728 x 90

Khamis, 30 Jun 2016

Jualan Terakhir Sebelum Raya

Assalamu'alaikum,

Kurang seminggu lagi kita nak sambut Syawal. Bagaimana persediaan kalian setakat ni? Saya ala kadar je. Mana yang sempat beli masa keluar shopping, saya grabbed. Mana yang tak sempat dan ada tawaran berbaloi, beli online. Sekarang kan shopping main klik-klilk je ;)

Bagi yang masih melengkapkan persiapan lebaran, ringan-ringankan tangan dan mata untuk tengok Jualan Terakhir Lazada ni. Riang Ria Raya Jualan Terakhir yang super awesome berlangsung sehingga 11 July! Nak shopping lepas raya pun boleh sangat! Banyak deals yang menarik, yang boleh buat kita nganga-kagum terkejut-tak-sangka-sampai-urut-dada. Klik pada banner di bawah ye.

Rabu, 29 Jun 2016

Resepi Kek Lemon Paling Mudah

Resepi ini sangat mudah. Masuk semua bahan dalam satu bowl, then terrrrrrrr...(beat dalam mixer) Boleh panggil kek lemon,...lemon squares,..apa-apa jelah. Untuk kek ni,  kita banyak guna parutan kulit lemon. Jus boleh simpan buat lemonade atau guna buat icing leleh :)



Isnin, 27 Jun 2016

Teh Tarik Cupcake | Caramel Eclair | Chilli Hot Choc

Minggu lepas Uje dan Dhila berbuka di rumah. Mereka bawa banyak desserts. Dhila ni sweet tooth orangnya. Bab nak cari manisan sedap sedap, serah jelah kat dia. Selepas berbuka, semua dah kekenyangan tak lalu nak makan pencuci mulut sangat. Makanya, jadi rezeki sayalah!

Kebetulan sepanjang hari tu hujan lebat. Cuaca dingin sangat. Bila dah sejuk, apa lagi,..mulalah perut berlubang. Normally, saya tak biasakan diri makan treats yang manis-manis. Tapi, this time justified-lah konon-kononnya. Sebab nak panaskan badan ;)

Untuk moreh, saya makan Teh Tarik Cupcake. Yummehhhh! The cupcakes were made by one of Dhila's friends. Apa yang unik, kek cawan yang dihasilkan semuanya ada sentuhan citarasa Malaysia! Selain daripada perasa teh tarik, ada cupcake perasa cendol, onde-onde Melaka,...Bukan main excited lagi saya cuba rasa itu sikit ini sikit...

Ahad, 26 Jun 2016

Sambal Berlada Terung Bakar

Hidangan terung sememangnya menjadi salah satu hidangan kegemaran keluarga saya. Tak kisahlah masak macam mana. Buat sambal ke, buat kari, rebus begitu sahaja dan cicah dengan budu atau sambal belacan and even buat sandwich terung

Hari ini satu lagi resepi berasaskan terung, Sambal Berlada Terung Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 biji terung bulat (Nak guna terung biasa pun tak mengapa)
  • 10 - 12 tangkai cili merah (Buang biji dan ditumbuk kasar. Jika malas nak tumbuk, kisar dengan blender je. Air jangan banyak sangat.)
  • 1 - 2 labu bawang besar (Dihiris bulat-bulat)
  • 2 keping asam keping
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam mengikut citarasa

Sabtu, 25 Jun 2016

Quaker Oat Cereal dan AEON Vouchers daripada WOOP

Awal minggu hari tu, saya terima parcel. Tengok-tengok daripada WOOP. Yeayyyyy! Seronok sangat! Saya redeemed 3 vouchers AEON (bernilai RM10 setiap satu) dan Quaker Chocolate Cereals. Dah agak lama saya tebus. Polisi di WOOP, kita hanya boleh tebus satu barang/minggu. Mujur semuanya dihantar serentak. 

Tebus di WOOP.

Brokoli Bakar

Satu resepi yang mudah dan sihat. Lebih kurang seperti resepi Kubis Bunga Panggang dan Kubis Bunga Paprika.

Brokoli Bakar

Jumaat, 24 Jun 2016

10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadhan Ini

10 benda yang saya inginkan untuk Ramadhan? Hmmm, kita berpantunlah ye.

Bulan puasa bulan keberkatan,
Hadirnya sentiasa ditunggu dinanti,
10 barang yang daku inginkan,
Moga Ramadanku lebih bererti.


1. Stand Mixer With Stainless Steel Bowl
RM 57.10
Before RM 188.00,
You save 70%

Ramadhan disambut penuh syukur,
Si kecil si cilik turut berpuasa,
Mixer baru keperluan di dapur,
Sediakan kuih pelbagai rasa.


Lagi Idea untuk Kad Raya DIY

Assalamu'alaikum,

Sekarang ni, setiap hari keywords di tower penuh dengan carian diy kad dan sampul raya. Makin ramai yang suka buat kad diy sekarang. Lagi bermakna kan,...

Boleh rujuk tutorial kad hari raya DIY di bawah:
Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:

Sempat lagi nak buat untuk diberi kepada kenalan dan saudara-mara. Tapi, kalau nak pos tu, tak pastilah dapat sampai sebelum raya atau tidak. Well, sampai lepas raya pun OK apa...raya kan sebulan :)

Di bawah ini ada beberapa lagi contoh kad raya mudah yang saya ingin kongsikan. Kali ini, base card saya gunakan kad bercorak. Jadi, tak perlu susah payah nak hias sangat.

Yang di atas ni hanya pakai reben, doily dan cebisan kertas.

Khamis, 23 Jun 2016

Resepi Biskut Tak Menggunakan Telur

Dah mula buat kuih raya? Bagi yang alah pada telur, cubalah resepi biskut raya mudah di bawah ini. Klik sahaja pada pautan yang berkenaan.


Resepi Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy


Chords Salam Aidilfitri Ayahanda Bonda - Hujan feat. Raihan

Kord Gitar dan Lirik Salam Aidilfitri Ayahanda Bonda -Hujan Feat. Raihan (Easy Guitar Chords)

(Intro)
Am F G F E Am E

Am                     F
Terkenang di ketika itu
G                            Em
Ku dimanja dan disayang selalu
F                       C
Apa saja kemahuan diri
F                        E
Akan cuba dipenuhi

Am                             F
Walau hidup dalam kesukaran
G                                   Em
Kau kan cuba untuk membahagiakan
F                                   C
Demi anak-anak yang tersayang
F                              E
Kau berdua kan berkorban

Rabu, 22 Jun 2016

One man's trash,..


...is another man's treasure!

Hayati Peristiwa Nuzul Quran dengan Wahyu Pertama NowSeeHeart

Assalamu'alaikum,
Maaf beberapa hari belakangan ini tidak sempat membalas komen-komen kalian dan membuat kunjungan balas. Alhamdulillah, sedar tidak sedar dah separuh Ramadan kita lalui dan 17 Ramadan memetakan satu sejarah penting yang kita perlu hayati - Nuzul Quran.

Menyentuh tentang peristiwa Nuzul Quran, saya teringat sebuah lagu nasyid yang jadi kegemaran saya ketika belajar dulu. Actually, sampai sekarang saya suka lagu ni. Susunan muziknya, penceritaan melalui lirik, harmoni suara penyanyi-penyanyinya....ini antara lagu nasyid terbaik yang pernah saya dengar! Lagu yang saya maksudkan ialah Wahyu Pertama, dendangan kumpulan NowSeeHeart. Lagu ini merupakan salah satu lagu dalam album pertama mereka, Wahyu Pertama. Kiranya semasa di kampus, masa teman-teman lain sibuk sukakan Damai Yang Hilang, saya pasang Wahyu Pertama on repeat mode. Apa yang paling saya suka buat, ikut nyanyi part latar di bahagian korus ;)  Rasa macam grand sangat!

Isnin, 20 Jun 2016

Kertas Kraf Peddy

Hari ini nak tunjuk kertas kraf yang saya beli di Mr. DIY. Dah lama beli tetapi tak sempat nak update. Kertas Kraf Peddy ini berharga RM5.50 satu pek. Saya beli dua pek dengan design yang berbeza. Satu pek bertemakan pink stripes manakala satu lagi temanya yummm yummm, cupcakes and coffee :)


Kertas Kraf Peddy
Saiz: 6" X 6"
Berat kertas 160gsm
Kuantiti: 50 helai (10 designs

Pek yang pertama. Pinky pink! Sis JM dan Mummy Julia kalau tengok nih,... ;)


Pek kedua. Ini pek jatuh cinta pandang pertama saya! Memang dari jauh dah nampak. Terus berkenan dan grab. Kalau ikut hati, nak ambil 2 atau 3 pek sekaligus, tetapi Bott dah keluarkan amaran. "Kertas-kertas kat rumah tu?!" Itu ayat keramat buat saya beringat. Hihihi saya memang kena bawa Bott time shopping barang kraf. Selalu dia yang kena tadah telinga bila saya complain kertas saya banyak,..dah terlampau banyak,..oh dah habis duit banyak beli kertas! Bazir! Siap ingatkan Bott, jangan bagi saya beli kertas selagi kertas-kertas yang ada di rumah ni tak jadi kad atau scrap page ;)

Tapi, yang kat bawah ni cantik sangatttt!



Buat kad hari lahir bertema cupcakes. Cupcakes di luar, cupcakes di dalam.



Salivating just by looking at the card! ;)

Jadi, sesiapa yang berkenan bolehlah cuba dapatkan pek kertas ini di Mr. DIY. Secara peribadi, bagi saya kertas kraf Peddy ini sangat berbaloi dibeli. Harga murah, corak rekaannya cantik. Sesuai sangat untuk projek-projek kraf kertas!

Ahad, 19 Jun 2016

Resepi Biskut Cornflakes Kopi

Asalnya, ini resepi biskut cornflakes SOS saya. Kenapa SOS? Kalau tiba-tiba saya atau Bott craving nak makan biskut, memang saya akan bake biskut cornflakes ni. Sebab senangggggg! Diulangi,..senanggggg bangattttt! Tak perlu pakai mixer, tak perlu pakai telur,..kacau-kacau gitu je, bakar,..siap!

Cuma baru-baru ni, saya melayankan Cekebon buat projek ramadannya dengan serbuk kopi. Adalah stok serbuk kopi kampung untuk saya. Jadi, saya masukkan sedikit dalam adunan. Fuhhh! Aromanya masa dibakar,...asyikkkkkk! Berebut-rebut satu rumah makan. 

Resepi Biskut Cornflakes Kopi

Jumaat, 17 Jun 2016

Kau dan aku tak bisa bersama,..


 ♪♫ Kau dan aku tak bisa bersama, 
Bagai syair lagu tak berirama. ♪♫


Baru je masuk kereta M, bait-bait lagu ni pancing perhatian saya. Jiwangnya! Lagu siapa ni?! Lagu baru Cakra Khan ke? Suara gagah serak-serak tu memang suara Cakra. M ketawa. Dia dah agak saya akan tanya tentang lagu tu. Selalunya memang kalau nak dengar lagu-lagu baru, artis sini atau seberang, saya akan godek-godek playlist M. M memang kerja dalam bidang muzik dan selalu kena travel ke Indonesia. So, sedikit sebanyak perkembangan artis di sana saya dengar fresh dari M. Kawan-kawan saya di Jakarta dan Bandung pun kebanyakannya kawan-kawan M juga.

Well, ini memang lagu baru nyanyian Cakra Khan untuk OST Rudy Habibie (Habibie dan Ainun 2). Tajuknya Mencari Cinta Sejati. Lagu ini ciptaan Melly Goeslow dan susunan muziknya oleh Anto Hoed.  Filem Rudy Habibie ini akan ditayangkan di Indonesia hujung bulan ni. Siapa yang dah tengok Habibie dan Ainun sebelum ini tentu tahu kisahnya mengenai siapa kan,..

Isnin, 13 Jun 2016

Tutorial Kraf Kertas - DIY Mudah Kad Hari Raya (Bubble Talk)

[Scheduled Post - Will be back on Tuesday, the 14th.]

Assalamu'alaikum,

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:

Tutorial yang seterusnya ini bertemakan bubble talk. Secara peribadi, saya kalau buat kad hari raya memang jarang guna imej masjid, ketupat atau pelita. Saya prefer kad yang simple, tak ada elemen raya sangat. Saja nak kelainan. Apa yang penting, titipan ucapan hari raya dan ingatan tu :)

DIY Kad Raya Bubble Talk ini pun konsepnya sama. Ringkas. Mudah dibuat. Bahan-bahan yang diperlukan lebih kurang sama seperti tutorial-tutorial kad sebelum ini.  Di bawah, ada beberapa template yang boleh digunakan. [Save image dan cetak mengikut saiz yang diingini.]

Jumaat, 10 Jun 2016

Mufin Coklat Tanpa Telur

[Scheduled Post: Masih tiada di tower.]


Ini resepi mufin coklat paling mudah, less messy dan yang penting super yummy! Resepi mufin coklat ini saya dapat dari blog Wana. Dah lama save, tapi tak terbuat-buat. Apa yang betul-betul pancing minat saya, resepi mufin ini tidak menggunakan telur.

Tutorial Kraf Kertas - DIY Kad Hari Raya Mudah

[Scheduled Post: Tuan tower tak ada sampai minggu depan.]

Assalamu'alaikum,
Hari ini entri tutorial kraf kertas. Kita buat kad raya ye. Hihihi walaupun baru masuk hari ke-4 berpuasa, kena up tutorial awal-awal. Bagi sesiapa yang berminat nak buat kad raya DIY, adalah ruang masa untuk kalian. Tidaklah nanti tergopoh-gapah nak sediakan barang,..nak siapkan kad,... nak kejar tarikh akhir Pos Malaysia lagi.

Kad raya DIY kali ini kita akan gunakan template di bawah dan bahan-bahan mudah. Save imej 'Salam Lebaran' di bawah, cetak di atas kad/kertas keras mengikut saiz pilihan. Hendak besar, cetak besar. Kalau suka yang kecil, cetaklah kecil.

Kord Gitar Adam - Faizal Tahir (Easy Chords)

Untuk aktiviti cuti sekolah kali ini, the kids sempat buat sesi sing-along nyanyi lagu Adam. Saya pun suka lagu ni. Soothing je dengar FT nyanyi and it's a good way untuk dedahkan si cilik tentang Nabi Adam. OK, ini kord gitar mudah untuk lagu Adam :)

Kord Gitar dan Lirik Adam - Faizal Tahir
Inspirasi 25 Rasul

(Intro)
C F Am G

C F Am G
Adam adalah yang teristimewa
C F C G
Adam yang pertama menghuni syurga

Rabu, 8 Jun 2016

DIY Sampul Duit Raya

Sampul duit raya? Betul, kita nak buat sampul raya sendiri. Almaklumlah sekarang ni orang bagi angpau packets free dah tak semeriah dulu. Kita buat sendiri lagi bagus! Jimat pun jimat. Istimewa sedikit. Di bawah ini saya ada dua set rekaan sampul raya. Saja pilih tema ala-ala doodles. Something simple and sweet.

Wordless Wednesday - Jangan Buang Dulu



Isnin, 6 Jun 2016

Theme Party - Scrabble and Gold (Part 2)

Entri Part 1 di sini.

Dalam entri terdahulu, saya dah tunjuk hiasan belon, banner, backdrop dan photo booth. Kali ini kita sambung dengan hiasan-hiasan lain pula ye.

Lilin Scrabble untuk Hias Meja


Hiasan lilin ini untuk diletakkan di meja makan dan meja hadiah. Saya gunakan gelas yang dibeli di IKEA. Rasanya 6 biji gelas tu RM3.50. Letak lilin kecil di tengah-tengah dan sumbat dengan letter tiles sampai penuh keliling gelas. Reben dan bunga memang ada dalam stok. Reben emas tu pemberian Intan Dorsett Pink. Thanks so much, Intan. Boleh baca mengenainya di sini.

Ahad, 5 Jun 2016

Persediaan Ramadan - Doa Harian dan Checklist Ramadan

Assalamu'alaikum,
Selamat datang tetamu yang paling ditunggu.
Salam Ramadan buat kalian semua :)
Mudah-mudahan kita semua sihat dan dikurniakan kelapangan untuk beribadah bulan ini.


Sabtu, 4 Jun 2016

Persediaan Ramadan - Doa-doa Berbuka Puasa

Selama ini saya hanya amalkan satu doa sahaja ketika berbuka. Cetek betul ilmu saya :)
Rupa-rupanya banyak lagi doa yang boleh kita baca ketika berbuka. Saya kongsi sebahagian daripadanya.

Doa 1 (Doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w)


Jumaat, 3 Jun 2016

Persediaan Ramadan - Menu Mingguan (Weekly Meal Planner)

Meal Planner dapat bantu kita untuk organize menu sepanjang Ramadan. Apa nak masak, apa yang nak kena beli,..saya biasanya memang suka plan ahead untuk seminggu. Senang cerita! Ini meal planner yang saya buat untuk Ramadan kali ini.

Khamis, 2 Jun 2016

Kayu Sakti Betulkan Alignment Tulisan Si Cilik

Pernah tengok tulisan si cilik begini?

It's actually four yellow buttons. S dia dah tertelan ;)

Sakit mata kan? Sesak nafas dibuatnya. Ini antara senario biasa dalam Kelas Membaca dan Menulis saya. Belum campur yang tulis senget, tulisan naik ke langit, cangkuk naik atas baris,...Masalah tulisan di atas ialah tiada jarak yang betul antara perkataan-perkataan yang ditulis. Dia main lajak sampai habis. Rasanya kalau letak pencungkil gigi antara perkataan pun tak lepas tu sebab rapat sangat! [Jeling SS kat sini jap!] Berbuih dah mulut cikgu pesan, jarak guna jari...jarak guna jari...tapi dia main redah jugak!

Menu Tetamu Hebat Mei 2016

Assalamu'alaikum,

Menu Tetamu Hebat Mei 2016


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...