Khamis, Oktober 01, 2015

Petua Hilangkan Bengkak Gigitan Kucing

Salam 1 Oktober!

Sekitar minggu perayaan Hari Raya Qurban, jari saya digigit oleh kucing kesayangan. Tak teruk dan tak luka pun tapi terbenamlah sikit giginya yang tajam tu. Si Yuri ni memang jenis suka cakar dan suka gigit. Saya pernah ceritakan di entri ...tapi dia tak calarkan hati kita. Dah biasa kena. Di rumah ni pun, saya seorang je yang berani nak usap, peluk atau gomol dia.

Cuma kali ini, saya cuai. Saya lupa nak bersihkan tangan yang digigit. PENTING! Perkara pertama yang kita kena buat apabila digigit atau dicakar kucing ialah bersihkan luka dengan air yang bersih. Tengok separah mana kecederaannya. Kemudian sapulah dengan antiseptik seperti Betadine. 

Betadine Antiseptic Solution
 Shopee  |  Lazada


Jika teruk, segera jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Bab luka gigitan dan cakaran kucing tak boleh pandang enteng.

Berbalik pada luka di jari, saya sendiri lupa yang saya digigit. Hanya setelah tangan ni sibuk 'berhari raya', kopek lemang, makan sate,  usik itu usik ini,..baru saya perasan kadang-kadang jari rasa bisa. 2 hari kemudian bengkak. Berdenyut-denyut! Masa tu apa yang berlaku di sekeliling saya semuanya tak betul! Semua tak kena! Rasa macam nak tendang orang je!!!

Pergilah ke klinik. Alhamdulillah, dapat antibiotik, ubat bengkak dan anti-radang. Rasa sakit dah kurang, tinggal bengkak lambat surut. Mungkin sebab jari tengah ni kerap terhimpit apabila saya buat kerja. Jadi, selain ubat doktor, saya amalkan perkara-perkara  di bawah untuk surutkan bengkak:
  1. Saya  ambil satu mangkuk air dan masukkan sedikit garam kasar. Baca Surah Al-Fatihah (1 x), Surah Al-Kafirun (1 x), Surah Al-Falaq (1 x), Surah An-Nas (1 x) dan Selawat Syifa' (3 x). Kemudian, ambil sedikit air tersebut dan sapukan pada bahagian yang bengkak.
  2. Selain tu, apabila jari rasa berdenyut-denyut, saya ambil sedikit asam jawa. Sapukan pada kawasan yang bengkak dan balut.
  3. Setiap kali nak makan/minum ubat, baca Bismillah 5
  4. Saya juga amalkan baca doa ini:
Kredit - Anugerah Quran

Alhamdulillah, dengan izin-Nya bengkak dah surut. Rasa sakit, berdenyut, ngilu ke apa semua dah hilang :)


Psst! Terima kasih buat teman-teman dan adik-adik yang doakan my recovery :)


42 ulasan:

  1. dahsyat jugak ye penangan Yuri..thanks share petua, kak Farrah.semoga cepat sembuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, Sal. Air liur kucing, walaupun kucing rumah...ada gak kumannya :)

      Padam
    2. betoi2.. tpi kan kak.. CT penah baca somewhere la.. air liur kucing ni kdang jadi pnawar. contoh kan.. kalo ttb dia mai jilat jari kita ka.. yg tu okay. sbb dia tngh mood okay.. yg kena cakar time kucing tngh moody tu yg bahaya.. dats why kalo kucing gadoh.. jgn nk jadi pendamai.. mmg cari nahas..

      Padam
  2. Syukran berkongsi petua...Bismillah 5 memang elok untuk diamalkan dan senang nak hafal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan, Sis. Bismillah 5 ni memang banyak kebaikannya jika kita amalkan :)

      Padam
  3. Alhamdulillah...Kak Farrah dah sihat :)

    BalasPadam
  4. sakit tau kalau kene gigit dengan kucing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu sakitnya tuh di sini,...di sini,...di sini...

      Padam
  5. saya jadi trauma dengan kecing sebab pernah kene gigit masa kecik2 dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu kalau masa kecik kena attack memang traumanya sampai ke tua, kan. Saya tak pernah kena gigit yg severe. Selalu manja-manja je tapi rezeki yang ini kena infection :)

      Padam
  6. Ni baru penangan Yuri... Belum lagi penangan Siti...
    * Adusss... Komen carik pasal lagi.. Keh Keh Keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti dia tak gigit, dia bagi tinju kanggaru

      Padam
    2. Abis laa kena tinju kanggaru.. Kena sapu minyak itam laa camni...
      * Adusss... Memang cari pasal... He He He...

      Padam
    3. Hahahah petua baru ni! Kalau kena tinju kanggaru kena sapu minyak hitam. Minyak hitam cap apa tu, SS?

      Padam
    4. tengok tu Kak Farrah.. ada je dia nak membahan.. kalo nak kena tinju.. CT cr SS dlu rasmikan haha..

      Padam
  7. tak sangka berbisa jugak kesan gigitan kucing.. Nasib lah I ni jenis kurang gemar ngan binatang ni, xrajin nak usap2..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kena gigit ngan orang pun boleh amalkan Suida

      Padam
    2. Kalau kena gigit ngan orang, lain sikit amalannya. Mula2 tangankan orang tu dulu,..hahaha dah lepas geram, baru amalkan petua & doanya :)

      Padam
  8. Thank you fro sharing this kak Farrah. Kot kot boleh guna kalau kucing saya gigit ke cakar. Tapi, macam teruk betul effect nya kali ni ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, Farah. Kalau ikutkan tak sakit & tak luka. Even akak sendiri lupa then sibuk buat kerja lain. 2 - 3 hari lepas tu baru perasan luka dah septic :)

      Padam
  9. nice sharing.. boleh amalkan kalau mengalami masalah yang sama..

    BalasPadam
  10. aiseh Yuri benamkan gigi taring die kat kak Farah? Homaiiiii. sbb tu ana x berani nak belai2 kucing hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datang angin kus-kus dia, main ngappp je Ana :)

      Padam
  11. Yuri tu betina kan kak ? ke dia tngh on heat ? sbb kalo kucing tngh on heat.. dia garang sket,.

    BalasPadam
  12. Yuri tu betina kan kak ? ke dia tngh on heat ? sbb kalo kucing tngh on heat.. dia garang sket,.

    BalasPadam
  13. xpernah kena gigit dgn kucing.. kalau cakar tu biasa
    semoga cepat sembuh ya :)

    BalasPadam
  14. alhamdulillah nasib baiklah cepat bertindak even dah bengkak. teringat cerita kak wana kena cakar dengan kucing liar. berapa lama kena bengkak teruknya.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah dah surut bengkaknya... sebab tu la saya ni takut dengan kucing.... sbb dulu pun saya pernah kena cakar dengan kucing... huhuhuhu

    BalasPadam
  16. Ekin kena gigit kucing gak tapi tak ada sampai bengkak kak.. tq atas sharing doa di atas boleh amalkan nanti

    BalasPadam
  17. now da ok 100% ke farrah ?
    tq for sharing ekk tips di atas.

    BalasPadam
  18. terima kasih krn berkongsi..

    harap2 laa ni dah semakin sembuh....

    BalasPadam
  19. Semoga luka dah sembuh.. Thanks kongsi petua ini..

    BalasPadam
  20. sian farrah...harap dh ok dh jari tu....jaga diri yerrrr hihih

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.