Selasa, 30 September 2014

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A.

Ini Segmen + GA yang dianjurkan oleh Cik Nadya dan temannya, Alia. Mari kita support mereka :)

[Klik banner di atas untuk sertai GA ini]

Tempoh GA berlangsung - 30 September hingga 14 Oktober 2014 

 OK. Yang penting, kita kena reka serangkap pantun atau syair yang bertemakan cinta. Alahaiii, dik. Akak punya skil berpantun sangatlah 'excellent'. Boleh buat pakar bahasa pencen tau! Tak pa,...tak pa,...demi kalian berdua akak cuba. Terimalah serangkap pantun ini akak jual (don't play-play, pantun enam kerat nih!).

Sesat dunia, haluan dek malu bertanya,
Ratap sesal kesalahan masih berbaki,
Turutkan perasaan kelak kan derita,
Cintai dia bukan atas sempurnanya,
tapi kelemahan, kekurangan yang dimiliki,
yang menyempurnakan, melengkapkan kita.



Ayat Penggerak dalam Bismillah 5

Bismillah Lima

Terjemahan Ayat:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
Dengan nama Allah Yang Mencukupi.
Dengan nama Allah Yang Memberi Kesejahteraan.
Dengan nama Allah Yang Tidak Memberi Mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Ayat Bismillah 5 ni banyak kebaikannya. Selain daripada elok dibaca setiap kali selepas solat, ayat ini boleh dijadikan sebagai ayat rawatan Syifa' untuk penyakit-penyakit dalam badan. Dipercayai pengamal ayat ini akan dilindungi Allah (dengan izin-Nya) daripada termakan atau terminum racun/benda-benda yang tidak elok.

Tetapi, apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah manfaat amalan ayat ke-5 (yang panjang tu) sebagai ayat penggerak. Apa yang dimaksudkan dengan ayat penggerak?

Hurmmm,..ayat ini sangat berguna buat saya terutamanya bila tiba hari Selasa. Almaklumlah, orang lain dah selesai dengan Monday blues mereka,..dah bersemangat meneruskan hari-hari. Saya pula baru terkial-kial nak memulakan minggu baru. Terbawa-bawa kemalasan cuti tiga hari. Tuesday blues lah kononnya! Ada sedikit elemen mengada-ngada di situ. Kebiasaannya, hari inilah hari paling tidak produktif bagi saya.

Tak boleh ikut perasaan sangat kan?! Jadi, kalau rasa-rasa mata berat, badan berat, langkah berat, nak buat apa pun malas,...bacalah ayat yang dipanggil ayat penggerak ni. Saya akan zikirkan kalimah bismillah yang ke-5 tu banyak-banyak kali. Mudah-mudahan digerakkan hati kita untuk rajin, lebih ikhlas melakukan sesuatu. Insya-Allah, kemalasan berkodi-kod tu akan terangkat! Kita akan diberikan kudrat dan semangat untuk menyempurnakan tugasan dan urusan harian kita.Semoga entri ini bermanfaat untuk kalian :)


Mi Claypot Cranky Chucky


Cranky Chucky? Heheheh mi claypot yang satu ini bukan calang-calang tau! Special edition! Chucky ni pula bukan Chucky patung jahat dalam cerita Child's Play tu. Chucky ~ gelaran manja untuk salah seorang kawan rapat saya. Apa kaitan Chucky dengan mi claypot? 

Well, setiap kali Chucky bad mood dan rasa nak marah dengan orang, dia akan pergi dapur dan sediakan mi claypot. Hehehe ala-ala salah satu cara untuk channel kemarahannya lah. Bagus kan,...bad mood je pergi masak...bad mood je pergi masak! Kebetulan, I was around for a few times. Rezeki saya nak kenyang ;)

Saya tak berani masak kalau bad mood. Sebab confirm rasanya akan sepayau dan sehodoh perasaan saya pada masa tu. Tapi Chucky lain. Apa yang dia masak time tengah hangin memang menjadi! Yummyyyy! So,  dengan muka selamba-tak tahu malu,...sambil makan mi (dan goyang-goyang kaki), secara official saya namakan resepi ni 'Mi Claypot Cranky Chucky'. Kadang-kadang memang purposely minta kat dia, "Nak Claypot Cranky Chucky!"

Saya suka versi mi claypot Cranky Chucky sebab kuah putihnya. Asyik makan kuah berkicap je, boring jugak! Mi ni lebih terangkat apabila dinikmati dengan kicap masin+cili api! Nak resepi? Hari ni teaser dulu hihihi jamu mata. Insya Allah, nanti bila ada masa saya kongsi resepinya pula ya...


Guitar Chords - Do Re Mi

Untuk sing-a-long session dengan anak-anak murid saya minggu ni, kami akan belajar lagu Do Re Mi. Jadi, cikgunya tengah terkial-kial berlatih. Dari minggu lepas sibuk tak sempat nak pegang si Kapok.


Do Re Mi Song (Guitar Chords)

 G                                          D
Doe, a deer, a female deer, Ray, a drop of golden sun,
G                                      D                                  D7
Me, a name I call myself, Far, a long long way to run.
G                                   E        A                              D
Sew, a needle pulling thread, La, a note to follow sew,
B7                                    Em
Tea, I drink with jam and bread,
            C           D         G         D
that will bring us back to do...oh oh oh.


Dari kecil saya suka lagu ni sebab setiap not 'do re mi' tu represent something else + the explanations - doe, ray, tea. It's going to be fun explaining these to the kids :)


Isnin, 29 September 2014

Resepi Mudah - Sengkuang dan Cendawan Masak Tumis

First time saya cuba resepi sengkuang dan cendawan shitake masak tumis. Selama ni tak terfikir langsung untuk pelbagaikan menu harian guna sengkuang :)

Sengkuang & Cendawan Shitake Tumis


Resepi Sengkuang dan Cendawan Shitake Masak Tumis

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji sengkuang bersaiz sederhana (hiris memanjang)
  • 1/2 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • 50g cendawan shitake (hiris nipis)
  • 3 siung bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar daun sup
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Letak sedikit air. Masukkan sos tiram.
  3. Kemudian, masukkan sengkuang dan lobak merah.
  4. Masukkan cendawan shitake. Kacau hingga semuanya sekata.
  5. Biarkan seketika di atas dapur. Jangan terlalu lama, nanti overcooked pula.
  6. Tabur daun sup. Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba! Kalau ada lebih lauk ni jangan buang tau. Nanti saya beritahu nak buat apa :)

Nota Senyum: Tolong abaikan rupa daun bawang yang 'tercedera' tu. Saya guna pisau tumpul hihihi

Mi mi mi mi mi mi mi mi!

Di dalam bilik kraf.

Buat kerja editing sambil dengar radio.

Tengah struggle untuk merombak satu ayat. Tak ada idea :( Dah tiga empat kali saya cuba ubah, tetapi tetap sumbang bunyinya! Ada something yang tak kena....Ada sesuatu yang hilang,...tak cukup...

Hmmmm,...

Berfikir dan berfikir lagi.

Fikir lagi,...cuba untuk lebih fokus! Tiba-tiba,.....



♩ ♫♬
Mimimimimimimi
Mimimi only mimi
Mimimimimimimi
 
Mimimi sexy mi
♩ ♫♬ 


Rasa macam pecah-berderai-berkecai semua yang sedang saya fikirkan. Lagu apa ni?! Mi Mi Mi?! Dengan suara nyaring dan sebahagian besar lirik lagunya mi mi mi mi mi,...lagu ni betul-betul buat saya rasa gemas! Annoying sungguh! Terkial-kial saya menunggu lagu tu habis. Tak tergerak hati pula nak ambil remote dan tukar ke stesen radio lain huhuhu. Sudahnya, saya kemas kertas-kertas atas meja, tutup fail. Tutup lampu. OK, bai!

SELAMAT MEMULAKAN MINGGU BARU!


Nota Senyum: Mungkin atas faktor usia (dah tua dah akak ni,...), wave dah berbeza,...lagu Mi Mi Mi tu masuk telinga kanan terpelanting keluar ikut telinga kiri!

Kord Gitar 'Pasti Sempurna - Kristal featuring Ronnie Hyper Act (Easy Chords)

Suka juga layan lagu ni sekali-sekala. Alang-alang chords gitarnya mudah, saya kongsikan di sini ;)


Lirik & Kord Gitar 'Pasti Sempurna' - Kristal feat. Ronnie Hyper Act
(Intro)
Am F G Am E F

Am F G
Ada waktu sukar mengejarmu
Am F G
Moga tabah sabar bersamamu
Dm G
Jauh ku di luar sana
C G
Mendoa dikau bahagia
Am G D
Yakini dirimu
G
Pasti sempurna


(Chorus)
C G
Harapan semoga dirimu dilindungi
Am Em
Sinar rahmat bahagia
F G
Jalanmu lurus dan kekal berjaya
Am G
Diredhai Yang Maha Esa
Bm F G
Walau dalam sukar dan diri ini
Am Em
Diperlukan namun tiada
F
Doa dan harapan
G Am
Hanya mampu ku utus bersama


Am F G
Ku sematkan azimat kenangan
Am F G
Menemani jiwa kehilangan
Dm G
Menghapus segala resah
C G Am
Mendorong di kala hiba
G D
Teguhlah jiwamu
G
Selama-lama
Em
Huuuuu ooohh

Ulang (Chorus)


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Ahad, 28 September 2014

Liebster Award #6 Tagged by Mass Naim

Selamat Hari Ahad! Semoga kalian semua dapat rehat yang secukupnya. OK. Entri Liebster Award lagi. Sebelum tu, jemputlah terjah blog Mass Naim ni.  Thanks, Mass for tagging me :)


Soalan-soalan daripada Mass:

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas.
Farrah, 33 tahun, bekerja sendiri, born in KL, raised in Selangor :)

2. Nyatakan 3 tajuk novel yang pernah anda baca.
Dipilih secara rawak ikut tajuk yang terlintas di kepala:
I've Got Your Number - Sophie Kinsella
For All Time - Jude Deveraux
Dear Prince Charming - Donna Kauffman

3. Apa yang anda suka/sering lakukan pada masa lapang??
Saya ada banyakkkk hobi - membaca, berkebun, kumpul setem, dengar lagu, kraf kertas (cardmaking & scrapbooking), main gitar, masak, baking,...jadi, apabila ada masa lapang, saya akan pilih salah satu daripada aktiviti di atas ikut mood. Rasa-rasa tak minat nak buat apa-apa, saya akan pergi 'kacau/annoy' Cekebon, Cekengah atau Bott (bergantung pada siapa yang ada dengan saya pada masa tu).

4. Apa motif utama anda menjadi blogger??
Tak ada motif yang spesifik pun. Saya suka menulis dan berkongsi. In a way, dengan berblogging saya dapat elakkan diri daripada 'blabbering' sorang-sorang heheh. Kian hari kian suka berblogging. Apa yang menyeronokkan, dengan berblogging saya dapat kenal ramai kawan baru! Dan saya dapat bertukar-tukar cerita dengan mereka. Priceless! :)

5. Siapa orang yang pertama dan terakhir yang ada dalam hati anda??
Ehhh?! What makes orang tu yang pertama? Apa yang membuatkan orang tu jadi yang terakhir? Aci tak jawab soalan dengan soalan, Mass?

6. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
Selangor. 9 daerah.

7. Apa wishlist anda sepanjang tahun 2014 yang masih belum tercapai??
Ada satu yang masih belum tercapai. Tapi agak private untuk kongsi di sini. Insya Allah, kalau dah tercapai, baru boleh beritahu :)

8. Siapakah yang anda fikirkan di saat ni? Mohon dijawab dengan jujur ya!
Err, Mass lah. Sebab tengah jawab soalan-soalan daripada Mas ni :)

9. Perkara pertama yang anda buat selepas bangun dari tidur?
Tengok jam! Nak tahu pukul berapa sebab saya ni memang tak suka pakai alarm clock. Tak suka terkejut dengar loceng jam heheh.

10. Pandai memasak?? Lauk apa yang paling korang suka masak??
Nak kata pandai tu memang taklah. Bolehlah masak yang simple-simple dan edible. Tak boleh nak point out exactly apa yang saya suka masak sebab selera saya bertukar-tukar. Tapi, kalau lauk, saya memang suka sediakan kerabu.

11. Pendapat anda tentang blog ini?
Saya baru nak berjinak-jinak dengan blog Mass ni. First impression, saya suka tema blognya. Earthy theme. Sejuk mata memandang. Tidak serabut. Selamat membaca coretan-coretan cerianya yang bersahaja.


Selesai! Harap Mass berpuas hati ^_^


Enjoy the rest of your weekend!

Nota Senyum: Going back back to my serene Sunday. Esok baru saya blogwalking, ziarah tetangga.


Sabtu, 27 September 2014

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

Adik Aisya kita buat GA lagilah!!!!  From Paris with Love gitu! Mari meriahkan GA ini. Dengan senyuman ala-ala love is in the air, sila klik banner di bawah ye :)


Senarai hadiah untuk dimenangi:
  • Hadiah Utama          : 20 x keychain Eiffel Tower
  • Hadiah Sampingan  : 3 x poskad Eiffel Tower
  • Hadiah Saguhati      : 3 x maps Paris 2014


Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat bawah ni. Siap!
 
GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)


 Blogger yang ditag:

Nana Liena
 Ain Syafieqa
Rena Cruzee


Though miles may lie between us,...

Thinking of You :)

Mesej yang tertera pada kad di atas khusus buat semua tetamu FAMF Tower.
Selamat berhujung minggu, ya! 
Saya hargai setiap kunjungan dan komen kalian. Jangan serik untuk jengah ke mari lagi :)
Have a fantastic weekend! Jumpa lagi minggu hadapan!


Nota Senyum: Dah tukar kepada 'mode' menjauhkan diri dari komputer, mendekatkan diri dengan keluarga  ^_^



Jumaat, 26 September 2014

'Peanut Butter French Toast' untuk Sarapan

Selamat Hari Jumaat, semua! Dah sarapan? Makan apa? Hari ni saya buat French Toast untuk sarapan (yang lebih kepada brunch sebenarnya). Tetapi, ini bukan French Toast biasa. Ada filling peanut butter di dalamnya :) Kemudian, lapisan luar disalut pula dengan oat. Rangup emping oat di bahagian luar roti,...peanut butter yang oozing keluar,....Memang lazat dan mengenyangkan! Jom intai resepinya di bawah.

Peanut Butter French Toast with Oat

Resepi Peanut Butter French Toast with Oat (1-2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 biji telur
  • 4 keping roti (Saya guna roti fibre.)
  • Mentega kacang yang secukupnya (Kebetulan di rumah ada mentega kacang berlapis dengan coklat)
  • 3 sudu besar instant oat
  • 2 sudu besar susu (Kalau tak letak pun tak apa)
  • Secubit garam jika mahu. (Saya tak letak pun.)
  • Sedikit mentega/marjerin untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:
  1. Ambil dua keping roti. Sapukan mentega kacang pada roti 'semewahnya'. Kapit roti kemudian potong kepada dua bahagian. Lakukan yang sama pada baki dua keping roti lagi.
  2. Pukul sedikit telur + garam (jika menggunakan garam).
  3. Ratakan instant oat di atas piring.
  4. Celup roti ke dalam telur. Kemudian, letak roti di atas piring dan sadurkan sehingga semua bahagian dilitupi dengan oat.
  5. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit mentega/marjerin. Masak roti di atas kuali leper selama 2 - 3 minit. Terbalikkan roti dan masak sisi yang satu lagi selama 2-3 minit.
    Sedia untuk dihidang. 

Selamat Mencuba!



The Versatile Blogger Award #2 - Sinuha

Assalamu'alaikum.
Untuk Versatile Blogger Award kali ini, saya ditag oleh Adik Sinuha, our dentist-to-be. Domo arigato, Sinuha san!




Rules:
1) Thank the person who nominated you.
2)Provide a link to the person's blog.
3)Write 7 Facts about yourself.
4)Nominate 15 bloggers to the Versatile Blogger Award.


7 fakta tentang diri saya

~1~
Bekerja sendiri. I'm kind of living one of my childhood dreams untuk punya 'office' di rumah. Tempat kerja saya sekarang hanya lima tapak dari rumah :)

~2~
Sayang akan alam sekitar. Cuba amalkan green lifestyle semampu yang boleh. Bumi ni kan dah tua. Jadi tanggungjawab kita untuk lindunginya dan preserve apa yang patut.

~3~
Suka makan dan cuba something new. Sayalah orangnya yang akan excited dapat oleh-oleh berbentuk makanan. Kalau sesebuah restoran/tempat makan yang biasa saya pergi keluar menu baru, saya pasti akan pilih menu tu. Rasanya sedap ke tidak belakang kira.

Nah, saya jamu kalian dengan 'something new':

~4~
Tak suka exercise! Huhuhu. Macammana nak buat tu? Saya dah ada poster nak motivate diri untuk exercise, dah ada macam-macam workout videos, buku pilates, printed exercises dari Pinterest, tapi,...
Hmmm, kalaulah kalori boleh terbunuh dengan 'usaha-usaha' saya di atas ;)

~5~
Suka tengok TV. Memang sejak kecil suka mengadap TV. Saya selesa buat kerja-kerja saya depan TV. Kadang-kadang, lepas bangun tidur terus je on TV sebab nak bagi ada bunyi satu rumah :)

~6~ 
Alah pada seafood. Tapi itulah yang saya suka makan! Sesekali bila langgar pantang, mulalah tak cukup jari nak menggaru!

~7~
  Tak pandai naik basikal! Hahaha! Dulu-dulu terpaksa buat muka tak malu tumpang adik-adik round keliling taman.


 OK, itu sahaja :)
Selamat Berhujung Minggu!



Khamis, 25 September 2014

Hujan dan 'petrichor'

Alhamdulillah! Setelah beberapa hari cuaca panas dan kering di kawasan rumah saya, hari ini Allah turunkan hujan lebat. Raining cats and dogs, you! Hmmm, apabila hujan dan sejuk dingin begini, mata mulalah terasa berat. Tengah buat persiapan mengajar untuk malam nanti, tapi fikiran melayang-layang teringatkan bantal dan tilam. Tak cukup itu, tiba-tiba teringin nak makan cucur bawang dengan air kopi panas pulak! Hehehe...

Apa kena mengena pula hujan lebat dengan 'petrichor' nya? Haaa,...disebabkan dah lama tak hujan, tentu tanah kawasan tu kering kan? Jadi, apabila hujan turun, akan ada satu bau yang naik ke udara. Earthy smell. Bau debu yang bercampur dengan air hujan. Bau itulah yang dipanggil 'petrichor' :)

petrichor
/ˈpɛtrʌɪkɔː/
noun
a pleasant smell that frequently accompanies the first rain after a long period of warm, dry weather.


Perkataan Greek juga ni. Saya came across perkataan ni dalam salah satu novel yang pernah saya baca. Indah betul bahasa,...bau tanah yang naik selepas hujan pun ada istilah khasnya :) Tetapi, saya tak pasti sama ada perkataan ini diterima pakai sebagai istilah Bahasa Inggeris ataupun tidak.

Kalian suka akan 'petrichor'? Saya?! Semestinya!


Doa Mohon Keampunan Buat Diri & Keluarga

Assalamu'alaikum,
Perkongsian untuk hari ini. Moga-moga membawa manfaat untuk kita semua.


Doa Agar Tetap Mendirikan Solat & Memohon Keampunan Buat Diri & Keluarga 

(Surah Ibrahim, Ayat 40-41)

Terjemahan Ayat:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"



Rabu, 24 September 2014

GIVEAWAY – SAYA NAK SIHAT

Siapa yang belum sertai GA ini, cepat!!!! Hadiahnya sangat WOWWW! Syarat tak susah, follow, like & buat slogan :)
http://thehealthinspector.wordpress.com/
[Klik banner di atas untuk sertai GA ini.]


Slogan:

Saya nak sihat kerana bagi saya sihat bukan satu pilihan, tetapi satu keperluan (selagi Allah mengizinkan). Perlu untuk sihat agar perjalanan hidup sehari-hari lebih sempurna, dapat diluangkan bersama keluarga tercinta, dapat beribadat kepada Yang Memberi Nyawa. Biar kurang harta, tiada pangkat atau rupa,..janji kesihatan milik kita. Itu yang berharga. Kunci untuk hidup yang lebih ceria, gembira dan bahagia.


Resepi Semur Ayam Mama Sastri

Saya dah lama teringin nak makan lauk semur ni. Kali terakhir makan rasanya dekat sebuah restoran yang menyajikan makanan Indonesia,..tak ingat di mana. Lama dah! Masa tu makan dengan nasi liwet. Sedapnya!

Minggu lepas, since saya ada banyak masa terluang, saya cuba juga buat lauk semur ni. Pada asalnya nak buat semur daging (yummmm yummmm....), tapi nanti Cekebon tak boleh makan. Penat saya jaga diet harian buah hati pengarang jantung yang seorang ini. Tak mahulah hanya kerana saya dengan food craving saya, tekanan darah tingginya naik mencanak!

Semur Ayam

So, kita buat semur ayamlah. Resepi diimport terus dari Bandung. Ini version Mama Sastri, salah seorang kenalan saya.  Bersungguh-sungguh dia cuba simplify resepi ni untuk saya. Maklumlah, saya ni bila resepi tu complicated sedikit, mula rasa nak angkat senduk dan melarikan diri. Orang 'pakar' la katakan. Hehehe. Makasih, Mama :)

Resepi Semur Ayam Mama Sastri

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 350 - 400g ayam
  • 200ml santan pekat (saya guna santan kotak tanpa kolestrol yang fat trimmed tuh)
  • 4 batang cili merah (belah dua, buang biji)
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 helai daun salam
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar daun bawang
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • 2 butir bunga lawang
  • 5 butir bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis

Bahan yang perlu dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 siung bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji tomato besar
  • 1 butir buah keras
  • 1/2 butir pala
  • 1 sudu teh lada hitam


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Bersihkan ayam. Gaul dengan kunyit dan garam. Goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak menggoreng ayam tadi dan tinggalkan hingga lebih kurang 2 - 3 sudu besar minyak.
  3. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis buat seketika. Masukkan bahan yang dikisar. Tumis kesemuanya hingga naik bau.
  4. Setelah tumisan naik bau, masukkan kicap pekat, kicap manis. Tuangkan sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu pekat. Masukkan ayam diikuti dengan santan, daun salam dan cili merah.
  5. Masak dengan api sederhana sehingga kuah memekat. Sekiranya inginkan lebih kuah, tambah sedikit lagi air.
  6. Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum juadah dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!


Selasa, 23 September 2014

Doily Dress!

Hari ni saya nak belanja gambar dress yang saya buat menggunakan 'doily'. Baru belajar buat. Selama ni tengok di majalah kraf dan Pinterest je. Dalam proses nak buat kad tahniah untuk wedding sebenarnya. Kebetulan, memang ada kertas 'doily' dalam simpanan :)


OK, babai! Enjoy the rest of your Tuesday!


Aku Patut Membenci Dia

Hari ni tengah sibuk jalan-ziarah-bertandang blog kawan-kawan, dapat private mesej kat WeChat daripada seseorang.

'Aku patut membenci dia.'

Terpinga-pinga saya sekejap. Apahal pula budak seorang ni. Nak luahkan perasaan ke? Benci siapa? Dia tu siapa? Kalau nak feeling-feeling pun kenapa cari saya? I hardly know him.

'Meant for me?' Saya tanya balik, expect dapat penjelasan lebih sikit. Tak faham langsung motif si penghantar mesej. Mana tahu dia salah hantar ke akaun saya ke...

'Yuppp.' Sepatah lagi jawapannya. Eh, dia ni tak boleh taip lebih daripada 4 perkataan je ke?

'?????????????????????' 
Saya kasik question marks lebih sikit. Hari ni mood saya kurang baik. Penat baru balik hospital, check-up untuk asthma and tiroid.

'Nak gitar chords lagu tu. Kumpulan Five Minutes. A & C cakap kau rajin tolong buat guitar chords senang utk diorang. Budak-budak XXX pun selalu guna chords yang kau buat kan,..'

Seriously? Baiknya budi bahasa nak minta tolong orang! Tak de salam,.. tak de kata minta tolong...ingat saya ni mesin jukebox keluar kord gitar ke? Mesin jukebox pun kena letak duit dulu baru boleh pilih lagu tau! Dia ni datang dari dunia tanpa adab mana nih? Saya diam je. Buat bena tak bena. Malas nak layan. Memang dalam group WeChat budak-budak gitar saya tu ada macam-macam pe'el dan perangai, tak dalah yang pekertinya begini.

'Boleh tak?! Kalau boleh aku nak cepat.'

Seriously(kuasa dua)! Terpaksa import dialog 'Rindu Awak 200%' jap,...saya balas...

'Memang taklah!'


Nota Senyum: Lagu 'Aku Patut Membenci Dia' tu memang best :)


Pokok Thyme Dah Pindah Pasu

Ingat lagi tak bulan lepas saya ada tulis satu entri 'Projek Tanam Herba' - percubaan saya menanam rosemary dan thyme? Baca mengenainya di sini.

Sayangnya pokok rosemary saya umur tak panjang :( Mati dah semua. Suprisingly, thyme yang saya tanam pula hidup subur. Sekarang dah pindah ke pasu yang lebih besar. Baunya semerbak!

Pokok Thyme
Alhamdulillah, merasa juga Taman Herba saya ada pokok baru hehehe Kena baca buku gardening lepas ni, nak kenalpasti apa silapnya pokok rosemary saya tak naik. Kalau ikutkan, lagi senang tanam rosemary berbanding thyme.

Projek gardening saya yang seterusnya, nak cuba tanam selasih dan kucai pula :)


Cahaya Hati - D-Masiv (Easy Guitar Chords)

Lagu berkonsepkan ketuhanan daripada Kumpulan D-Masiv ini memang sedap didengar. Enjoy the easy chords :)

Cahaya Hati - D-Masiv (Easy Guitar Chords)
C F C F
Air mataku deras mengalir
Am G F G
Ku bersimpuh di hadap-Mu
C F C F
Nama-Mu selalu ada di dalam
Am Em C G
Setiap langkah-langkahku


F C Dm Am
Ya Tuhan tuntun hamba
F C Dm G
Agar tetap di jalan-Mu


C F Dm G
Seluruh jiwaku hidup dan matiku
C Am G
Ku pasrahkan hanya pada-Mu
C F Dm G
Ku berserah diri tiada yang lain
C Am G
Tuk mengagungkan besarnya nama-Mu
C
Kaulah cahaya hatiku


C F C F
Nama-Mu selalu ada di dalam
Am Em C G
setiap langkah-langkahku

F C Dm Am
Ya Tuhan tuntun hamba
F C Dm G
Agar tetap di jalan-Mu


Am G Am G
Dm Em F G


C F Dm G

Seluruh jiwaku hidup dan matiku
C Am G
Ku pasrahkan hanya pada-Mu
C F Dm G
Ku berserah diri tiada yang lain
C Am G
Tuk mengagungkan besarnya nama-Mu
C
Kaulah cahaya hatiku


C F Dm G
Seluruh jiwaku hidup dan matiku
C Am G
Ku pasrahkan hanya pada-Mu
C
Kaulah cahaya hatiku


C F C F
Air mataku deras mengalir
Am Em Dm
Ku bersimpuh di hadap-Mu


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Isnin, 22 September 2014

Bubur Campak-campak 'Slow-cooked'

Bubur Ikan Bilis

Dua tiga hari ni, saya teringin sangat nak makan bubur. Pagi tadi bangun-bangun terus basuh beras, campak hirisan bawang besar, bawang putih, halia, lobak merah dan sedikit ikan bilis ke dalam slow-cooker. Masukkan air yang secukupnya. Tinggalkan. Hehehe...tak perlu tunggu. Pergi buat kerja lain ;) 

Menjelang tengah hari, bubur saya dah siap! Perasakan dengan garam, lada sulah, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang,...sedia untuk dimakan! Inilah hidangan makan tengah hari saya. Resepi campak-campak je. Jemput makan semua!

Enjoy the rest of your Monday :)


Ahad, 21 September 2014

Ini Bukan Tentang 'Tealicious'

Entri ini tiada kena mengena dengan 'Tealicious'.

Entri ini berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bersama ibu dan adik kecilnya yang makan berhampiran dengan saya di sebuah medan selera. Sekali-sekala, mungkin kerana renyah menunggu si ibu menghabiskan makanan, kanak-kanak itu hilir mudik hingga beberapa kali juga sampai ke meja saya.


Si Kecil: 
Mama, kalau jarum panjang dekat nombor 6,...jarum pendek,...yang pendek lepas nombor 4! Pukul berapa?

Si Ibu: 
4. 30. 

Si Kecil: 
Empat setengah? 

Si Ibu: 
Hmm. Kakak tengok jam kat mana? 

Si Kecil: 
Tu kat aunty belakang tu. Jam tangan dia besar! Macam jam kat rumah!


Sekali lagi, entri ini bukan tentang 'Tealicious' :)

Selamat mulakan minggu baru dengan senyuman!


Sabtu, 20 September 2014

Sayang Kotak Perfume Punya Pasal

Malam tadi sesudah kelas, saya sort kertas-kertas di rumah untuk di kitar semula. Dalam timbunan kertas tu, adalah dua kotak perfume Cekengah. Cantik pula warna pastel kotak-kotak tu di mata saya. Rasa sayang nak recycle.

Berkenan dengan warna kotak-kotak ni :)
Saya pun terus masuk bilik kraf, ambil craft punches berbentuk love dan butterfly. Tiba-tiba dapat idea nak gunakan kotak-kotak ni untuk buat hiasan pada kad. Nak tengok hasilnya?

Kad Ucapan guna Kotak Perfume :)


Berguna jugak kotak perfume ni kan? Dua kad di atas 'blank', tanpa tema. Nanti, jika ada tempahan kad, saya hanya perlu ubah dan tambah apa yang patut. Sedikit pesanan penaja, don't simply throw away your papers :) Guna semula apa yang boleh. Kitar semula yang selebihnya. Tindakan kecil kita boleh bantu pelihara alam sekitar.

Let's Go Green!


Cekebon Teringin Mi Rebus!

Assalamu 'alaikum. Selamat Pagi Sabtu!


Hari ni tuan punya tower cuti berblogging. Kalau ada entri baru pun yang auto-publish.
Semangat bersiap pagi-pagi meskipun dengan mata yang ruyup. 

Kena pergi pasar!
Cekebon tercinta teringin nak makan mi rebus.
Satu bahan nak buat mi rebus, termasuklah mi tidak ada langsung stok di rumah!

Moh, ke pasar kita!


Jumaat, 19 September 2014

Liebster Award #5 Tagged by Dr. Shikin

Saya kena tagged dengan Shikin pula. Tak kenal? Ishh,..rugi-rugi. Jom pi serbu blog Shikin - Life is beautiful,.. don't waste it. Shikin ni suka berkongsi info-info menarik. Ziarah blog Shikin, saya berpeluang explore sebahagian dunia lain melalui perspektifnya :) Macam-macam ada! Kalah Astro! Antara sebab saya semakin aktif+seronok  berblogging kerana ada kawan-kawan macam Shikin ni lah. Eh, dah mula menerawang off topic. Jom jawab soalan!


Syarat-syarat:
Mention the person who nominated you with a link to their blog.
Answer the 11 questions asked.
Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
Create 11 of your own questions for them to answer.
Notify your nominate.


Berkisar tentang zaman persekolahan.

1. Dulu sekolah harian/ asrama penuh?
Tingkatan 1 - 3 sekolah asrama kat Seremban, habis PMR terus masuk kereta balik rumah! 'Dorm life' tak sesuai untuk saya coz tak pandai berdikari. So, naik Form 4, sekolah harian :)

2. Biasa tido dalam kelas? Kenapa sampai tertido?
Terlalu biasa. Entahlah, mata ni berat je bila cikgu mengajar. Tapi sindrom tidur dalam kelas ni sampai Form 3 je. Naik Form 4 dah tak dah,...lagipun dalam kelas duduk kat depan.

3. Subjek paling disukai/ paling tak suka?
Paling suka BM! Paling tak suka Matematik (masa Tingkatan 3, setiap kali exam Maths, perut saya akan bergelodak dan terpaksa habiskan masa paling kurang 20 minit dalam toilet.) Mana nak sempat jawab soalan dengan baik! Bayangkanlah berapa markah yang saya dapat hehehe

4. Cikgu fevret? Apa yang best dengan cikgu tu?
Puan Siti Mariam (Guru Kelas Tahun 2), Ustaz Mohd. Amin (Tingkatan 4 & 5), Puan Hamimah (Pensyarah saya di kampus) - Setiap mereka ada mainkan peranan dalam menjadikan siapa saya hari ini :)

5. No paling cantik & paling corot pernah dapat masa sekolah ?
No 1 :)
Paling corot nombor 15 kot,..

6. Barang paling berharga pernah diperoleh/ dihadiahkan masa zaman kanak-kanak?
Saya suka dapat hadiah! Tak kisahlah kecil ke besar, mahal ke murah,..Bagi saya semua berharga sebab ada nilai sentimental. 

7. Hukuman paling tak patut korang pernah kena dari seorang guru?
Rasanya tiada yang tak patut. Sebab setiap kali kena denda, memang sah-sah  wajar dihukum! Oh, ada..ada! Semasa di kampus, seorang pensyarah wanita pernah halau saya keluar dan berdiri di luar kelas. Kenapa? Saya pakai inhaler asthma sewaktu kami baca Al-Fatihah untuk mulakan kelas. Well, rezeki saya lah! Pensyarah tu tengah moody dengan pelbagai masalah dalam kepala, tindakan saya kind of triggered kemarahannya.

8. Pernah 'kipas' cikgu tak?
Saya fail bab-bab begini. Pakai kipas kalau panas adalah ;)

9. Pernah 'kenakan' cikgu yang korang tak suka tak? Apa yang korang buat pada dia?
Rasanya ada.... Hurmmm, tapi tak ingatlah apa. Dah tua-tua begini, saya cuma harap apa yang saya dan kawan-kawan telah buat tidak akan menyusahkan cikgu berkenaan.

10. Personality masa sekolah dulu sama tak macam sekarang?
Sedikit berbeza. All the fun and decent parts of me are still in tact. Perangai-perangai tak cukup skru yang boleh memalukan umat tu, alhamdulillah berjaya dikikis dalam usaha saya menjadi 'dewasa' :)

11. Pengalaman bersama kawan-kawan yang paling best?
Bercuti dengan kawan baik saya di Port Dickson. Jalan-jalan, shopping, makan-makan. Masa tu komitmen harian semua letak tepi. Kami hanya fikir untuk cuti, relaks dan rehatkan minda :)


OK, Shikin. DONE :) Sorry lambat sikit buat entri ni.

Selamat berhujung minggu semua!


Cinta Sejati - Bunga Citra Lestari (Easy Chords)

Saya sangat suka lagu nyanyian BCL yang satu ini terutama sekali melodinya. Dah lama nak main gitar lagu ni tapi tak asyik bertangguh transpose chords yang 'mesra-jari-jemari' saya. Baru-baru ni, cuti lama kan,..adalah peluang bersantai bersama si Kapok.

Basicaly, chords di bawah ni boleh dianggap mudah kecuali perenggan akhirnya sahaja ada F# dan Bm :) Jika rasa susah, main je bahagian chorus yang biasa.

Pstt! Reyn, Ajeng dan Thia,... untuk kalian.


Cinta Sejati - Bunga Citra Lestari (Easy Guitar Chords)
OST Habibie & Ainun
Ciptaan: Melly Goeslow

Am  Dm
Manakala hati menggeliat mengusik renungan
G  C  E
Mengulang kenangan saat cinta menemui cinta
Am  Dm
Suara sang malam dan siang seakan berlagu
G  C
Dapat aku dengar rindumu memanggil namaku
Dm  E  Am  G
Saat aku tak lagi di sisimu
Dm  G
Ku tunggu kau di keabadian


Am  Dm
Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu
G  C  E
Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku
Am  Dm
Sukmaku berteriak, menegaskan ku cinta padamu
G  C
Terima kasih pada Maha Cinta menyatukan kita
Dm  E  Am  G
Saat aku tak lagi di sisimu
Dm  G
Ku tunggu kau di keabadian


(Chorus)
C  E
Cinta kita melukiskan sejarah
Am  F  G
Menggelarkan cerita penuh suka cita
C  E
Sehingga siapa pun insan Tuhan
F  Dm  G  C
Pasti tahu cinta kita sejati


(Am Dm G C)


Dm  E  Am  G
Saat aku tak lagi di sisimu
Dm  G
Ku tunggu kau di keabadian


Ulang (Chorus)


F        
Lembah yang berwarna
G  Em
Membentuk melekuk memeluk kita
Am  A  Dm
Dua jiwa yang melebur jadi satu
F  G  A
Dalam kesucian cinta


D  F#
Cinta kita melukiskan sejarah
Bm  A  G  A
Menggelarkan cerita penuh suka cita
D  F#
Sehingga siapa pun insan Tuhan
G Em A
Pasti tahu cinta kita sejati


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Lakukan dengan 'meraki'



Selamat Hari Jumaat! 
Seperti biasa, hari saya penuh dengan bunga-bunga ceria sebab hujung minggu bakal bermula! Oh, apa sahaja yang kalian buat hari ini, lakukan dengan 'meraki' :)

 
'Meraki' ni perkataan Greek yang bermaksud meletakkan 'sebahagian daripada diri kita' dalam sesuatu pekerjaan yang kita suka lakukan. Dalam erti kata lain, apabila kita seronok melakukan perkara tersebut, kita akan buat dengan sungguh-sungguh, exercise/implement our best effort, guna kreativiti dan meletakkan sepenuh jiwa kita.

Dapat bayangkan tak hasil kerja kita nanti macammana?


Jadi, apa sahaja yang kalian lakukan hari ini,...
jangan lupa untuk senyum dan lakukan dengan 'meraki'!


Khamis, 18 September 2014

Perjalanan Blog Bersama Nur as

Assalamu'alaikum, 
Mari support segmen yang dianjurkan oleh Nur As dari Cahaya Alam Maya :)

[Klik Banner di atas untuk Sertai Segmen Ini]

Saya selalu jalan-jalan ke blog cik adik ni. Sejuk je mata memandang setiap kali 'mendarat' di sini. Susun atur blognya kemas. Senang loading dan tidak sesak dengan widget-widget. Saya suka gabungan warna ungu dan putih yang dipilih.

 Segmen Berakhir: 23 September 2014


Kad Ucapan 5 Minit!

Entri sambungan untuk Buat Kad Lebih Mudah dengan 'Easy Cardmaking Pad'. Di bawah ni contoh-contoh kad yang saya hasilkan menggunakan pad tersebut.

Farewell Card
Hiasan yang saya tambah:
2 urat reben organza (berlainan tona)
1 kertas tag panjang


Thank You Card
Hiasan yang saya tambah:
Seurat reben berwarna 'maroon'


Senang je kan? 5 minit dah boleh siap! Simple dan tak terlalu sarat. Dah boleh diberikan pada orang yang dihajati. Kalau nak buat personalised card, tambah  nama penerima di ruang kosong dengan hiasan fonts yang sesuai.


S.E.M.P.U.R.N.A

Something to ponder.


Untuk apa kita bersusah-payah memikirkan kesempurnaan di hadapan manusia,
sedangkan manusia itu  memang tidak sempurna sifatnya,..
Lebih baik kita renungkan,
sudahkah kita sempurna di mata Yang Maha Pencipta?



Nota Senyum: Kita selalu risau akan persepsi/pandangan orang lain terhadap kita. 'Takut apa nanti orang kata!' Most of the time, kita lupa untuk risau pandangan Allah terhadap kita. Betul kan?

Rabu, 17 September 2014

'Chipboard Embellishments' untuk Kad Ucapan

Ini entri sambungan kepada entri terdahulu saya Buat Kad Ucapan Lebih Mudah dengan Easy Cardmaking Paper. Since kita dah ada 'base card' yang cantik bercorak, kita hanya perlukan hiasan/embellishment yang minima. Tak perlu sesak-sesak sangat.

OK, selain menggunakan reben, renda dan butang, kita boleh gunakan hiasan kraf yang diperbuat daripada chipboard. (Lihat gambar di bawah.)

Contoh 'Chipboard Embellishments'

'Chipboard embellishments' ni dijual di kedai-kedai barangan kraf dalam pek bertema - untuk birthday ada,... untuk friendship ada,.. tema bunga, family, Mother's Day dan macam-macam lagi. Jadi, bila nak hias kad, pilihlah satu hiasan yang sesuai, then tepek je :) Senang kan?


Nota Senyum: As usual, hiasan kraf di atas bukan sahaja digunakan untuk hias kad, sesuai juga guna untuk scrapbook.


Kepak Ayam BBQ Mudah


Untuk 'Treat For One', saya nak share resepi super simple Ayam BBQ Mudah. Hehehe,.. mana tak mudahnya, pakai sos BBQ yang ready made. OK, yang ini Hunt's Honey Hickory BBQ Sauce. A bit manis bagi saya tapi sedapppp!

So, apa yang perlu dilakukan,...lumur ayam yang hendak dipanggang dengan sos BBQ tadi. Then, masukkan dalam oven (Panaskan dahulu lebih kurang 15 minit pada suhu 210-230 darjah celcius - bergantung pada oven masing-masing ye). Panggang selama 10 minit. Kemudian, keluarkan dari oven. Terbalikkan ayam. Sapu satu lagi lapisan sos dan panggang selama sepuluh hingga lima belas minit. Sedia untuk dimakan!

Sos BBQ seperti ini ada macam-macam jenis dan perasa di pasaran. Julat harga antara RM8 - RM13 sebotol, bergantung pada jenama. Belilah sebotol buat stok. Time terasa nak makan tapi malas nak prepare meal yang proper,...boleh cuba kepak ayam BBQ ni :)


Liebster Award #4 Tagged by budak

Hari ni ni masih sibuk dengan kerja editing . Curi masa untuk buat Liebster Award jap. Soalan-soalan daripada budak ni boleh buat saya ketawa sampai semput. Klik sikit kat Hikayat Seorang Budak and say Hi! kat dia ye.


 
SOALAN :

1. Pasukan bola sepak pilihan anda.
Tak boleh nak pilih sebab tak minat bola.

2. Lagu patriotik kesukaan anda.
Warisan - Allahyarham Sudirman Haji Arshad

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
Selangor. Ada 9 daerah,

4. Asam pedas berasal dari negeri mana?
Melaka. Of course, Melaka!

5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?

Kajang Pak Malau kajang berlipat, 
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya menumpang lalu.

Pantun ni dari salah sebuah filem Melayu klasik lakonan Allahyarham Nordin Ahmad.

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
Stoking dah tentu-tentu jadi basah!

7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan".
Buah cempedak tu belum tentu lagi kepunyaan orang berkenaan. Haa satu lagi, sama ada buah cempedak tu tinggi kat atas pokok atau orang yang nak ambil tu pendek sebab perlu guna galah!

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
[Bunyi cengkerik untuk beberapa minit] Korea. Tapi, kalau cakap mengenai artis yang bawa genre KPOP, kat Indonesia pun banyak! Kan? Kan? Kan? Kalau tak betul, anggap je itu auta imaginasi akak yang tak pandai tengok citer/dengar lagu dari Korea.

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
Nggak tau!!

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
Hurrmmm blog saya sangat best sebab saya boleh syok sendiri kat sini. Tengoklah nama pun dah perasan best! Blog budak ada 'tower' ke? Heheheh

11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?
Hidung dan telinga sudah mula mengeluarkan asap-asap kecil!

SOALAN TAMBAHAN :

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan di atas.
Bagi saya budak ni friendly, funny & selamba orangnya :) Got a great sense of humour!
It's great to have you around!


13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas?
Tidak sama sekali. Niat nak google terbantut sebab line 'menyiput' hehehe

OK, budak! Semoga berpuas hati dengan jawaban-jawaban akak. Take care!


Nota Senyum: Tak dan tag sesiapa sebab dalam otak ni dah penuh dengan perkataan,..jerkah, herdik, tukas, gumam, desis, ujar, pesan, ulas, tingkah...(penangan edit manuskrip!) Setiap kali cuba phrase soalan,...akan keluar pekataan-perkataan lain pulak ;)

Aktiviti blogwalking pun tergendala buat sementara waktu. Nak kejar deadline :)
Have a fabulous day! Jangan lupa senyum.

Selasa, 16 September 2014

Liebster Award #3 Tagged by Hidayu Ayumie

Seharian tak usik blog. Seperti biasalah, hari cuti,..kononnya nak menjauhkan diri dari komputer :) Liebster Award yang ini saya ditag oleh Hidayu Ayumie, salah seorang blogger yang saya baru kenal. Thanks so much, dik :)

Syarat-syarat :
Mention the person who nominated you with a link to their blog.
Answer the 11 questions asked.
Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
Create 11 of your own questions for them to answer.
Notify your nominate.


Soalan-soalan yang perlu dijawab:

1. Blog korang tentang apa?
Mostly perkara-perkara yang saya minat atau yang saya rasa berbaloi untuk dikongsikan. Ada resepi, kord gitar, entri-entri mengenai kraf kertas dan gardening, sedikit sebanyak tentang life saya, pengalaman saya bersama anak-anak didik,...

2. Siapa pendorong dalam menghasilkan blog korang?
Kawan baik saya, C. Dia rajin baca setiap entri (walaupun tak pernah komen!) and secara tidak langsung galas mandat untuk proof read entri-entri yang saya tulis.

3. Apa pendapat korang tentang kawen muda?
Tak ada masalah. Kahwin muda ke kahwin tua ke,...kalau dah tersurat itu jodoh. Yang penting pasangan tu dah cukup matang untuk mulakan hidup baru bersama :)

4. Pengalaman yang paling memalukan pernah korang alami?
Jatuh terbungkang depan orang ramai. Bukan sekali, bukan dua kali,...banyakkkk kali. Ye, saya memang seorang yang cemerkap huhuhu

5. Bila last korang bersenam?
Setengah jam yang lalu,.. tapi tak sampai 10 minit sebab dah distracted pergi buat benda lain! (Hehehe jawab soalan-soalan ni lah!)

6. Ciri-ciri lelaki/wanita idaman
Tidak ada yang terlalu spesifik. Basically, yang menyenangkan...yang memahami,..yang buat kita rasa selesa apabila bersama dengannya.

7. Lebih suka shopping online dok ngadap laptop or ke mall jalan2 penatkan kaki?
Mall!! Suka jalan-jalan penatkan kaki. Kononnya exercise :)

8. Korang lagi ramai kawan dari sekolah, kolej, tempat kerja or kawan sekampung/setaman?
Kawan-kawan sekampus.

9. Jenis yang banyak mulut atau suka buat hal sendiri?
A bit of both hehehe saya akan banyak mulut dengan orang-orang yang rapat dengan saya. Other than that, saya suka buat hal sendiri.

10. Keluar gathering tapi masing-mading ngadap fon, korang rase?
Lain kali 'gathering' kat Facebook & IG jelah!

11. Pendapat dan kata-kata perangsang or nasihat bagi memajukan blog ni?
Suka dengan tema ungu blog ni. Sedap mata memandang. Paling suka sebab ada entri-entri mengenai kraf untuk saya jamu mata ;) Semoga terus aktif berblogging.  Akak doakan yang terbaik! Rajin-rajin, datanglah jenguk akak di sini lagi ye.


Kali ini saya tag:


Soalan-soalan untuk kalian:
  1. 1 tarikan utama pada blog anda.
  2. 1 karakter kartun kegemaran.
  3. 1 buku yang berjaya memotivasikan anda.
  4. 2 entri tahun ini yang menjadi kegemaran.
  5. 2 orang yang anda akan cari jika perlukan 'teman bicara'.
  6. 2 pulau yang paling ingin anda lawati.
  7. 3 elemen penting dalam blog anda yang paling anda titikberatkan.
  8. 3 perkara yang buatkan anda ingin terus berblogging.
  9. 3 perkara yang anda buat pada masa lapang.
  10. 4 perkara yang boleh buat anda tertekan.
  11. 5 perkataan yang menggambarkan diri anda secara ringkas.

A Day to Remember :)

 16 September 1963

Selamat Hari Malaysia!
Moga kita dapat lebih menghayati erti kemakmuran yang dikecapi hari ini.


Pstt! Hari ni tuan punya blog pun cuti. Cuti blogwalking juga. Jumpa lain kali ye :)


Dah ada yang ini juga,...

Dah ada? Apa yang dah ada? Hehehe dengan gumbiranya, saya nak share yang saya pun dah ada widget Top Commentators! Cuba intai dekat side-bar, tuh!


Setelah sekian lama, akhirnya tercapai juga hasrat nak adakan 'Tetamu Ramah' bulanan. Bukan apa, niat di hati nak bagi acknowledgement pada kenalan-kenalan yang rajin datang singgah FAMF Tower dan tinggalkan jejak-jejak mereka. Really appreaciate that! Terima kasih banyak-banyak! 

Saya hanya buat untuk 10 'tukang komen tegar'. Jadi, jika nama kalian tidak berada di tangga carta  (Chewah, tangga carta you!), jangan kecil hati ye. Itu tidak bermakna saya tak hargai kalian. Setiap komen/ulasan/remarks amat bermakna+kerap buat saya 'tersenyum' pada skrin komputer :)

Hari ni tak larat nak blogwalking sangat. Kena confined diri untuk selesaikan kerja editing. Insya-Allah, ada rezeki saya datang 'tekan loceng' untuk bertandang.


Selamat Hari Malaysia!





Isnin, 15 September 2014

The Versatile Blogger Award #1 Tagged by Acikidah

Tagged by Acikidah dari Dunia Sementara Acikidah. Terima kasih banyak-banyak ye sebab tag saya. Jom ramai-ramai kita serbu teratak Idah!


Rules:
1) Thank the person who nominated you.
2)Provide a link to the person's blog.
3)write 7 Facts about yourself.
4)Nominate 15 bloggers to the Versatile Blogger Award.


7 Fakta tentang diri saya

~1~
Dalam keluarga, sayalah yang  punya paling banyak hobi! Membaca, berkebun, kumpul setem, main gitar, kraf kertas & scrapbooking, memasak, baking,...

~2~
Akan tension kalau kena cari barang. Tertekan sangat! Berkemungkinan besar tak akan jumpa walaupun apa yang dicari berada di depan mata. Macam dah set dalam kepala, kena cari barang je, semua jadi blur huhuhu

~3~
Belajar main gitar bila dah tua,..pada usia 32 (2013) - sebab tahun lepas saya banyak cabar diri untuk cuba perkara-perkara baru + tunaikan childhood dreams yang termampu :) Jari dah keras! Main gitar pun nak lagu yang senang-senang je. Itu yang kord gitar dalam FAMF Tower ni kebanyakannya easy chords.

~4~
Tak suka dengan orang yang biadap dan kurang ajar. I mean, nilai diri kita tak akan luak pun kalau kita hormat orang lain. Saya masih anggap 'please, thank you & sorry' magic words yang  penting untuk kita ajar pada anak-anak.

~5~
Ada asthma (sejak kecil) and hypertiroid
Tak selalu kena attack tapi sekali kena memang lambat nak baik. Tiroid saya pula akan buat saya imsomnia + a bit grumpy and grouchy :(

~6~
Saya sebenarnya peramah + mudah mesra, tapi muka je ada macam darah-darah gangster sikit hihik 
Nak buat macam mana tu?

~7~
 Ada habit suka mengunyah. Lagi-lagi kalau tengah membaca, tanda kerja budak-budak dan tengok TV. Tabiat ni memang susah sangat nak kikis. Asyik rasa gatal gigi je. And I am a LOUD CHEWER! Kalau saya makan benda yang rangup-rangup, bunyinya sangat jelas kedengaran (meskipun dah tutup mulut rapat-rapat!) Seya cenderung untuk 'goda' orang keliling dengan apa yang saya makan sebab bunyi krup krapnya menyelerakan ATAU saya akan annoy mereka!


*Kali ni saya tidak tag mana-mana nama. Terbuka kepada sesiapa yang berkenan & sudi.

Giveaway by NazaTupperware.JOM JOIN!!

Oohhhh, TUPPERWARE!!! Thanks, Shikin sebab tag akak :)

Berminat? Klik banner di atas tau!

Saya tag:


Onde-Onde 'Mande'

Onde-onde Mande

Ini ole-ole dari Padang. Dhila yang bawa. Thanks, dear! Untuk orang yang ada tabiat suka mengunyah, secara rasminya onde-onde ni jadi stok saya! Angah ngan ibu kurang makan snek macam ni. 

First time saya makan onde-onde ni. Ini jenis yang tak berinti. Lebih kurang seperti kuih bijan (Alah, yang bulat-bulat tu. Ada sesetengah tempat panggil 'buah redan'), cuma dalam bentuk dan saiz yang lebih besar. Itu yang bentuknya ala-ala pecah-meletup gitu. Rangup! Rasa macam roti bakar kering yang kita cicah ngan kopi tu pun ada:)

Oh, selamat memulakan minggu baru. Esok CUTI!


Ahad, 14 September 2014

Liebster Award #2 Tagged by Amy J

Kali ini saya ditag oleh Amy Sheera. Thanks so much, Amy. Maaflah, lambat sedikit ambil masa untuk jawab. Jom kita terjah Blog Si Gadis Weird ni :)



 

Mention the person who nominated you with a link to their blog.
Answer the 11 questions asked.
Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
Create 11 of your own questions for them to answer.
Notify your nominate.

1. Favourite song all the time/ Lagu kesukaan sepanjang masa
ST12 - Jangan Pernah Berubah

2. What's so unique about you/ Apa yang membuatkan anda unik
Tak terfikir lah pulak. Rasanya tak ada apa yang unik. Saya ni biasa-biasa aje :)

3. A fact about the last person you met/ Fakta mengenai orang terakhir yang anda jumpa tadi.
Bott - Suka baca novel pasal hantu.

4. Last movie you saw/ Filem terakhir anda tengok.
'The Other Woman' lakonan Cameron Diaz

5. I'll love you if/ Saya akan sayang awak kalau
...awak simply tak cari pasal dengan saya, boleh buat saya ketawa walaupun ketika tu saya tak larat nak senyum!

6. Your favourite ice-cream/ Aiskrim kesukaan anda
Coklat, taburkan dengan 'Fruit Loops', chocolate rice, sos karamel dan sos coklat! Yummmyyyy!

Juga suka 'Affogato'. Nak tahu apa itu 'affogato'?
Lihat resepi mudahnya di sini.
 
7. Celebrity I would love to meet/ Selebriti yang anda ingin jumpa
Rachel Ray
Sebab saya nak tengok dia senyum secara live. Somehow bagi saya senyuman dia paling meriah!

8. Most romantic thing you've ever done/ Perkara yang paling romantik anda pernah lakukan
Oh my! Rasanya saya bukan jenis yang romantik. Itu kena tanya orang-orang dekat dengan saya ;)

9. Are you sarcastic?/ Adakah anda sinis?
Yes, I am indeed! Bott kata saya ada 'bakat kejam' kasi remarks pada orang kemudian berlalu pergi tanpa rasa apa-apa. Pada masa yang sama that particular person dah up-side down dah! Err,..tapi rasanya dengan orang-orang tertentu je. The rule does not apply to all heheheh.

10. Thoughts about my blog/ Pendapat mengenai blog saya
Love the header & cursor! Tak pernah gagal tarik perhatian akak setiap kali datang bertandang. Especially the prowling wolf! Super cool!!! Eh,..wolf kan? Selain tu, memang suka baca catatan-catatan bersahaja si Gadis Pelik ni. Keep it up, dik!

11. 3 things  that annoy me easily/ 3 perkara yang membuatkan anda mudah menyampah
Cari barang yang hilang
Orang yang buang sampah merata-rata
Pembakaran terbuka  
(Even when I'm on cloud nine, saya tak akan bertahan dengan sebarang bentuk pembakaran terbuka! Within 5 seconds, saya dah mengomel pasal benda tuh! I'm such a blabbermouth. Kasihan pada orang yang berada dengan saya at that moment. Memang wrong place at the wrong time lah!)


Soalan-soalan saya kali ni semuanya berkisar tentang 3 perkara:
  1. 3 perkara yang anda titikberatkan pada blog anda.
  2. 3 perkara yang boleh ceriakan hari anda.
  3. 3 lagu utama yang ada dalam playlist.
  4. 3 benda utama dalam beg/dompet/beg tangan
  5. 3 perkara yang buat anda grrrrr marah!
  6. 3 destinasi percutian idaman
  7. 3 bau/haruman kegemaran
  8. 3 rancangan TV (TV Show) yang anda ikuti
  9. 3 buku/novel yang anda suka
  10. 3 perkara yang anda suka buat pada masa lapang
  11. 3 perkara tentang diri anda yang ingin dikongsi

Dengan senyuman, saya tag:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...