Jumaat, Julai 29, 2016

Nak Paksa Anak Pandai Karangan

Sepanjang lebih sedekad saya buka kelas bantuan belajar, subjek bahasa merupakan kelemahan utama pelajar-pelajar. Satu, dek kerana sikap sendiri yang menganggap bahasa itu mudah. Ambil lewa jelah. "Kita kan tiap-tiap hari cakap BM, tak kanlah tak boleh score!" Itu baru 'omelan yakin' si anak. Jangan terkejut jika ada parents yang share the same view! Ada ibu bapa yang hantar anak kepada saya memilih untuk tidak mengambil subjek bahasa. "BI dengan BM tu dia boleh belajar di rumah!" Sedangkan apabila saya melihat keputusan peperiksaan si anak, setara lemahnya dengan subjek Sains dan Matematik. Malah, BM yang 'boleh belajar di rumah' itu pun grednya bukan B, bukan C, tetapi GAGAL.

Dua, anak-anak ini tiada budaya membaca. Generasi gajetlah katakan. Kurang membaca, maka kuranglah kemahiran nak menghasilkan ayat. Penulisan atau Essay dah ibarat satu beban buat mereka. 

Hari ini saya nak kongsi pengalaman saya mengatasi masalah ini. Berkesan untuk semua peringkat baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Memandangkan kita tidak boleh paksa mereka membaca (walaupun ada Program Nilam di sekolah), kita paksa mereka baca contoh karangan supaya boleh hasilkan karangan yang baik.

Dalam kelas, saya jarang beri students tajuk karangan dan minta mereka menulis. Saya sendiri akan sawan dan berbuih mulut apabila terima hanya 3 baris ayat ataupun karangan seperenggan yang lebih banyak salah daripada betulnya. Saya sediakan tugasan karangan dengan format yang sedikit berbeza.

Tidak kiralah sama ada karangan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, kalian boleh cuba cara ini. Tetapi, kita sebagai ibu bapa atau guru kena ambil extra effort sedikitlah. Di bawah ini, salah satu contoh aktiviti yang boleh kita buat.

[1] Dapatkan buku contoh karangan. Boleh juga dapatkan contoh-contoh karangan dari laman/blog pendidikan.

[2] Seterusnya, buat salinan (photostat) atau cetak karangan yang hendak digunakan. Potong karangan perenggan demi perenggan seperti di bawah.


Karangan yang siap dipotong diklip bersama. Dalam gambar, saya ada dua contoh karangan. Nanti dalam kelas, students yang duduk bersebelahan akan terima set karangan yang berbeza. Tak mahu jawapan sedondon! :)


[3] Berikan potongan-potongan perenggan kepada murid/pelajar. Proses pertama - biasanya saya akan suruh mereka garis perkataan yang tidak tahu, cari makna menggunakan kamus dan masukkan ke dalam Buku MYVI (boleh baca mengenainya di sini).

Setelah cari makna, mestilah dah semakin faham petikan yang diberi. [4] Kita minta mereka susun ikut kronologi dan tampal dalam buku sebagai satu karangan lengkap. Haaa, pada peringkat ini akan ada anak didik yang hentam keromo susun perenggan demi perenggan asalkan siap. Ada juga yang licik cuba padankan potongan tu mengikut jalur/garis potongan kertas. Bab ni, kita kena potong semua perenggan lurus dan sekata (seeloknya guna paper cutter) supaya mereka tak main ala-ala lengkapkan jigsaw puzzle

Sewaktu beri tugasan, awal-awal saya hantar warning, salah susun walau satu perenggan, you have to copy and rewrite the whole essay! Barulah budak-budak tu gerun sedikit. Seksa nak kena menyalin kan. So, by hook or by crook mereka akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan tugasan ini ikut cara halal ;)

Tujuan utama aktiviti ini dibuat (perlu laksanakan berulang kali dengan set karangan yang berbeza):
  1. Kita nak biasakan anak-anak dengan ayat karangan. 
  2. Kita nak biasakan mereka dengan struktur ayat, ejaan dan tatabahasa.

Baca pertama kali, tak faham - cari makna. Baca kali kedua dengan makna perkataan, dia dah mula faham. Baca lagi untuk susun perenggan demi perenggan. Baca lagi untuk pastikan kesinambungan isi betul (supaya tak parah kena salin semula). Paling kurang, 4 kali baca! Setidak-tidaknya pasti ada frasa atau ayat yang lekat dalam kepala. Boleh guna untuk menulis di lain masa. Cantiklah sedikit ayat tu. Insya-Alllah, sedikit demi sedikit, mereka akan improve.


Haaa, di atas ni contoh 'anak didik licik' saya. Tiada langsung perkataan bergaris. Maknanya dia tak cari pun perkataan yang tidak faham makna. Dengan bijaknya, dia pilih perenggan 'Good morning...' sebagai perenggan pertama, perenggan yang ada 'Thank you' sebagai perenggan akhir dan yang ada phrase 'Last term...' dia letak sebagai perenggan kedua terakhir ;)

Kiranya 'paksaan' kali pertama saya gagal. Jadi, apabila pulangkan buku, hendak tidak hendak dia perlu salin semula karangan tu ikut susunan. Bagi kerja tambahan sedikit. Biasanya saya highlighted perkataan tertentu dari petikan dan suruh mereka

(i) cari makna
(ii) tukar verbs (kata kerja) kepada past tense and vice versa 
(iii) beri antonim atau sinonim
(iv) bina ayat

Ini contoh latihan yang dibuat pada bulan April. Sekarang, setelah lebih kurang 7 bulan dipaksa secara nyata dan halus (bukan sahaja melalui aktiviti susun karangan, bahkan dengan aktiviti grammar dan vocabulary yang lain), anak didik ini sudah mampu menulis karangan yang memuaskan... yang boleh dibaca dan difahami, ada isi-isi yang baik. Kesalahan tatabahasa dan struktur ayat pun semakin berkurang :)

Selamat mencuba! Apa yang paling penting, kena konsisten. Lama kelamaan, pasti akan nampak peningkatannya. 

42 ulasan:

  1. Wahh, good idea. Terbaik kak farah.

    BalasPadam
  2. kalau kat sekolah pun macam2 alasan diberikan nak ngelat buat karangan.. BM BI sama penting. nak masuk U tengok kredit ke tidak.. and kalau boleh bukan skadar kredit yang kita nak.. come with quality.

    i guess yes.. amalan membaca tu penting. x kiralah nak ikut arus teknologi ke apa ke but do spend time untuk anak2 membaca. we have to instill the habit..

    eh teremo =p

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh takpe teremo kat sini. I feel you, Teacher CT :)
      Sebenarnya benda ni semua kena bermula dari rumah kan. Personally, akak tak suka buat cara begini. Membaca tak sepatutnya terhad pada buku teks dan buku contoh karangan. Tetapi sebab sistem pembelajaran kita yang berorientasikan peperiksaan, inilah cara ekspres yang boleh bantu budak2 yang jauh ketinggalan :)

      Padam
    2. bila para teacher berbicara...bangkitlah anak bangsaku.wah, kau dah kenapa tetibe

      Padam
    3. Kahkahkah bila Cik Sal Munge suruh anak bangsa bangkit,...tetiba akak yang rasa bersemangat! ;)

      Padam
  3. wah, bagus ni. boleh buat aktviti dekat rumah juga ni
    oo..selamat hari raya farrah
    sempat lagi kan =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi sempat. Masih raya raya lagi. YY tak buat open house ke?

      Padam
  4. hahaha.. licik budak ni... tapi, teacher dia lagi licik kaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab teacher dia dulu pernah jadi budak licik gak ;)

      Padam
  5. Wahh.. Bagus ni. Saya yang dah besar ni pun boleh juga nak aplikasikan cara ni. Bilalah nak mahir Bahasa Inggeris ni. =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's never too late to learn, Faa. Yang penting kita tak putus asa :)

      Padam
  6. Kalu SS yang kena susun perengan tu... SS susun macam main majong.. he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ekekekek macam main majong? cikgu join sama boleh?

      Padam
  7. Kena kerat kertas tu tajam2 supaya dorang tak susun macam puzzle... part ni... Kalu SS jadi student pon... SS nak susun mcm puzzle... ha ha ha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah memang kena kerat kertas bagi lurus dan seragam. Geng murid licik ghamaiiii! ;)

      Padam
  8. Masa kecik.. SS tak pernah buat homework karangan... Biasanya abang yang buatkan... SS salin balik... Keh Keh Keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah bestla ada abang nak tolong buatkan karangan. Saya selalu nangis bucu katil sebab karangan tak siap2 ;)

      Padam
  9. Perhhh terbaek...

    Tolong tuisyen kn sy kak.... huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha ha... okay register sekarang. minta borang

      Padam
    2. Jangan isi kosong je borang tu,..ada pengeras sekali :)

      Padam
  10. yana pon kadang kadang naik hantu jugak ajar adik yana karangan hehehhe

    BalasPadam
  11. kak farah punya idea ohsem lah. betul, essay ni kena banyak membaca. bila jarang membaca dia tak datang dalam otak tu ayat2 yang lawa2. kalau dah sentiasa baca, selalu boleh tulis laju. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yessss, barulah meluncur laju je idea keluar kan,... :)

      Padam
  12. garang jugak kak Farrah ni ye..takut I nak register jadi student..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih tak pe,..utk Sal akak kasik special treatment! Dok kat meja teacher ye. Kalau ngantuk ke penat ke teacher bobokkan. Okay? :)

      Padam
    2. Ini pilih kasih ni...

      Ini tidak adillll

      Padam
  13. wah. camniii kreatiff.. bole try tuk anak nadya ni satu hari nty. hehe (^_-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi zaman nadya ada anak, ada macam2 lagi teknik blajar yang advance :)

      Padam
  14. boleh cuba untuk anak nih.. karangan BM ngan BI tidak memuaskan.. risau Eyda tengok result..

    BalasPadam
  15. betul tu. saya setuju dengan farrah parents ambik mudah subjek bahasa. walhal itulah paling susah (teringat diri sendiri dulu)..

    BalasPadam
  16. btw, farrah bukak kelas tusye kat mana?

    BalasPadam
  17. Cik Mimie time skolah lebih suka buat penulisan BI dari pemahaman..hahahah.. walaupun jalan cerita merapu.. bantai je..

    BalasPadam
  18. kat cikgu bm ms sy sek ren dulu, nk pandai karangan kena selalu baca surat khabar...

    BalasPadam
  19. aida ni guru tuisyen gak utk anak2 dara berdua tu, farrah.
    yes bab karangan bm / bi ni aida beli kan buku utk diorang baca.
    cari makna dlm kamus.
    yes alhamdulillah. sib baik betul cara aida.
    but takde ler sampai kerat2 paragraph tu farrah.

    BalasPadam
  20. setuju akak.. amalan membaca penting and yes zaman teknologi skrg main gadget dh xbaca buku lps hbis bt HW. dlu sek rendah pon tak reti nk bt karangan.

    BalasPadam
  21. Good job Farah..and thanks for sharing this.
    Mrs Pip anak ada dua still kecil lagi la, tapi will do this for the once dorg masuk sekolah... rasanya cara mcm ni lebih efektif berbanding asyik suruh anak2 terus tulis karangan tanpa stimulate their brain (just my opinion)...
    Terus teruja nak ajar anak tulis karangan, kikiki.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.