728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Sabtu, 31 Januari 2015

The Bombers

Assalamu'alaikum. Selamat beristirehat di hujung minggu!

Inilah The Bombers saya - pengebom-pengebom tegar yang datang berkunjung ke FAMF Tower dari 19 - 30 Januari 2015. Mereka ni semua memang awesome! Ada yang sekali terjah dengan bom berbutir-butir. Ada juga yang setiap hari tanpa gagal meninggalkan jejak, kongsi pendapat, bergurau senda kat sini. Terima kasih banyak-banyak ye. Maaf, ada komen-komen yang belum sempat saya balas. Apapun, jom terjah dan kenal-kenal dengan mereka!


The Bombers

Masak Apa Hari Ni?

Masak apa hari ni? Bagi yang keluar berjalan tu tak ada hal. Tuju saja mana-mana restoran yang berkenan di hati. Haaa,...yang tengok dok fikir menu santap untuk hari ni, kita masak ayam nak?! Jom saya bawa kalian intai beberapa entri resepi saya sebelum ini yang berasaskan ayam. Klik pada gambar ye.


Ayam Adobo

Semur Ayam Mama Sastri

Menang Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

Alhamdulillah, semalam pagi-pagi lagi Dik Nana informed yang saya salah seorang pemenang GA anjuran Iqa (entri GAnya di sini). Thanks so much, Nana sebab beritahu akak! Punyalah excited! Kiranya ini GA pertama yang saya menang untuk 2015 :) 

Saya ni dahlah jarang masuk GA, kalau masuk pun GA yang senang-senang je syaratnya. (Akak tak larat kalau rules yang complicated, dik! Juling mata nak follow itu ini, klik sana sini.) Selalunya support GA & segmen kawan-kawan blogger, sekadar nak meriahkan suasana.

No. 14 :)
Suka! Suka! Suka! Merasa dapat ole-ole Oman. Siapa-siapa yang joined bolehlah jenguk sini. Mana tahu anda antara 20 yang berpeluang dapat ole-ole dari jauh.

Iqa ni kiranya junior saya. Jap,... super super super more-than-a-decade-super-junior saya di Garden of Knowledge and Virtue. Apa tu? UIA lah. Tapi akak senior ganyut ni fakulti lain. Thanks, Iqa sebab jemput akak sertai GA ni. Thanking you in advance as well for the ole-ole.

Oh, jom kita sama-sama 'meriah-merry' kan segmen dan GA rakan-rakan saya di bawah ni:


Jumaat, 30 Januari 2015

Cekodok Roti CT Humairah

Dalam entri Resepi Cucur Roti Berkeju saya, Dik CT (Siti Yang Menaip) ada kongsikan version cucur rotinya.

Komen CT :)

Baca tang rangup macam kulit aiskrim tu sungguh menggoda, OK. Jadi, bila ada lebihan roti, memang Cekodok CT ni lah yang pertama sekali terlintas di kepala. Saya gunakan susu rendah lemak, marjerin instead of butter,...dan selepas blend roti tu saya tambah sedikit carikan-carikan roti untuk bagi tekstur pada bater. Perasakan dengan garam. Goreng!

Tattadaaaaaaa! 

Sementara Nak Tunggu Lunch,..

Sementara nak tunggu lunch,..inilah yang saya buat. Coasters@pelapik gelas menggunakan tiles huruf SAHIBBA lama.

Pelapik gelas daripada huruf-huruf SAHIBBA

Senang je nak buat benda ni! Kos pun murah! Selama ni asyik tengok orang share di Pinterest je. Tapi tak sempat nak buat walaupun bahan-bahannya memang semua dah ada. Nanti saya buat proper entry untuk DIY ni. Selamat makan tengah hari :)


Boleh intai - Buat Fridge Magnet Guna Huruf-huruf SAHIBBA 


Happiness is,...Cuti Panjanggggg!

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Jumaat semua!

Credit


Hehehe. Happiness is public holidays that result-in 3-day weekends,..or MORE!

Saya tumpang happy dan teruja untuk kalian je ni. Kebiasaannya, pada hujung minggu saya memang cuti 3 hari. Start kelas hari Selasa. Then, kalau cuti lebih daripada 3 hari (macam this weekend) saya tak terlibat. Nanti tak cukup pula bilangan kelas yang diadakan dalam satu bulan ;)

Enjoy this long weekend!


Psst! Thanks so much to each one of you yang susah-payah datang jenguk, baca entri dan tinggalkan komen-komen. Don't worry! Saya akan 'jejaki' kalian :)


Khamis, 29 Januari 2015

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin

Jom kenal-kenal! Heheh mari kita support segmen baru anjuran Shikin ni.

http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/01/segmen-berkenalan-by-dr-shikin.html
Klik Banner :)

Hadiah:
1. Top Referral - Cash RM20
2. Shiseido face mask hitam + FM
x 15 pemenang

Tag:  
Dorsett Pink

Rabu, 28 Januari 2015

Tanpa Kata - Buah Cempedak di Luar Pagar,...

Cempedak Durian



Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Online shopping? Siapa yang tak suka kan,... Apa lagi kalau ada promosi harga runtuh! Haa,..ini peluang untuk kita semua. Nile.com.my menganjurkan satu giveaway bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan pertengahan Februari nanti. Berminat? Jika ingin tahu lebih lanjut, pay a visit ke blog Adik Lyssa ye.

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96
Klik Banner untuk Lihat Produk Pada Harga yang Anda Tidak Akan Tolak :)

Di bawah ini pula, beberapa barangan yang saya ingin dapatkan daripada Nile (berserta pautan dan harganya) dengan anggaran kos RM150.00.


RM52.40


RM16.90


  RM32.10


RM38.90



RM9.20

Jumlah harga barangan : RM52.40+RM16.90+RM32.10+RM38.90+RM9.20= RM149.50


Selasa, 27 Januari 2015

Resepi Mudah - Lobak Merah Rosemary

Lobak Merah Rosemary

Bagi siapa-siapa yang tak ada idea nak prepare hidangan sayur, boleh cuba resepi simple ni. Lobak merah dihiris memanjang, 2 - 3 ulas bawang putih dicincang halus (Jangan ikut macam akak yang malas ni. Bawang putih tu dah besar saiz sebiji dadu hihihi).

Panaskan sedikit minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh,..nak guna marjerin atau mentega pun boleh), tumis bawang putih. Kemudian, masukkan beberapa tangkai daun rosemary sebelum kita masukkan lobak. Gaul sekata. Perasakan dengan garam. Biarkan seketika atas dapur. Dah boleh angkat dan dihidangkan. Saya suka lobak yang crunchy, jadi tak masak lama sangat. Kalau mahu, tambahkan sedikit air dan masaklah lebih lama untuk lembutkan lobak tu.

Selamat Mencuba!


Psttt! Guna resepi yang sama, hidangan lobak ni boleh juga disediakan dengan kaedah panggang/bakar di dalam oven. Sedap gak!


Isnin, 26 Januari 2015

Siapkan Kad

Malam ni tak ada kelas. Hehehe sekolah saya buka 4 hari seminggu je. Jadi, lepak bilik kraf. Siapkan mini thank you cards. Ada 12 keping nak kena buat.

Kad Terima Kasih Bersaiz Mini

Kad-kad ni nak diselit sekali dengan hadiah Tetamu Hebat 2014, Tetamu Hebat Disember '14 dan Januari '15. Adik-adik dan kawan-kawan yang berkenaan harap bersabar ye. Baru sekarang ada masa untuk uruskan 'something' buat kalian. OK, target nak selesaikan semua kad sebelum bobok. Nite!



Resepi Butter Prawn with Oat


Udang Mentega dengan Oat
Baru-baru ini, kawan baik Cekebon beri udang galah dari Sarawak. Jauh datangnya! Mula-mula ingat nak buat kari udang macam dalam blog Sis Deanna. Tapi, kat rumah ni yang suka makan kari saya seorang je...nanti orang lain tak berpeluang nak enjoy udang sihat-sihat dan segar. So, saya buatlah butter prawn. Kebetulan, semua bahan pun ada :)


Resepi Butter Prawn with Oat

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 sudu oat (Saya suka oat banyak!) - sangai sehingga warnanya bertukar keperangan
  • Beberapa tangkai daun kari
  • 2 sudu mentega
  • 8 - 10 ekor udang galah (Lebih pun tak apa. Ikut sukalah.) Bersihkan, buang apa yang patut.
  • 2 - 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • secubit garam
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
  1. Gaul sekata tepung jagung, lada sulah dan garam. Panaskan minyak. Salut udang dengan saduran tepung yang nipis. Goreng hingga udang masak. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak gorengan tadi dari kuali.
  2. Masukkan pula mentega. Panaskan hingga cair tetapi hati-hati jangan sampai mentega tu terbakar pula. Setelah itu masukkan daun kari dan tumis daun kari sehingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan udang dan oat. Gaul semuanya hingga sekata. Kalau kurang masin, boleh perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidang.

Senang kan? Kalau nak pedas, masa tumis daun kari dengan mentega tu bolehlah masukkan potongan cili api. Bagi yang nak rasa manis-manis sikit boleh masukkan sedikit gula. 


Ahad, 25 Januari 2015

Plimpplampplettere

Hari ni seharian di luar. Dah malam baru bersua muka kembali dengan laptop :) Petang tadi saya sempat ke tasik berhampiran rumah. Jalan-jalan ambil angin petang. Apa yang seronoknya. Terserempak dengan sekumpulan anak remaja yang tengah stone-skipping or stone skimming. Apa itu stone skimming?

Skimming stone ni sebenarnya merupakan perbuatan melemparkan seketul batu (normally yang leper/rata) dengan teknik tertentu ke atas permukaan air. The fun part is,.. kita bilang berapa kali batu tu boleh bounce atas air sebelum tenggelam. Macam gambar di bawah ni...

Credit
Plimpplampplettere juga membawa maksud yang sama. Dipercayai dari Belanda tetapi sama ada plimpplampplettere wujud dan sah dalam kamus Belanda saya kurang pasti. Pernah terbaca ada istilah lain yang biasa digunakan untuk perbuatan ni. Saya rasa perkataan ni lebih kepada onomatopoeia - perkataan yang terhasil mengikut bunyi sesuatu objek/perbuatan.

Sabtu, 24 Januari 2015

Kalau Nak Tolong Orang Jangan Berkalau-kalau

Beberapa teman sekolah dan kampus hantar sms pada saya, "Tengok Caliph Buskers, teringat dekat kau, F!" Saya memang dari dulu ada soft spot (this is perkataan paling hampir yang terlintas di benak saya) pada OKU penglihatan. Cepat tersentuh apabila lihat mereka. Sejak kecil, kalau ikut arwah datuk & arwah nenek pergi outing ke KL, nenek akan beri saya beberapa ringgit untuk saya beri pada pemuzik-pemuzik jalanan yang kelainan upaya ni. Zaman dulu, diorang nyanyi lagu-lagu lama. Tak adalah nyanyi lagu MOJO ke, Akim ke macam Caliph Buskers tu. Itu pun saya dah cukup kagum. Selalu saya akan tanya pada datuk, macam mana mereka boleh main muzik, kan mereka tak nampak? Datuk bagi jawapan simple - apabila Allah ambil deria mata mereka, Allah beri kelebihan pada deria-deria yang lain :)


OK, berbalik kepada tajuk panjang Kalau Nak Tolong Orang Jangan Berkalau-kalau ni (sorry, terlari tajuk jap!), saya nak cerita tentang tabiat buruk saya dulu-dulu yang suka berkalau-kalau when it comes to helping others. Nampak orang susah, hati dan minda niat nak tolong. Tapi badan berat nak gerak. 'Nak tolong ke tidak? Nak tolong ke ni?' Saya pun tak tahu dari mana saya dapat penyakit 'gagap bertindak' ni?

Khamis, 22 Januari 2015

Tempias Romancinta

Dua tiga hari ni blog macam terabai sedikit. Blogwalking pun mana sempat je. So, pagi tadi apabila ada kekuatan untuk tidak melelapkan mata (still rasa drowsy,..saya yang alahan ni alah kot makan ubat alahan!), masuk intai akaun Nuffnang, akaun 8share (sesiapa belum ada akaun 8share, boleh baca mengenainya di sini) dan lain-lain yang berkaitan dengan blog. Sempat tengok keywords Nuffnang saya :)

Keywords Nuffnang pagi tadi :)
Rentetan persembahan hebat The Caliph Buskers pada malam AJL, tower akak ni turut terkena tempiasnya. Ramai yang datang untuk cari guitar chords lagu ni. Pageview untuk entri yang saya tulis sekitar Februari tahun lalu mencanak naik! Tengoklah, mostly on Romancinta. Tak ada dah keywords untuk resepi ke,...untuk kraf ke,..tips berguna ke yang dapat menyelit.

Apapun, MOJO & The Caliph Buskers memang layak menang Persembahan Terbaik! Show mereka memang awesome!


Kerepek Roti Canai

Menu ni akan 'muncul' di rumah apabila ada lebihan roti canai. Kebiasaannya, apabila adik-adik saya bawa Cekebon pergi 'breakfast date' di restoran mamak kegemaran Cekebon dan saya tak ikut sama, mereka akan tapaukan roti canai untuk saya. Tetapi, adik-adik risau saya tak cukup makan kot,..tapau roti macam cukup untuk stok dua tiga hari! Terlebih sudah! Berapa keping sangatlah saya mampu makan. Alih-alih masuk peti sejuk. Berhari-harilah kat dalam tu.

Jadi, apabila bersih-bersihkan peti sejuk,..maka terhasillah Kerepek Roti Canai!

Kerepek Roti Canai
Senang je nak buat. Roti canai yang ada tu dipotong kecil memanjang. Kemudian, goreng dengan minyak yang panas sehingga garing. Tuskan gorengan. Tabur dengan sedikit gula dan gaul sekata. Selalunya saya goreng guna minyak jagung atau minyak canola. Kononnya health conscious-lah hehehe.

Best tau! Rangupppp! Rasanya ala-ala kuih tiram. Oh, bagi yang ada roti canai frozen/instant pun boleh buat kerepek roti canai terlebih sudah ni :)


Rabu, 21 Januari 2015

Sayang JM Ketat-ketat!

Entri tak larat nak berkata-kata. Groggy makan ubat alahan :(

Terima kasih banyak-banyak atas ingatan, sis!

PRECIOUS - are all things that come from friends =)

Sis JM, thanks so much 'bawa' saya travel ke Thailand :)


Selasa, 20 Januari 2015

Mau Bobok Kae Yu-Ri

Hari ni terlajak penat! Habis tenaga kat klinik kesihatan. Lepas tu keluar beli bahan basah untuk masak.  By petang, mata dah berat. Alangkah indahnya kalau kepala ni boleh letak atas bantal! Tetapi, malam ni saya ada kelas,...kena bertahan sampai pukul sepuluh ni.


Belanja gambar Yu-Ri tidur tak ingat dunia.



I guess kita jumpa esok ye. Rakan-rakan yang saya tak berpeluang nak balas kunjungan dan komen, tak mau ambil hati. See you when I see you! Insya-Allah.


Tak mahu 'flatline',...


Sukalah poster ni! Kalau tak ada turun naik dalam hidup, maknanya kita dah,.... toooooooooooooooootttttttttttttt! 

Selamat memulakan hari! Saya tengah mendidik sabar dekat klinik ni. Rasanya tekak kena infection sebab degil dua tiga hari ni makan sotong. Ramainya orang yang tidak sihat! Moga semua akan cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan sempurna.

Sambil menunggu giliran, makan popia beli kat cafe. Offer mak cik yang duduk kat sebelah saya. Dengan sedih dia geleng, "Tak  boleh makan lagi, belum check gula." Ala kesiannya. Dah pukul 10 ni. Dahla kena puasa dari malam tadi. Sabar banyak-banyak ye, mak cik. Bertahan ye....(popia terus masuk beg!)

Isnin, 19 Januari 2015

Book Challenge - A Book by A Female Author

OK. Saya nak mula tulis entri berkenaan Book Challenge pula. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca entri di bawah ni:



A Book by A Female Author

Sumber Imej - Goodreads
Tajuk: Just One of The Guys
Penulis: Kristan Higgins
Bahasa: Bahasa Inggeris
Watak-watak: Chastity O'Neill, Trevor Meade 
Tahun diterbitkan: 2008, Harlequin Books

Menjadi Chastity O'Neill bukan mudah:

2015 Money Challenge

Sebelum ni saya dah cerita tentang hajat hati yang nak buat Book Challenge kan? Baca mengenainya di sini. Haaa,..ini satu lagi cabaran yang menarik untuk disahut. Money challenge. Tahun ni saya memang berazam nak menyimpan lebih banyak RM :) 52-week Money Challenge ni akan jadi tabungan 'tidak boleh usik langsung' saya. Mudah-mudahan by the end of 2015, saya akan dapat depositkan RM1, 378 dalam akaun.

2015 Money Challenge

Siapa nak cuba buat? Jom! Boleh cetak gambar ni untuk buat checklist. Mudah je sebenarnya,..berapa yang perlu kita tabungkan bergantung kepada bilangan minggu dalam tahun tu. Minggu pertama RM1, minggu ke 32, RM32 lah. Sekarang ni dah minggu keempat, jadi jumlah tabungan sepatutnya dah ada RM10 =)

Tetapi, saya cadang nak buat modifikasi sedikit. Saya fikir saya nak buat selang-seli. Selangkan minggu awal dengan minggu akhir. Contohnya, minggu ini ikut minggu ke - 4,.. minggu depan saya akan lengkapkan minggu ke-52. Jadi, hujung-hujung tahun nanti tak adalah sesak nafas nak asingkan lebih kurang RM50/minggu.


Ahad, 18 Januari 2015

Resepi Mudah Adobo Chicken (Ayam Adobo)

Baru berkesempatan nak update resepinya hari ini. Hari tu beri sneak peek untuk jamu mata je. OK, seperti yang saya dah pernah beritahu sebelum ini, ada pelbagai cara penyediaan juadah adobo. Here's the simplest (yet still yummmyyy!) one. Inani, Zarul, Aisya & Wana, dah ada resepi ni...jangan lupa cuba ye :)

Ayam Adobo

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 300g - 400g ayam 
  • 1 cawan cuka
  • 3/4 cawan kicap (saya guna kicap lemak manis Jalen je. Bukan kicap pekat, bukan kicap cair.) 
  • 1/2 labu bawang putih (asingkan, titik dan buang kulitnya)
  • 1 - 2 sudu teh lada hitam biji - Tidak perlu ditumbuk/dihancurkan kerana kita mahu rasa lada hitam yang tidak terlalu kuat. Just nice.
  • 2 - 3 keping daun salam.
  • Garam (jika perlu)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng ayam.

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ayam. Perap ayam bersama cuka, kicap, lada hitam, bawang putih (jangan lupa titik/tumbuk dulu untuk keluarkan rasa garlicky-nya) dan daun salam. Ada yang perap semalaman supaya perapannya lebih mesra. Saya perap 2 - 3 jam je. Dah cukup dah, insya-Allah.
  2. Setelah diperap, gunakan frying pan (kuali leper) dan panaskan sedikit minyak. Sedikit sahaja tau! Goreng ayam hingga masak dan bahagian luarnya crispy sedikit. Balik-balikkan ayam supaya gorengan sekata.
  3. Setelah ayam masak, masukkan kuah perapan tadi dan didihkan seketika sehingga liquidnya reduced dan memekat sedikit. Perasakan dengan garam (jika perlu). Jika mahu kerangupan bahagian ayam dikekalkan, keluarkan ayam dari kuali sebelum reneh dan pekatkan kuah. Apabila nak dihidangkan baru masukkan ayam ke dalam kuahnya. Dua-dua cara pun boleh.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!




Mantan Terbaik - Govinda (Guitar Chords)

Chords baru keluar oven. Hehehe,.. saya suka sangat lagu ni sebab comel. Sweet je! Dah break-off, barulah si jejaka ni realized yang bekas kekasih yang ditinggalkan itulah kekasihnya yang terbaik! Lagu bajet menyesal, tetapi tak adalah jiwang  version frust menonggeng tu. Melodinya sedap didengar. 

Basically, chords lagu ni senang je. Cuma for beginners,..kena struggle sedikit untuk Cm ;)



Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

Guitar Chords dan Lirik 'Mantan Terbaik' - GOVINDA

(Intro)  
D  G  Am C
G  B7 Em D Am D


      Em     D           C
Ku tersadar baru aku merasakan
         Em      D          C
Cinta kita ku hiasi dengan luka
     C     D      
Ku lukai hatimu   
Em         D
Aku kehilanganmu
Am          Cm      D
Aku terima kekalahanku


(Chorus)
     G                         B7
Apa kabar kamu, kekasih masa laluku
           Em       D     Am      D
Baru ku sadari, tak ada sehebat kamu
      G                        B7
Apa kabar kamu, kau mantan terbaik aku
          Em       D        Am   
Terimalah ini laguku mengenang kamu
Cm  D  Em
Penyesalanku


Em D G Am C Cm


D       G                       B7
Apa kabar kamu,kekasih masa laluku
         Em        D       Am      D
Baru ku sadari, tak ada sehebat kamu
       G                       B7
Apa kabar kamu, kau mantan terbaik aku
         Em        D       Am       D
Terimalah ini laguku mengenang kamu ohhh

G                                 B7 
(Mantan terbaik), kekasih masa laluku
           Em        D     Am      D
Baru ku sadari, tak ada sehebat kamu
           G                  B7
Kini kau bahagia, bahagia bersama dia
      Em        D            Am  
Terimalah ini laguku mengenang kamu
Cm  D  Em
Penyesalanku


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Quaker Oat - Bubur Lambuk Instant Porridge

Hari tu masa Cekengah kemas bilik (dan kakaknya menyibuk sama,..bukan tolong apapun - tolong tengok sambil punggah & selongkar barang adik sendiri hihihi), saya dapat beberapa pek bubur lambuk Quaker Oat. Lebihan stok makanan Cekengah bawa gi travel. Bubur lambuk? Bubur lambuk oat? Best ke? Saya memang suka oat, tetapi jadi ke rasa bubur lambuknya?

Bubur Lambuk Quaker Oat
So, ada kesempatan time perut meronta minta diisi, saya cuba buat semangkuk. Not bad! Tidaklah sesedap bubur lambuk famous Kampung Baru tu,..tetapi rasa bubur lambuk tu is there :) Nak sediakan pun senang. Tuang air panas dan tunggu beberapa minit hingga oatnya kembang. Portion satu pek mengenyangkanlah juga. Baru-baru ni tengok kat pasar raya, selain perasa bubur lambuk, ada satu lagi,...ayam cendawan ke ayam cheese tah. Tapi saya tak belilah. Benda ni banyak lagi kat rumah.

Verdict: GOOD! Yummmmmm! (...but for those yg enjoy makan oat-lah)

HAPPY SUNDAY! Jangan lupa untuk rehat, jangan lupa senyum :)


Psst! Cekengah, dah tahu tak suka oat, pi beli oat buat apa,..kan Cekelong yang kenyang! :)


RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

Mari ramai-ramai sertai GA anjuran Papaglamz ni :) Memang glamz!

Klik pada banner ye :)

Hadiah seperti berikut:

1. Pemenang Top Comentator bakal memenangi  Sustained Released Vitamin C yang berharga RM 92.50 (Nak tahu khasiat vitamin C KLIK DISINI) + RM 10.00 Top up - Pemenang dikira untuk blogger yang memberi komen paling banyak di blog ini sepanjang giveaway berlangsung dari 16 January 2015 hingga 28 February 2015

2. Pemenang Sagu Hati x 3 (RM 10.00 Top up)


Sabtu, 17 Januari 2015

Dari Kebun - Apple Mint

Selamat pagi Sabtu! 

Inilah pokok apple mint yang saya tanam minggu lepas. Setakat ni cantik tumbesarannya :) Pokok pudina memang senang tanam, senang hidup tapi agak susah sedikit nak maintain. Sebabnya, once pokok ni membiak, akarnya akan penuh satu pasu. Then, mulalah menjalar keluar dan 'jajah' kawasan lain.

Pokok Apple Mint dah mula naik :)

Siapa-siapa yang suka daun pudina, bolehlah cuba tanam. Banyak kegunaannya - untuk masak, masukkan dalam jus atau air teh,..Malah daun pudina juga boleh digunakan untuk meredakan hiccups yang berlarutan.


Chords Hijrah Cinta - Rossa - OST Hijrah Cinta (Easy Chords)

Revised. This one lebih mudah :)


Lirik Lagu dan Kord Gitar 'Hijrah Cinta' - Rossa 
Ciptaan: Melly Goeslow
OST Hijrah Cinta

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am Dm G E Am


Am Dm
Pada hari bulan tahun
G E Am
  Detik menit diriku bernafas
F Dm
  Ada gelombang mengerah
G C
  Memaksaku menghentikan semua


Am Dm

Kuhentikan kegilaan hidup
G E Am
  Denganmu jiwa ini terisi
F Dm
  Aku mencintai engkau
G C 

  Begitu besar tak terbandingi
Dm G C F
Namun bila saatnya aku harus pergi juga
Dm E
Tinggalkan engkau tinggalkan semua

Jumaat, 16 Januari 2015

First and Simple Giveaway oleh Cik Iman

Untuk GA Cik Iman ni saya ditag oleh Nana :)

Klik banner untuk turut serta :)
Saya tag: 
CT Humairah (sempat dua kali Ahad ni CT!)


Resepi Mudah - Cucur Roti Berkeju

Nak panggil apa pun boleh,..cucur roti berkeju, godok roti cheese, cekodok roti berkeju,..jemput-jemput cheese,..terpulang. Apa yang penting, nak sediakan cucur ni sangatlah senang!

Kat rumah ni memang ada penyakit. Time tak beli roti, time tu lah masing-masing teringin nak makan roti. Tetapi, bila ada roti kat rumah,..terbiar je tak laku sampai expired. Kerja sayalah masukkan dalam peti sejuk. Stok untuk buat roti telur, crouton atau cekodok.


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 - 8 keping roti
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1- 2 tangkai cili hijau (hiris halus memanjang) *Optional - tak letak pun tak mengapa.
  • Beberapa keping keju (dipotong menjadi empat segi kecil) - 1 keping cheese boleh potong kepada 12 - 16 squares. Kalau tak ada keju keping, keju blok pun boleh digunakan. Dadukan kecil-kecil.
  • Beberapa tangkai English Parsley - kalau tiada boleh tukar kepada daun sup atau daun bawang.
  • Minyak yang secukupnya untuk menggoreng
  • Air untuk lembapkan roti.

Cara-cara penyediaan:

Khamis, 15 Januari 2015

Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku

Join segmen pulak. Jom beri sokongan pada Anis! Anis mencari 100 blog untuk isi kekosongan bloglist Januari hingga Mac 2015. Berminat?

Klik pada banner ye :)
Cepat! Sebelum terlambat!


Ayam Adobo @ Chicken Adobo



Percubaan pertama saya memasak Pinoy dish. Ayam Adobo @ Chicken Adobo ni merupakan salah satu hidangan terkenal di Filipina. Kira signature dish merekalah and bila sebut adobo,... main ingredientnya ialah cuka. Rasanya masam-masam, manis-manis dan pedas berempah sedikit. Ada pelbagai cara untuk buat ayam adobo - dengan santan, tanpa santan,...adobo seafood pun ada! 

Usah bimbang. Tak susah manapun untuk sediakan masakan ni. Buat yang basic je pun dah dap dap dap! Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Ayam, cuka, kicap, lada hitam, bawang putih dan daun salam. Perap, goreng dan reneh!

Jamu mata dahulu ye. Insya-Allah, saya akan sertakan resepinya kemudian.


Mini Giveaway by izzeyda

Ini pertama kali eyda anjurkan GA. Jom ramai-ramai kita join. Meriahkan GA eyda ni biar happening. Syarat? Percayalah, kalau saya turut serta, maknanya syaratnya simple,..pejam mata je ;)

Klik banner ye :)

Hadiah yang ditawarkan :



Pemilihan pemenang adalah melalui random.org 


Giveaway ini akan berlangsung sehingga 30 Januari 2015 jam 11.59 malam. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 3 Februari 2015


Kicau Burung di Pagi Hari

Pagi-pagi dah senyum lebar dengar sekawan burung bernyanyi riang. Ada seekor burung ni (rasanya bersarang/tinggal kat salah satu pepohon nearby, tiap-tiap pagi akan kicau lagu yang sama. Dah boleh hafal dah tunenya. Timbulkan mood dan vibe yang baik di pagi hari. Selamat bekerja semua! Selamat melunaskan urusan masing-masing!



Pssst! Hutang blogwalking dengan ramai orang. Tunggu ye,.. awal-awal buka sekolah ni sibuk sikit :)

Rabu, 14 Januari 2015

Rak Gantung-gantung 'Wire Net'

Ingat lagi tak saya borong barang kraf hujung tahun lepas (baca mengenainya di sini). Stok baru beli ditambah pula dengan kertas-kertas, kad, embellishments yang sedia ada,..saya kena mula fikirkan cara yang sesuai untuk manage semua ni. 

Satu, saya tak mahu ada barang-barang yang rosak, terkelepet, terhimpit. Yelah, walaupun saya susun di atas rak dan di dalam kotak, bila dah banyak-banyak tu susah juga! Dua, saya perlukan storage yang boleh display embellishments penting saya. Senang nak nampak, senang capai. Tak adalah kerja saya asyik memunggah. Tak pun (biasa berlaku ni,..) bila dah siap kad atau scrap page, baru tepuk dahi..."Alamak, kenapa tak guna hiasan yang ini?! Lagi sesuai,...lagi cantik!" Kes tak nampak/tak jumpa benda tu sebelumnya.

Cerita kat Bott, rasa-rasanya kena ada wire net and hooks untuk gantung barang-barang kraf. Macam display kat kedai-kedai tu. Senang sikit. Bott kata nanti keluar beli barang boleh cari kat DAISO. Well, kelmarin kitorang keluar, singgahlah DAISO. Saya kalau masuk DAISO, tenggelam dalam dunia sendiri. Rambang mata tengok itu ini, consider itu ini,..tahu-tahu si Bott dah ada depan mata dengan apa yang saya perlukan. Thank you, Bott!

Tattadaaaaaaaa!

Rak gantung-gantung wire net dah siap!

Semuanya beli kat DAISO! 
  • 2 pcs penyangkut yang 'agak gagah'
  • 1 wire rack putih
  • 2 pcs slim net hook X 2
Jumlah keseluruhan hanya RM20! Puas hati saya dapat siapkan rak gantung-gantung ni. Barang-barang tu pun takdelah sesak nafas sesama sendiri ;) OK. Zoom out sikit!

Lokasi dalam bilik kraf :)

Saya buat rak ni ngam-ngam di bawah Reminder Board. Boleh jimat ruang. Yang penting kosnya murah! Barang-barang saya pun jadi lebih tersusun. 

Psst! Rak gantung-gantung begini boleh buat untuk gantung senduk, sudip di dapur atau peralatan bertukang. Kemas dan sedap je mata memandang :)


Wordless Wednesday - Upcycled

1.
Discarded materials that can be reused.

2.
Scissors + Washi tapes

Siapkan MYVI

MYVI in the making :)

MYVI? Bukan kereta tu ye. Ini kependekan untuk 'My Vocabulary Index' yang saya guna dalam kelas Bahasa Inggeris bersama anak-anak murid. Saya buat sendiri indeksnya guna cap getah ABC (baca mengenainya di sini). Jimat sedikit berbanding beli buku indeks yang ada di pasaran. Apa itu MYVI dan apa fungsinya? Haaaa,...jemput baca di sini.

Psst! Siapa nak tolong saya main cop-cop? Ada dalam lebih kurang 25 buah buku lagi nak kena buat ni :)


Selasa, 13 Januari 2015

Jus Epal Pudina

Minggu lepas saya beli Apple Mint. Daun pudina epal ni salah satu daripada variasi daun pudina yang ada di pasaran. Sedap juga. Sesuai kalau letak dalam salad. Atas saranan Cikgu Hazran, (salah seorang rakan blogger yang minat gardening), saya nak tanam Apple Mint buat tambah koleksi di taman herba saya.

Dah cucuk beberapa keratan dalam pasu, lebihan apple mint saya buat jus epal. Bukan sebarang jus. Jus epal pudina tau :)

Jus Epal dengan Daun Pudina Epal ;)

Potong epal. Kisar bersama beberapa helai daun pudina dan segelas air. Jangan letak banyak sangat. Takut bila terlalu minty, tak ada selera pula nak minum. Sesudah dikisar halus, tapis. Hidangkan dalam gelas dengan ais (kalau nak lebih dingin). Untuk finishing touch, letakkan daun pudina.

Sedapppp! Refreshing! Cubalah :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...