728 x 90

Ahad, 27 Disember 2015

Kad Ucapan 2 dalam 1

Assalamu'alaikum,
Sebelum ini dah pernah tunjuk gambar kad 2 dalam 1 di sini. Kad dengan dwifungsi, (i) sebagai kad ucapan dan (ii)  'kocek' untuk isi duit. Kedua-dua kad dibuat atas permintaan Cekebon. Hujung bulan November yang lalu kan birthday Uje dan Bott. A week earlier, surreptitiously Bon datang jumpa saya. Muka macam ada mission besar je.

"Kak, buatkan dua sampul special."

"Untuk apa?"

"Nak bagi birthday girl and birthday boy lah!"

"Sampul nak letak duit? Kenapa tak guna sampul raya Bon yang berlambak-lambak tu?" 

Yes, Cekebon ada banyakkkkkkkk sampul/ang pau raya. Cantik-cantik tau. Selalunya Dhila lah yang rajin pastikan stok ang pau Cekebon sentiasa cukup. Senang dia nak buat isi duit untuk sedekah ke, bagi kat orang kahwin ke...Itu belum campur lagi stok ang pau yang Bon buat sendiri daripada kertas buku lama. Tutorial boleh lihat di sini.

"Alaaa,...sampul tu biasa-biasa je. Akak buatkan lah yang special sikit!" [Bon tersengih buat muka comel sambil pandang-pandang, jeling-jeling stok kertas kraf saya.]

Hmmm, dah merengek comel macam tu, takkanlah saya nak kata tidak.

Mengenali Uje, si adik bongsu dan Bott, si sahabat baik, saya tahu sangat tak berbaloi kalau saya buat the so-called sampul istimewa buat mereka. Confirm akan sampai balik ke tangan saya! Untuk recycle. Jadi, saya buatkan kad ucapan 2 dalam 1. Dah ambil duit, takkan sampai hati nak buang kad kan? Hihihi kad simpan as keepsake lah.
Kad untuk Bott

Kad untuk anak emas Bon ;)

Ini bahagian dalam. Duit tu duit saya, untuk tujuan demo acah-acah je :)

Kad ini kita lipat-potong-gam je. Saiz bergantung pada kehendak dan citarasa masing-masing. Kad-kad di atas, saya gunakan kad bersaiz A4 yang dilipat kepada 3 bahagian. 1 bahagian tepi, saya potong sedikit dan gam supaya membentuk kocek duit. Bahagian tepi yang satu lagi (penutup/bahagian depan kad), saya trimmed menggunakan  border punch.


Proses menghias kad diteruskan dengan tampal kertas bercorak dan embellishment yang sesuai. Kad Bott saya guna chipboard crafts embellisment dan adhesive diamentes. Kad Uje pula, hanya chipboard embellishments. Dah namanya pun bersempena birthday, kita guna tema birthday lah :) 

Space di bahagian dalam (bahagian atas kocek duit tu), kita biar kosong. Ruangan untuk birthday wish/ucapan. Boleh guna gel pen berwarna putih untuk menulis. Jika tiada gel pen putih, tampal kertas putih atau beige supaya boleh tulis ucapan di atasnya. 

Mudah je kan?! Kad 2 dalam 1 ni is not only for birthdays, sesuai juga untuk keraian lain seperti graduation and newborn baby.


Psst! Nak tahu cara membeli embellishments yang sesuai untuk projek kraf anda? Baca ini - Tips Membeli Hiasan Kraf (Crafts Embellishments)


Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

79 ulasan:

  1. sweetnya Cekebon... hik2...

    rajin Cekebon buat sampul guna surat khabar lama..

    kalau kat rumah ni, surat khabar lama buat stok jual ja..

    hahaha.... jenis tak kreatif plus malas.. nampak $$$ ja... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi buat sampul tu antara hobi Cekebon. Buat isi masa lapang dia :) oklah tu, Firah. At least jual balik dapat RM :)

      Padam
  2. by the way, cantik kad untuk both of them..

    untuk Bott tu, nampak macam kad kawen pun hado... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bott dengar mesti kembang-kempis hidung dia. Sebab akak selalu dajalkan dia, tak bagi kad. Bagi sticky note je ;)

      Padam
  3. Salam kak! cantik cantik sanagt! buatnya pon mudah , cuma takde lagi punch tu, tak pergi lagi mr DIY. InsyaAllah nak beli jugak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Punch tu Yana cari di POPULAR tau. Banyak sikit pilihannya.

      Padam
    2. Lambat lagi la , POPULAR dengan rumah yana ni kak 3jam hahhaa. Tganu ni payah sikit hehhee

      Padam
  4. btw cekebon dah sihat?
    kirm salam dia ye kak.

    manissanagt cekebon ni hehehe , comel je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tadi baru balik dari buat regular medical check up kat hospital. Cekebon kirim sangat balik. Dia tanya kenapa The Kehalusan Kelembutan? Akak jawab tu, makna nama dia ;)

      Oh, Cekebon kirim sangat balik!

      Padam
    2. waalaikumussalam :)
      hiks , makna je, orang nya tak halus tak lembut kehkeh

      Padam
    3. Alahai,..merendah diri pula dia :)

      Padam
  5. geram aihh..kalau jengah sini mesti rambang mata tengok DIY cantik2..bagi teruja je. macam kedai craft DIY..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sgt la betul tu ros....
      jeles dgn kehalusan tgn farrah :)

      Padam
    2. Hehehe DIY saya semua jenis simple2 je. Barang2 pun pakai yang murah2, mampu beli. Bab kehalusan tangan tu kelakar. Cekebon selalu cakap tangan saya macam jantan! ;)

      Padam
    3. Yang simple tu buat kita nak nak nak .. dan geram sangat! hehe

      Padam
    4. betul kan.
      simple but very nice!

      Padam
  6. Good idea... Nk tiru leh?
    * buat2 muka comel... He he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alololo comelnya! Nak tiru? Boleh sesangat! Tak de hal ;)

      Padam
    2. haah...comel sgttttttt....kah kah kah

      Padam
    3. Comel SS tiada tolok tandingnya :)

      Padam
  7. Hitam itu menawan... Puteh itu dato vida... Ahakssss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau datuk terlajak laris? ;)

      Padam
    2. Kalu terlajak laris.. Ok byeeeee! Ha ha ha..

      Padam
    3. ha ha teringat "ok bye" dato terlajak laris tu dlm iklan dia.
      letak krim kat idung dia tu.
      geram aida. ingat kan iklan serius. rupa nyer !!!

      Padam
    4. Betul kan,..siap gelek2 badan ngan muka tu yang tak tahan :)

      Padam
  8. nak jgak kad ucapan camnie...nk duit tuh sekali kak Farrah....kikiki :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik, duit tu akak dah guna dah pon. Aisya, nanti free2 update alamat kat akak tau! Dah pindah umah kan,..

      Padam
  9. SS punya border craft punch keras... Letak minyak singer... Ahaksss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bijak..bijak! Singer menawan keluarga bahagia ;)

      Padam
  10. cantiknya tu..berapa harga ya sampul tu..rasa nak beli juga hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi saya buat sendiri untuk ibu saya, Cikgu, Jadi, tak boleh letak harga :)

      Padam
    2. suka jawapan farrah yg ni.
      paling win!

      Padam
  11. Cantik pula tengok sampul duit tu.. Berkenan terus ena

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ena boleh cuba buat,..senang je :)

      Padam
  12. Cekebon... hari jadi kita lg 8 bulan tau... hi hi hi

    BalasPadam
  13. sy dh bli dh punch border tu tp bila ntah nk beraksi....hahhahah

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum...

    Wah ada duit tu...itu yang mahalnya kad ni yer...hitam memang menawan lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi dah ada RM, tinggilah sikit nilainya ye tak :)

      Padam
  15. SWEET cekebon wat manja gitu.. Hai akak, lama xsinggah, akak sihat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehe kena manja2 nanti Kak Farrah xleh tolak request Cekebon =)

      Padam
  16. apa aja yg akak hasilkan mesti cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum tengok yang tak cantik heheheh

      Padam
  17. suka yg normbor dua tu sbb mcm lain drpd yg lain

    BalasPadam
  18. Lawanyaaaaa!!! Serious saya ingat Kak Farrah beli siap tadi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihih thanks. Ada bahan2nya, boleh buat sendiri, Dylla :)

      Padam
  19. Kreatifnya farrah.. cantik sampul duit tu.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah je nak membuatnya, Aiza. Aiza boleh cuba nanti :)

      Padam
  20. Cekebon pun pandai craft2 ni eh ? bakat Cekebon turun ke akak ke ? ngeh3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cekebon dulu cikgu Kemahiran Hidup...bab kraf ni akak yang dera dia buat, supaya dia tak sunyi hihihi

      Padam
  21. yang pink tu mesti gegurl punya kan ? lawa laaa kak.. ehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, CT. Yesss,...yang pink tu untuk si gegurl Kak Bott :)

      Padam
  22. paling CT suka yang kertas biru2 ijau yang dibuat demo tu =P
    ahaha realistik sket.. sapa tak suka ketas tu..

    BalasPadam
  23. Kreatif sungguh la kak farah kita ni

    BalasPadam
  24. Kad 2 dalam 1 terbaik sangat comel sangat untung yg dapat tu

    BalasPadam
  25. Cantik² kad tu Farah berserta sampul juga cantik...

    BalasPadam
  26. cantik! lebih cantik dari yang jual di kedai

    BalasPadam
  27. ya allah kak farrah
    cantik hasil kejadiannye
    tak pernh terpk lak
    kreatif gak cikebon ye..
    nanti boleh olah kat sini kalau g knduri ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cekebon kalau bab2 camni memang win. Dia dok diam2 berfikir, then datang jumpa akak, "Kak, nak yang special!" :)
      Ayu leh juga cuba buat sampul angpau dari kertas buku lama/majalah terpakai. Cari kat Tutorial Kraf Kertas ye.

      Padam
  28. sis..kertas kad tu beli cam yang kat popular tu je ek..macam jenis kad kawin tu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada jual di POPULAR. Sebenarnya, guna apa2 kertas/kad pun boleh, janji keras dan tebal sedikit. Saiz pula bergantung pada kita nak buat besar ke kecil :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...