Selasa, Jun 17, 2014

Resepi Ringkas - Ikan Tamban Goreng dengan Cili Potong

Ini request daripada Cekebon. Nak makan ikan tamban goreng dengan bawang dan cili api potong.

Bahan-bahan:
  • 2-3 genggam ikan tamban
  • 2 labu bawang besar
  • 10 - 15 cili api
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan ikan tamban. Kemudian, goreng sehingga garing.
  2. Potong bulat-bulat bawang besar dan hiris serong cili api.
  3. Goreng bawang dan cili api dengan dua sudu besar minyak masak. Gaulkan dengan ikan tamban yang telah digoreng tadi.

7 ulasan:

  1. simple tapi kalo ada spinggan nasi panas makan ngan ikan tamban goreng..
    memang mintak tambah :D

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Yang saya guna ni ikan tamban kering/ikan bilis tamban. Rasa masin-masin mcm ikan bilis tetapi saiznya besar sedikit. Ikan tamban yang besar pula yang naik berduyun-duyun di Lahad Datu tuh.

      Padam
  3. makan ngan nasi panas2 tuang kicap sikit..hehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.