Khamis, Jun 29, 2017

Raya! Raya! Raya!

Assalamu'alaikum,
Dah masuk raya ke-5 baru sempat nak jengah blog.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Salam Lebaran!
Happy Eid!

Moga sambutan hari raya tahun ini lebih ceria dan bermakna buat kalian semua.
Bagi yang dah masuk kerja tu, bawaklah semangat raya pergi kerja sama 😆

Di kesempatan ini, dalam ruang Syawal yang masih terasa gilang-gemilang meriahnya, saya susun sepuluh jari, ingin memohon maaf atas semua salah silap saya. Seandainya, ada kata-kata saya, tingkah laku, penulisan atau gambar-gambar saya di blog ini yang secara tidak sengaja menyinggung perasaan kalian, buat kalian hurt/terasa, dengan rasa rendah diri dan penuh takzim, saya minta maaf.

Khamis, Jun 22, 2017

Artikel Saya di ZCOOP Kali Ini Tentang Raya :)

Assalamu'alaikum, 
Cepat sungguh masa berlalu,...rasa macam baru saja masuk Ramadan, tahu-tahu kita nak sambut raya dah! Time flies.

Alang-alang kita dah dalam mood raya, saja nak kongsi yang artikel terbaru saya di ZCOOP (Zalora Magazine) kali ini pun berkisar tentang raya. Semangat rayalah katakan,..😁

Jumaat, Jun 16, 2017

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat ini antara hidangan berbuka puasa saya dan keluarga beberapa hari lepas. Nak buat kerabu ni bukan pakai jeruk buah pala potong yang biasa tu tau. Kita guna jeruk buah pala kering atau yang orang biasa panggil jeruk pala sagat tu. Berjurai halus-halus je rupa jeruknya. Di rumah ni ada dua pek jeruk pala sagat Pak Ali yang Uje bawa balik dari Penang. Kalau jeruk lain, cepat je licin-licau. Jeruk pala kurang dapat sambutan. Saya seorang je yang sambil-sambil tengok TV makan seurat. Seurat lagi 😆

Kebetulan, hari tu tekak teringin nak makan something yang masam-masam. Jadi, saya olahlah supaya jeruk pala dapat dijadikan hidangan. Beginilah rupanya Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat saya.

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat

Isnin, Jun 12, 2017

Twilight Practical TimeLine Washi Tapes untuk Planner

Bagi siapa-siapa yang gemar kumpul washi tapes atau geng planner addicts, pasti akan berkenan dengan TimeLine washi tapes ni. Twilight Practical TimeLine Washi Tapes datang sepasang dalam satu set. (Set of 2).  Satu gulung untuk hari-hari dalam seminggu manakala segulung lagi garis timeline untuk aktiviti harian kita. Bermula seawal pukul 8 pagi sehinggalah pukul 8 malam. Menarik kan? Sesuai sangat untuk tepek dalam planner atau bullet journal.


Isnin, Jun 05, 2017

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 2)

Sebelum ini di Bahagian 1, saya tunjukkan cara buat kad hari raya menggunakan decorative tape. Kali ini saya ingin kongsi beberapa kad yang dihias dengan potongan craft punches. Craft punch/punches yang saya maksudkan ini jenis yang murah dan mudah didapati. Harga untuk satu craft punch sekitar RM3 - RM5 jika dibeli di Mr. DIY, dan RM5.90/punch di DAISO.

Kad yang pertama ini, base putih. Saya punched pattern bunga atas kertas merah dan hitam. Boleh pilih kombinasi warna yang kalian suka:- merah + biru, ungu + kuning atau ungu + biru muda.

Susun bunga secara rawak dan tampal menggunakan glue tape. Kemudian, hias dengan adhesive diamentes. Saya lekatkan gold foil alphabet stickers untuk perkataan AIDILFITRI.

Resepi Ikan Masak Taucu

Ikan masak taucu ini antara hidangan kegemaran berbuka puasa di rumah. Yelah, rasa masam-masam masinnya tu membuka selera. Memang akan bertambah nasi kalau makan. 😆


Resepi Ikan Masak Taucu

Nak sediakan ikan masak taucu ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan:  Ikan (terpulang nak guna ikan apa,..kembung, merah, tenggiri pun boleh), dua labu bawang besar, beberapa ulas bawang putih, dua sudu besar taucu, beberapa batang cili hijau atau jika suka pedas, guna cili api, satu keping asam keping dan sedikit minyak masak untuk menumis dan menggoreng ikan. Oh, jangan lupa serbuk kunyit dan garam secukupnya untuk perap ikan sebelum digoreng.

Chords Memeluk Angin - Rama Eru feat Charly Van Houtten

'Memeluk Angin' merupakan single terbaru Rama Eru. Rama Eru merupakan vokalis kumpulan Phoema yang suatu masa dahulu terkenal di Malaysia dengan lagu Cinta Butakanku dan Wanita Terindah. Kiranya untuk penampilan semula, Rama berduet dengan abangnya sendiri, Charly, vokalis Setia Band.

Kord Gitar From FAMF Tower

Kunci Gitar dan Lirik Memeluk Angin - Rama Eru feat Charly Van Houtten



G
Apakah terlalu lama
Em C
Apakah kau jenuh kepadaku
D
Jujurlah padaku

G
Ku tak paksakan kau bila
Em C
Ingin selalu pergi dariku
D
Dan kutahu hatimu

C D
Tak ada aku lagi
Bm Em
Perih yang kurasakan
Am D G
Pengorbananku semua sia-sia

Khamis, Jun 01, 2017

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 1)

Jika sebelum ini saya dah kongsi beberapa cara buat kad hari raya diy mudah, untuk tahun ini kita nak buat kad raya guna decorative tape dan craft punches. Barang-barang ini mudah didapati dan murah harganya. Boleh beli di Mr. DIY atau DAISO. Dapatlah kita hasilkan kad raya bajet yang istimewa.

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:



Resepi Ayam Berlada Serai dan Halia

Salah satu hidangan iftar di rumah baru-baru ini. Ayam berlada serai dan halia. Ayam goreng serai yang crispy di luar, tender di dalam disalut dengan sambal berlada yang wangi. Rasa serai dan halia yang ketara. Jom tengok resepinya.


Resepi Ayam Berlada Serai dan Halia

Bahan-bahan yang diperlukan:
Untuk ayam:
  • + 500 - 600g ayam (dipotong dan dibersihkan) 
  • 1 labu bawang besar/ 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 - 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 batang serai  (dikisar)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • tepung jagung secukupnya untuk salut ayam
  • minyak masak untuk menggoreng