728 x 90

Isnin, 28 Disember 2015

Projek Rak Rempah Ratus

Tahun lepas saya ada buat satu entri mengenai Rak Rempah Ratus Idaman. Tapi sampai sekarang terus jadi idaman! Tak jumpa-jumpa yang sebiji begitu. Saya tak gemar rak yang gantung-gantung atau jenis yang magnetic boleh lekat di peti sejuk tu. 

Lately, memang asyik cakap dengan Bott, "I want to do something with all the spices." Sebenarnya, tak ada masalah dengan cara simpan rempah-ratus dan herba sebelum ini. Kami suka beli rempah-ratus jenama Hexa, plastiknya jenis sealable yang ada zip-lock. So, tak letak dalam bekas pun tak mengapa. Cuma apabila dah banyak, nampak tak comel pula pek-pek rempah tu. Dahlah si Bott susun sederet memanjang dalam almari. Sekali pandang nampak macam stok ration makanan askar je. [Huhuhuh, Arfaiza, aku rindu zaman kebulur dan berpeluang menikmati makanan-makanan askar ko. Love you, babeh!]

Tadi ada urusan di luar. Kami ke IPC. Dah sampai sana memang wajib terjah IKEA. Ada duit ke tak de duit ke memang dah jadi ritual saya dan Bott. Jalan-jalan, cuci mata, belek itu belek ini, tercetuslah idea untuk buat rak rempah sendiri. Yang ni special, kita nak buat jenis boleh pusing-pusing!

Saya jumpa lazy Susan yang kecil, RM24.90. Kemudian, Bott berkenan dengan botol rempah, 4 biji RM4.90. 

Inilah barang-barang nak mulakan projek rak rempah ratus :)

Tersadai di bilik kraf sebelum diproses ;)

Kertas sticker bersaiz A4 untuk label rempah ratus yang bakal dimasukkan ke dalam botol-botol comel. Nak label bagaimana? Ada banyak template untuk spices labels yang kita boleh cari. Tinggal pilih mana yang berkenan je. Saya jumpa satu blog yang kongsi beberapa pilihan label untuk rempah-ratus yang cantik-cantik. Antara yang menarik:

Via DiyDiva
I love both the jars and labels. Setiap label ada description sendiri. Unik.
 
Via WorldLabel
Simple and nice. Siap ada gambar setiap herb.

Via MarthaStewart

Antara kegemaran saya. Tapi saya tak suka label bulat. Skill menggunting saya very poor. Craft punch bulat pun tak de. Bimbang silap-silap nanti jadi bentuk lain. Tetapi, yang ini dalam pertimbangan :)

Via EatDrinkChic
Super awesome! Suka vintage rustic look begini. Tetapi,..nak hasilkan efek ni kena celup label dengan air kopi la pulak! Hurmmmmm,...remeh sikit la.


Suka? Berminat? Kliklah pada pautan-pautan yang berkenaan. Saya sendiri pun tengah rambang mata ni.


57 ulasan:

  1. tapi kak, bila buat sticker mcm ni, bile basuh botol tu, sticker terkoyak jugak kan akhirnya nanti? ke ada tips?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Basuh bahagian dalam je, Namy. Elakkan kena air yang luar botol. Memang boleh je kita basuh sekali bahagian luar botol kalau guna dakwat printer yang kalis air, tapi bimbang jenis kertas tu pula yang tak tahan air ;)

      Padam
  2. Cantik farah. Now spices aida dok dlm laci.
    takde ruang! Penuh dapur :-)
    tak dpt nak prepare tempat khas utk spices.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheeh tindakan saya guna lasy susan ni memang berpotensi menyemakkan dapur, Aida. Tapi, suka tengok benda tu pusing2. Kononnya nak handy la,..letak di meja prep makanan :)
      Letak dalam laici pun ok, Aida. Jimat ruang, selamat. Lagi2 kalau ada anak kecil.

      Padam
    2. aida da tgk da entry farrah menjadikan rak rempah ni.
      cantik!

      Padam
  3. lebih kemaskan bila susun aturnya diurus dengan betul...tenang hati..sedap mata memandang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nak masak pun lebih senang dan teratur. Takdelah tercari-cari rempah itu ini :)

      Padam
  4. "stok ration makanan askar"... keh keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi memang SS. Sederet je semua beratur dalam almari :)

      Padam
  5. Sebenarnya... SS pon pernah ada impian yg sama.... Nak ada rak rempah sendiri... Alaa Alaa budget Australian Kitchen... Keh Keh Keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan,..best kan?! Saya ada kawan yg memang pagi petang siap malam citer pasal kitchen concept ni :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Tak, SS. Dakwat printer je kalis air :)

      Padam
  7. Wah..semua pun nmpk cantik dan menarik kak..wana nak tengok hasil yg akak buat nanti..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah. Nanti ada peluang, akak share final looknya ye :)

      Padam
  8. salam akak , kat rumah yana pon rempah rempah ikat ikat letak dalam laci dapur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Yana. Hihi ni akak konon2nya nak rempah2 yg serabut-free, mudah dicapai bila nak guna ;)

      Padam
  9. kalau macam cengkih dan rakan rakannya , mak yana letak dalam bekas nescafe yang kaca tu berkurun pakai yang tu hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Botol nescafe tu tahan lama tau! Arwah nenek akak memang simpan gula, garam semua dalam botol nescafe. Buat tempoyak pun dalam botol nescafe! :)

      Padam
  10. Balasan
    1. Yessss, rajin tu kena kat depan :)

      Padam
    2. eheheh Kak Farrah la TKK.. dun worry =)

      Padam
  11. beli juga botol2 rempah ikea tu sbb cute..tapi tak bubuh label-label, simpan dlm laci kabinet je...suka yg Martha Stewart tu..mcm bekas bedak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel kan botol rempah ikea tu, kak Nohas,.. :)

      Padam
  12. orang yang malas mcm eyja memang xd bekas2 cam nih. tambahan pulak i nih kan 'pandai sangat' memasak. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi akak ni pun spesies malas, eyja. Itu yg rajin sekali utk persedian malas di kemudian hari ;)

      Padam
  13. kt umah sy mmg byk rempah ratus nihhh....mmg kena label....maklumlah....kari sentiasa dihati...keh keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nape rempah kena ratus? Keh Keh Keh..

      Padam
    2. huahuahua.. DM.. sila masak kari pure kaw kaw nye kasi SS ni.. ahaha..

      Padam
    3. sebab rempah tu plg mahal cuma ratus jer...xsmpai 2.6 bilion....keh keh keh

      Padam
    4. CT....nti nk bancuh serbuk kari yg pekat punya kt SS....hhahahahahah

      Padam
    5. kan.. silalah buat sedemikian..

      Padam
  14. Cantik la botol2 dan sample label..bole pinjam untuk organize label rempah2 kat umah nie :)

    BalasPadam
  15. kat rumah saya, kitorang letak dalam botol kaca bulat, susun dalam medicine cabinet kat dinding dapur (takkan dinding bilik tidur lak..hahaha) ..tapi tak label.Mak kata, biar saya bijak sikit,tau bezakan rempah by heart..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam bilik tidur ok gak... Ha Ha Ha...

      Padam
    2. adeh mak.. kalo silap amek.. tuang herbs salah.. buatnya semua cecirit ehehe..

      Padam
  16. eee sukanya sy..hahaha sy yg excited plak... deco cm ni trs mengingatkan sy dapaur2 mat saleh ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapur rumah mak boipren aku, si Adam Lallana macam nilah Anies..haha

      Padam
  17. Senang nak cari jika dilabelkan.. rajin farrah buat label comel begitu..

    BalasPadam
  18. Nanty sy boleh ikut buat macam nii. Kemas dan teratur jeppp..

    BalasPadam
  19. oh bestnya klu tersusun comel macam tu.. nak masak pun rasa semangat.. tapi itulah belum ada rumah sendiri.. nak wat lawa2 pun payah bila berkongsi..

    BalasPadam
  20. I suka makan yogurt dutch lady tu, simpan bekas dia, then guna utk isi rempah ratus ni.. label setiap satu.. label pun sebab bekas x lutsinar.. label guna marker ja.. :-).. sudu2 tu sekali guna balik.. setiap satu, satu sudu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehe itu pun boleh Syida.. ok gakla nak transfer kat bekas yoget..
      CT ni beli macam mana.. dalam tu jugakla simpan.. peket2 herbs tu ada yang gulung2 je kalo da tinggal sejempot..

      Padam
  21. CT suka jugak jars yang gambar first.. dulu ada dapat jam dari kenduri kawen kasi dalam jars gitu.. mmg banyak betoi buget dia..

    BalasPadam
  22. disebabkan ceq da baca entry latest.. maka da x misteri da pilihan Kak Farrah yang mana ngeh3..

    BalasPadam
  23. ooooh samala.. CT jangan kata gunting bulat.. yang straight pun kekadang fail..
    ngeh2.. guna gunting mmg kekok sket.. tapi pisau ok sket..

    BalasPadam
  24. Ekin dah ada rak letak rempah tu hihihi hadiah org bgi masa kahwin jimat sangat

    BalasPadam
  25. congrats farrah dapat makeover bekas rempah..

    BalasPadam
  26. saya pun macam farrah suka masuk ikea walaupun tak beli apa pun

    BalasPadam
  27. Memang menarik dan kreatif sangat lah Farah...

    BalasPadam
  28. yg martha punya tu sy igt bekas mekap hehehe

    BalasPadam
  29. kenapa rempah ratus bukan rempah ribu ke rempah juta je hahaha...saje nk carik pasal

    BalasPadam
  30. jika masuk dalam bekas dan di label mcm tu senang nak capai dan nampak kemas

    BalasPadam
  31. oohh ni projeknye ye
    aishh kalau kt umah ayu letak2 cmtu je kak farrah
    tak smpat nak label pon
    sbb xbyk rempah kat rumah ayu pon
    nampak sgt kak farrah memang handal kt dapur kan
    kalau ayu ni mau pening kepala tgk byk jenis rempah ni

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...