Selasa, Januari 19, 2016

Imbas 2015 - Money Challenge | Book Challenge


Baca komen Intan (Dorsett Pink) ni buat saya tersenyum. Yelah, Intan...saya betul-betul lupa! Lupa langsung nak update mengenai misi-misi saya menyahut Money Challenge dan Book Challenge. Baca entrinya di sini dan di sini. Rasa macam baru sahaja saya tulis dua entri berkenaan pada awal 2015. Dah setahun dah rupanya. Apa status cabaran-cabaran saya? Well,..
Money Challenge Berjaya!
Book Challenge Kandas!

Alhamdulillah, saya berjaya kumpul sebanyak RM1 378 untuk 2015. Walaupun pada bulan September terpaksa keluarkan sebahagian daripada amaun yang dah dikumpul (untuk tampung biaya kereta saya yang tiba-tiba tersadai di tepi jalan. Boleh baca Kisah 3 Muhammad di sini), saya dapat cover balik by end of December. Kebetulan payment untuk beberapa kerja-kerja sampingan yang saya buat masuk hujung tahun.

Pada mulanya, saya berniat nak jadikan tabung money challenge saya sebagai adventure & crafts fund. Wang yang terkumpul khusus buat travel atau beli peralatan kraf yang saya teringin sangat-sangat. However, something happened last year dan saya putuskan untuk buat sesuatu yang lebih bermanfaat dengan duit tabungan saya tu.

Bagi rakan-rakan yang ikuti blog saya, pasti tahu yang saya telah kehilangan ayah pada awal Mac tahun lalu disebabkan serangan asma. Penyakit ini memang penyakit keturunan keluarga. Selain babah, datuk dan ibu saudara saya juga meninggal dunia disebabkan penyakit yang sama.

In memory of my late father, saya tergerak hati mulakan satu tabungan khas - TABUNG FAHMY. Wang ini akan saya asingkan untuk bantu insan-insan memerlukan yang singgah/cross path dengan saya. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Tak mampu tolong banyak, dapat tolong tolong sikit-sikit pun jadilah. Moga ada juga 'bahagian' untuk arwah babah. Saya harap tahun ini saya dapat teruskan money challenge untuk TABUNG FAHMY. Tolong doakan ye. Siapa yang buat money challenge tahun lepas? Berjaya tak cabaran simpan duit 52 minggu kalian?

Book Challenge memang failed! Angan-angan tinggi melangit nak habiskan 55 buah buku dalam setahun. Book Challenge 2015 memerlukan saya baca 1 buku/minggu dan ada satu minggu kena baca trilogi. Maknanya 55 buah buku la kan,..

Saya hanya mampu baca 36 buah sahaja. Datang waktu sibuk saya gagal urus masa, jangankan buku, ebook pun saya tak larat nak pegang! Belum campur bila satu novel tu saya rasa best, saya ulang,..ulang dan ulang lagi. Baca buku baru yang tak cukup feel, laju je tangan tu klik buku lain - buku best yang saya dah baca sebelumnya. Entri mengenai buku yang telah saya baca pun sempat buat dua je ;)

Entri 1
Entri 2

2016 saya masih nak teruskan book challenge but of course nak cari yang realistik sikit. Mungkin 1 buku sebulan atau yang tak lebih daripada 30 buah buku. Berminat nak buat book/reading challenge seperti saya? Google je reading challenge atau book challenge dan carilah mana-mana yang berkenan. Ada juga some interesting photo and writing challenge. Apapun, selamat menyahut cabaran!

 

47 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ala ala tabungan wajib. Nak tak nak, kena keras hati masukkan amount tertentu :)

      Padam
  2. tahniahnyer cik farrah., kipidap ;p

    BalasPadam
  3. tahniah kak Farrah! moga tabung FAHMY pun akan penuh jugak..al-fatihah untuk arwah Ayah akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnn. Terima kasih atas doanya, Sal. Mudah2an begitulah :)

      Padam
  4. Wahh tahniah kak,,byk tu kumpul,skit2 blh jdi byk

    BalasPadam
  5. Wahhh impressed beteul dengan Kak Farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak,..tak yah impress sangat, Nani. Orang lain dah lama buat,..akak je yang baru terkedek-kedek kumpul last year :)

      Padam
  6. menariknya challenges ni. btw, tahniah kak farah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Jie. Jom sama2 buat book challenge tahun ni :)

      Padam
  7. tahniah!!!
    boleh try gak cara ni...dah lama xmenabung ni

    BalasPadam
  8. wahh, menarik.. macam nak buat juga laa..")

    BalasPadam
  9. waahhh! nama kite terpampang besar-besar. hehe

    BalasPadam
  10. Thanks Farrah for answering my question.. sebab ia semangat untuk orang lain menabung jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks pada Intan juga sebab tolong ingatkan :)
      Dengan lifestyle sekarang ni, moga kita sama2 aktif menabung ye..

      Padam
  11. RM 1378 bukan jumlah yang sikit.. Banyak tu.. Macam-macam boleh buat dengan duit banyak tu.. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sikit-sikit dulu, janji mula menyimpan kan...

      Padam
  12. semoga perkongsian Farrah ni memberi manfaat untuk orang lain jugak including myself

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2an begitulah. Moga bermanfaat buat kita semua :)

      Padam
  13. kite dah minggu ke3 ni kan. so kalau saya nak start sekarang , maksudnya kene masukan duit rm10 kat dalam tabung siap2

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Memang best. Ain suka baca buku kan,..buatlah book challenge :)

      Padam
  15. wahh.. berjaya capai target.. clap clap clap

    BalasPadam
  16. tahun lepas saya failed juga...tapi azam tahun ni nak buat lagi..lagipon dh kerja..senang sikit

    BalasPadam
  17. Innalillahiwainnailahirajiun...

    Al fatihah utk arwah pak cik fahmy...

    Moga tenang roh arwah ayah akak d sana...
    Insya Allah

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah... berjaya ..

    #kipidap kak...

    Moga Allah permudahkan... insya Allah

    BalasPadam
  19. tahun lps money challenge ana failed la kak farrah. inshaAllah tahun ni ana try lg. hehehe

    BalasPadam
  20. tahniah kak farah ! elok sangat2 buat mcm ni kan.

    Ya Allah,dah lama gila xblogwalk blog akak. dah lama jugak laa xjd silent reader akak . huhu. harini baru nak jenguk blogger2 . haha

    Ingat yaya lg tak :D

    BalasPadam
  21. menarik ;)
    inshaAllah nak buat semula :)

    BalasPadam
  22. Salam singgah sini Farah...Alhamdulillah...bagus juga buat ni Farah....

    BalasPadam
  23. Tahniah Farah berjaya menyahut cabaran tahun 2015....InsyAllah semoga tahun 2016 ni cabaran Farah untuk tabung FAHMY berjaya...amin...

    BalasPadam
  24. tahniah Farrah.. moga tabungan Fahmy berjaya..

    BalasPadam
  25. Eyda punya tabungan tahun lepas berjaya dan Alhamdulillah dapat grab 1 netbook.. duit bonus, dapat belikan basikal baru buat anak2..

    BalasPadam
  26. Wah,bestnya. berjaya .tahniah.semoga money challenge untuk tabung FAHMY akan memberi banyak ganjaran buat Farrah sekeluarga dan memberi banyak manfaat/kemudahan untuk mereka2 yg memerlukan.

    BalasPadam
  27. ekin pun tengah berusaha nak simpan duit hasil duit asuhan anak saudara sedikit2... blh la nak beli2 apa yang patut hihihi

    BalasPadam
  28. eyja nak cuba lah tahun nih. agak2 berjaya ke x. hahaha

    BalasPadam
  29. tahniah kak farrah!
    saya doakan tabung fahmy juga berjaya
    menarik konsep ni. saya nak cuba buatlah
    tapi kena soroklah, saya tak boleh nampak duit. boros!
    ada idea tak?

    BalasPadam
  30. wahh tahniah kak farrah
    ayu ade gak amek ni dr kak farrah dulu
    tapi awal2 dah terkandasss
    heheheheh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.