Ahad, Disember 05, 2021

Doa Abu Darda' - Lindungi Diri dan Harta daripada Musibah

Assalamualaikum. Kalian pernah dengar tentang Doa Abu Darda’?

Abu Darda’ (r.a) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad  yang merupakan seorang peniaga terkemuka di Yathrib sebelum pengislamannya. Setelah memeluk Islam, Abu Darda’ meninggalkan perniagaannya dan mula menumpukan kepada beribadah, menghafaz al-Quran serta mengembangkan ajaran Islam.



Doa ini merupakan doa yang diajarkan kepada Abu Darda (r.a.) oleh Rasulullah  untuk menyelamatkan diri dan harta daripada ditimpa musibah atau malapetaka. 

Seperti yang diriwayatkan oleh Thalhah (r.a.), seseorang telah datang kepada Abu Darda’ (r.a.) memaklumkan  bahawa rumahnya terbakar. Tidak lama kemudian, seorang lagi datang memberitahunya tentang perkara itu. Abu Darda’ (r.a.) kekal tenang. Begitu juga keadaannya apabila orang ketiga datang menyampaikan perkara yang sama.


Kemudian, datang orang keempat. “Wahai Abu Darda’, api telah naik dengan marak tetapi apabila sampai ke rumah kamu, ia telah padam.”


Abu Darda’ (r.a.) menjawab, “Saya yakin bahawa Allah سبحانه وتعالىٰ tidak akan membakar rumah saya kerana Rasulullah  telah mengajarkan saya satu doa yang jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala sehingga waktu petang. Maka, saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”


Doa Abu Darda’




Terjemahan Ayat:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau, kepada-Mu aku bertawakal dan Engkau adalah Penguasa dari 'arasy Yang Maha Agung. Apa-apa yang dikehendaki Allah, pastilah terjadi, sebaliknya apa-apa yang tidak dikehendaki-Nya, tidaklah akan terjadi. Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Aku menginsafi bahawa Allah Berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu. Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan semua makhluk melata yang kendalinya tergenggam dalam tangan-Mu! Sungguh Tuhanku itu berada pada jalan yang lurus (adil).


Hari ini saya ingin cuba hafal doa ini selengkapnya. Bolehlah amalkan baca doa ini setiap pagi dan petang. Juga setiap kali keluar rumah. Dengan persandaran hanya pada Allah, mudah-mudahan diri kita, keluarga dan harta benda terpelihara daripada sebarang aib, musibah atau perkara tidak terduga.

9 ulasan:

  1. Aameen YaRabbil alameen. InshaAllah sama-sama kita amalkan, seronok baca Seerah, pengakhirannya membuat kita celik, terinspirasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, babYpose. Banyak yang kita akan pelajari. Saya pun sekarang sedang mula mengumpul buku-buku Sirah untuk aktiviti bacaan di rumah.

      Padam
  2. Amin..tq atas perkongsian bermanfaat ni kak farrah :)

    BalasPadam
  3. Tq Farrah.. Jom hafal sama2 ye. Semoga Allah memudahkan hafalan dan semoga kita semua dilindungi

    BalasPadam
  4. Aamin YRA. Terima kasih atas perkongsian. Zaman macam-macam penyakit dan ramai orang jahat ni kena perbanyakkan doa untuk lindung diri

    BalasPadam
  5. Aaminn...
    Sama sama lah kita berusaha amalkannya.
    Terima kasih untuk perkongsian doa ni.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.