728 x 90

Isnin, 24 Julai 2017

Kad Lipat- lipat - The Final Look

Sebelum ini saya pernah cerita tentang kad lipat-lipat yang saya buat (boleh baca di sini), tetapi tak sempat nak tunjuk sepenuhnya. Masa tu belum betul-betul siap. Apa yang berlipat-lipat? Apa istimewanya kita lipat-lipat?  

Pada dasarnya, kad ini dibuat menggunakan kertas kraf bersaiz besar (12 x 12) yang dilipat kepada beberapa bahagian (dan ada bahagian yang saya potong kerana tak mahu jadi terlalu tebal apabila dilipat). Ada banyak ruang untuk kad ini. Depaan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan,.. jadi boleh letak banyak gambar, hiasan atau sentimen buat si penerima.


So, here is the final look.

Ini bahagian hadapan kad. Kad hari lahir dengan tema biru - polka-dots and small sweet flowers. Untuk bahagian hadapan, saya hanya guna chipboard embellishment - Happy Birthday dan tambah sentimen 'just for you' guna clear stamps dan cebisan kertas kuning dan hijau.

Bukaan lipatan yang pertama. Mini flags and arrow.


...yang kedua. Ada hiasan sedikit dan ruang untuk menulis.


...yang ketiga. Bukaan bahagian atas, sebelah kanan. Gambar si penerima kad. Ada poket dan secret message.


Finally, bukaan bahagian bawah, sebelah kiri.


Ada banyak ruang untuk tulis ucapan. Nak share kad dan sign ramai-ramai pun sesuai sangat. Apa yang best, layer by layer, bukaan demi bukaan,...kita boleh suprisekan si penerima. Best kan?


19 ulasan:

  1. Cutenya. Best kalau dapat handmade card macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni kalau dapat kad yang tangible memang excited kan :)

      Padam
  2. Comelnya kad yang macam ni! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi comel kalau kita tepek2 banyak gambar :)

      Padam
  3. lamanya tak singgah kat sini.. rindu..

    cantik dan menarik untuk penerimanya, surprise sangat dapat kad sebegini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu Eyda juga! Lama dah tak jengah Eyda dan hero berdua tu. Insya-Allah, ada kelapangan nanti saya datang ye :)

      Padam
  4. Cantiknya..... kreatif.... saya kalau buat memang kelautlah hasilnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum cuba belum tahu, entah-entah lagi komersial dan berseni rupanya :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Lepas ni Zarul leh cuba buat pula :)

      Padam
  6. hehehe memang terlipat2 jadinyaaa hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss,... lipat lipat dan lipat lipattt :)

      Padam
  7. Cantik...sy suka tengok kad macam ni...comel pun iya...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nini pun boleh cuba buat,..bab menghias lipatan2 tu yang bestt! :)

      Padam
  8. wahhhhhh besnya siap ada secret pocket lagi ha.
    boleh share ramai2 dgn kwn2 utk wish nti hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kad ni sesuai untuk share ramai2 😊

      Padam
  9. Comelnya kad lipat-lipat

    BalasPadam
  10. wah..ada orang buat bisnes tau kad macam ni kak Farrah. saya pernah la buat sendiri untuk seseorang dulu.tapi takdelah secantik ni..hehe

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...