Khamis, Julai 14, 2016

Set Stensil POPULAR

Assalamu'alaikum. Kembali ke tower setelah lama cuti-cuti raya. First and foremost, terima kasih atas kunjungan tidak putus kalian. Insya-Allah, nanti ada rezeki saya balas kunjungan ye :)

Hari ni entri mengenai material kraf - set stensil. Set stensil adalah antara peralatan ringkas yang boleh bantu kita buat projek kraf. Set stensil di bawah ini keluaran POPULAR. Ada 6 designs. Tak silap saya harganya RM10.90 atau RM12.90. Tetapi, semasa saya beli ada promosi untuk range produk kraf keluaran POPULAR. So, I got 30% discount :)



Pada masa tu, ada dua set stensil yang dijual. Saya berkenan yang ini sebab ada butterflies, stars and damasks. Satu lagi tu lebih kepada corak gemetri. Set stensil ni perlu dipotong kepada 6 bahagian jadi sekeping sekeping supaya lebih mudah nak digunakan. Boleh guna untuk buat kad, nak buat corak pada projek kraf yang lain seperti pasu hiasan, kotak kayu. Apa yang penting, semasa nak gunakan stensil tu, kita kena tampal sedikit pita pelekat supaya stensil tak bergerak. Kalau tidak nanti messy hasilnya.

Nanti saya akan kongsikan beberapa kad yang saya hasilkan dengan stensil-stensil di atas.


19 ulasan:

  1. wow. 30% tu banyaklah juga dapat kurangnya bila nak membeli kan. haha. seronoklah tengok kak Farrah happy bila buat kraftangan ni

    BalasPadam
  2. cantik, tapi kalau orang tak kreatif ni mesti lama tersimpan kat rak.. hik2

    BalasPadam
  3. mmg best kalau nak 'shopping' buku/stationery kat Popular.. Selalu ada discount berbnding MPH..

    BalasPadam
  4. Yg sebelah butterfies tu *xtau nama corak dia..hehehe.. boleh guna utk uir inai x kak farrah? hahaha

    BalasPadam
  5. Tak sabar nak tengok hasil kreatif Kak Farrah guna Stensil ni :)

    BalasPadam
  6. hehehe jumpa aja eh Kak Farrah benda2 comel kat kedai2 tu..

    BalasPadam
  7. my box of love vol 2 tak penuh lagi.. if you get what i mean =D

    BalasPadam
  8. nah!! kalau sis JM tgk benda ni tak tahu kegunaan nya

    BalasPadam
  9. kalau dpt kat SS ni mcm2 projek dia akan buat

    BalasPadam
  10. wahh..untung lah beli time discount

    BalasPadam
  11. Wahhh benda ni la yang ekin nak cari tak ada popular kat sini

    BalasPadam
  12. cantik , jeles dan jeles dan jeles hahahahha sebab tak leh dapat

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.