728 x 90

Jumaat, 16 Jun 2017

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat ini antara hidangan berbuka puasa saya dan keluarga beberapa hari lepas. Nak buat kerabu ni bukan pakai jeruk buah pala potong yang biasa tu tau. Kita guna jeruk buah pala kering atau yang orang biasa panggil jeruk pala sagat tu. Berjurai halus-halus je rupa jeruknya. Di rumah ni ada dua pek jeruk pala sagat Pak Ali yang Uje bawa balik dari Penang. Kalau jeruk lain, cepat je licin-licau. Jeruk pala kurang dapat sambutan. Saya seorang je yang sambil-sambil tengok TV makan seurat. Seurat lagi 😆

Kebetulan, hari tu tekak teringin nak makan something yang masam-masam. Jadi, saya olahlah supaya jeruk pala dapat dijadikan hidangan. Beginilah rupanya Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat saya.

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat


Saya hanya guna satu pek jeruk Pak Ali seperti dalam gambar di atas. Jom tengok resepinya! Mana tahu boleh dijadikan menu kegemaran kalian.

Resepi Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat

Bahan-bahan:
  • 1 pek jeruk buah pala sagat (Keluaran Jeruk Madu Pak Ali)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 batang serai (dihiris halus)
  • 1 batang bunga kantan (dihiris halus)
  • Beberapa tangkai cili api (Jika tidak makan pedas, tidak perlu letak.)
  • Beberapa helai daun limau (dihiris nipis)
  • Perahan jus limau kasturi secukupnya.
  • Garam secukup rasa.

Langkah-langkah nak menyediakan kerabu ini sangat mudah. Seeloknya, sediakan waktu dekat-dekat nak berbuka. Barulah fresh kerabunya masuk mulut. Boleh juga disediakan lebih awal, kemudian dinginkan dalam peti sejuk. Al-ala cold salad lah 😋 

OK. Mula-mula, dalam satu mangkuk sederhana besar, masukkan jeruk buah pala sagat, diikuti dengan hirisan bawang besar, serai, bunga kantan dan cili api. Gaul kesemua bahan hingga sekata. Fuhhh, masa ni bau bunga kantan dan serai dah semerbak memancing selera! I was salivating! Terliur!

Kemudian, masukkan sedikit perahan jus limau kasturi. Agak-agaklah amaunnya. Tidak silap saya, saya gunakan perahan jus dua - tiga biji buah limau kasturi bersaiz kecil. Tak perlu masam sangat sebab kita hanya nak seimbangkan rasa jeruk pala tu. Sesudah itu, taburkan sedikit garam untuk lengkapkan rasa. Akhir sekali, barulah dimasukkan hirisan daun limau. Gaul sekata dan sedia untuk  dihidangkan. 

Kerabu pala ni jadi side dish untuk dimakan dengan nasi goreng ayam. Meh, saya belanja satu gambar close up untuk jamu mata.

Yummmehhhhh!

Selamat Mencuba!


10 ulasan:

  1. Wahhh...nampak sedap... Boleh try ni

    BalasPadam
  2. kecur ailio..jeruk dijadikan kerabu..ala2 somtam..

    BalasPadam
  3. selaku warga penduduk penang.. CT pun x berkenan pala gula ni hahaha.. mmg lambat habis kalo ada sapa2 beli or kasi hehe..

    BalasPadam
  4. nampak macam sedap. selamat berpuasa Farrah

    BalasPadam
  5. nampak sedap tapi e'in tak makan jeruk laa pulak.. huhu

    BalasPadam
  6. Mcm sedap..
    Saya suka jeruk buah pala tapi tak pernah cuba buat
    buat kerabu...

    BalasPadam
  7. menarik..boleh cuba laa klu ada buah pala sagat ni..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...