728 x 90

Sabtu, 25 Oktober 2014

October 10 Days Challenge Day 6: 10 Things That You Want To Buy



Day 6: 10 Things That You Want To Buy

Mari meneruskan cabaran! 10 barang yang saya nak beli memang berkaitan dengan hobi-hobi saya, kraf, baking dan gitar :) Tidaklah menjadi keutamaan sebab mostly barang-barang ni bukan keperluan, lebih kepada kehendak. Tetapi, kalaulah saya dapat miliki kesemuanya,....senyum sampai telinga!

#1 The Work Box
Credit
Alangkah bahagianya kalau ada work box macam ni. Kemas dan tersusun je material dan keperluan kraf saya. Benda-benda yang diperlukan semua depan mata dan within reach. Dah habis buat kerja, 'bungkus' semua jadi macam sebuah almari.


#2 Craft Robo Silhouette
Credit
Mesin khas untuk cetak dan potong templates. Lebih kurang macam printer dengan ciri tambahan pisau pemotong. Let say saya jumpa template untuk buat kotak yang cantik atau nak design bunga seperti dalam gambar di atas. Mesin akan cetak dan potong bahagian mana yang sepatutnya. Tak perlu susah-payah guna cutter.


#3 Vagabond Die-cut Machine
Credit
Another die-cut machine. Saya suka yang ini sebab comellll! Macam beg travel!


#4 Heat Tool/ Heat Gun
Credit
Perlukan alat ini untuk buat heat embossing. Macam kat tulisan 'Get Well Soon' di bawah. Tak ada heat gun terpaksa guna toaster :)



#5 Copic Markers
Credit
Copic markers ni mahal. Nak beli bukan boleh beli sebatang dua. Paling tidak kena dapatkan beberapa tona untuk satu warna. Cuba tengok hasil Copic di bawah. Untuk warnakan rambut perlu sekurang-kurangnya tiga warna, untuk muka dan pipi 4 warna! Tak silap saya ada lebih kurang 300+ warna untuk Copic markers.

Credit


#6 Kenwood Food Processor
Credit
Ini memang food processor idaman saya!


#7 Kitchen Aid Mixer
 
Credit
Love this! Kalau ada ni mesti tiap-tiap hari bersemangat nak bake!


#8 Oven Besar
Credit
Dari dulu memang teringin nak ada oven gabak begini untuk dapur saya :)


#9 Rak Rempah-ratus
Credit
Cantilkkan?!


#10 Clear See Through Electric Guitar
Credit
Teringin nak ada sebuah! Rasa comel pula bila tengok gitar transparent macam ni.



40 ulasan:

  1. Wah...nafsu awak!!Tak sanggup nak pasang angan2 camni.Anyway...good luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasang angan-angan baru ada motivasi nak kumpul duit tabung, Acik! Heheheh

      Padam
  2. yg alamri tu bgos! xnmpk bsepah..kalo yana nak yang mouse scanner, kalo malas nk menaip byk2 huruf2 scan jer nanti trus msuk dlm bntuk word..bgus kan.. harga rm300..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mouse scanner best kan! Senang nak buat kerja :)

      Padam
    2. Oh, akak doakan mouse scanner akan jadi milik Yana dlm masa terdekat :)

      Padam
  3. banyak kepada bahan kraf ya kak..^_^..tapi, impian kita sama untuk miliki mixer dan oven tu..baru best baking kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh senarai kat atas tu memang pakai banyak RM. Kalau betul2 ada duit lebih baru boleh beli, Wana :)
      Ada mixer dan oven tu memang semangat nak bake tiap2 hari ;)

      Padam
  4. yg print paper cutter tu serius cool!

    BalasPadam
  5. amboi akak, semua berkaitan dengan crafty2 things ni...nak tanye, akak buat DIY dekat blog je ke? akak ada utube x? nk follow... kite peminat DIY, tapi belum ada masa nak buat sendiri punyer lgi...banyak dah idea untuk DIY kita catat dlm buku kite, tak terbuat2, exam melambak :D hehehehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kongsi sikit2 dekat blog je, Aisha. Akak ni malas sikit nak buat tutorial. Nak buat video lagilah,..tau2 kang korang tengok muka/tangan gemok akak je...DIY nya entah ke mana! (Kemahiran akak setakat edit ringtone je ahaks)

      Minat DIY gak eh? Bagus2! Kumpul semua idea dalam 1 buku/folder khas. Nanti, bila free boleh pilih nak buat yg mana :) Sometimes, dgn idea2 yang ada, Aisya boleh generate idea baru utk benda lain.

      Padam
  6. ada yang saya baru tau kak barang2 atas ni. hehe. moga tercapai impian. XD

    BalasPadam
  7. amboi..
    insyaaAllah nanti dapat mana yang akak idam-idamkan tu.. hehe
    saya nak nom.6,7 & 8 tu.. baru la rajin nak membaking kat dapur..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, dik! Akak kalau dah ada 6 - 8 tu, akak panggil Nana & Wana datang baking ngan akak :)

      Padam
  8. wah... semua demand2... kalau la ada duit kan....semua leh dpt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha RM tak cukup,...akak mimpi-mimpikan jelah

      Padam
  9. avon besar? fuhhhhhh... memang hari2 baking kak cmtuu..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Of course! Puas hati klu ada segabak itu ;)

      Padam
  10. wow. menariknya rak rempah ratus tu! macam nak beli dekat ummi je... hahaha...

    ummi saya ada dua oven. betapa obsesnya dalam buat kek and roti. heehehe... tadi baru buat ^^,

    BalasPadam
  11. saya click maybank akak ^^,

    BalasPadam
  12. craft robo silhouette tu kalau guna untuk buat kad kahwin pun mesti boleh jugak kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang, Fatin! Nak buat mini boxes isi candies/chocolates pun boleh! Kita tinggal lipat2 & gam mana perlu je...

      Padam
  13. Semua kite nak kecuali 6-9. HAHA sebab tak suka dok dapur :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe, mana tahu nanti dah umur macam akak ni, macam-macam barang & peralatan dapur Nur nak beli!

      Padam
    2. Hopefully. Kalau dah minat ke dapur selain ambil makanan, mesti blog Kak Farrah kite selalu terjah, HAHA sebab nak pinjam resipi akk. Sebab suke yg rare gitu~

      Padam
    3. Hahaha tak rare mana pun, Nur. Banyak yang simple2 je...

      Padam
  14. wowwwww.. semuanya tetiba CT pun rasa nak jugak. kecuali gitar and barang2 arts akak sebab tangan tak berapa berseni. tapi gitar tu sangat menggoda. just tak pandai main.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..gitar tu sungguh menggoda! Seksi, you!

      Padam
  15. Uyoooo kak farrah.. tp yg no 1 tu best.. nak jugak ade work box tu... bleh isi mcm2 and ade bilik khas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang,..senangkan barang tak sepah! Tapi tulah harganya....tarik nafas panjang-panjang...tarik nafas lagi...tarik nafas lagi.... :)

      Padam
  16. Dari atas sampai bawah... Hahah. Semuaanyaa aina minat. Tak sangka banyak persaamaan kita ni. Aina pun minat cam akak. Cuma dah hampir terlupa minat2 camni.p(´⌒`。q)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayyyyyy! Kita sekepala! Kumpul duit jom!

      Padam
  17. Yang no.1 tu mmg seswai sangat utk k.Farrah.
    Harap dapat 1 day nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan...ada almari tu, kemaslah bilik kraf akak, Shikin :)

      Padam
  18. ekin nak yang mixer tu tak tercapai lagi

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...