Rabu, Mac 10, 2021

DIY Mudah - Homemade Febreze

Jom buat homemade Febreze. Sangat mudah! Tetapi, awal-awal saya nak beritahu, homemade Febreze ni tidak sama komposisinya dengan Febreze asli di pasaran. Kalau bab nak mewangikan, hilangkan bau hapak pada fabrik seperti langsir, tilam dan sofa memang berkesan. Cuma kalau nak mengharapkan ada sifat anti bacterial yang boleh kill the germs tu tidaklah :)

OK, apa yang kita perlukan?


  • 1 botol kosong Febreze (Kalau tak ada, gunakan saja mana-mana botol semburan yang ada)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 2 sudu teh Downy Fabric Softener (Saya gunakan 'Sunrise Fresh', stok yang ada di rumah. Kalau nak lebih wangi, guna Downy yang bau macam perfume tu ye..)
  • 320 ml air suam

Cara-cara:
  1. Masukkan Downy ke dalam botol Febreze. Diikuti dengan air suam.
  2. Setelah itu masukkan baking soda. Tutup botol dan kocak kuat-kuat selama beberapa minit hingga semuanya sebati.
  3. Cuba semburkan pada permukaan fabrik. Tengok sama ada tinggalkan sebarang kesan capuk ataupun tidak. Kalau tidak, maknanya menjadilah tu! Hasil semburan perlulah sedang-sedang aja. Tidak terlalu berair dan tidak terlalu sticky.

Siap! Dah boleh sebarkan harumannya ke segenap ruang rumah. Tetapi, hati-hati! Jangan sembur pada fabrik atau perabot anda yang mahal. Tak mahulah Febreze buatan sendiri ni tak pasal-pasal merosakkan belongings berharga kita pula. Selamat Mencuba!


Psst! Minggu ni saya tak sempat blogwalking. Ada banyak urusan di luar. Jumpa nanti ye bila saya dapat curi-curi masa.


88 ulasan:

  1. Kalu nak ada anti bacterial... Letak pencuci yang ada antibacterial sekali kot... ke acaner? he he he...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Hahahah cara-cara kena clear. Kang nak buat febreze jadi lava gunung berapi plak.

      Padam
    2. Abis tu tak kan nak bagi ikut arahan GPS plak... He He He....

      Padam
    3. kot bg ikut arahan mcm dlm flight tu ka..
      sila masukkan bla bla bla.

      Padam
    4. Haaa tu kena bagi SS atau Zarul jadi model dok kat tengah2 aisle :)

      Padam
  3. wah bagusnya kak..boleh buat sendiri febreeze la lepas ni..tq share tips:D

    semoga urusan akak dipermudahkan ya ..

    BalasPadam
  4. tq ya nanti boleh cuba... mungkin boleh masukkan sedikit dettol dalam tu utk hapuskan bakteria hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try idea, Eny tu. Nanti habis botol ni, nak cuba godek2 letak dettol pula :)

      Padam
  5. Nice tip....hee nak sembur ke tilam kepam ok gak ni..hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok sangat!! Sembur kat tilam kepam,....bantal kepam,..lepas tu segar je baunya.

      Padam
    2. oh yeahh bantal kepam..hahaha

      Padam
  6. Harga febreze pun blh thn so blh la try.....;-)

    BalasPadam
  7. comfirm mewangi mcm lagu akim n the magistrate jadinyaaa... XD hehek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa sambil sembur-sembur tu, nyanyikan lagu mewangi dengan sepenuh jiwa ye...

      Padam
  8. hai kak farrah semoga 2015 lebih berjaya ya.

    wowo homemade mungkin dapat menjimatkan sikit perbelanjaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, aRz. Moga 2015 pun lebih baik buat aRz.
      Yess,...boleh jimat belanja :)

      Padam
  9. hehehe elok sembur kat langsir la kan Kak Farrah..

    BalasPadam
  10. eh..senang nyer..leh try laa nanti kan...hihihi

    BalasPadam
  11. nak cubalah buat sendiri.. hihi. thanks kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, ros. Barang2 nak buat pun memang ada kat rumah/yg senang cari :)

      Padam
    2. Tak sabar nak buat.. Baru beli baking soda tu...hihihi

      Padam
  12. wah.. bagus nih. nice sharing ;)

    BalasPadam
  13. Boleh try ni kak. febreze takde refill.

    BalasPadam
  14. senang ja.bahan semua ada..nak beli refill mahal sgt..okay jga fungsi asas hilangkan bau hapak.. nak hapuskan bakteria jemur ja la.. huhu..berharap cuaca sentiasa cerah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, setakat nak wangi2kan memang dah lepas dah :)

      Padam
  15. DIY Simple :) Thank sharing Kak Farrah :)

    BalasPadam
  16. DIY bes nih. nk try la nti kak farah hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah buat nti pos kat umah SS... He He He..

      Padam
    2. Cubalah Ana,...then jangan lupa hantar sebotol febreze bau mawar berduri kat SS :)

      Padam
    3. xpyh pos.. ana pegi ja tlg sembur kat rumah SS tu sndri

      Padam
  17. Ya Allah senang giler nak buat...nnt nak cuba lah...tengkiu akk :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..jangan lupa cuba. Hasilnya pun not bad :)

      Padam
  18. saya seronoklah ke sini
    banyak betul yang saya belajar
    oh ya pasal plastik aritu, saya dah dengan jayanya lakukan =)
    nanti saya buat entry kredit pada akak ye =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, gembira akak YY suka ke mari :)
      Seronokkan lipat2 plastik. It's OK, YY. Tak pyh susah2 kredit pd akak. Ilmu baik berbaloi kita kongsi sama2 :)

      Padam
    2. kak Farrah nko ni apa yg dia tak tahu YY....serba serbi tahu tau..kreatif sgt..untung lah jejaka yg dpt tawan hati beliau :-)

      kalau sis JM ni lelaki dah lama cuba mengorat

      Padam
    3. Sampai berair mata saya gelak baca komen akak! >.<
      Adoyaiiii kak, apa yg saya tahu kategori kail panjang sejengkal je,...takdelah serba-serbinya

      Padam
  19. Saya selalu jugak.buat gini tapi tak pernah tambah baking soda tu. Nak kena cari baking soda la nampaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila sebut baking powder tu kan mama..dah like campuran utk buat cake kan hiksss

      Padam
    2. Selamat mencuba, mama. Saya pula sekarang tengah kaji apa sebenarnya fungsi baking soda dalam mixture ni :)

      Padam
  20. bagus juga kan.. nanti kalau dah habis febreeze, nak try macam ni jugalah.. hehehhehee

    BalasPadam
  21. aha..mudah je sebenarnya ye..cuma tak tahu je..antara rajin ngan malas je nk buat nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang mudah je kan, sis. ada cukup semua bahan dah boleh kocak-kocak buat sebotol :)

      Padam
  22. wahhhhh hebatnye
    pasni xyh beli febreze daa

    BalasPadam
  23. Kalo x letak baking soda x jd ke kak? Baking soda tu yg utk buat kek tu ke? Or memang ade khas utk diy tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. A ah. Baking soda yang buat kek tu. Akak tak pastilah apa fungsi baking soda ni. Maybe untuk blend all the other ingredients.

      Padam
    2. oh baking soda untuk buat kek ke..??? igt baking soda yang special untuk buat pewangi ni.... adeih... hihihih..

      Padam
  24. Wahhhh terima kasih saya dah buat...menjadi fungsi soda bikarbonat untuk perangkap bau...

    BalasPadam
  25. sudah selamat menggali, senang sangat! dan dan boleh buat, tapi downy takde huhuhu, stock febreeze pun dah nak abis .

    BalasPadam
  26. Woshhhh must try ! Thanks share kak Farrah ^^

    BalasPadam
  27. wah...bijaknya..nak buat gak laa nanti ;)

    BalasPadam
  28. boleh aiza cuba buat nanti.. menarik ni.. ;)

    BalasPadam
  29. Bole cuba nie...tq farra berkongsi idea.

    BalasPadam
  30. nak buat pastu jual kat kengkawan... kikiki =D

    BalasPadam
  31. Apa fungsi baking soda tu MF..utk homogenize campuran air dan downy ke?

    BalasPadam
  32. ehhh macam entry lama jaa kak nii.. akk buat stick post ehh?

    menarikkk niii diy nii :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha memang entri lama. Akak kemas bloglah kononnya... tertekan entri ni jadi draf, then publish semula ;)

      Padam
    2. patotlaa kak.. ramai blogger lama xaktif duk comment tuu..hahaha

      Padam
  33. boleh cuba ni, terima kasih share tips

    BalasPadam
  34. menarik utk dicuba ni.. heheh tq akak

    BalasPadam
  35. sy jarang guna febreeze tapi brg di atas termasuk penyembur mmg ada kat rumah tu ;-)

    BalasPadam
  36. Wah boleh cuba ni. Tapi Downy dah habis. Ada softener lain je. Nak tey la nanti.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.