728 x 90

Sabtu, 21 Januari 2017

Chords Sambutlah Kasih - Lovehunters

Dalam inbox ada a few requests minta chords lagu Kudien. Saya terpinga-pinga. Kudien mana ni? Saya dah lama tak sempat tengok TV. Tak update sangatlah tentang rancangan-rancangan cari bakat baru. Tanya kat Bott, Kudien ni siapa? Budak Mentor Milenia ke? Selamba dan bersahaja Bott jawab,"Bukan, itu Qody!" Nampak tak makcik seorang ni? Konon tak ikut perkembangan rancangan nyanyi-nyanyi reality shows,...tahu je tuh! 😆😆😆

Selepas beberapa carian di Google, barulah tahu Kudien ni peserta rancangan 3 Juara. Suara memang rock habislah. Semasa konsert Pentas Epik Final 3 Juara yang berlangsung baru-baru ini, Kudien bawakan sebuah lagu daripada kumpulan Lovehunters. Lagu tu memang best. Persembahan Kudien pun best!!! Boleh tonton di sini.

So, demi menunaikan permintaan, inilah kord gitar Sambutlah Kasih - Lovehunters. Kebetulan memang kord lagu ni ada dalam simpanan sebab dulu pernah belajar main lagu ni. Selamat berdendang!

Kord Gitar Sambutlah Kasih - Lovehunters

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

Am
Tak pernah ku menduga
Dm
Gelora jiwa sesali dada
G Am
Aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian
E
Bagaimanakah nantinya
Am
Aku dapat merasakan
E
Rasa cinta di hatiku
F E Am
Hanyalah untukmu kekasihku

G C
Mendung dalam sinar matamu
G C
Kenangan duka masa lalu
E
Kepasrahan

(Chorus )
Am G
Tak ku hiraukan panas mentari lagi
Am
Demi cinta kurela menanti
G
Takkan goyang walau badai kan melanda
Am
Seribu tahun kutetap setia
Dm
Lupakanlah dukamu yang silam
Am
Hulur tanganmu sambut kasihku
E
Mari bersama kita melangkah
Am
Membina cinta abadi


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum... hai kak farah.. lama tak datang sini... maaf nah.. sibuk loni hihihihi...

    BalasPadam
  2. Assalam kak farrah ,, hehehhee.. tak layan 3 juara tak best , kita pon terpinga2 juga bila nampak nama kudien tu

    BalasPadam
  3. Nani hari tu on off aje layan 3Juara. Nanti nak try dengar lah lagu ni 😊

    BalasPadam
  4. selalu nmpk iklan 3 Juara kluar muka Kudien, tu yg sy tau kewujudan dia. Mentor Milenia best sbb bnyk part lawak

    BalasPadam
  5. samalah kita, memang kurang tengok rancangan-rancangan gini. Tapi suka Gegar Vaganza (komen takde kena-mengena). Hehe

    BalasPadam
  6. ooo ni lagu dia ke? hehehe baru tau

    BalasPadam
  7. Kudien? Mmg suara dia rock abis..sis ada layan 3 kuara tu

    BalasPadam
  8. tak pernah dengar..mesti sedap kan nih..

    BalasPadam
  9. ayu pon xtgk rancangan tu.. tp mentor tahun ni ayu tgk
    sbb nak tgk ucop tuu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...