Khamis, Jun 02, 2016

Kayu Sakti Betulkan Alignment Tulisan Si Cilik

Pernah tengok tulisan si cilik begini?

It's actually four yellow buttons. S dia dah tertelan ;)

Sakit mata kan? Sesak nafas dibuatnya. Ini antara senario biasa dalam Kelas Membaca dan Menulis saya. Belum campur yang tulis senget, tulisan naik ke langit, cangkuk naik atas baris,...Masalah tulisan di atas ialah tiada jarak yang betul antara perkataan-perkataan yang ditulis. Dia main lajak sampai habis. Rasanya kalau letak pencungkil gigi antara perkataan pun tak lepas tu sebab rapat sangat! [Jeling SS kat sini jap!] Berbuih dah mulut cikgu pesan, jarak guna jari...jarak guna jari...tapi dia main redah jugak!


Makanya, cikgu nekad buatkan 'kayu sakti' seorang satu. Apa yang diperlukan:


  • Batang aisrim
  • Washi tapes
  • Alphabet Stickers

Kita hiaslah batang aiskrim seadanya. Letak nama guna alphabet stickers supaya masing-masing rasa special ada personalised kayu sakti :)


Dah ada kayu sakti, ajarlah mereka gunakan batang aiskrim untuk jarakkan perkataan yang ditulis. Macam di bawah ni :)

Barulah cantik dan seragam jaraknya.

Tetapi, kayu sakti ini hanya untuk kegunaan dalam kelas sahaja. Habis guna kumpul balik/simpan. Last thing I want is to come across si cilik main tiup-tiup atau tepung batang aiskrim dengan kayu sakti mereka ;)


56 ulasan:

  1. sama laa dengan anak.. tulisan adoi, sakit jiwa melihatnya.. salah tegur sentap plak.. yup anak2 suka main tepuk batang ais krim tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih bab salah tegur sentap tu kelakar :)

      Padam
    2. betul Farah, terutamanya Kimie tuh.. bukan boleh tegur, suka sentap..

      Padam
  2. Kreatif nya sis cara nak ajar tu...boleh kak cuba di rumah nti..kadang anak kak pun menulis rapat sgt.. sllu pesan, tapi sama gak kadang2... hehhe..
    TQ berkongsi tips ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Biasalah budak-budak kan,..time kita pesan tu dia ingatlah. Lepas tu lari balik alignment dia :)

      Padam
    2. hahaha biasa laa tulis nak cepat siap sama kekadang tu..

      Padam
  3. Wahhh memang membantu macam ni. Nanti nak bagi tahu ibu lah sebab ibu ajar budak2 tadika :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa,..bolehlah inform pada ibu. Mesti si kecik2 lagi excited nak menulis :)

      Padam
  4. salam kak farrah nice idea nanti nak tiru ! :)

    BalasPadam
  5. si bongsu yana pon macam ni la.. sabaq aje tengok buku dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe,..yang penting jangan putus asa nak betulkan dia :)

      Padam
  6. Kalu pencungkil gigi x leh... Pakai gigi... Keh keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha.. boleh gak SS.. Khas untuk SS je.. :P

      Padam
    2. Gigi kena sama ada gigi kapak atau gigi arnab. Baru cantik sikit jaraknya :)

      Padam
    3. hahaha jenuh macam tuh, gigi kan macam2 saiz ada..

      Padam
  7. hehehe.. dulu time kecik2 selalu terfikir, macam mana orang besar bajet kan tulisan mereka.. tapi, bila dah besar, automatic pen/pencil turun kat next destination.. haa.. kat situ lah new words datang.. hik2

    BalasPadam
  8. sampai macam tu punya pikirkan sebab nak tulisan cantik.. ahahaha

    BalasPadam
  9. boleh tak jadi anak murid kak farrah?
    mesti seronok sangat ni...hehe

    anak saya kan kak camtu juga tulisan
    tapi saya ajar guna jari
    tak terpikir nak buat cam akak ni
    nice sharing anywhere =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi dah tak qualified jadi anak murid. Dah terlebih pandai :)
      Itulah, penat ingatkan agar guna jari,..sekejap je diorang ingat.

      Padam
  10. tulisan Hakim kalau kak fara tngk mau berpino terus mata. kembang kuncup mix abis tulisan. kejap italic, kejap roman, kejap syerif. kikiki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha itu cendekiawan in the making tuh! Habis semua dia cover sekali harung!

      Padam
  11. kreatif la kak farah batang aiskrim boleh jadi kayu sakti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulang ayam nak buat kayu sakti pun boleh,..tapi tak sesuai guna untuk menulis la :)

      Padam
    2. hah tulang ayam pun boleh ke.. kita tulang ayam buang sokmo hahahahahaha

      Padam
    3. tulang ayam? kang kucing bwk lari

      Padam
  12. Balasan
    1. Apa yang comel? Akak ke batang aiskrim ke anak murid akak yang tulis rapat tak berjarak? ;)

      Padam
    2. kih kih kih..sis JM yg comel kan kan kan..uweekk!

      Padam
  13. bagus pendekatan akak.. dulu tulisan saya senget..hahahahaha.. sekarang pon senget lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah kira dulu kini dan selamanya sengetlah ni :)

      Padam
    2. tulisan senget tak pe..jgn org nya hadoi! lawak heheheh

      Padam
  14. mmg ad sakti kayu ni..hihihihih.. mesti budak2 tu sukan kan.. dahlah comel pulak kayu sakti ni..


    *** SS tak nak buat ke??? hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kayu sugi boleh x ikhwan? He he he

      Padam
    2. @Ikhwan - merasalah masing2 ada kayu sakti sorang satu. leh perasan special sikit sebab kawan2 yang dah pandai menulis takde kayu sakti :)

      @SS - kayu sugi nak satu dozen boleh?

      Padam
  15. hahhaha. ingat, masa sekolah-sekolah dulu pun buat macam tu jugak

    BalasPadam
  16. kayu sakti katanya? boleh request nk mkn sedap2 tak kalau guna kayu sakti ni

    BalasPadam
  17. tulisan tu nampak lagi kemas kalau ada pensil sakti hehehhe

    BalasPadam
  18. pensil tu x tajam itu sbb bila tulis huruf2 tu jadi kembang dan beso tu sbb nampak rapat..eH..byk songeh lak ko JM hehehe

    BalasPadam
  19. anak2 cilik CC ini umur berapa tahun?

    BalasPadam
  20. alaa..baru nk tgk hasilnya selepas guna kayu sakti tu...

    BalasPadam
  21. bagusnya ada cikgu caring mcm ni. hehehe
    dlu guna pembaris sebelum nak dpt tulisan kemas bila dh besaq ni :)
    comel je tgk

    BalasPadam
  22. bagusnya ada cikgu caring mcm ni. hehehe
    dlu guna pembaris sebelum nak dpt tulisan kemas bila dh besaq ni :)
    comel je tgk

    BalasPadam
  23. terbaik :)
    lama2 nanti anak2 tu faham kan.

    BalasPadam
  24. kreatifnya akak..kaya dengan idea bernas hihi

    BalasPadam
  25. boleh guna untuk ajar anak saudara darjah 1 ni.. ekin jadi cikgu kak ajar dia.. hahahahha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.