728 x 90

Khamis, 26 Jun 2014

Persediaan Menyambut Ramadhan - Doa Harian untuk Diamalkan

Satu lagi amalan yang boleh dilaksanakan pada bulan puasa nanti. Koleksi doa harian untuk dibaca sepanjang bulan Ramadhan. Saya sudah tulis mengenainya tahun lepas. So, kiranya entri ini entri kitar semula lah sebab sayang rasanya kalau tak dikongsi :)

Ramadhan Kareem (Kredit Imej: ILUVISLAM.COM)

Doa Harian Ramadhan (Minggu Pertama)

Doa 1 Ramadhan
Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam! Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Doa 2 Ramadhan
Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua pengasih!!

Doa 3 Ramadhan
Yaa Allah! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan! 

Doa 4 Ramadhan
Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingati-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat. 

Doa 5 Ramadhan
Yaa Allah! Jadikanlah aku di antara orang-orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta jadikanlah aku di antara Auliya'- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih. 

Doa 6 Ramadhan
Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cemeti balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai Puncak Keinginan orang-orang yang berkeinginan! 

Doa 7 Ramadhan
Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat. 


Nak dapatkan koleksi doa penuh untuk sebulan, sila jenguk entri di bawah ye.




8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan, Nurul :)

      Padam
  2. Tq for sharing :)
    Selamat menyambut ramadhan farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Irrayyan. Semoga Ramadhan & Syawal tahun ni lebih bermakna buat Irrayyan & famili :)

      Padam
  3. Slalunya bila puasa, ramai yang tidur x sedar dunia especially time weekend :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu itulah,..saya sendiri pun kadang2 tergolong dalam spesies tu. tumpas dengan cuaca+letih. harap tahun ni dapat lebih banyak buat amalan drpd ZzzZzzzZzzz ;)

      Padam
    2. Hehe..
      Insyaallah. Sama2 kita berdoa dapat meningkatkan amalan di bulan puasa.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...