728 x 90

Selasa, 30 September 2014

Mi Claypot Cranky Chucky


Cranky Chucky? Heheheh mi claypot yang satu ini bukan calang-calang tau! Special edition! Chucky ni pula bukan Chucky patung jahat dalam cerita Child's Play tu. Chucky ~ gelaran manja untuk salah seorang kawan rapat saya. Apa kaitan Chucky dengan mi claypot? 

Well, setiap kali Chucky bad mood dan rasa nak marah dengan orang, dia akan pergi dapur dan sediakan mi claypot. Hehehe ala-ala salah satu cara untuk channel kemarahannya lah. Bagus kan,...bad mood je pergi masak...bad mood je pergi masak! Kebetulan, I was around for a few times. Rezeki saya nak kenyang ;)

Saya tak berani masak kalau bad mood. Sebab confirm rasanya akan sepayau dan sehodoh perasaan saya pada masa tu. Tapi Chucky lain. Apa yang dia masak time tengah hangin memang menjadi! Yummyyyy! So,  dengan muka selamba-tak tahu malu,...sambil makan mi (dan goyang-goyang kaki), secara official saya namakan resepi ni 'Mi Claypot Cranky Chucky'. Kadang-kadang memang purposely minta kat dia, "Nak Claypot Cranky Chucky!"

Saya suka versi mi claypot Cranky Chucky sebab kuah putihnya. Asyik makan kuah berkicap je, boring jugak! Mi ni lebih terangkat apabila dinikmati dengan kicap masin+cili api! Nak resepi? Hari ni teaser dulu hihihi jamu mata. Insya Allah, nanti bila ada masa saya kongsi resepinya pula ya...


19 ulasan:

  1. Sedappppnyaaa nampakkk :)
    Nanti yee mee tu lembut sendiri ek?
    Salu Nad rebus dulu nak bagi lembut..heeheh..tak tahu la betul ke tak teknik masak nya...hentam aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nad sama macam akak. Akak suka yang lembut lodo. Akak memang akan rebus dulu. Kebanyakan orang suka tekstur mi tu rangup2 sikit. Haa kalaiu claypot cranky chucky ni, kuah dia kasi panas betul-betul (tahap blup blup blup), then simbahkan atas mi bila nak makan :)

      Padam
  2. Menariknya... Teringin nak cuba.. Nama pun mengujakan.. hehehe

    BalasPadam
  3. bunyi cranky tu kan, mcm ranggup betul..hihi...nyum2...

    BalasPadam
  4. tak pernah cuba mee ni... ala, bagi resepi sekali lah.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, Ros...nanti akak update resepinya. Kena tanya tuan punya resepi detail-detail. Nanti derhaka resepi plak (konsep derhaka resepi ni si budak yg ajor) hehehe

      Padam
  5. nak cuba masaklah hujung minggu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, saya cuba update resepinya secepat mungkin ye, Abe Kie.

      Padam
  6. siap ada lip lap kat gambar. best betul presentation teaser kak farrah :)
    nama kawan akak tu apa selain chucky? hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu teaser lip-lap namanya :)
      Nama kawan akak boleh jadi macam2 bergantung kepada slip-tongue akak heheheh

      Padam
  7. ohhh kak farrrrrraaaaaaahhhhhh
    kenpa goda ayu lagi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha ni goda utk mengeratkan silaturahim namanya ;)

      Padam
  8. ya Ampun..x pernah makan..siapa chucky ni..dulu cekebom..ahaah..mcm2 nama gelara neh..tp mmg best..kkalau nk minta dia masak..perlu lah kasi dia bad mood :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh saya baru perasan gelaran orang keliling saya banyak bermula dengan huruf C. Kawan saya ni Sis JM, dia dapat julukan Chucky sebab masa di kampus dia suka sangat tengok cerita Child's Play tuh :)

      Memang,..saya kalau dia bad mood dah mula mengomel tak puas hati,...saya cepat2 cakap "Jom pegi dapur! Nak C3 (Claypot Cranky Chucky)!" Hahah menangguk di air keruh kan saya?!

      Padam
  9. Alamak. Nama kawan pun ada gelaran tertentu ye k.Farrah?
    Banyak sangat nama boleh ingat ke kak?xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh kalau tak ingat, panggil je apa nama yang ingat, Shikin :D

      Padam
  10. peeeeergh nickname dia Chucky ? bhahaha kalau zaman saya ada sorang nama chucky gak tapi muka dia mmg sbijik patung creepy tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel tu...jangan dia creepy macam si Chucky tu udah!

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...