728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Isnin, 8 Ogos 2016

Diamond Press Tool - My New Toy :)

Alat kraf baru untuk saya - Diamond Press Tool. Apa bendanya ni? Familiar tak dengan mesin Bigshot atau Vagabond? It's a die-cut machine. Selama ini, walaupun Bigshot dan Vagabond memang idaman hati saya, saya tak masukkan dalam senarai keperluan kraf yang ingin dibeli. Satu, saya rasa aktiviti buat kad dan scrapbook saya tak banyak pakai die-cuts. Selalunya saya pakai craft punches atau beli embellishments die-cuts yang sedia ada di pasaran. Lainlah kalau orang yang buat business kraf felt tu. Berbaloi ada Bigshot untuk potong corak bunga, abjad, haiwan,..

Dua, harganya agak pricey. Harga satu mesin die-cut lebih kurang RM400 lebih hingga RM900. Malah ada yang lebih tinggi. Bergantung pada jenis dan jenamanya. Masalahnya, dah ada mesin, kita perlu ada dies pula. Plat besi yang digunakan untuk potong bentuk-bentuk yang kita nak. Contohnya, nak bentuk love, kena beli die love. Nak sentiment Thanks atau Congrats, kena beli dies untuk itu. Harga setiap die julatnya dari RM20 - RM150 (juga bergantung pada saiz dan jenis). Banyak ongkos nak kena prepare hanya untuk kumpul dies ;) 

Raya baru-baru ini, saya ternampak di Facebook Page NJ Button Badge Kraf (ingat tak,.. siapa-siapa yang sukar nak dapatkan magnet sheet, saya sarankan beli di sini) promosi Diamond Press Tool yang sangatlah comel! Ini kira macam Bigshot versi mini dan portable! Harganya hanya RM90.00! Tak fikir panjang, sebab selama ni dah pernah tengok mengenai Diamond Press Tool di Youtube, terus saya beli :) Peruntukan beli barang kraf untuk bulan tu dah abis sebenarnya.  Tetapi sebab Uje dan Cekengah kasi duit raya, akak belanja hadiah raya untuk diri sendiri!

Inilah hadiah raya saya! :D
  • Mesin Die-cut
  • Blank folder (untuk apit kertas dan dies)
  • 4 Scallop dies

♪♪ La la la la la ♫♪
Suka sangat dengan Diamond Press Tool ni. Sesuai dengan keperluan saya. Nak guna senang. Nak simpan pun tak makan ruang. Sekarang ini saya sibuk buat DIY embellishments (hiasan kraf) pakai lebihan kertas-kertas yang ada. Seronok ada potongan bulat scallop sebab craft punches saya tak ada design tu. Di bawah ini antara hasil DIY embellishments saya:


Diamond Press Tool ni sesuai untuk kegunaan ringan-ringan je tau! Versi minilah katakan. Tak sesuai nak guna untuk potong felt tebal atau kertas tebal. Kalau projek kraf anda melibatkan potong felt dan kertas/kad keras, laburkan sedikit duit untuk beli Bigshot atau mesin lain seangkatan dengannya yang lebih gagah :)

Psstt! Siapa yang berminat, bolehlah intai page Facebook di atas dan berurusan dengan Sis Najah. Cepat respon dan rajin layan kerenah customer. Servis tiptop!

35 ulasan:

  1. kraf baru pulak ke kak farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peralatan buat kraf baru :)

      Padam
    2. owh... wahhhhh syoknya ada peralatan buat kraf baru

      Padam
  2. bagi mesin ni kat CT tatau nak buat apa and berapa lama bertahan heehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dapat kat Firah pulak, sekejap je lah gunanya.. dah puas nanti, letak sebelah.. hehe

      Padam
    2. Lepas tu biar jadi tukun ye,...akak kalau tahu korang ada mesin ni dan terbiar begitu je,..akak usaha pi ketuk pintu umah masing2, amik bawak balik ;)

      Padam
    3. jadi paperweight jelah nanti..haha

      Padam
    4. hahaha alaaaa kira mesin la ni.. tatau nak panggil gapo..

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang bestttttt! Berjam-jam saya duduk mengadapnya ;)

      Padam
  4. First time nani tengok alat tu. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye,..ini kira macam anak kepada mesin bigshot. :)

      Padam
  5. wah menarik dan sesuai peminat kraf dan kreatif macam Farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi bolehlah buat tambah2 koleksi peralatan buat kraf, eyda :)

      Padam
    2. lepas nih makin banyak hasil kraf yang kreatif daripada Farrah laa..

      Padam
  6. nanti nak beli jugak la bende alah ni.. masuk dlm wishlist dulu

    BalasPadam
  7. lg bertambah rancak laa buat kraf pasni yaa

    BalasPadam
  8. Wah, makin bersemangat la Kak Farrah buat lebih banyak kraft lepas ni..

    BalasPadam
  9. Mudah dan jimat masa guna alat ni.. betul x Kak Farrah?

    BalasPadam
  10. terpikat.
    tapi dah ada yg bleh cut felt tu.
    but most of the time kakak2 buat utk kertas jer.
    mau jengah jap la fb tu :)

    BalasPadam
  11. agak mahal bagi budak budak macam yana .. budak lagi ke

    BalasPadam
  12. tapi kalau dapat pergh, entah guna ke idok le

    BalasPadam
  13. seklai tgk mcm mesin buat ABC ;p

    BalasPadam
  14. warna nya sgt memikat hati wink wink wink

    BalasPadam
  15. bertambah koleksi alat utk buat craft

    BalasPadam
  16. cantik la benda tu boleh potong bulat macam tu... rezeki akak tu dapat. dapat yg untuk mini pun dah boleh kira satu kesyukuran kan kak sbb janji ada..

    BalasPadam
  17. dulu mase main dgn kraf mmg jadi idaman tauu bigshot ni...
    tapi almaklumla kos yang tinggi
    so simpankan impian...

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...