728 x 90

Isnin, 9 Jun 2014

Demam Kusinero Cinta

Mula-mula ingat tak nak follow drama ni. Tak mahu terjebaklah konon-kononnya. Kandas juga! Saya dah tonton sampai episod 5 dan YA, saya akan tengok sampai ke episod akhir heheheh (Tekad untuk setakat ini :) tak tahulah kalau esok lusa saya ubah fikiran!)


Jalan cerita menarik. Plot berat tentang masalah keluarga+bisnes korporat tu biasalah,..memang dah jadi rempah dalam cerita. Tetapi, ada juga diselitkan adegan-adegan yang selamba dan kelakar yang boleh buat kita rasa terhibur.

Tarikan utama 'Kusinero Cinta' ialah:
  • Jericho!!! Watak Jericho sebagai Fredo yang budiman memang akan tambat hati viewers.
  • Edrinna (lakonan Tiz) yang sempoi dan bersahaja. Comel pulak bila tengok dia manja-manja dengan ibu (Jasmin Hamid) dan ayah dia (Arash).
  • Si Hafizul Fitri (Syazwan Zulkifli) dengan bahasa Inggerisnya yang stylo! 'Oh My English!' boleh gulung tikar hehehe
  • Aaron Aziz! Aaronators, ini tontonan wajib kalian!

Oh, dalam pada seronok menonton, ada a few things yang kita kena pejam mata sikit. 
  • Watak Jee (lakonan Putri Mardiana) berbahasa Inggeris buat saya sesak nafas sedikit. Bagi saya dia seorang yang pandai berlakon. Tetapi apabila melibatkan scenes kena cakap omputih, jadi haru-biru pula. Nampak terlalu scripted.
  • Syed Izmir (Aaron) digambarkan sebagai seorang anak muda yang baru habis diploma. So, Aaron nampak a bit tua lah untuk watak ni especially time dia berkonflik nak sambung belajar atau tidak.
  • Si Fredo ni duduk merempat tepi jalan. Alahaiii,..terlalu kemas dan rapi lah dia ni untuk jadi budak tepi jalan ;)
Well, ini pendapat peribadi saya je. Anyway, happy watching!

Entri lain yang berkaitan:
OST Kusinero Cinta
Kusinero Cinta Ganti Bukan Kerana Aku Tak Cinta



3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...