728 x 90

Khamis, 26 Januari 2017

Tebus E-Voucher Lazada dengan MANIS

Tahu tak tentang aplikasi MANIS? Yang kita kumpul resit pembelian, snap resit dan kumpul points kemudian boleh tebus dengan vouchers. Saya ada tulis mengenainya di sini

Sebelum ini, dengan points yang ada saya dah beberapa kali tebus WWF Points Donation - Protect Borneo Elephants. Dengan resit pun kita boleh tolong selamatkan gajah tau!




Sekarang, kempen sumbang points untuk gajah Borneo tu dah berakhir. So, saya kumpul jelah points yang tinggal. Awal bulan hari tu, bila check rewards, ada Lazada E-Voucher yang boleh ditebus. Wowweeeee! Saya pun redeemed satu dulu yang bernilai RM5. RM5 pun,...dapat free-free je hasil kumpul resit. Berbaloi sangat!


Masuk LAZADA, macam biasalah sindrom rambang mata menyerang. Tetapi, keperluan perlu diutamakan. Saya nak beli dakwat printer. Awal-awal tahun ni banyak dokumen yang nak dicetak. Survey punya survey, klik sana klik sini, akhirnya dapatlah quite a good bargain


Black original ink, twin pack. Selepas guna e-voucher, hanya perlu bayar RM57 sahaja. Saya dapat produk yang diingini terus sampai ke depan pintu rumah dengan harga yang lebih murah berbanding jika saya beli di kedai. Berbaloi? Ini dikatakan berbaloi berganda! 

Jadi, siapa-siapa yang belum ada aplikasi MANIS tu, muat turun segera di sini. Daftar secara percuma dan mulalah mengumpul points atas pembelian yang kalian buat.


29 ulasan:

  1. apa lah ni.. syida xsuka sangat beli kat lazada.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...sebab Syida ada bad experience shopping kat lazada kan,..tak pe...leh tebus voucher lain.

      Padam
  2. wahhh baru tahu pasal MANIS ni! excited sebab kumpul resit tu is one of my hobby!
    Jom buat Roti Sosej Cheese Leleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alang-alang dah kumpul tu, jangan lupa guna aplikasi MANIS. Baru berbaloi!

      Padam
  3. Wahh syoknya kak Farrah siap boleh redeem voucher 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi bolehlah,..daripada nganga tak buat apa2,..kita snap resit2 kita

      Padam
  4. Ala tertinggal keretapi. Rose tak tahu tentang manis ni.

    BalasPadam
  5. Saya baru tahu pasal manis ni. Yelah nak bershopping online pun bukannya saya ada fulus sendiri. Huhu. Semoga dapat redeem dengan lebih banyak lagi lepas ini Kak Farrah. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Faa. Don't worry. Lepas ni kalau dah ada duit sendiri, dah urus belanja sendiri,..bolehlah guna aplikasi MANIS ni :)

      Padam
  6. Menarik ni...nanti nak try jugakla Farah..

    BalasPadam
  7. salam kak nak tanya kiranya semua jenis resit la boleh buat untuk Manis ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Kebanyakannya terima tapi ada exceptions macam resit parking, beli prepaid,...kena baca T&C dulu.

      Padam
  8. macam banyak je resit buang macam tu jek

    BalasPadam
  9. ha..ni baru sweet. kena dengan nama apps Manis

    BalasPadam
  10. bohong laa kann kalu msk lazada x rambang mata hehehe

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Mana tau satu hari nanti ada App Travel Jari Manis :)

      Padam
  12. Saya ada tebus voucher kfc rm10..berapa lama ye manis ambil masa untuk pos voucher tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pastilah pula. Sebab selalunya akak tebus e-voucher, dah siap ada code utk digunakan. Rasanya, kita kena email details diri dan tunggu lebih kurang 2 minggu kot. Cuba tanya pihak MANIS sendiri.

      Padam
  13. tak pernah guna, tapi dah dengar banyak dah pasal app MANIS nih..

    BalasPadam
  14. sedang mengumpul point 3k dah point tu

    BalasPadam
  15. xtau pon... ishh kene kumpul gak ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...