728 x 90

Isnin, 17 November 2014

Bila Buat Kerja Tak Fikir,...

Ini kes lambat breakfast-lah ni. Pergi singgah blog Anis, ada pulak gambar-gambar makanan yang buat perut bergendang minta diisi. Tengok dalam peti ais ada pulut dan rendang daging. Apalagi, nak mamam cepat, terus je masukkan dalam microwave. Tingggg!

Rendang all over the microwave!

Bijak kan?! Buat kerja tak fikir! Tahu nak cepat makan je. Dahlah temperature tu saya letak high! Tak pasal-pasal kena bersihkan microwave. OK, jangan pandang lama-lama sangat gambar sisa rendang daging yang meletupkan diri sendiri tu. Saya nak share tips mudah untuk bersihkan microwave.

  1. Letakkan sebuah mangkuk yang berisi air dan cuka di dalam microwave.
  2. Panaskan dalam microwave selama 2 minit.
  3. Keluarkan mangkuk. Hati-hati, panas! Then, ambil tisu dapur dan lap bahagian dalam microwave hingga bersih. Tak perlu sental/gosok. Tak perlu guna sabun. Campuran air dan cuka yang dipanaskan somehow membolehkan sisa makanan yang melekat tanggal dengan mudah.

Bau microwave yucckkkkkkk?!
  1. Potong beberapa hirisan lemon/limau nipis.
  2. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang diisi dengan sedikit air.
  3. Panaskan dalam microwave selama 1 - 2 minit.

Prevention is better than menyental/menggosok!
  1. Gunakan bekas khas untuk microwave yang ada lid dan lubang kecil khas  (Tupperware ada!)
  2. Pastikan kalian guna suhu dan masa yang betul. Kalau setakat nak panaskan roti, tak perlulah letak suhu tinggi/sampai 2 minit. 30-40 saat pun cukup!
  3. Untuk makanan yang berkuah dan berminyak, letakkan plastic food wrap yang tahan microwave. So, tak adalah minyak tu melompat-lompat keluar.

Harap tips ni membantu ;)

Pssttt! Jom buat kek dalam mug. 5 minit je!


38 ulasan:

  1. thanks for the tips kak..hehe.microwave ni kena hati-hati guna.kalau tak, tambah satu kerja plak nak bersihkan

    BalasPadam
  2. Pernah baca tapi tak pernah buat.. anyway, mesti "best" akak nye breakfast kan.... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang BEST! Pulut dgn rendang daging letup2 namanya ;)

      Padam
  3. Bagus jugs tips akak ni..boleh praktik..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, Wana. At least boleh mudahkan kerja kita :)

      Padam
  4. Nice tips kak Farrah...
    Bab ni pun satu hal..
    Nad memang suka panaskan makanan guna microwave...heeeeeeee...
    kadang2 melompat-lompat dalam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tang melompat-lompat tu memang sangat 'familiar' :)

      Padam
  5. Asalam..farra..lama tak singgah..good info farrah..sedap nya Kek 'Instant' dalam Mug dia..terlioq tengok coklat chip..ngeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks sudi bertandang ke mari, Khaty. Rindu...tp faham Khaty sibuk :)
      Kek 5 minit tu senang je nak buat, janji bahan2 cukup.

      Padam
  6. tips yang guna lemon tu memang pernah dengar. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wangi microwave lepas tu, Cik Fafa. Segar2 citrus gitu :)

      Padam
  7. bagus tips ni. kat uma ni ada microwave tp xpna guna. kekeke
    tp sejak ni mcm nak guna je. hee.. nt bole la guna tips ni. thanks kak ^^

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Ohhh, tak surelah boleh apply ke idak cara ni utk oven.

      Padam
  9. Neway, thanx share tips tu.
    Maybe bolehlah guna jugak kan, K.Farrah.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau oven, akak tak sure. Tapi maybe bolehla kan...Cuma letak air + cuka tu dlm loyang dan panaskan oven sekejap.

      Padam
  10. fuiyoooo Kak Farrah.. rendang daging meletop. then lepas tu rendang dapat diselamatkan ke tidak ? or nauzubillah..? hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, selamat masuk perut!

      Padam
  11. Biasa la tue... kadang nak cepat jadik bertambah2 lambat plak kan... tak pasal2 kena lapp dan bersihkan MW tu... :D

    BalasPadam
  12. selalu juga terjadi macam ni... by the way thanks for the tips..

    - Mia Liana -

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Iye Cik Balqis,..meletop sana sini!

      Padam
  14. nice tips yo! kita takde microwave laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de microwave tak yah risau nak bersihkan :)

      Padam
  15. sis pernah kena kes mcm ni...tupperware tak bertutup...habis melompat2 merecik2 kuah kat dalam tu...ahaha...padan muka sbb lepas tu cuci sambil membebel pada diri sendiri. Bila Farrah dah kongsi tips ni senanglah penjagaan nya nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tang merecik tu yang tak tahan kan, JM. OK, lepas ni tinggal make sure ada stok cuka kat rumah :)

      Padam
  16. Ok kak farrah, saya dah copy :)
    Terima kasih kerana berkongsi masalah yang sama. Haha

    BalasPadam
  17. mama dah campak mana ntah microwave. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh kalau dah campak, confirm tak akan berdepan dgn masalah ni :)

      Padam
  18. ada tapi jarang gna..ahahah..memang dah jd 'kuning'
    tips atas tu tak perna buat,lap,guna kain basah ja..

    BalasPadam
  19. Ooo cmtu ye kak farrah..penah jadi juagk.. nak cepat pny pasal kan... hahahah info yg bergune nie... thanx kak farrah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...