Sabtu, Jun 21, 2014

Resepi Biskut Raya - Tart Beri Biru Berkeju



Blueberry Cheese Tart saya :)


Resepi Biskut Tart Beri Biru Berkeju

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 200g mentega/marjerin
  • 1 biji telur
  • 100g susu tepung
  • 50g tepung jagung
  • 300g tepung gandum
  • 50g serbuk keju parmesan
  • 50g gula ising
  • 250g jem beri biru (boleh dapatkan di kedai menjual bahan-bahan kek)
  • sebarang jenis manik hiasan
  • acuan tat bunga

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Gentel/bentuk jem beri biru menjadi bebola kecil.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Masukkan serbuk keju. Gaul rata. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan telur. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh diterap.
  5. Terap tat menggunakan acuan tat pilihan. Susun di atas dulang pembakar yang telah dilengser.
  6. Ambil jem yang telah digentel bulat. Letakkan di atas permukaan. Tekan sedikit untuk leperkan jem biar memenuhi ruang tengah tat.
  7. Tabur manik hiasan.
  8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 ke 25 minit. (Oh, jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu!)



6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hehe tak rajin mana,..tapi teringin nak makan punya pasal :)

      Padam
    2. Buat utk mkn sebelum puasa je...

      Padam
    3. Waahh..ok lah tu. Teringin pulak..
      Harap jumpa orang jual yang sedap.

      Padam
    4. mudah-mudahan. skrg ni macam-macam bentuk & jenis kuih utk kita 'tunjuk-tunjuk'
      harap apa yang kita beli berbaloi dan yummm yummm!

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.