Sabtu, 15 Julai 2017

Nutella Brownies dan Aiskrim Vanila Kari

Assalamu'alaikum,
Baru nak bertatih menulis semula. Buka blog tengok banyak bebenar entri draf yang terperam terperap. OK, hari ni nak cerita pasal brownies. Siapa suka makan brownies angkat tangan?! Kita genggggg 😃 Berbanding cupcakes, saya lebih gemar brownies atau blondies sebab teksturnya yang lebih dense.

This is  Fudge Brownies drizzled with Nutella. Dhila bawa sebagai hidangan pencuci mulut semasa berbuka puasa  & moreh Ramadhan lepas (hehehe kan dah kata,..banyak entri draf cerita peram!) Bayangkanlah, brownies ni sampai beberapa jam sebelum berbuka,...kerja saya kejap-kejap intai dia! Jalan pergi buat kerja lain, datang balik intai dia! Belum campur pada masa yang sama terbayang-bayang brownies Nutella air tangan Hidayu Ayumie, mama si Firash tu lagi. Terseksa jiwa raga dibuatnya!

Tergoda tak?!

Apa-apa yang ada Nutella memang super yummy! Dan brownies lagi sedap jika dihidangkan sekali bersama aiskrim. Fuhhhhhh! Sebab brownies Nutella ni dah sedia manis meliuk-liuk, saya padankan dengan aiskrim vanila kari. Yessss,... aiskrim vanila kari. Bestttt! Dalam pada menikmati manis lemak brownies tu, ada sikit rasa rempah. Haaa,...barulah 'terjaga' palate kita.


Apa flavour aiskrim kegemaran kalian? Anything specific that you prefer? Saya sarankan cuba Aiskrim Vanila Kari ni. Nak tahu resepinya bagaimana boleh klik entri saya di sini.


10 ulasan:

  1. wow wow... sedap nya tgk brownies dh telan air liur ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Sis Sheila. Sekali-sekala dapat memang nyummm nyummm :)

      Padam
  2. Assalamualaikum kak Farrah. Lama tak bertandang sini :)

    Brownies tu nampak sedap! Boleh bayang dah macam mana manisnya brownies tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, my dear Farah.
      Lamanya tak dengar cerita. Dah tukar blog ye sekarang?
      Nanti satgi akak datang jengah.

      Padam
  3. Apa apa yg ada coklat, saya suka.
    Jadi brownies ni pun saya suka..
    Aish, rasa nak mkn pula...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi Mrs Pip. Bakelah brownies,..boleh enjoy dengan hero-hero kecil kat rumah tu :)

      Padam
  4. sedapnya. saya dah la peminat nombor 1 brownies! 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni boleh cari brownies dan nikmati dengan senyumannnnn :)

      Padam
  5. Pernah rasa brownies, ada orang bagi, rasa tak cukup lak...huhu

    BalasPadam
  6. Nampak sungguh yummy.. Apatah lagi makan sekali ngn aiskrim tu... Adusss sangatlah membuka selera pagi2 ni

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...