728 x 90

Khamis, 31 Disember 2015

Parcel Gembira SS dan HH

Siapa-siapa yang follow IG dan jadi kawan saya di Facebook tentu dah tengok hadiah kiriman SS dan HH ni kan? Semalam hari yang kucar-kacir buat saya. Tekanan bermula seawal pukul lapan pagi! Macam-macam yang berlaku dari urusan kerja sehinggalah ke urusan rumah + Cekebon pula demam. Banyak betullah benda tak kena berlaku serentak. By the time waktu lunch, saya dah jadi 'smiley' monyok!

Lepas Zuhur, tengah cuba-cuba nak tenangkan diri, terdengar Cekebon bercakap dengan someone. She was dictating her i/c number. Aikk?! Poslaju ke? Cepat-cepat saya keluar dari bilik. Cekebon tengah belek satu sampul surat besar. "Apa besar sangat bungkusan ni, kak?" Nampak je printed address kat sampul, saya dah senyum. Dudukkan Bon kat tepi dan sama-samalah kitorang buka 'parcel gembira' yang diterima.

Isnin, 28 Disember 2015

Projek Rak Rempah Ratus

Tahun lepas saya ada buat satu entri mengenai Rak Rempah Ratus Idaman. Tapi sampai sekarang terus jadi idaman! Tak jumpa-jumpa yang sebiji begitu. Saya tak gemar rak yang gantung-gantung atau jenis yang magnetic boleh lekat di peti sejuk tu. 

Lately, memang asyik cakap dengan Bott, "I want to do something with all the spices." Sebenarnya, tak ada masalah dengan cara simpan rempah-ratus dan herba sebelum ini. Kami suka beli rempah-ratus jenama Hexa, plastiknya jenis sealable yang ada zip-lock. So, tak letak dalam bekas pun tak mengapa. Cuma apabila dah banyak, nampak tak comel pula pek-pek rempah tu. Dahlah si Bott susun sederet memanjang dalam almari. Sekali pandang nampak macam stok ration makanan askar je. [Huhuhuh, Arfaiza, aku rindu zaman kebulur dan berpeluang menikmati makanan-makanan askar ko. Love you, babeh!]

Ahad, 27 Disember 2015

Kad Ucapan 2 dalam 1

Assalamu'alaikum,
Sebelum ini dah pernah tunjuk gambar kad 2 dalam 1 di sini. Kad dengan dwifungsi, (i) sebagai kad ucapan dan (ii)  'kocek' untuk isi duit. Kedua-dua kad dibuat atas permintaan Cekebon. Hujung bulan November yang lalu kan birthday Uje dan Bott. A week earlier, surreptitiously Bon datang jumpa saya. Muka macam ada mission besar je.

"Kak, buatkan dua sampul special."

"Untuk apa?"

"Nak bagi birthday girl and birthday boy lah!"

"Sampul nak letak duit? Kenapa tak guna sampul raya Bon yang berlambak-lambak tu?" 

Yes, Cekebon ada banyakkkkkkkk sampul/ang pau raya. Cantik-cantik tau. Selalunya Dhila lah yang rajin pastikan stok ang pau Cekebon sentiasa cukup. Senang dia nak buat isi duit untuk sedekah ke, bagi kat orang kahwin ke...Itu belum campur lagi stok ang pau yang Bon buat sendiri daripada kertas buku lama. Tutorial boleh lihat di sini.

Jumaat, 25 Disember 2015

Ikan Percik Bott

Baru-baru ni rengek dekat Bott nak ikan percik. Dah lama tak makan. Dulu-dulu semasa belajar, time bulan puasa, ikan perciklah jadi lauk kegemaran saya untuk berbuka. Hampir setiap hari saya ingatkan Bott minta tolong beli ikan percik. Kenapa tak beli sendiri? Heheheh saya dah membusuk lembik dalam bilik. Nak jalan bukak pintu pun tak larat. Penat puasalah konon-kononnya. Lagipun selalunya kelas Bott habis belah petang. Selayaknya dialah yang membeli juadah iftar.

Ikan percik ni ikan percik Kelantan style. Kuah perciknya warna putih. Tapi, dah siap tetiba kuahnya warna macam purple macam merah gitu. Heheheh itu kita cerita nanti. Jemput jamu mata tengok gambar ikan kena bakar dulu ye. Kasi teaser. Resepinya nanti saya minta dekat Bott. Jaring (err,...jaring ke nama dia?) untuk letak ikan ni beli di Mr. DIY. RM6.90 sahaja! Alhamdulillah, setelah dipakai beberapa kali masih cantik rupawan rupanya. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan akan berkarat. Another pembelian berbaloi saya. Demi ikan percik, gigih memburu jaring ni :)

Rabu, 23 Disember 2015

My 20kgs Target

Pertama sekali, semestinya ini bukan target saya. Hahahaha! Saya bab diet dan exercise memang FAIL! Mini board ini saya buatkan untuk salah seorang bekas peserta Jom Kurus 1 Malaysia. Program di bawah Kevin Zahri tu. Walaupun telah tamat musim JK1M, peserta-pesertanya terus gigih ikuti program-program workout dan amalkan cara hidup yang lebih sihat.

Board My 20kgs Target ini adalah sebagai motivasi. A constant reminder kepada tuan punya diri yang berhajat untuk turun 20 kilo demi mencapai berat badan idaman. Berat badan ideal :)

Semasa terima tempahan ini, tuannya requested ASAP. Jadi, saya cuba fikirkan something simple yang boleh dibuat menggunakan bahan-bahan yang ada dalam stok kraf saya. Nak pergi kedai tak sempat. Alhamdulillah, inilah final look board apabila dah siap!

Selasa, 22 Disember 2015

Tentang Kereta dan Driver

Selamat petang!
Entri sambil ngopi atau ngeteh, semua tentang kereta dan driver ;)
Sambil rehat-rehat tu, jemput intai artikel-artikel di bawah.Klik pada gambar atau pautannya ye.

Anda driver atau pak supir hebat? Ke hebat dalam minda sendiri je,..give this quiz a try. Tengok keputusannya bagaimana.



Resepi Mudah Kuih Sagu Berkuah

Assalamu'alaikum,
Belakangan  ini, saya asyik buat entri mengenai makanan je. Hari ini nak 'berbagi' resepi salah satu kuih kegemaran saya, kuih sagu berkuah. Selalu buat sebagai hidangan minum petang atau pencuci mulut selepas meal. Nak menyediakannya pun mudah!

Beginilah rupanya :)


Resepi Mudah Kuih Sagu Berkuah

Ahad, 20 Disember 2015

Makanan Kitar Semula

Assalamu'alaikum,
Salam Santai Ahad!

Makanan kitar semula? Heheheh bukan sampah je yang kita boleh recycle, makanan berlebihan pun boleh tau! Sebenarnya, it's more to kita proses semula untuk dijadikan satu resepi/hidangan lain. A switch up. Sekurang-kurangnya tidaklah kita membazir dengan buang begitu sahaja.

Entri hari ini saya nak tunjuk beberapa makanan yang selalu jadi projek kitar semula saya.

ROTI CANAI
Kebiasaannya di rumah saya memang akan ada lebihan roti canai. Si tukang beli penat beratur kat kedai dan lapar menunggu. Jadi, automatik terbeli banyak. Bila sampai rumah, berapa keping sangatlah yang mampu dimakan. Paling tidak, petang atau malamnya Cekebon akan mengendeng nak roti canai reheat letak telur. Once masuk peti ais,..dah tak siapa sudi pandang lagi ;)

Sayang kan? Jadi, kita kitar semula supaya jadi KEREPEK ROTI CANAI.

Sabtu, 19 Disember 2015

Pizza Bungkus

Sebelum ini, saya ada tunjuk cara saya buat pizza nipis (thin crust) menggunakan wrap. Boleh baca di sini. Baki satu keping wrap yang tinggal, saya gunakan untuk pizza bungkus pula. Bahan-bahannya masih sama. Saya gunakan lebihan toppings pizza tu je.

Mula-mula, ratakan sos cili dan sos tomato di atas permukaan wrap. Ikut citarasa kalau hanya nak guna sos cili atau sos tomato sahaja. Saya suka a bit of both. Ada masam-masam sikit, pedas-pedas sikit. Kemudian, untuk pizza bungkus ni saya taburkan sedikit pasrley, thyme dan oregano. Biar ada variasi rasa rempah jentik lidah;)

Setelah itu, letakkan toppings semewahnya di bahagian tengah wrap. Taburkan dengan parutan keju dan sedikit serbuk lada hitam. Lipat wrap supaya jadi bentuk bungkusan macam dalam gambar di bawah ini. Bakar  selama 10 - 15 minit, suhu 180 - 200 darjah celcius.

Paras rupa setelah siap dibakar.

Let's dig in! Jemput makan, semua.


Treat for one yang sangat berbaloi!

Nampak tak lelehan cheese yang bermesra dengan hirisan sosej dan lada benggala tu? Hihihi nikmati dengan senyuman :)

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!


Pssst! Bagi yang liat atau tak sempat bersarapan, ada idea-idea genius untuk anda :)




Jumaat, 18 Disember 2015

Chords Kelabu - MOJO (Easy Guitar Chords)

Baru-baru ini, semasa naik kereta M, saya dengar lagu baru. M dan saya punya music wave lebih kurang sama. So, setiap kali berpeluang,  saya akan 'korek selongkar' playlist M untuk dengar lagu-lagu pilihannya. Apabila came across lagu ni, terus celik mata celik telinga. Mojo? Kelabu? Kenapa saya tak pernah dengar? Mulalah mulut saya congceng tanya itu ini.

Menurut M, lagu ni saing-saing Dahsyat dan Kau. Juga merupakan OST untuk Slot Kifarah Mistik. Satu lagi lagu cinta dengar pertama buat saya :) Sangat sangat suka lagu 'Kelabu' especially the music arrangement. Suara Ryan bawakan 'Kelabu' tak usah cakaplah. Memang ada ummmmphhhh! I guess the mojo of MOJO is back! Personally, saya rasa lagu ini hebatnya setanding 'Andaiku Bercinta Lagi', the piece from former MOJO (with Aweera), that I really like.

Dah jatuh cinta,...makanya ada sesi dengan si Kapok. As usual, chords yang saya buat ikut keselesaan saya yang tahu dan mahu main chords senang-senang je. Kalau ada cacat cela, ubahlah apa yang patut. Saya kan beginner selamanya  ;)

Resepi Ayam Bumbu Gurih

Sebelum ini, dalam salah satu entri Wordless Wednesday, saya tunjuk gambar 'the making of' Ayam Bumbu Gurih


So, hari ini saya nak kongsi resepinya pula. Ayam Bumbu ni lebih kurang macam ayam berempah lah sebab kita guna banyak ramuan sebagai perapan.

Pada dasarnya, cara penyediaan ayam ini ada beberapa peringkat. Mula-mula, ayam akan diperap dengan bumbunya. Setelah diperap, ayam akan dimasak seketika di dalam santan. Kemudian, barulah digoreng/digril hingga bahagian luarnya rangup dan bertukar keperangan.

Untuk ayam bumbu gurih yang saya sediakan, saya guna shortcut. Semua bumbu saya campurkan sekali dengan santan dan perap selama dua jam. Jom intai resepi.

Rabu, 16 Disember 2015

Doa Apabila Dipuji

Assalamu'alaikum,
Sebelum ini saya pernah kongsikan ucapan atau kata-kata yang perlu dilafazkan tatkala kita menerima pujian. Boleh lihat entri ini --> Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku. Saya pun masih dalam proses untuk amalkan perkara ni secara konsisten. Selalu bila kena puji, sengih macam kerang busuk je. Habis lupa apa nak dibaca ;)

Kali ni saya nak kongsi satu lagi bacaan berbentuk doa yang boleh dibaca. Kredit kepada Jabaran Mufti Negeri Perlis untuk poster doa ini. Perhatikan maksudnya. Elokkan untuk kita amalkan :)


Mewah Meriah Joy Febreze

Ini merupakan hadiah tebusan yang ke- 7 & 8 kalau tak silap. Kisah penebusan sebelumnya boleh baca di sini. Awal-awal dulu, masa baru berjinak-jinak dengan Woop, saya tebus deodorant Rexona je. Then, apabila points yang dikumpul makin banyak, saya tebus pek Joy pula.

Ada dua pilihan untuk pek Joy. Yang pertama - 10 pek Joy (45ml), 1 pek isian semula Febreze (320ml) dan satu botol penyembur kosong Febreze To Go  (75ml) untuk kita isi dengan Febreze dan bawa ke mana-mana :)

Pilihan yang kedua, 10 pek Joy (45ml) dan 1 pek pewangi Ambi Pur. Kedua-duanya saya dah pernah redeemed. Cuma saya prefer pilihan yang pertama. Walaupun ada banyak produk lain yang boleh kita tebus, saya suka Joy dan Febreze. Memang guna dua-dua produk ini di rumah. 

Selasa, 15 Disember 2015

Kasih Dalam Hati - Ippo Hafiz (Easy Chords)

Pertama kali dengar terus jatuh hati dekat lagu dendangan Ippo Hafiz ini.  Lagu 'Kasih dalam Hati' menjadi OST untuk drama Aku Pilih Kamu yang sekarang ditayangkan di TV3. Jalan cerita nampak menarik. Lagu pun best!

Kord Lagu dan Lirik Kasih dalam Hati - Ippo Hafiz
OST Aku Pilih Kamu, TV3

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Dm Am G
C E F E

Am G C
Dengan rasa hati ini
Dm E Am E
Mengharapkan kasih yang dicintai
Am G C
Jiwa yang penuh terluka
Dm E Am
Merapuhkan penuh derita

Resepi Mudah Thin Crust Pizza

Assalamu'alaikum,
Selamat pagi Selasa.

Siapa kat sini suka makan thin crust pizza? Boleh geng dengan saya. Saya memang prefer thin crust to regular pizza dough. (Tapi kalau dah ada depan mata, makan dengan berselera jugak. Tak kisahlah tebal ke nipis ke..)

Hari ni saya nak kongsi cara buat thin crust pizza yang sangat mudah. Asalnya, saya membersihkan peti sejuk dan freezer. Jumpa lebihan roti wrap/tortilla (yang selalu digunakan untuk buat burito) kepunyaan Cekengah. Cekengah ni bab beli-beli makan dia sangat bijak! Bab menghabiskan makanan tu dia kurang cerdik sikit. Kadang-kadang dia sendiri lupa apa yang dia beli. Kalau time bersihkan peti sejuk, memang banyaklah makanan dan minuman dia yang kena buang. 

Tetapi 3 keping wrap yang saya jumpa ni masih elok. Pandai dia simpan dalam freezer. So, daripada wrap tu terus-terusan dingin membeku, baiklah kita proses supaya boleh dimamam. Saya umpan Bott, nak makan pizza tak? Kalau nak kena tolong parut keju. Berdesupppp Bott buka langkah! Tahu-tahu dah siap parutan keju atas meja. 

Sabtu, 12 Disember 2015

Ala Martabak Manis

Salam Jumaat.
Ini kisah minggu lepas sebenarnya.
Saya tengok rancangan pasal pelancongan di Indonesia.
The host pergi jalan-jalan sana sini sambil cuba pelbagai makanan best di sana.

Tiba-tiba terliur tengok martabak manis. 
Terus craving!
Martabak manis ni apam balik yang diletakkan inti serba manis - coklat, cheese, jem, kaya...
Ada macam-macamlah!

Disebabkan teringin sangat, waktu tu juga saya selongkar peti sejuk.
Nak cari resepi apam balik, malas...
Makanya, kita guna je resepi pancake.
Untuk inti saya guna coklat cip dan parutan keju Cheddar.

Jumaat, 11 Disember 2015

Tutorial Kraf Kertas - Kad Mini untuk Hadiah (Bahagian 2)

Entri Part 1 baca di sini.

Setelah selesai sesi tampal-menampal kertas seperti dalam gambar di atas, kita nak letak ucapan/sentiments yang sesuai. Kebiasaannya, saya akan guna clear stamps yang ada dalam koleksi saya. Sekiranya tiada stamps yang sesuai, jangan risau. Boleh cetak. Pilihlah tulisan yang cantik berseni mengikut citarasa kalian dan cetak atas kertas. Mudah je kan? Hasilnya tetap sama.
 

Dah siap!

Rabu, 9 Disember 2015

LAZADA ONLINE REVOLUTION SALE

Happy Wednesday! Haaa, meh intai-intai bajet...berapa banyak boleh diperuntukkan untuk shopping? Ada? Cukup? Apa lagi, terjahlah laman LAZADA segera! Bermula pukul 12 tengah malam nanti sehinggalah 12 Disember 2015, jualan murah super awesome akan berlangsung di LAZADA. 

Bolehlah tengok yang mana berkenan di hati. Masa nilah boleh dapat good bargain. Tapi, mesti kena dengan gaya ye. Jangan jadi oniomania pulak! Bocor poket nanti ;)

Kali ini, LAZADA ONLINE REVOLUTION SALE sarat dengan diskaun-diskaun menarik untuk barangan keperluan rumah, seleksi pakaian dan fesyen, kamera, laptops, gadgets, barangan keperluan bayi dan banyak lagi! Pasti ada promosi yang sesuai untuk kita semua.

Selasa, 8 Disember 2015

Tutorial Kraf Kertas - Kad Mini untuk Hadiah (Bahagian 1)

Assalamu'alaikum,

Tutorial kraf kertas kali ini tutorial yang simple. Kita buat kad mini bersaiz 7 x 7cm. Haaa, buat yang suka bagi-bagi hadiah tu, mesti nak selit kad sekali kan? Jadi, kad mini ni sesuai sangat dijadikan stok dalam simpanan. Senang apabila nak guna, kad dah sedia ada untuk apa jua occasion, event atau keraian.


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kad/kertas keras  bersaiz A4. Saya pilih kad berwarna hijau lembut.
  • 1 kertas berwarna hitam bersaiz A4
  • Kertas bercorak/berwarna 
  • Glue Tape/ Glue Stick
  • Gunting/Paper Cutter/Scorer
  • Clear stamps dan ink pad (mengandungi sentiment/ucapan yang hendak digunakan)

Resepi Tauhu Telur Lada Hitam

Satu resepi mudah dan yummy untuk disediakan - Tauhu Telur Lada Hitam :)

Tauhu Telur Lada Hitam

Isnin, 7 Disember 2015

Ikat Reben Guna Garpu

Assalamu'alaikum,
Apa khabar, semua?
Selamat memulakan minggu baru.
Jangan lupa untuk senyummmmmmm!

Minggu lepas punya search keywords, ramai yang cari cara ikat reben guna garpu :)

Ahad, 6 Disember 2015

...mungkin kita perlukan sedikit magik ;)

Assalamu'alaikum.
Happy Sunday!

Siapa suka tengok magic show? Sep sikit! I fancy magic tricks. Sejak kecil! Kalau dapat tengok persembahan silap mata memang happy je. Lepas tu, jika berjaya tahu bagaimana sesuatu trick dihasilkan, excitednya melampau-lampau!

Tahun lepas saya ada menulis tentang David Blaine yang datang ke Malaysia. Boleh baca di sini. Tetapi saya tidak pergi menonton persembahannya sebab rasa macam 'magic' je bila duit surut beli tiket mahal hehehe

Jumaat, 4 Disember 2015

Yang Ku Tunggu Dah Tiba







Have A Splendiferous Weekend!

Disember Oniomania

Salam Jumaat.
Hari ni nak cerita tentang bulan Disember dan oniomania.
Bagi saya bulan Disember ni memang boleh dikategorikan sebagai bulan oniomania.
Kenapa?

Credit 

Bukak tv, ada iklan sale.
Surf internet, ada iklan sale.
Baca suratkhabar, ada iklan sale.
Almaklumlah Y.E.S (Year End Sale).

Berteman Sepi - Ungu dan Stacy (Easy Guitar Chords)


Kord Gitar dan Lirik Lagu Berteman Sepi - Ungu dan Stacy

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
C F G Am
C F G


C F G Am
Sepi di sini tanpa dirimu lagi
C F G
Di persimpangan langkahku
C F G Am
Kita terpisah bukan karena tak cinta
C F G
namun waktu tak berpihak

Khamis, 3 Disember 2015

Hoot! Hoot! Obrigado, Ros!

Apasal pulak dah macam burung hantu ni? Dapat agak tak?

Inilah hadiah burung hantu saya!
Tali tu sebenarnya cantik je lilit kotak. Saya engsot-engsotkan sedikit nak bagi nampak perkataan Congrats.

Rabu, 2 Disember 2015

Tetamu Hebat November

Assalamu'alaikum.
Kenalkan, ini tetamu-tetamu hebat yang memeriahkan tower saya sepanjang November.

Selasa, 1 Disember 2015

Dah Disember!!!

Assalamu'alaikum.
Entri pertama untuk bulan terakhir 2015 :)
Cuti Jepun saya dah berakhir. Sekejap je satu bulan berlalu.
Esok 'sekolah pondok-pondok' saya akan dibuka semula.
Rasa malas bergantang-gantang sungguh amat ketara dirasakan. Huhuhuhu!


Isnin, 30 November 2015

Mohon Cinta Allah

Assalamu'alaikum.
Selamat Memulakan Minggu Baru.
Mari sama-sama amalkan doa ini :)

Sumber: Perkongsian di Pinterest


Ahad, 29 November 2015

Food! Awesome Food!

Assalamu'alaikum.
Selamat Hari Ahad!

Jom tengok hidangan yang somehow pelik tak terjangkau dek akal tapi boleh buat kita meleleh air liur :) Klik pada mana yang berkenan ye.


Sabtu, 28 November 2015

Robot Vs Biskut Peanut Butter

Memulakan hari tadi dengan semangat.
Berkobar-kobar nak blogwalking.
Dengan iPad yang full battery saya baring santai. Ziarah satu demi satu blog.
Baru suku jalan, muncul rerobots pujaan hati!

Saya cuba bertenang. (Kalau guna handset, memang akan terus hilang mood!) Memandangkan guna iPad, besar sikit gambar yang nak kita tick-tick, saya cuba bertahan. Tangan capai Tupperware isi biskut mentega kacang.  Sambil menyudahkan proses nak get through comments, sambil kunyah biskut. Asyikkkkkk!

Biskut Mentega Kacang dengan inti mentega kacang :)

A 'Busy' Weekend

Credit
Selamat berhujung minggu! 
Selamat bersantai!
Rasa-rasanya beginilah 'padat dan sibuk' hujung minggu saya ;)

Khamis, 26 November 2015

Buat Origami

Minggu lepas origami jadi antara carian utama blog saya.

Search Keywords hujung minggu lepas.

Resepi Kepingan Oat dan Cornflakes

Ingat lagi Projek Oven saya lebih kurang dua minggu lepas? Hari ini saya kongsi resepi kepingan Oat & Cornflakes ye.

Stok kunyah-kunyah yang ala-ala sihat gitu ;)

Selasa, 24 November 2015

Kegunaan Tag Roti

Ada apa dengan tag roti? Tak ada apa yang penting pun. Cuma nak pesan, kalau rajin, kumpullah tag roti. Banyak kegunaannya di rumah :)

  • Untuk tanda appliances plugs

Salamat Po, Mummy Julia

Jumaat lepas, saya terima satu kiriman lagi daripada kenalan blogger. Sengih-sengih macam kerang busuk belek sampul surat. Sebaik sahaja dibuka,...

Tattadaaaaaa!
Terima kasih, Mummy Julia :)

Isnin, 23 November 2015

Syukran Ya Ukhti Huda

Dalam entri Wordless Wednesday saya minggu lepas, saya tunjuk buku 'Mengapa Saya Masih Memetik Gitar', karya Yusuf Islam yang diterjemahkan. Naskhah tersebut merupakan hadiah pemberian seorang adik blogger, Huda, pemilik blog Real Life is Real.

Selain daripada buku, saya juga dapat sekeping fridge magnet.

Sabtu, 21 November 2015

Hello, Weekend!

Jengah blog sekejap sebelum mulakan aktiviti-aktiviti untuk hari ini.



Have a great weekend! =)


Khamis, 19 November 2015

Birthday Party | Kerja Amal | Cari Lagu

Assalamu'alaikum,
Selamat pagi semua.
Dah bersarapan ke belum?

Pagi ni saya sarap roti bawang putih je. Semalam buat roti bawang putih untuk stok. Garlic bread frozen. Nanti siapa-siapa lapar, senanglah,..ambil seketul, then bakar dalam toaster oven.


Teringin? 

Kord Inspirasi - Faizal Tahir dan Hafiz Suip (Easy Chords)

Kord Lagu dan Lirik Inspirasi - Faizal Tahir dan Hafiz Suip (Tribute to Dato' Siti Nurhaliza)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
C Am F

C Am F G
Andai ada berjuta yang datang mencuba
C Am F G
Kau tetap satu menawan hati semua
F Am Dm                     
Selamanya tersemat dalam persada
F Am Dm G
Cahaya bersinar teristimewa

Isnin, 16 November 2015

Resepi Pancake Mudah

Resepi untuk pancake yang sebelum ini pernah saya tunjuk dalam entri Wordless Wednesday.

Saya makan dengan sirap mapel & lepa kacang :)

Resepi Lempeng @ Pancake Mudah

Menang Hadiah Misteri

Alhamdulillah.
Menang hadiah misteri apa?
Haa,.. ingat tak minggu lepas saya ada sertai Segmen Kembara Misteri Burung Hantu anjuran Sis Ros Nordin?

Keputusan dah keluar! Siapa yang turut serta dalam segmen boleh lihat di sini.
Sis Ros dah umumkan 25 blogger buddies yang akan jadi VIP di blognya hingga penghujung 2015 dan layak menerima cenderamata. Alhamdulillah. Saya turut tersenarai dalam 25 orang tu :)

Tahniah buat semua yang terpilih!

Kord Hanya Ingin Kau Cinta - Hafiz (Easy Chords)

Sebenarnya, ini bukan lagu baru Hafiz. Dah lama saya nak main lagu ni tetapi asyik tak ada masa nak buat chords yang mudah. Love this song especially bahagian korusnya.


Kord Gitar dan Lirik Lagu Hanya Ingin Kau Cinta - Hafiz (Easy Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
Em B7 C G B7

Em                          B7
Di dalam hati ini aku menangis
C                                                   G
Seiring satu luka yang telah kau beri
              Am                Em
Kau tinggalkanku sakitiku
C                                                                     B7
Sungguh ku tak percaya semua yang terjadi


Ahad, 15 November 2015

Projek Oven

Dah nama pun 'Projek Oven', faham-fahamlah ye tentu aktivitinya berkaitan baking :)
Semalam, misi 'Productive November' saya lebih kepada produktif jana lemak di badan.


Sebelah pagi - Tengah-tengah bosan menonton TV tak ada benda nak kunyah, saya ke dapur. Buat kepingan oat & cornflakes ni.

Stok gatal gigi siap!

Sabtu, 14 November 2015

Ingatan Manis Sis Jari Manis

Kelmarin semasa saya di luar, mem besar (siapa lagi kalau bukan Cekebon) terima parcel bagi pihak saya. Apabila saya telefon, bising mulutnya suruh balik segera.

"Ingatkan sabun basuh pinggan tapi rasanya bukanlah sebab bungkusan tu kecil sedikit." Hahaha bab sabun basuh pinggan tu sebab saya selalu tebus poin untuk Joy di Woop. (Boleh baca di sini.)

"Daripada siapa, Bon? Boleh baca tak?" Sebenarnya dah tahu siapa gerangan pengirim bungkusan tersebut. Tuannya dah siap e-mel maklumkan ada something on the way. Sengaja cuba suruh Cekebon baca. Ibu saya ni pengidap glaucoma. Hanya bergantung pada sebelah mata je sekarang ini. Itupun tak berapa jelas. Jadi, sekali-sekala apabila Cekebon berjaya baca tulisan yang kecil, kami berdua akan sorak-sorak teruja :)

"... ... manis. Eh, kak! Ni kawan akak yang Jari Manis tu bagi!"

"Yeayyyyy! Bon nampak! Bon nampak!" (Lebih kurang begitulah excitednya)


Nak tahu apa yang saya dapat kali ini?

Khamis, 12 November 2015

Ayam Panggang Perap Sate

Ini menu malas masak. So, tak ada resepi nak dikongsi. Ayam saya beli di Kedai Daging HS Nada (seperti yang pernah saya ceritakan di sini). Saya memang pilih ayam sate. Maknanya potongan-potongan ayam telah diperap dengan rempah perapan sate. Wangiiiiii!

Tidak seperti ayam pandan bakar yang saya sediakan sebelum ini, ayam perap sate saya bungkus dalam kerajang aluminium (aluminium foil) terlebih dahulu. Barulah dipanggang/dibakar di dalam oven selama 30 - 40 minit. Hasilnya, isi ayam yang lembut dan berjus, sedia untuk dinikmati :)


Ayam Panggang Perap Sate

Selasa, 10 November 2015

Buat Febreze Sendiri Yuk!

Ini lebih kepada gali-gali entri lama. Tengok search keywords hujung minggu lepas, ada yang cari diy febreze - 'cara buat febreze sendiri' dan 'cara buat febreze with downy'.


Isnin, 9 November 2015

Peanut Butter Toast yang Mengenyangkan!

Assalamu'alaikum. Hari dah petang baru saya berpeluang jengah blog. Belum terlambat lagi nak ucap selamat memulakan minggu baru! Moga minggu ini lebih ceria dan happening. Terima kasih banyak-banyak pada yang telah datang berkunjung sepanjang hujung minggu dan tinggalkan banyaaaakkkkkk komen meskipun saya tiada di tower :) Nantikan kunjungan balas saya ye.

Dah minum petang? Roti bakar di bawah ni sebenarnya lebih sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi, tetapi inilah yang saya mamam untuk minum petang semalam. Pukul 3 lebih perut dah berdengung dan berlubang! Nak buat apa pun tak larat heheheh

Jadi, saya korek peti ais dan buat this simple treat - peanut butter toast with orange and banana slices

Ahad, 8 November 2015

Love, Supermoon oops Firah

Minggu lepas terima kiriman dari Pulau Pinang. Tak dapat agak siapa pengirimnya. Buka-buka sampul surat, sekeping fridge magnet I Love Penang jatuh kat tapak tangan :) Cantikkkkkkknyaaaa! Intai-intai lagi dalam sampul. Ada sekeping nota berwarna beige. Sorry,.. dalam gambar kat bawah, dek kerana 'terlajak lighting' terus jadi kertas putih ;)

Fridge magnet and note from Firah 

Jumaat, 6 November 2015

Freshly Baked Cookies

Assalamu'alaikum,
Petang baru sempat masuk blog.
Hari ni saya buat biskut lagi. Misi hari ke - 6 untuk 'Productive November' :)

Buat biskut simple untuk stok gatal gigi.
Antara bahan asas yang digunakan - putih telur, badam dan kuaci.
Sekarang tengah bakar dalam oven.
Insya-Allah, hasil dan resepinya saya akan kongsi nanti.

Khamis, 5 November 2015

Sensational Deals di LAZADA

Memang sensational! Klik banner untuk intai tawaran-tawaran hebat!


Lazada Malaysia

Antara yang memancing perhatian:


Gift Ideas - Pek Gula-gula untuk Si Cilik

Ingat lagi entri Projek Gula-gula penghujung Oktober lepas?


Inilah hasil projeknya.

Individual candy pack =)
Pek gula-gula ni sesuai untuk majlis keraian yang ada tetamu cilik. Misalnya, majlis hari lahir, candy booth/candy buffet di kenduri-kendara atau sebagai 'treasure' dalam permainan anak-anak :)

Rabu, 4 November 2015

Penat Bercinta dengan Robot!

Semalam semasa blogwalking, lima blog pertama yang saya singgah memerlukan saya untuk yakinkan mereka yang saya bukan robot sebelum komen diterbitkan. Tertanya-tanya juga. Blog-blog tersebut biasa saya kunjungi. Biasanya tak kena 'saring' pun sebab saya tahu tuan punya blog tidak meletakkan word verification. 

Kemudian, terbaca entri Anies mengenai perkara yang sama - Tension betul dengan 'Please prove you're not a robot'!! Ingat saya je yang bengang dengan benda ni. Fenin! Fenin! Menjelang tengah hari, saya dah menyerah. Penat nak kenalpasti mana pizza, mana recreational vehicles, mana pokok, mana rumput, mana kereta...

Wordless Wednesday - Kad Bunga




Wordless Wednesday - Selamat Pagi, Pancake!


Selamat Bersarapan

Tetamu Hebat Oktober

Mempersembahkan,...

My Tetamu Hebat Oktober

Danbo Wallpaper Credit

Kau - Mojo (Easy Chords)


Kord Gitar dan Lirik 'Kau' - MOJO

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
A B7 A B7

A                                           Dm
Kau yang dulu pernah berjanji
               G                     C
Untuk setia menyayangi
               F                  B7           E
Hingga ke hari terakhir ku percaya

Isnin, 2 November 2015

Sebelas per dua belas


Assalamu'alaikum,
Selamat memulakan minggu pertama bulan November.



Seperti biasa, mula minggu baru,..mula bulan baru,...
Saya doakan semua yang baik-baik untuk kita semua.
Sepanjang bulan sebelas ini saya bercuti. 'Sekolah pondok' saya tutup.
Tetapi ada a few tasks and errands that need to be done.
Tak mahu terbongkang tidur je dekat rumah, saya nak cabar diri sendiri.
Saya nak cuba jadikan bulan ini sebagai bulan paling produktif untuk saya, biarpun saya cuti-cuti hujung tahun. Rasa-rasanya boleh tak?

Productive November Day 1
  • Kemas bilik kraf
  • Rearranged Bloggers' Board
  • Buat 2 balang biskut tat nanas berkeju untuk makan-makan (Gambar kat IG @faidamf)


Enjoy your day! Don't forget to smile.


Psst! Hari ni? Emmm, dah berjaya tulis entri untuk blog tu kira produktiflah kan ;)

Belasungkawa - Pak Cik Shuhaimi Dalam Doa, Dalam Kenangan

Assalamu'alaikum,

Salam belasungkawa buat adinda Siti Humairah dan keluarga atas pemergian ayahanda tersayang. Pak Cik Shuhaimi Sulaiman telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 30 Oktober 2015. Moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Sentiasa berada dalam dakapan kasih Allah. Saya mohon kalian yang membaca entri ini agar sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.

Al-Fatihah

Khamis, 29 Oktober 2015

Projek Gula-gula


Projek Gula-gula

Saya sedang siapkan pek gula-gula untuk satu majlis hujung minggu ni. Packaging kita buat sendiri. Lipat-lipat gam siap! Nanti saya tunjukkan tutorialnya. Boleh jadi inspirasi untuk party planning especially yang melibatkan anak-anak kecil :)

Pada masa yang sama, tengah siapkan hadiah-hadiah. Senang nanti kita pos sekali harung semua. Rakan-rakan, adik-adik yang rasa saya ada hutang hadiah,...hadiah top commentator ke,..Jom Cuba Nasib ke,...sabar ye...tunggguuuuuuuu! :)



Resepi Mudah Telur Bungkus

Semalam masak lauk sup cendawan. Nak lawan dengan apa ye? Nak masak sayur, dalam sup cendawan tu dah ada celery. Fikir punya fikir, buat telur bungkuslah. Ini version paling mudah. Super simple!

Bahan-bahan untuk inti:
  • 2 - 3 batang sosej (hiris nipis)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 sudu besar sayur campur (mixed vege). Dalam freezer tak ada mixed vege, saya guna kacang pea je. Boleh juga jika nak guna lobak merah yang didadu. Ikut citarasa masing-masing :)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • beberapa helai daun limau
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air masak

Selasa, 27 Oktober 2015

Happy Belated Birthday To You,..to you and to you!

Hujung minggu lepas sempatlah blogwalking ke sana ke sini. Sambil-sambil menjengah, baca entri kawan-kawan dan adik-adik,...saya came across beberapa rakan blogger yang sambut birthday. So I guess a belated birthday wish is in order.
 
Happy Belated Birthday!

Widget Top Commentators yang Berfungsi (Bahagian 2)


Baiklah, seperti yang saya janji dalam entri terdahulu, kita nak edit script Widget Top Commentators supaya dapat paparkan bilangan komen hanya untuk bulan yang berkenaan sahaja. Tetapi, awal-awal lagi saya ingatkan, kita kena edit script ni setiap hari jika nak bilangan komennya dipaparkan secara tepat.

Buka widget Top Commentators untuk diedit.

Widget Top Commentators yang Berfungsi

Jeling sedikit dekat sidebar saya. Setelah hampir sebulan saya biarkan widget Tetamu Hebat tersadai kosong begitu sahaja, akhirnya dengan bantuan Kanda SS,...diulangi Kanda SS, 12 nama Tetamu Hebat kembali muncul menyerikan menara saya ini.

Memang script yang lama dah tak berfungsi. Rata-rata ramai rakan blogger hadapi masalah yang sama. Jadi, saya merengeklah dekat SS minta tolong. Siap merengek bagi pihak adik-adik yang lain lagi! Kelip-kelip mata pandang Sal Torres, Syida dan Ekin ;)

OK. Mari kita godek apa yang patut!

Langkah 1:
Klik pada pautan ini
Credits to Tien Nguyen.

Isnin, 26 Oktober 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...