728 x 90

Isnin, 30 Jun 2014

Dari Kebun - Pokok Pudina Aduka


Ini antara pokok pudina yang saya tanam. Saya ada empat pasu pokok pudina setakat ni di taman herba saya. Memang suka dengan daun pudina. Selalu guna untuk buat teh pudina, buat salad dan setiap kali makan laksa, saya akan petik daun pudina yang fresh untuk menambah rasa.

Cara nak tanam pokok pudina? Senang je. Ambil tangkainya, potong bahagian atas sedikit (untuk beri ruang pucuk baru tumbuh) dan cucuk je dalam pasu. Nak maintain pun senang. Pastikan cukup air. Rasa-rasa pokok tu dah menjalar-jalar, potong tangkainya dan cucuk dalam pasu baru. Kalau rajin, tanam balik dalam pasu-pasu kecil. Then, bolehlah beri pada jiran-jiran. Daun pudina ni boleh dikeringkan. So, tahan lebih lama. Nanti saya kongsikan caranya dalam kesempatan lain.

Oh, nama 'Pokok Pudina Aduka' ni sekadar propaganda je! Bukanlah spesies istimewa ke apa. Kisahnya, semasa saya sedang edit gambar ni, Cekebon (yang confirm-confirm muka tengah boring) datang masuk bilik.

"Kak, nanti mainkan ibu lagu 'Aduka',.." 

Lagu Aduka? Lagu baru ke? Pusing juga kepala saya cuba nak recall lagu apa yang Cekebon maksudkan. Hahahah! Rupa-rupanya Cekebon nak lagu Arjuna Beta, Fynn Jamal! Itu memang lagu favourite Cekebon sekarang nih ;) Aduka pun Aduka lah, Bon! So, secara tidak langsung, pokok pudina saya ni dapatlah tempias 'Aduka'nya.

Kord Gitar Sesal Separuh Nyawa - Alyah (Easy Chords)

Dah lama saya nak buat chords lagu ni version yang 'senang-senang aje'. Tapi, asyik ada kepentingan lain. Semalam, sempat spent time dengan si Kapok, transposed chords apa yang patut. So, bagi yang cari kord mudah untuk lagu ni,...enjoy!


Sesal Separuh Nyawa - Alyah (Easy Chords)

(Intro)
Am F G C E

Am                    F
Andai pastinya ku tahu
G                              C
Takkan aku tinggalkanmu
F                                               E
Namun masih keliru teringat masa lalu

C                         F
Tetap tiada kulupakan
G                       C
Indah setiap sentuhan
F                      
Cinta yang kau tinggalkan
         E
Kekalnya berdampingan


(Chorus)
A                          Dm
Mana harusku hamparkan
G                        C      
Rindu tiada kesudahan
Am                      Dm
Sesal biar separuh nyawa
          E
Takkan hilang

Am                  Dm
Masih terasa nafasmu
G                             C
Lembut menusuk jiwaku
F                           Dm

Dengan dihembus bayu
         E
Membawa khabar rindu

Am                  Dm
Tapi sulit kuteruskan
G                              C
Engkau jauh kehadapan
F                 Dm                          E
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

Ulang (Chorus)

F                                Dm
Separuh sayangmu dihati
Em                           Am
Separuh lagi kau bawa pergi
F                        Dm
Tiada arah jodoh kita
Em                     Am  Dm  G C
Tuhan tentukannya


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Sabtu, 28 Jun 2014

Aepul Roza - Cinta Tak Terbias (Guitar Chords)

Kord Gitar Cinta Tak Terbias - Aepul Roza (OST Jauh Dari Cinta)

(Intro)
Am

Am              G         F               Em
Cinta takkan terbiaskan dengan waktu
F         E         F            E  
Aku tetap menanti kamu


Am              G                    F            C
Senyumku tak mampu sembunyikan lagi
F              C              F                      G
Seriku yang telah terhapus saat kau pergi
Am     G                    F            C
Kau bawa bersama ceria hariku
F           Em       F                E
Kau tinggalku senyum palsuku


Am       C          G
Namun tak terubah
F                       G
Setiaku masih ada

(Chorus)

Am         G              F               C
Cinta takkan terbiaskan dengan waktu
F        C        F         Em
Aku tetap menanti kamu
Am         G              F               C
Biarpun sejuta datang kepadaku
F             C         F    Em
Tetap kamu masih kamu

(Ulang Chorus)

G                    A           Bm
Cinta takkan terbias waktu


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Khamis, 26 Jun 2014

Persediaan Menyambut Ramadhan - Doa Harian untuk Diamalkan

Satu lagi amalan yang boleh dilaksanakan pada bulan puasa nanti. Koleksi doa harian untuk dibaca sepanjang bulan Ramadhan. Saya sudah tulis mengenainya tahun lepas. So, kiranya entri ini entri kitar semula lah sebab sayang rasanya kalau tak dikongsi :)

Ramadhan Kareem (Kredit Imej: ILUVISLAM.COM)

Doa Harian Ramadhan (Minggu Pertama)

Doa 1 Ramadhan
Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam! Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Doa 2 Ramadhan
Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua pengasih!!

Doa 3 Ramadhan
Yaa Allah! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan! 

Doa 4 Ramadhan
Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingati-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat. 

Doa 5 Ramadhan
Yaa Allah! Jadikanlah aku di antara orang-orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta jadikanlah aku di antara Auliya'- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih. 

Doa 6 Ramadhan
Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cemeti balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai Puncak Keinginan orang-orang yang berkeinginan! 

Doa 7 Ramadhan
Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat. 


Nak dapatkan koleksi doa penuh untuk sebulan, sila jenguk entri di bawah ye.




Selasa, 24 Jun 2014

Resepi Gulai Masak Lemak Pegaga

Apabila saya tunjukkan Cekebon pokok pegaga saya, Cekebon excited sangat! Yelah, masa saya mula tanam pokok ni, Cekebon & Angah pergi London. So, diorang tak perasan pun Taman Herba Mini saya mula menghijau semula :)

"Buat masak lemak, kak!" Tu dia,...request dari bonda tercinta.

Gulai Masak Lemak Pegaga


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Daun pegaga
  • Segenggam kecil ikan bilis
  • Santan (saya guna sekotak santan 200ml yang Reduced Fat/Lemak Dikurangkan) + sedikit air untuk cairkan santan
  • 2 butir bawang merah (hiris halus)
  • serbuk kunyit
  • 3 batang cili merah (buang biji dan potong serong)
  • asam keping
  • belimbing besi/buluh
  • 1 batang serai dititik
  • garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Masukkan santan, bawang merah, serai, asam keping dan ikan bilis ke dalam periuk. Masak hingga santan mula mendidih. Kacau perlahan.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit, cili merah dan belimbing. Kemudian, masukkan garam (hanya jika perlu) kerana kita dah ada masin ikan bilis.
  3. Akhir sekali, masukkan daun pegaga dan terus mengacau gulai (supaya tekstur santannya tidak pecah).
  4. Sedia untuk dihidang.


Isnin, 23 Jun 2014

Persiapan Menyambut Ramadhan - Menu Planner untuk Ramadhan

Beberapa hari je lagi kita nak sambut ketibaan Ramadhan. Saya pasti dalam kepala ibu-ibu dan isteri-isteri sudah mula berfikir macam-macam. Nak masak apa untuk berbuka puasa? Sahur nanti lauk apa? Biskut raya apa nak cuba buat tahun ni? Bawa bertenang. Jangan berselirat sangat otak tu. Nanti stress! 

Gunakan 'menu planner' di bawah ini untuk rancang lebih awal apa yang hendak dimasak. Ambil masa (disarankan pada hujung minggu/bila free) untuk duduk sekejap dan 'plan ahead' juadah-juadah yang akan disediakan dalam minggu seterusnya. Kemudian, senaraikan terus bahan-bahan yang diperlukan supaya bila pergi shopping barang dapur, kita tahu apa yang nak kena beli :)

Jadi, sepanjang minggu tu kita dah relaks. Dah tahu nak masak apa. Bahan-bahan semua dah ready. Teratur sikit perjalanan Ramadhan kita. Nak buat lebih exciting, letakkan 'Menu Planner' ini di peti sejuk/ notice board keluarga. Biar setiap isi rumah teruja tengok menu yang bakal dihidangkan sepanjang minggu terutamanya si kecil. Apatah lagi kalau makanan kegemaran mereka tersenarai sebagai sajian berbuka puasa hari itu.



Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan!


Sabtu, 21 Jun 2014

Guitar Chords 'Hijrah Cinta' - Rossa

'Hijrah Cinta' merupakan salah satu lagu yang termuat dalam album terbaru Rossa, 'Love, Live and Music'. Lagu ciptaan Melly Goeslow ini turut diangkat menjadi OST untuk filem 'Hijrah Cinta' (yang juga dikenali sebagai Filem Uje & Pipik). Filem ini mengisahkan perjalanan hidup arwah Ustaz Jefri Al Buchori yang sinonim dengan julukan Uje, masa mudanya sebagai seorang model dan pelakon serta kembara hijrahnya. 

Hayati lirik lagu ini. Sangat touching!


Lirik Lagu dan Kord Gitar 'Hijrah Cinta' - Rossa 
Ciptaan: Melly Goeslow

(Intro)
Am Dm G E Am


Am Dm
Pada hari bulan tahun
G E Am
  Detik menit diriku bernafas
F Dm
  Ada gelombang mengerah
G C
  Memaksaku menghentikan semua


Am Dm

Kuhentikan kegilaan hidup
G E Am
  Denganmu jiwa ini terisi
F Dm
  Aku mencintai engkau
G C 

  Begitu besar tak terbandingi
Dm G C F
Namun bila saatnya aku harus pergi juga
Dm E
Tinggalkan engkau tinggalkan semua


(Chorus)
E Dm G
Hijrah cintaku menguatkan alasanku
C F
Untuk menjadi manusia lebih baik
Dm
Namun saat sinarnya datang
B E
Menjemputku mana mungkin aku berlari


E Dm G
Aku harus meninggalkan semua cinta ini
C F
Dan bila nanti bertemu Dia kumohonkan
Dm E Am
Kembalikanlah kami, satukanlah lagi di surga-Mu Ya Allah


Am Dm
Segunung kepingan dinar
G E Am
  Tak bisa mengalahkan kilau cintaku
F Dm G C
  Bahagiaku melihatmu mampu tersenyum kalahkan getir
Dm G C F
Namun bila saatnya,……aku harus pergi juga
Dm E
tinggalkan engkau..tinggalkan semua….


(Chorus)
E Dm G
Hijrah cintaku menguatkan alasanku
C F
Untuk menjadi manusia lebih baik
Dm
Namun saat sinarnya datang
B E
Menjemputku mana mungkin aku berlari


E Dm G
Hijrah cintaku menguatkan alasanku
C F
Untuk menjadi manusia lebih baik
Dm
Namun saat sinarnya datang
B E
Menjemputku mana mungkin aku berlari


E Dm G
Aku harus meninggalkan semua cinta ini
C F
Dan bila nanti bertemu dia kumohonkan
Dm E 

Kembalikanlah kami satukanlah lagi
Am F 

  Di surga-Mu Ya Allah
G E Am 

  Di surga-Mu Ya Allah


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Resepi Biskut Raya - Tat Beri Biru Berkeju

OK, inilah rupa 'Biskut Tat Beri Biru Berkeju' yang sudah siap! Dalam entri saya sebelum ini, tunjuk biskut dalam dulang sebelum dibakar je kan...


Resepi Biskut Tat Beri Biru Berkeju

Bahan-bahan:
  • 200g mentega/marjerin
  • 1 biji telur
  • 100g susu tepung
  • 50g tepung jagung
  • 300g tepung gandum
  • 50g serbuk keju parmesan
  • 50g gula ising
  • 250g jem beri biru (boleh dapatkan di kedai menjual bahan-bahan kek)
  • sebarang jenis manik hiasan
  • acuan tat bunga

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Gentel/bentuk jem beri biru menjadi bebola kecil.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Masukkan serbuk keju. Gaul rata. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan telur. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh diterap.
  5. Terap tat menggunakan acuan tat pilihan. Susun di atas dulang pembakar yang telah dilengser.
  6. Ambil jem yang telah digentel bulat. Letakkan di atas permukaan. Tekan sedikit untuk leperkan jem biar memenuhi ruang tengah tat.
  7. Tabur manik hiasan.
  8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 ke 25 minit. (Oh, jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu!)



Jumaat, 20 Jun 2014

1 klik = 20sen



1 klik = 20sen?!

Kini anda boleh jana pendapatan dengan 8share. Sangat mudah! Sebarkan 'specials' (iklan-iklan) melalui medium anda kepada keluarga dan teman-teman. Gunakan Facebook, Twitter, IG, dan apa saja platform media sosial yang anda ada.

Setiap 1 klik pada 'specials', RM0.20 akan ditabungkan ke dalam akaun anda. Best kan?! Boleh dapat pendapatan sampingan hanya dengan duduk di hadapan komputer dan layari internet.

Sebab-sebab mengapa anda perlu sertai 8share:
  • Pendaftaran percuma
  • Sistem ganjaran yang mudah dan tidak messy atau complicated.
  • Senang untuk pantau status 'specials' yang anda kongsikan.
  • Tidak perlu bersusah payah. Hanya pilih produk yang anda berkenan dan sebarkan mengenainya.

Dari Kebun - Pokok Belalai Gajah


Selama ini saya hanya dengar tentang pokok belalai gajah tetapi tak pernah tengok bagaimana rupanya. Inilah pokok baru yang 'menghuni' taman herba saya :) Err, tak nampak macam belalai gajah pun! Tapi, pokok ni banyak khasiatnya tau.

Selalunya orang ambil daun belalai gajah, rebus airnya dan minum. Boleh turunkan darah tinggi, turunkan paras kolestol, turunkan kadar gula dalam darah dan buang toksin dalam badan. Ada yang ambil pucuknya untuk dimakan sebagai ulam. Saya dah cuba. Sedap juga tapi kat hujung-hujung ada rasa pahit sedikit.

Pengambilan daun belalai gajah turut digunakan sebagai rawatan alternatif untuk penyakit kanser dan buah pinggang. Sejauh mana keberkesanannya, saya kurang pasti. Lain orang, lain tindak balasnya terhadap pengambilan daun-daun ni.

Oh, nak tanam pokok belalai gajah senang sangat! Ambil keratan batangnya dan cucuk je dalam pasu. Tak susah langsung nak jaga. Nanti, bila pokok ni dah bertumbuh sihat, buatlah keratan batang dan tanam dalam pasu lain pula.

Khamis, 19 Jun 2014

"Cikgu,..tercabut kat tengah!"

"Cikgu,..tercabut kat tengah!" Itu rengekan manja yang biasa didengar daripada anak didik saya tatkala halaman buku latihan tercabut di bahagian tengah.

Pernah berdepan dengan situasi begini?
Secara tidak langsung, sayalah yang perlu menjadi 'doktor' untuk rawat buku-buku mereka. Lagipun saya tidak mahu lembaran yang terpisah dari buku tu, tercicir dan hilang. Mari saya kongsikan cara mudah nak baiki buku ini. Kalian hanya perlukan:
  • Stapler (Pengokot)
  • Dua jalur kertas yang kecil

Gunakan bahagian belakang stapler untuk cungkil dan buka dawai kokot pada buku.

Perlahan-lahan, masukkan semula helaian muka surat yang tercabut.

Letakkan jalur kertas pada dua bahagian yang berdawai kokot. Hati-hati, jangan sampai tercedera jari. Gunakan apa-apa kertas yang ada. Kebiasaannya, saya memang akan simpan cebisan kertas lebihan buat kad & scrapbook untuk tujuan ini. Di kelas saya, anak-anak kecil ini akan teruja membandingkan kertas-kertas yang saya guna untuk buku mereka.

Tekan semula dawai kokot supaya kembali terkatup.

Siap! Hasilnya pun kemas. Tidak perlu guna sellotape yang panjang berjela-jela.

Dengan letak jalur kertas, kita tutup bahagian yang berlubang/koyak di sekitar dawai kokot. So, tidaklah halaman di tengah-tengah buku tercabut lagi :)

Ku Ingin Kamu - Romance (Easy Chords)

Lagu ini sebenarnya lagu lama,..a few years back. Nyanyian kumpulan Romance dari seberang. Saya sangat suka lagu ini! Susunan muzik, lirik, cara nyanyian vokalisnya,...semua kenalah pada telinga saya. Dah pernah cari kord gitar lagu ini tapi tak ada yang senang. So, saya transposed chordsnya supaya lebih mudah dimainkan.

Guitar Chords 'Ku Ingin Kamu' - Romance (Easy Chords)


(Intro)
Am Em F E

Am   Em       
Demi semua yang aku jalani bersamamu
F           
Kuingin engkau jadi milikku
E
kuingin kau disampingku


Am  Em                  
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
F             
Dan hanya dirimu yang bisa

E
Membawa surga dalam hatiku


(Chorus)

Dm G C         
Ku ingin engkau menjadi milikku
F  Dm     
Aku akan mencintaimu

E  Am A
Menjagamu selama hidupku
 

Dm            
Dan aku kan berjanji
G C       
Hanya kaulah yang kusayangi
F  Dm      
Ku akan setia disini

E
Menemani



Am       
Sentuhanmu
Em
Bagaikan tangan sang dewi cinta
F           
Yang berhiaskan bunga asmara
E
Dan membuatku tak kuasa


(Ulang Chorus)

Dm  G  
Di setiap agung gerak
Em  Am
Tersimpan di hati kecilku
Dm  E
Bahawa dirimu terindah untukku



(Ulang Chorus)

Am
Selama ku masih bisa bertahan
Dm
Selama ku masih bisa bernafas
G
Selama Tuhan masih mengijinkan
C E
Kuingin selalu menjagamu




DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Mood Buat Cookies Dah Sampai! (Episod 2)

Berkobar-kobar pula saya buat biskut sempena nak sambut puasa. Sebelum ni dah buat Chocolate Chip Cookies. Hehehe bukan untuk raya ye. Tahun ni plan memang tak mahu berpenat lelah menerap kuih di bulan Ramadhan. Nak tunjuk-tunjuk je :) Agaknya sebab dah pasang niat macam tu, asyik teringin je nak makan biskut itu ini. 

Dari dapur, saya persembahkan untuk tatapan mata,..

Biskut Tat Beri Biru Berkeju atau nama orang putihnya 'Cheesy Blueberry Jam Tarts'

.
Beratur tunggu turn masuk oven.

Sejak kecil, saya memang suka sangat makan tat bunga begini berbanding tat gulung kerana dasar biskutnya rapuh dan rasa jemnya yang kering terbakar di bahagian atas. Apa yang best tentang tat beri biru ini ialah gabungan dohnya yang masin-masin berkeju dengan jem 'blueberry' yang masam-masam manis. Memang tak puas makan!

Nanti saya upload gambar biskut setelah siap dibakar beserta resepinya ya. Boleh cuba untuk raya ni :)


Updated! [21 Jun 2014]


GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants

Teruja saya nak join GA ni! Hadiah utamanya Pelikat Pants atau Batik Pants tau! OK, klik banner untuk dapatkan maklumat lanjut ye.



Slogan:

"Saya layak untuk memenangi hadiah utama kerana hajat nak memilikinya memang dah tersemai lama. Teringin sangat nak ada sepasang untuk diri sendiri. Buat dipakai ke sana ke mari. Selama ni memang berniat nak beli, tapi sentiasa ada keperluan lain yang perlu didahului. Impian pelikat pants terpaksa tolak tepi. Nak juga rasa 'trendy', pakai seluar ala-ala dari Turki dengan sentuhan budaya sendiri. Moga-moga ada rezeki, menang pelikat pants yang 'stylo' berseni, nama yang segah dan setanding kualiti."

 

Rabu, 18 Jun 2014

Cara yang Lebih Terurus untuk Kemas/Simpan 'Washi Tapes'

Jangan buang kotak aluminium foil. Gunakan untuk simpan washi/masking atau printed tapes milik kalian supaya lebih terurus. Gigi pemotong pada sisi kotak boleh digunakan untuk potong pita yang dikehendaki :) Fungsi 2 dalam 1 lagi! As kotak untuk menyimpan tapes dan tape dipenser.

Jika rajin, balut dan hias kotak supaya nampak lebih menarik. Kalau tak, biarkan begitu sahaja. Yang penting kotak tu dah boleh serve for another purpose. 




Kertas Cantik untuk Kraf Kertas - PopArtz A4 Designer Papers

Ini kertas bercorak yang baru saya beli di POPULAR. Excited sangat sebab rekaan coraknya cantik-cantik! Setiap buku ada 40 keping kertas bersaiz A4 dengan 20 corak yang berbeza (seperti yang dipaparkan pada bahagian bawah buku tu). Harga cuma RM14.90/buku.

[Hey Boy] - These will become handy seandainya saya perlu buat kad atau scrap page yang 'a bit manly'. Untuk lelaki :)

'Japanica' - Penuh dengan elemen dari negara matahari terbit! Sesuai untuk si penggemar merah jambu.
Personally, saya lebih suka 'Designer Papers' yang ini kerana warna-warna yang digunakan lebih 'bright', lively dan ceria. Dari segi ketebalan pula, kertasnya lebih tebal dan keras berbanding Design Paper Stock PopArtz yang saya pernah beli sebelum ini.


I {HEART} all my papers!!!


Selasa, 17 Jun 2014

Resepi Ringkas - Ikan Tamban Goreng dengan Cili Potong

Ini request daripada Cekebon. Nak makan ikan tamban goreng dengan bawang dan cili api potong.

Bahan-bahan:
  • 2-3 genggam ikan tamban
  • 2 labu bawang besar
  • 10 - 15 cili api
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan ikan tamban. Kemudian, goreng sehingga garing.
  2. Potong bulat-bulat bawang besar dan hiris serong cili api.
  3. Goreng bawang dan cili api dengan dua sudu besar minyak masak. Gaulkan dengan ikan tamban yang telah digoreng tadi.

Isnin, 16 Jun 2014

Tutorial Kraf - Cara Buat Fridge Magnet (2)

Sebelum ini, saya dah tunjukkan cara-cara untuk buat 'fridge magnet' menggunakan gambar pilihan kita. Kali ini, kita buat 'fridge magnet' yang ada sticky notes pula. Bolehlah digunakan untuk tinggalkan mesej pada ahli keluarga atau tulis senarai barang dapur yang perlu dibeli. OK, bahan-bahan asas yang diperlukan ialah:


Langkah-langkah:
  1. Potong 'magnet sheet' besar sedikit daripada saiz 'sticky notes' yang kita nak gunakan. Untuk 'fridge magnet' yang ini, saya buat ukurannya 9cm X 5.5cm.
  2. Potong 'plush decoration sticker' mengikut saiz yang sama dan lekatkan pada permukaan 'magnet sheet'. 'Plush decoration sticker' ini biasanya saya beli di DAISO atau Mr. DIY. Selalu nampak budak-budak remaja sekolah guna decoration sticker ini untuk hias telefon bimbit dan kalkulator mereka. Senang sahaja nak guna. Buka pelekat dan tampal. Tak perlu susah-susah guna gam :)
  3. Kemudian, gunakan 'double-sided tape' atau 'art gum' untuk lekatkan sticky notes pada magnet tadi.
  4. Waktu untuk menghias! Memandangkan magnet ini ditempah untuk hadiah hari bapa, saya gunakan 'embellishment' yang bersesuaian dengan tema.

 
Inilah hasilnya!
Hias 'fridge magnet' ikut kreativiti dan apa bahan yang ada. Boleh guna 'font chips' dan bunga seperti yang pernah saya buat sebelum ini :)

Personalised Fridge Magnet with Sticky Notes
Selamat Mencuba! 
Jangan lupa kongsikan hasilnya dengan saya :)




Doa Abu Darda' - Lindungi Diri & Harta daripada Musibah

Doa ini merupakan doa yang diajarkan kepada Abu Darda oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyelamatkan diri dan harta daripada ditimpa musibah atau malapetaka. Amalkan baca doa ini setiap pagi dan petang. Juga setiap kali keluar dari rumah.


Terjemahan Ayat:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau, kepada-Mu aku bertawakal dan Engkau adalah Penguasa dari 'arasy Yang Maha Agung. Apa-apa yang dikehendaki Allah, pastilah terjadi, sebaliknya apa-apa yang tidak dikehendaki-Nya, tidaklah akan terjadi. Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Aku menginsafi bahawa Allah Berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu. Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan semua makhluk melata yang kendalinya tergenggam dalam tangan-Mu! Sungguh Tuhanku itu berada pada jalan yang lurus.


Ahad, 15 Jun 2014

Resepi Sihat - Roasted Cauliflower/ Kubis Bunga Panggang

Roasted Cauliflower with Corn

Hidangan ini sedap sangat! Boleh dijadikan lauk atau makan begitu sahaja sebagai 'snek yang sihat'. Saya suka pada teksturnya yang rangup di bahagian luar tetapi masih lembut dan 'juicy' di bahagian dalam. Haaa,..bagi ibu-ibu yang nak latih anak supaya belajar makan sayur, boleh cuba resepi ini :)

  • 1 biji kubis bunga bersaiz sederhana besar, potong kecil
  • 3 - 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
 
  1. Panaskan ketuhar ke 230 darjah celcius.
  2. Gaul rata semua bahan di atas di dalam sebuah mangkuk.
  3. Ratakan di atas dulang pembakar.
  4. Bakar selama 10 minit. Keluarkan. Balik-balikkan potongan kubis bunga supaya sayurnya dapat dipanggang dengan sekata.
  5. Bakar lagi selama 10 minit.

Siap!!!
Semasa sediakan hidangan di atas, saya ada lebihan jagung manis. Jadi, saya masukkan jagung tu sekali untuk dibakar pada 10 minit terakhir.

Jika nak tarik minat si cilik, bolehlah diparutkan sedikit keju pada kubis bunga kita ni.

Jika nak rasa sitrus pula, parutkan kulit lemon dan masukkan sedikit jusnya.


Selamat Mencuba!

Mahu resepi sihat yang lain? Cuba Salad Timun Ringkas & Mudah ini :) 



Khamis, 12 Jun 2014

Kord Gitar Rindu Serindu-rindunya - Firman (Easy Chords)

OK. Seperti yang dijanjikan, ini guitar chords single terbaru Firman yang menyanyikan semula lagu kumpulan SPOON. [Baca di sini.] 

Kord Gitar Rindu Serindu-rindunya - Firman (Easy Chords)


(Intro)
G Em Am D G Em Am Em

Em
Berikanlah jawapan
Am
Huraikanlah simpulan
D
Biar tenang jiwaku
G B7
Setelah kasih lama berlalu


Em
Tidak mungkin ku lupa
Am
Perjanjian kita
D
Di bawah rumpun bambu
G B7
Di kala bulan sedang beradu


Em Am D G
Mengapa terjadi perpisahan ini
C Am D G
Di kala asmara melebar sayapnya
C Am D G
Mengapa kau pergi di saat begini
C Am D G
Di kala hatiku terlukis namamu

C
Kalau memang tiada jodoh
G
Apa lagi nak ku heboh
C
Aku malu pada teman
D
Pada semua

G
Rindu
C
Rindu serindu-rindunya
D G
Namun engkau tak mengerti

G
Pilu
C
Pilu sepilu-pilunya
D G
Namun engkau tak peduli

C G
Malu semalu-malunya
C D G
Namun apa daya orang tak sudi
C G
Mahu semahu-mahunya
D G
Namun apa daya orang dah benci


Em Am D G
Mengapa terjadi perpisahan ini
C Am D G
Di kala asmara melebar sayapnya
C Am D G
Mengapa kau pergi di saat begini
C Am D G
Di kala hatiku terlukis namamu

C
Kalau memang tiada jodoh
G
Apa lagi nak ku heboh
C
Aku malu pada teman
D
Pada semua

G
Rindu
C
Rindu serindu-rindunya
D G
Namun engkau tak mengerti

G
Pilu
C
Pilu sepilu-pilunya
D G
Namun engkau tak peduli

G
Rindu
G
Rindu
C
Rindu serindu-rindunya
C G
Mahu semahu-mahunya
D G
Namun apa daya orang dah benci
D G
Namun apa daya orang dah benci


Jom baca entri lain berkaitan Firman:


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Rabu, 11 Jun 2014

Dari Kebun - Pegaga

Hari ni bersiaran dari kebun pulak ye. Dah lama tak buat entri mengenai 'gardening'. Saya sebenarnya dalam usaha mewujudkan semula taman herba saya yang jadi tandus dan gersang (konon-kononnya terlalu sibuk sampai lupa nak jaga pokok-pokok!)


Ini pokok pegaga. Daun pegaga dipercayai banyak khasiatnya untuk kesihatan. Sesuai untuk pesakit kencing manis, darah tinggi, rawat kencing kotor dan kecutkan peranakan yang membengkak. Tetapi maaf, saya tidak begitu pasti kaedah rawatannya secara spesifik bagaimana. Kena tanya pada yang pakar!

Apa yang saya tahu, daun pegaga ni boleh digunakan untuk hilangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Kita hanya perlu tumbuk daun ini dan campurkan dengan bedak sejuk. Pakai sebelah malam sebelum tidur. Amalkan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

Saya suka tengok warna daun pegaga yang meriah hijaunya! Sejuk mata dan hati tengok pokok hijau! Bott suka makan daun pegaga ni sebagai ulam dan cicah dengan budu. Oh, lupa pula! Pokok ni hidup segar di kawasan bertanah lembap. Jadi kalau nak tanam dalam pasu macam yang saya buat, kena rajin siram :)


Firman Nyanyikan Semula 'Rindu Serindu-rindunya'

Dua tiga menjak ni saya busy sedikit. Jadi memang tak dan langsung nak dengar radio atau layan video. Kejar masa dan kejar deadlines je kerja saya. Hari ni,..setelah kerja-kerja yang banyak selesai, barulah cucuk thumbdrive kat laptop. Dari minggu lepas lagi Nua dah updatekan thumbdrive dengan lagu-lagu baru untuk saya. Cuma baru sekarang berkesempatan nak dengar. Thanks, Nua :)

Imej: mommymoment

Dalam banyak-banyak lagu yang saya galur, ada lagu 'Rindu Serindu-rindunya'. Version baru. Nyanyian Firman. Ya, Firman yang popular dengan lagu Kehilangan & Hatimu Batu tu. Sedap jugak! Firman menyanyikan semula lagu ini mengikut gayanya sendiri. Susunan muziknya pun agak menarik sebab ada suntikan elemen muzik tradisional kita. Cuma kalau dibandingkan dari segi feel, saya (yang perasan jiwang dan berhati rock kapak ni) prefer versi yang asal. Klip videonya pun biasa-biasa aje ;)

Belum dengar lagi lagu ni? Cari di Youtube, channel Firman Siagian - Rindu Serindu-rindunya

Nak kord gitar untuk lagu ni? Tungguuuu! Nanti saya usahakan yang easy chords ye ;)

Selasa, 10 Jun 2014

Kad Berbentuk 'Cupcake' (Kek Cawan)

Ini kad hari lahir istimewa untuk kawan sekerja Cekengah. Sneak peek bahagian dalam dulu ye. Bahagian luar/depan, kena tunggu kad sampai kepada tuan punya badan. Sebab kat depan tu ada nama dia hehehe nanti tak jadi suprise pula.



Updated 17 Jun 2014

OK, ini bahagian hadapan 'cupcake card' :)



'Cutting Mat' Baru

Jumaat lepas pergi shopping stok barang dapur. Ramainya orang! Sana-sini sesak! Musim cuti sekolah beginilah gamaknya. Saya kurang gemar pergi shopping waktu-waktu macam ni. Cepat kusut kepala hehehe. Tapi terpaksa gagahkan diri juga. 

Selesai bergelut beli barang, kami singgah masuk POPULAR sekejap. Bott nak beli buku. Saya pula nak beli buku setem baru :) Tengah belek-belek buku setem, Bott datang tayang dekat saya 'cutting mat' besar. Punyalah saya excited! Sebelum ni, saya memang ada 'cutting mat' untuk kraf saya yang bersaiz A4. Memang niat hati nak cari yang slightly bigger. Yang ini, saiz A3, harga RM19.90 (10% diskaun dengan Kad POPULAR), brand DecaMAX. SCORE!

Dah cantik terletak atas meja kraf :)

Oh, sebelum decide nak beli 'cutting mat', ada beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan supaya pembelian kita tu berbaloi. Baca mengenainya di sini -->Ciri-ciri 'Cutting Mat' yang Baik.


Resepi Salad Timun Mudah

Cepat, mudah dan refreshing!

Salad timun yang crunchy :)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 - 2 biji timun
  • 1 biji lemon (parut kulitnya dan perah 1/2 biji lemon untuk dapatkan jus)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 sudu besar Extra Virgin Olive Oil (kalau tak ada, minyak zaitun biasa pun OK)
  • 1 tangkai daun pudina
  • beberapa helai daun limau (hiris halus)
  • garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:
  •  Masukkan timun dan bawang yang telah dipotong ke dalam mangkuk sederhana besar. 
  • Masukkan pula minyak zaitun, jus lemon (Jangan masuk kesemuanya sekaligus. Takut nanti terlebih masam pula.), parutan kulit lemon, hirisan daun limau dan daun pudina.
  • Perasakan dengan garam. Gaul hingga sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan :)
Saya suka serve salad timun ni dalam keadaaan sejuk. Jadi, saya akan sediakan lebih awal dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru hidang. Salad timun dingin dengan rasa sitrus,...sangat menyegarkan!!! Cubalah!

Isnin, 9 Jun 2014

Demam Kusinero Cinta

Mula-mula ingat tak nak follow drama ni. Tak mahu terjebaklah konon-kononnya. Kandas juga! Saya dah tonton sampai episod 5 dan YA, saya akan tengok sampai ke episod akhir heheheh (Tekad untuk setakat ini :) tak tahulah kalau esok lusa saya ubah fikiran!)


Jalan cerita menarik. Plot berat tentang masalah keluarga+bisnes korporat tu biasalah,..memang dah jadi rempah dalam cerita. Tetapi, ada juga diselitkan adegan-adegan yang selamba dan kelakar yang boleh buat kita rasa terhibur.

Tarikan utama 'Kusinero Cinta' ialah:
  • Jericho!!! Watak Jericho sebagai Fredo yang budiman memang akan tambat hati viewers.
  • Edrinna (lakonan Tiz) yang sempoi dan bersahaja. Comel pulak bila tengok dia manja-manja dengan ibu (Jasmin Hamid) dan ayah dia (Arash).
  • Si Hafizul Fitri (Syazwan Zulkifli) dengan bahasa Inggerisnya yang stylo! 'Oh My English!' boleh gulung tikar hehehe
  • Aaron Aziz! Aaronators, ini tontonan wajib kalian!

Oh, dalam pada seronok menonton, ada a few things yang kita kena pejam mata sikit. 
  • Watak Jee (lakonan Putri Mardiana) berbahasa Inggeris buat saya sesak nafas sedikit. Bagi saya dia seorang yang pandai berlakon. Tetapi apabila melibatkan scenes kena cakap omputih, jadi haru-biru pula. Nampak terlalu scripted.
  • Syed Izmir (Aaron) digambarkan sebagai seorang anak muda yang baru habis diploma. So, Aaron nampak a bit tua lah untuk watak ni especially time dia berkonflik nak sambung belajar atau tidak.
  • Si Fredo ni duduk merempat tepi jalan. Alahaiii,..terlalu kemas dan rapi lah dia ni untuk jadi budak tepi jalan ;)
Well, ini pendapat peribadi saya je. Anyway, happy watching!

Entri lain yang berkaitan:
OST Kusinero Cinta
Kusinero Cinta Ganti Bukan Kerana Aku Tak Cinta



Setem London

Ini koleksi terbaru saya! Cekengah belikan saya setem UK. Setem-setem ni digunakan untuk international postcards. Satu set temanya London Night manakala satu lagi London Day. So, adalah gambar-gambar tarikan utama di London seperti Trafalgar Square, Tower Bridge & Westminster Abbey pada waktu siang dan malam. Arigato gozaimas, Cekengah! Love you!!!

Cantik tak?

Haaa, yang ni close up sikit.

Sabtu, 7 Jun 2014

Penanda Buku Comel

Last night, anak- anak didik saya belajar buat penanda buku. Just something fun for them to do sempena cuti sekolah. Pada masa yang sama, dapat asah kreativiti si cilik dan tingkatkan tahap kemahiran kawalan motor halus mereka (melalui aktiviti menggunting, melukis/ melakar corak). 



Oh, untuk mata, kami gunakan eyes stickers. Teruja mereka apabila saya beri peluang pilih sepasang mata untuk hias penanda buku masing-masing. Tetapi, dalam banyak-banyak jenis mata, pilihan popular yang menjadi favourite diorang adalah yang hitam berkaca tu ;)





Tutorial Kraf - Buat Bunga 3D Guna 'Craft Punch'

Sebelum ini saya beri sneak peek je, kan? Hari ni, saya tunjukkan caranya.

1. Pilih mana-mana craft punch bentuk bunga. 'Punch' kertas atau kad untuk dapat potongan seperti dalam gambar di atas.

2. Carilah pelapik yang berspan (misalnya pelapik yang biasa kita jumpa dalam bekas kerongsang tu). Dengan menggunakan 'tip'/muncung bulat alat hias kek*, tekan bahagian tengah bunga hingga kelopaknya naik ke atas.

*Alat ni selalu digunakan untuk buat bunga fondant dalam seni hias kek. Kalau jumpa set yang murah, belilah. Sebab dalam kraf kita boleh guna untuk bentuk 'clay'. 

3. Kuntuman bunga yang sudah dibentuk. Belum cukup cantik lagi ;) So, masa untuk tambah manik atau 'diamentes'. Lekatkan pada bahagian tengah bunga.

Sudah siap! Gunakan untuk hias scrapbook, hias kad atau kalau nak tambah seri 'notice board' dalam kelas/pejabat pun boleh. Selamat Mencuba!



Khamis, 5 Jun 2014

Dunia Dihujani M&M

Antara lokasi menarik yang Cekengah & Cekebon lawat semasa trip mereka ke London baru-baru ini ialah 'M&M World'. Cekengah yang bagi saya memang ada personal affection pada watak-watak M&M ni puas shopping M&M punya merchandise di sana. Ibu pula sibuk ambil gambar. Since saya ni jauh tertinggal di Malaysia, atas dasar rindu (heheheh perasan sikit kat sini), banyaklah juga souveniers untuk saya dari 'Dunia M&M' nih.

Antaranya,...

Selalunya kalau untuk packaging di Malaysia, warna M&M pekat-pekat. Yang dalam kotak ni, merasalah tengok tona warna yang slightly different :) Basically, coklat M&M ada 25 warna yang berbeza. Tapi tak semua warna ada dalam box ni. Saya suka warna hijau dan magenta. Meriah tak? Puas tahan diri setiap hari supaya tak 'overdose' makan coklat.

Ini pula 'tote bag'. Comel kan? Ala-ala kumpulan The Beatles lintas jalan ;)

Thanks, Ngah! Dunia Along 'meriah' dengan wana-warna ceria M&M.

Rabu, 4 Jun 2014

Ayuh Tinggalkan Dia - Encik Mimpi (Easy Chords)

Sebelum ini, saya ada kongsikan kord lagu ini (versi Encik Mimpi sendiri). Ini pula version yang ke-2, easy chords ;)

(Intro)
Am Dm G C F Dm E

Am Dm
Dah berkali-kali ku terfikir dan tertanya
G C
Entah bagaimana kau sanggup bersamanya
F Dm
Aku lihat dia taklah sekacak mana
E
Ai geram hati ku rasa

Am Dm
Di sini ku sedia menggantikan tempatnya
G C
Kan ku buktikan ku lebih hebat darinya
F Dm
Ayuh sayang jangan tangguh-tangguhkan masa
E
Janganlah tunggu lama-lama

Dm
Oh sayang sayang sayang sayang
G
Sejuta kali sayang
C F
Tiada yang ku sayang selain kamu sayang
Dm E Am A
Sayang ku pada kamu takkan menghilang

Dm
Oh rindu rindu rindu rindu
G
Sejuta kali rindu
C F
Hanya diri kamu yang selalu aku rindu
Dm E Am A
Setiap masa pun kamu dalam kalbuku

Dm
Sayang, ku kan setia
G C
Akan ku pastikan kamu bahagia
F Dm
Takkan ku biarkan kamu menderita
E Am A
Tanpa rasa cinta

Dm
Sayang ku kan mencinta
G C
Lebih dari apa kau dapat darinya
F Dm
Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
E Am
Tinggalkan lah dia
E
Ayuh
Am
Tinggalkan lah dia

Am Dm
Akan ku binakan mu istana bahagia
G C
Ku lantik diriku menjadi panglima cinta
F Dm
Yang akan melindungi kamu setiap masa
E
Kerna kamu sang puterinya.


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...