Sabtu, Mei 28, 2016

Jom Kenal Serizawa Buskers

Assalamu'alaikum,

Pernah dengar Serizawa Buskers? Haaa,...mari mari! Lai..lai..lai! Tuan tower nak tolong uar-uarkan. Serizawa Buskers sekarang dah jadi antara 'ahli muzik' kegemaran saya. 

Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang anak muda berbakat besar:-
Man Serizawa (Vokalis)
Ain (Vokalis)
Fendi (Vokalis)
Nazrin Biskut (Vokalis)
Ijat (Lead Guitar)
Haikal (2nd Guitar)
Madi (Percussionist)
Wan (Bassist)
Farid (Toys)

Serizawa Buskers diasaskan oleh Zainul Luqman bin Zainul Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Man Serizawa. Baru berusia 22 tahun, merupakan mahasiswa Bacelor Komunikasi, UPM, Man dan teman-teman aktif berbusking demi menaikkan nama Serizawa Buskers. Mereka dah buat persembahan di banyak events and functions terutama sekali acara-acara di universiti.


Serizawa Buskers sedang beraksi.

Mengapa Serizawa Buskers? 
...sebab mereka berbakat! Ini bukan paid review tau! Ini review jujur daripada saya and I really mean it. Bagi saya, Man selaku salah seorang vokalis punya suara yang best. Lagi tiga vokalis saya belum berpeluang dengar lagi but I believe they are talented singers with great and mellifluous voice as well. Ahli kumpulan yang lain pula mahir dengan instrumen masing-masing. So, they can simply put an entertaining show together. Anak-anak muda pandai berdikari beginilah yang harus kita support! Persembahan-persembahan mereka best, menghiburkan, tak jemu dan bagi saya ada nilai boleh jual ;)

Tak percaya? Siapa nak tengok Serizawa Buskers perform live? Nak tengok? 
Kosongkan jadual kalian dan jejak Serizawa Buskers di dua lokasi ini:
  • Car Boot Sale, PUJ 3, Taman Puncak Jalil, Selangor. (Ahad, 8-10 pagi)
  • CS Bangi Avenue. (Sabtu / Ahad, 1-5 petang)


Saban minggu mereka akan beraksi tetapi tidaklah sekali semua sembilan ahli akan turun. Bergantung pada jadual dan availability masing-masing. Macam sekarang ni, they all busy dengan final exam, so tak adalah perform selalu.
Boleh intai-intai mereka di media sosial. Dapatkan info/perkembangan/updates mengenai Serizawa Buskers di: -
  • Facebook : Serizawa Buskers
  • Instagram : @serizawabuskers
  • YouTube: Serizawa Buskers
Bagi yang nak buat event, majlis atau sebarang keraian, bolehlah gunakan khidmat Serizawa Buskers untuk menghiburkan para tetamu anda. Hubungi terus Man Serizawa di 0146059176.


To Serizawa Buskers,
Akak doakan kalian terus sukses dan murah rezeki! :)


14 ulasan:

  1. wahh.. kak farrah jumpa derang kat mana ? lepas ni akak boleh join derang sekali men guitar when their guitarist is not available.. kan kan kan ... ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ok ini kelakar! Akak kalau ganti guitaris mereka terus bungkus adik2 ni nanti. Jangan cari pasal ;)

      Padam
  2. fuyoo farrah.. p laa join sekali, kot boleh join diaorang.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih dah kertu la, eyda. Dah hukum duduk rumah je :)

      Padam
    2. ishh kita tak kertu mana lagi pun farah..

      Padam
  3. salam kak hari tu duk tengok akak update pasal ni , buka utube nak cari la lgu depa ni sekali pi buka lagu lain hehhe

    BalasPadam
  4. saya penah dengar nama kumpulan ni tapi tak penah dengar dieorang perform

    BalasPadam
  5. yang mana satu Zairul luqman ni yg baju purple or grey

    BalasPadam
  6. ini baru kenal pas baca entri ni jika x...mmg x pernah gr kumpulan musik ni

    BalasPadam
  7. mesti Farrah tgk sendiri secara life kan itu sbb gambar tu from ur camera kan

    BalasPadam
  8. alaaa..malas lah nk g tgk sorang2...Farrah temankan boleh ;p

    BalasPadam
  9. kalau SS area sini leh ajak SS jek kih kih kih

    BalasPadam
  10. penah dgr nama je tp details xtau ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.