material kraf baru lagi buat masa ini. Yang ada kat rumah tu banyak lagi yang belum digunakan. Asyik stack, stack dan stack lagi di dalam almari. Takkanlah asyik nak bawa masuk barang baru. Tetapi,.. sekuat mana saya memasang tekad setiap kali masuk kedai untuk 'sekadar tengok-tengok' je,.. kuat lagi tarikan barang-barang ni memanggil-manggil mohon dibeli. Huhuhuhu mana boleh kata tidak kan?! Lagipun, saya suka gabungan warna yang digunakan untuk set Here & Now. Ada purple, biru, hijau... dengan sentuhan pastel pulak. Sweet gitu!


1. Die-cut Embellishments (180 pieces)
Design die-cuts. Setiap satu design di bawah ini ada 2 keping. Ada pelbagai saiz dan corak. Tak sabar nak guna untuk hias scrap page saya.


2. Decorative Brads (21 pieces)
Ini pula gambar close-up brads. Cantik-cantik! Dah terbayang-bayang dah scrap page saya makin berseri dengan adanya brads baru ni. Ingin tahu lebih lanjut mengenai apa itu brads dan kegunaannya, boleh baca di sini.

Sebelum ini, koleksi brads saya hanya yang saya beli di DAISO sahaja. Baca mengenainya di sini. Dapat pek baru, tersengih-sengih seorang diri. Super duper excited! Love each of the designs. Love the combination of the colours.


Sebenarnya, ada dua lagi produk bawah range Here & Now. Satu cardmaking kit (pek untuk buat kad DIY lengkap dengan kad dan hiasan) dan satu lagi pek washi tapes. Boleh tahan juga cantiknya. Tetapi, dua-dua saya tak beli sebab kononnya jaga bajet. Hahaha!


15 ulasan:

  1. Saya baca blog kak farrah pasal kraf mcm kak Farrah baca entry saya pasal bola. Tak faham tapi nak jugak baca. Haha. Have fun, sis! Do whatever makes you happy 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah ini kelakar! Betul betul betul! Akak gigih baca entri bola Sal lepas tu happy sendiri sebab rasa dah celik bola. Tapi, perbedaan nggak bisa menjarakkan kita kan?!

      Padam
  2. wow! cantiknya. saya dah lama teringin nak beli benda alah ni tapi tak kesampaian lagi .. huhu. skrang hanya mampu tengok koleksi kawan-kawan je la dulu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. abis tesis nanti boleh beli dan buat ye :)

      Padam
  3. bila nampak barang2 kraf Farrah ni, terus rasa nak beli juga,
    tapi still tak mahir nak berkraf :(( ... waduh ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrs Pip belilah dulu,..nanti bila ada masa terluang untuk buat, barang2 dah sedia ada :)

      Padam
  4. cantik yg kecik2 tu mcm butang baju melayu ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau desperate boleh juga dibuat butang baju melayu 😄

      Padam
  5. kak farah memang kreatif la... cantik la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kui kui kui apa yg kreatifnya, ekin. Barang2 tu semua dah sedia cantik 😊

      Padam
  6. wherenever i see these kinda things mesti tingat akak.. kalo CT nak beli saja2 mmg tak tapi sukaaa tengok benda2 cute ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe ada gak benda yang boleh buat CT ingat kat akak 😊
      Akak selalu kalah dgn benda kiut comel begini,...selalu TERRbeli.

      Padam
  7. wah tergodanya.. harap belum terjebak, sebab takut tak mampu menahan bila bertemu dengan barangan kraf sebegini..

    BalasPadam
  8. ari tu time kemas2 brg nak kuar opis utk start bercuti, aida simpan jugak gift yg farrah bagi.
    stiker kecik, pin kertas :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...